Islam Agama Keamanan



Member Bloger :

Sabtu, 21 November 2009

Apa Kaitan Google Dengan Israel ?

Tahu apa itu Google Earth? Pernah mencubanya? Kolumnis terkenal Muhammad Hasanain Haikal menyentuh soal Google Earth yang dipercayai dikendalikan oleh orang-orang Israel. Hal ini dikesan kerana peta yang ditampilkan dalam Google Earth itu tidak menggambarkan lokasi penting yang ada di Israel. Tidak ada lokasi ketenteraan dan plbagai tempat strategik Israel, selain gambar petanya juga cenderung buram, bila dibandingkan tampilan gambar kawasan lain.

Hal ini menimbulkan tanda tanya tentang kredibiliti Google Earth sebagai fasiliti satelit yang mampu memantau secara terperinci seluruh tempat di dunia ini. Dalam forum “Bersama Haekal” yang ditayangkan oleh Aljazeera setiap petang Khamis, dikatakan, "Sekarang ada satelit yang dapat memaparkan semua tempat. Dan Google menjual peta satelit itu untuk menggambarkan lokasi seluruh dunia".

Benarkah seluruh dunia dapat dilihat melalui Google Earth? Ternyata tidak. Peta Isarel tidak ada di sana. Sesuai ketetapan Kongres Amerika dan Google, pihak Google tidak boleh menampilkan dan menjual peta apapun tentang Israel kerana peta Israel khusus hanya dimiliki Departemen Pertahanan AS.

Menurut Haikal, “Saya tidak tahu ada satu negara yang terlindung dari peta satelit yang disajikan Google Earth. Kita semua sudah cuba untuk masuk ke wilayah Israel tapi lokasinya pudar apabila kita melayari dalam Google Earth. “

Berbeza apabila kita mencoba mengakses fasiliti yang sama untuk melihat peta Mesir, yang berjiran dengan Zionis Israel. Dalam peta itu, dapat dilihat lokasi strategik apapun di Mesir. “Saya dapat melihat istana, dan berbagai-bagai tempat penting lainnya, termasuk lokasi penting Mesir secara ketenteran, ” ujar Haikal.

Menurut koresponden Islamonline bahagian Teknologi, awal tahun 2007, saat Google Earth baru dilancarkan, lokasi Israel menampilkan peta lama. Memang ada sejumlah kota Israel dan juga peta sejumlah gedung industri di Israel, serta kota-kota Israel. Tapi itu semua adalah peta lama yang saat ini sudah banyak berubah. Setelah itupun, kini peta Israel menjadi pudar. Mungkin terkait dengan kesepakatan dengan Amerika seperti yang disebutkan Haikal tadi.

Sementara dari pihak Google sendiri, mengatakan mereka cuba memberikan yang terbaik bagi pengguna fasiliti yang ditawarkan. Hanya saja, peta satelit yang menggambarkan lokasi Israel telah dibeli oleh pihak tertentu yang kemudian mengatur perjanjian Israel melalui kerjasama AS-Israel. (na-str/iol)

Komen Selempang Merah :
Hebatnya Yahudi kini, walaupun dulu dipulau, dihina, dibuang negeri dan kini berjaya menjajah Palastien dengan bantuan Amerika. Sehinggakan Kuasa Dunia (Amerika) pun terpaksa tunduk kepada Israel..

Selepas Isu Haji Sponser, kini...

NIK AZIZ DISENARAI SEBAGAI 50 TOKOH BERPENGARUH DI DUNIA ISLAM : oleh Harakahdaily.

KUALA LUMPUR, 20 Nov: PAS mendapat penghormatan dunia Islam apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah disenaraikan antara '50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia'.

Menteri Besar Kelantan itu, disenarai di tempat ke 42 dalam senarai '500 Muslim yang Berpengaruh Tahun 2009'.The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.

Para tokoh muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.“

500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai kategori muslim radikal. (Nik Aziz ditangga ke 42 Muslim paling berpengaruh di dunia) Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.

Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia. Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”.

Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Datuk Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali. Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.

Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia. Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.

KOMEN SELEMPANG MERAH :

TAHNIAH diucapkan kepada semuanya yang terpilih. Walaupun berbeza pendapat, pandangan dan pemikiran dari segi politik, namun saya tetap berbangga kerana orang Melayu Islam dapat memartabat dan mengharumkan bangsa Melayu ke persada dunia. Alhamdulillah.

SPRM Boleh Lumpuh...jika bertugas ikut waktu pejabat.

Oleh ZABRY MOHAMAD
zabrymohamad.madzlan @ utusangroup. com.my

PUTRAJAYA. 20 November 2009 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin tidak mampu berperanan Sebagai sebuah badan secara Penguat kuasa dibenarkan hanya berkesan sekiranya menyoal siasat saksi dalam waktu pejabat.

Bekas Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Negeri Sembilan, Akhbar Satar berkata, mengehadkan waktu para pegawai SPRM menjalankan tugas hanya akan mengganggu proses siasatan. Ini kerana katanya, saksi berpeluang menghapuskan keterangan atau bukti dan lebih buruk lagi melarikan diri semasa penangguhan sesi soal siasat. Beliau menambah, SPRM bukan berperanan seperti jabatan pentadbiran, sebaliknya merupakan sebuah badan siasatan profesional yang memerlukan pegawainya bertugas 24 jam. "Sebagai badan penyiasat profesional, pegawai-pegawai SPRM sepatutnya dibenarkan menyoal siasat saksi secara menyeluruh sehingga selesai. "Jika siasatan ditangguh, saksi boleh lari, sorok bukti atau hapuskan keterangan dan ini akan menimbulkan banyak masalah kepada SPRM," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Berkuat kuasa semalam, Mahkamah Tinggi memutuskan SPRM tidak boleh lagi menyoal siasat saksi selepas waktu pejabat seperti diamalkan sebelum ini. Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Mohamad Ariff Md. Yusof dalam penghakiman bersejarah itu berkata, tindakan menahan seorang saksi untuk disoal siasat menjangkaui waktu pejabat adalah satu penahanan secara salah di sisi undang-undang. Mohamad Ariff memutuskan demikian ketika membenarkan semakan kehakiman oleh Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Tan Boon Wah bagi mendapatkan perisytiharan bahawa SPRM hanya boleh menyiasat saksi dalam tempoh waktu pejabat antara pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang dan bukannya selepas tempoh itu.

Akhbar yang juga Presiden Pemeriksa Penipuan Bertauliah Malaysia memberitahu, badan siasatan terkenal di dunia seperti Agensi Perisikan Pusat (CIA), Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Scotland Yard sendiri tidak pernah mengamalkan teknik siasatan mengikut waktu pejabat. "Jangan kerana satu kes ini, SPRM sudah dilabel sebagai 'teruk'. "Mungkin dalam banyak kes, ada beberapa masalah berlaku semasa soal siasat, tapi kita juga perlu berlaku adil terhadap SPRM, mereka menjalankan tugas yang telah diamanahkan," ujarnya.

Selain itu jelas beliau, sepanjang pengalaman hampir 20 tahun berkhidmat sebagai pegawai BPR, kebanyakan saksi daripada kalangan kakitangan awam akan sedaya upaya mengelak untuk disiasat semasa waktu pejabat. "Kadang-kadang mereka ini sibuk pada waktu pagi dan hanya bersedia disoal siasat pada sebelah petang. "Ada juga yang malu dan curi-curi datang ke pejabat BPR selepas waktu pejabat bagi mengelak bertembung dengan orang ramai," katanya.

Cadangan Selempang Merah :

SPRM memang sesuai bekerja lebih masa dan tidak perlu dihadkan mengikut waktu pejabat. Ini kerana gejala rasuah berlaku dalam tempoh 24 jam dan tidak mengikut waktu pejabat. Fungsi SPRM dan Polis Diraja Malaysia adalah bertujuan untuk membasmi jenayah. Oleh itu, adalah tersangat wajar agar waktu bertugas SPRM tidak mengikut waktu pejabat. Malah yang paling penting ialah SPRM MESTI BEBAS dari sebarang bentuk rasuah atau pengaruh 100%.

Wallahu a'lam..

KETERBUKAAN DS NAJIB :

DS Najib, DS Anwar dan DS Mohamed Nazri,
mengeteh bersama di Bilik Rehat Bangunan Parlimen.
Pada 18 November 2009,
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meluangkan masa bertemu ahli-ahli Parlimen termasuk daripada parti pembangkang.
Keterbukaan Najib terserlah apabila beliau minum serta berbual dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim biar pun Ketua Pembangkang dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pimpinannya banyak melakukan serangan peribadi dan tohmahan terhadap Perdana Menteri.
Pertemuan dalam suasana mesra itu turut menarik perhatian ahli-ahli Parlimen yang lain.

Rabu, 18 November 2009

BERTEMANKAN MUNAFIK DAN ANTI ISLAM MENURUT PANDANGAN ISLAM :

Apakah hukum jika kita bersekutu dengan orang munafik ?
Bagaimana sikap kita (umat Islam) terhadap teman yang bukan muslim?

Dalam surah An Nisaa' Ayat 138 - 140, Allah s.w.t. berfirman :

بَشِّرِ الْمُنَافِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا ﴿١٣٨﴾الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاء مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ أَيَبْتَغُونَ عِندَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ العِزَّةَ لِلّهِ جَمِيعًا ﴿١٣٩﴾وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ ﴾الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا ﴿١٤٠
Maksudnya : "Khabarkanlah kepada orang-orang munafik bahawa mereka akan mendapat siksaan yang pedih (iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka Sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah. Dan sungguh Allah telah menurunkan kekuatan kepada kamu di dalam Al Quran bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), Maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki perbicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Neraka Jahannam".
(QS. An Nisaa : 138 – 140)

Ibnu Katsir mengatakan bahawa makna dari firman Allah s.w.t. بَشِّرِ الْمُنَافِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا “Khabarkanlah kepada orang-orang munafik bahwa mereka akan mendapat siksaan yang pedih” iaitu bahawa orang-orang munafik yang memiliki sifat : beriman kemudian kafir maka hati mereka tertutup kemudian Allah menyifatkan bahawa mereka adalah orang-orang yang menjadikan orang-orang kafir sebagai pelindung dengan meninggalkan orang-orang beriman, ertinya bahawa mereka (orang-orang munafik) pada hakikatnya bersama mereka (orang-orang kafir), memberikan kesetiaan dan kasih sayangnya kepada mereka lalu jika bertemu dengan mereka maka orang-orang munafik itu mengatakan, "Sesungguhnya kami bersama kalian, sesungguhnya kami hanya mengolok-olok orang-orang beriman dengan penampilan kami yang seolah-olah bersama dengan mereka".

Hari ini di dalam politik Malaysia semakin ramai golongan munafik telah muncul untuk membina pengaruh politik, golongan parti di dalam DAP dan PKR yang seringkali ingin memperlekehkan Islam pun sekarang ini demi meraih kuasa politik sanggup menunjukkan mereka ini berdamping dengan Islam dengan niat untuk meraih sokongan, semuanya kerana ingin merebut hati umat Islam (Sokongan Bangsa Melayu).

Orang bukan Islam ini sebenarnya jika tidak mendapat sokongan dari orang Islam sendiri mereka tidak akan berani untuk mempersoalkan Islam dengan kekuatan yang mereka ada, tetapi malangnya apabila wujudnya watak seperti Anwar Ibrahim di kalangan umat Islam.
Akhirnya ia menyebabkan satu persatu institusi Islam di Malaysia dipersoalkan, dari tindakan Islam disamakan dengan keganasan, pendakwah Islam dihina, bilangan masjid di Malaysia dipersoalkan hinggalah kedudukkan Islam di sudut perlembagaan pun dipertikaikan.

Hari ini kita melihat Parti Islam (PAS) pun sanggup bersekongkol dengan DAP, kata Tuan Guru Haji Hadi Awang : " Kita berkawan dengan DAP kerana kita tidak wala' dengan DAP, kita hanya berkawan untuk menjatuhkan musuh yang sama".

Asalnya hanya berkawan dengan DAP dan PKR dalam pakatan untuk menumbangkan BN/UMNO dalam PRU12. Namun setelah berakhir Konvesyen Pakatan Rakyat di Shah Alam baru-baru ini, kini PAS sudah menjadi tunjang dan berada di dalam Pakatan Rakyat. Maknanya PAS pun sudah tentu akan mula wala' dengan apa sahaja kandungan yang wujud di dalam Pakatan Rakyat.

Oleh itu, apa sahaja yang terkeluar dari mulut pemimpin DAP ia akan melambangkan mulut suara PAS, kerana mereka berada di dalam satu gabung. Apa sahaja yang terkeluar dari mulut PAS, ia juga adalah suara DAP. PAS mengatakan mereka menjalinkan ikatan dengan DAP dan PKR kerana mereka ingin berdakwah kepada anggota bukan Islam di dalam parti tersebut.
Adakah semudah itu umat Islam boleh percaya kepada Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, Tian Chua ataupun Elizabeth Wong untuk menerima Islam???!!! Kerana orang-orang inilah yang ingin menyokong IFC dan memperjuangkan hak kesamaan dan kebebasan suatu pemikiran yang jauh menyimpang dari apa yang diperjuangkan oleh agama Islam.

Islam sendiri ada peraturan yang ditetapkan di dalam Al-Quran untuk diikuti oleh umatnya. Oleh itu, bagaimanakah Anwar dan pemimpin Islam di dalam Pakatan Rakyat boleh menyokong apa jua yang akan dikatakan oleh pimpinan yang mempunyai lidah tidak bertulang itu.

Mursyidul Am PAS juga seringkali mengatakan dalam Islam tiada hak istimewa, benarkah begitu??? Sedangkan di zaman Khulafa' Ar-Rashidin, orang Parsi telah diberi hak istimewa di negara mereka kerana bimbang tanah-tanah di Parsi akan dibeli oleh orang Arab yang ingin mencari kekayaan di benua Parsi.

Tindakan Menteri Besar Kelantan itu, menyokong DAP dalam isu hak keistimewaan ini dilihat lebih kepada permainan politik untuk mengekalkan kuasa. Sedangkan Islam sendiri membela hak penduduk asal di atas nama keadilan.

Oleh yang demikian, wajarkah umat Islam memberikan sokongan kepada tindakan yang dilakukan oleh Mursyidul Am PAS itu dalam tempoh sekarang, sekiranya ia merugikan umat Islam.

Sesungguhnya Allah s.w.t. menegaskan jangan memberikan wala’ (kesetiaan) dan kecintaan kepada orang bukan mukmin, berdasarkan firman-Nya : "Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin".
(QS. Ali Imran : 28)
Firman Allah s.w.t. lagi : "Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, Sekalipun orang-orang itu orang tua, atau anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka".
(QS. Al Mujadalah : 22)
Namun begitu, sekirannya Allah juga menyarankan kita agar melindungi orang bukan Islam sekiranya orang bukan Islam itu tidak ingin memerangi Islam. Dalam konteks Malaysia hari ini, di antara DAP dan MCA tentu kita dapat mengagak golongan mana yang selalu mempertikaikan dan menyerang kedudukan Islam. Anda sendiri boleh menilainya. Sudah pasti DAPlah seringkali anti Islam, sama ada dari segi percakapan dan perbuatan mereka berbanding MCA yang lebih bertoleransi bersama Islam (UMNO) dalam BN.
Firman Allah s.w.t. : "Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil".
(QS. Al Mumtahanah : 8)

Selasa, 17 November 2009

TAJAAN MENGERJAKAN HAJI MENURUT ISLAM :



Akhir-akhir ini, terdapat dikalangan golongan yang berkemampuan, berkedudukan tinggi, ahli politik dan sebagainya menunaikan ibadah haji menerusi tajaan. Kita perlu ingat bahawa Allah s.w.t. dan Rasul-Nya memerintahkan kita agar menunaikan ibadah haji iaitu hanya sekali dalam seumur hidup bagi yang berkemampuan.

Perlu diingat bahawa Rasulullah s.a.w. merupakan seorang Nabi dan Rasul pun hanya sekali sahaja mengejakan ibadah haji dalam hidup baginda. Dalam kes ini, kita boleh mengambil pengajaran daripada peristiwa tersebut iaitu, mengapa Rasulullah s.a.w. dalam sirahnya hanya sekali sahaja mengerjakan ibadah haji Oleh itu perkara tersirat yang boleh diambil untuk pengajaran ialah jika Rasulullah s.a.w. melakukan lebih dari sekali, sudah pasti ia akan memberati umatnya untuk melaksanakan ibadah haji ini. Sebagaimana yang kita sedia maklum, umat Islam berada di seluruh pelusuk dunia yang memerlukan perbelanjaan yang besar untuk pergi ke Mekah dalam urusan pekerjaan haji ini.

Oleh yang demikian, adalah tidak wajar bagi orang yang berkemampuan menerima wang tajaan atau sponser untuk mengerjakan ibadah haji bagi dirinya. Apatah lagi jika seseorang itu sudah bergelar haji atau sudah terlepas kewajipan mengerjakan haji bagi dirinya adalah tidak wajar.

Sebagai ahli politik atau orang yang dikenali ramai, mestilah sentiasa berwaspada ke atas tindak tanduk atau gerak gerinya yang sentiasa di pantau oleh masyarakat, khususnya para pengundi. Bagi musuh politiknya pula, kalau boleh atau diizinkan hingga ke dalam tandas pun mahu diintainya untuk mencari kelemahan seseorang itu. Sebab itulah, orang politik hendaklah sentiasa berwaspada dengan orang yang paling dekat dengannya. Ini kerana kita tidak mampu membaca apa yang terbuku di dalam hati seseorang.

Adapun bagi kes TG Nik Aziz pula, beliau sebenarnya telah menjatuhkan martabat atau sebagai seorang ulamak dan jawatannya sebagai Menteri Besar. Bagi pandangan saya berdasarkan ilmiah adalah tidak wajar bagi seorang pemimpin yang sememangnya berkemampuan mengerjakan ibadah haji bagi dirinya tanpa mengharapkan wang tajaan atau seumpama dengannya. Apatah lagi, beliau sudah beberpa kali telah mengerjakan ibadah haji sebelum ini.

Ya, memang hukumnya harus bagi seseorang yang berkemampuan untuk mengerjakan ibadah haji seberapa banyak yang dia mampu. Namun, alangkah baiknya jika seseorang itu membantu saudaranya yang lain yang tidak berkemampuan mengerjakan ibadah haji. Ianya lebih dituntut dalam Islam.

Dalam isu ini, beberapa pandangan Mufti dan tokoh agama di Malaysia bersepakat bahawa tidak boleh menunaikan haji menerusi tajaan jika terdapat unsure-unsur rasuah, menimbulkan syak wasangka dan fitnah serta tersirat niat lain. Antara pandangan Mufti dan tokoh agama Malaysia ialah :
· Penasihat Majlis Agama Islam Johor (Mantan Mufti Johor), Datuk Nooh Gadut menegaskan walaupun dibolehkan, beliau berharap semua pihak sedar bahawa langkah terbaik untuk mengerjakan haji ialah DENGAN MENGGUNAKAN wang sendiri.
· Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tiada masalah Jika seseorang itu ingin menunaikan haji menerusi wang tajaan dengan syarat ia tidak mempunyai unsur-unsur rasuah.
· Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (Yadim), Datuk Ahmad Dusuki berkata; persoalan sama ada boleh atau tidak seseorang itu dengan menunaikan haji adalah tajaan wang, niat, bergantung kepada kedua-dua belah pihak.

Komen saya ini bukan berniat menyentuh mana-mana pihak, tetapi mengikut hukum syarak boleh seseorang itu ditaja untuk mengerjakan haji dengan syarat tiada pihak yang menaja untuk kepentingan individu tertentu, terdapat unsure rasuah, tidak membawa fitnah, syak wasangka atau keraguan.

Walaupun perkara ini dibolehkan, saya berharap semua pihak mesti sedar bahawa langkah terbaik untuk mengerjakan haji ialah menggunakan wang sendiri.

Baru-baru ini timbul apabila Kontroversi Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengaku bahawa beliau menerima tajaan daripada pihak tertentu untuk menunaikan haji dengan kos RM65, 000 dan mendapat layanan bertaraf 'VVIP'. Ekoran kenyataan beliau (TG Nik Aziz), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan berhubung perkara berkenaan.

Cadangan saya kepada pihak penaja ibadah haji, kebiasaannya jika mereka menaja ahli politik, ketua jabatan dan sebagainya berkebarangkalian terdapat unsur tersirat iaitu "ada udang di sebalik batu". Lebih mudah untuk difahami ialah sebagai langkah awal dengan berbaik-baik demi mendapatkan sebarang projek. Oleh itu, sebaik-baiknya individu yang ingin ditaja untuk menunaikan haji adalah daripada kalangan orang miskin yang tidak berkemampuan untuk mengeluarkan belanja bagi mengerjakan ibadah ini. Tajaan ini sepatutnya bagi menolong orang miskin. Ia tidak boleh dilakukan bagi membantu golongan berada kerana ia tidak berfaedah, sama seperti " mencurah garam ke dalam laut ".

Sebagai kesimpulannya, rakyat seharusnya sedar (khususnya kepada penyokong PAS dan PR) Apakah tujuan penajaan ini? Jika ia tidak bermaksud baik dengan niat mencapai keuntungan keduniaan, ini sudah tentu tidak dibolehkan kerana ia bertentangan dengan tujuan sebenar Ibadat haji. Malah ditegah dengan sekeras-kerasnya dalam Islam jika ianya terdapat unsur rasuah.

Wallahu a'lam.

MENGUNDI LAGI.. TAHUN YANG MEMBOSANKAN..



Mahkamah arah pilihan raya kecil di Kota Seputeh :

KUALA LUMPUR, 16 Nov: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya kecil untuk Dun Kota Seputeh Kedah.
Arahan itu dibuat oleh Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin siang tadi.Menurut hakim itu, Suruhanjaya Pilihan Raya telah melanggar Sempadan kuasanya menolak permohonan apabila Speaker Dun Kedah agar pilihan raya diadakan semula di situ.Menurut beliau, peguam plaintif (Speaker Dun Kedah) telah berjaya Datuk membuktikan bahawa Abu Hassan Sarif, adun Kota Seputeh telah tidak hadir sidang dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker.Ini bermakna, mahkamah bersetuju dengan keputusan Ketua Dun Kedah, yang Memutuskan kerusi itu kosong berikutan kegagalan Abu Hasan (gambar) hadir dua kali berturut -turut ke sidangnya.Speaker DUN, Datuk Dr Abdul Isa Ismail menghantar surat kepada SPR memaklumkan mengenai kegagalan Abu Hassan DUN hadir pada sidang 19 April dan 16 Ogos lalu.
Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, hendaklah tempatnya dikosongkan.
Kerusi itu dimenangi Abu Hasan dengan majorti 495 undi. Lawannnya, Wan Ismail dari PAS yang menerima 7.665 undi. Dalam sidang Dun Kedah baru-baru ini, Speaker menyifatkan Abu Hasan bukan lagi adun Kedah yang Sah.
Mengulas mengenainya, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata pegawai SPR undang-undang perlu meneliti secara terperinci desakan dibangkitkan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail sebelum membuat sebarang keputusan.Pada 18 Ogos lalu Isa Meminta SPR Abd mengisytiharkan kerusi itu atas alasan kosong Abu Hasan tidak MENGHADIRI sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dua kali berturut-turut tahun ini.
Peguam bagi Pembicara, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah, Artikel 51 Undang Undang Tubuh Kerajaan Kedah menyebut bahawa "sekiranya mana-mana anggota Dewan Undangan Negeri tidak MENGHADIRI dua sidang berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, kerusi Dianggap Seharusnya mereka kosong." Abu Hasan tidak hadir pada 19 April dan sidang Kemudian pada 9 Ogos tanpa izin Speaker.Sulaiman berkata, Abu Hasan tidak menafikan fakta itu. "Apabila syarat-syarat ini dipenuhi, kemudian perjalanan undang-undang ialah Artikel 51, di mana kerusi itu dengan sendirinya menjadi kosong," kata Abdullah yang juga bekas Presiden Majlis Peguam di mahkamah sebelum ini.Namun, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Abu Hasan mengarahkan agar terus MENGHADIRI sidang DUN negeri itu yang dijadualkan hari ini.
Katanya, walaupun Speaker wakil rakyat menganggap itu hilang Kelayakan Sebagai adun, namun BN memegang prinsip apa yang diputuskan oleh SPR bahawa tiada berlaku Kekosongan Seputeh Kota kerusi DUN dan Abu Hasan adalah wakil rakyat BN yang Sah. "Abu Hasan masih ahli Yang Berhormat secara Sah dan Speaker (DUN) tidak boleh menghalang beliau dari MENGHADIRI sidang dewan itu. "Kekosongan tiada SPR umum dan tidak ada pilihan raya kecil, jadi apa kuasa Speaker itu saya tak tahu," katanya selepas melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Gunung, Alor Setar.
Muhyiddin berkata, Abu Hasan harus menghadiri sidang DUN itu bagi mengetahui apa yang sedang berlaku kerana beliau masih seorang Adun sehinggalah mahkamah memutuskan kedudukannya kelak.Abd Isa baru-baru ini berkata, beliau menyifatkan Abu Hasan bukan lagi Adun walaupun mahkamah belum membuat sebarang keputusan mengenai kedudukan wakil rakyat itu.Beliau sebelum ini memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan SPR yang mengekalkan Abu Hasan sebagai Adun kawasan Kota Seputeh.

Semasa kempen Bagan Pinang baru-baru ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengajak penyokong PAS dan Pakatan Rakyat ke Kedah pula untuk pilihan raya kecil Kota Seputeh.

"Ada pemimpin Umno kata saya membazir apabila melantik ramai peguam untuk kendalikan kes ini. Saya kata, saya rela membazir dari membayar gaji Adun yang malas (tidak hadir sidang Dun)," kata Azizan.

Ahad, 15 November 2009

NIK AZIZ MENANGIS DAPAT "HAJI SERAMBI MEKAH ":

NIK AZIZ MENDAPAT "HAJI SERAMBI MEKAH" DI KELANTAN
JIKA NIATNYA MENGERJAKAN HAJI TAHUN INI
DENGAN DUIT SPONSER DIBATALKAN.
Dalam tahun 1999, Nik Aziz pernah menangis ketika berdoa di Stadium Kota Bharu supaya Allah melaknati Tun Dr. Mahathir.
Dalam politik, kita bukan sahaja perlu (dan wajib) petah lidah untuk berpidato memburukkan orang, musuh politik, putar belit dan menjilat sahabat sealiran, sebagaimana Anwar Ibrahim amalkan. Ahli politik juga perlu pandai berlakon menangis sebagai tanda mereka sedih untuk menarik simpati orang ramai. Selalunya orang menangis di tempat awam kerana kehilangan keluarga sebagaimana tragedi Dipang, Perak atau gempa bumi di Padang.
Kalau orang biasa macam kita menangis, orang akan kata, lelaki dayus atau lelaki manja. Jantan mana boleh menitis air mata. Macam pondan yang kita usik dengan memberitahu, kat dalam seluar ada lipas. Sepanjang menerajui Kelantan, ini merupakan ‘rasuah’ yang pertama kali diterima. Andai kata Nik Aziz adalah orang UMNO, apa kata ulama PAS! Dia akan kata, orang UMNO hendak pergi Mekah berjumpa Allah pun masih melakukan rasuah! Haji Marlboro katakan... Tapi dalam kes kali ni, jadi kes "Haji Serambi Mekah".
Nik Aziz ‘Terkandas’ Sebelum Pergi Mekah?
Nik Aziz dikatakan terpaksa membatalkan hajatnya untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Puncanya, haji Marlboro Nik Aziz tahun ini ditaja oleh orang tertentu. Kalau yang menaja itu orang biasa yang tidak ada kena mengena dengan urusan tender, isu ini mungkin tidak sehangat sekarang. Malah, kita akan mengatakan, bahawa itu adalah rezeki Nik Aziz. Masalahnya orang yang menaja hajinya tahun ini, ada ’syer’ dalam projek tertentu di Kelantan.
Apatah lagi Nik Aziz mengaku dan tidak menafikan menerima tajaan tersebut, sebab perkara ini benar berlaku. Maklumlah.. Nik Aziz tidak boleh terima, wang berkenaan digelar sebagai ‘makan suap’. Mana boleh menerima makan suap kerana ia merupakan rasuah dan haram. Kalau wang suap dianggap rasuah, maka PAS tidak terima.
Walaupun begitu, sekiranya wang berkenaan dipanggil ’suap makan’ itu tak apa. Yang haram jadi halal dan yang halal boleh jadi ‘terhalal’. Sama juga kerjasama dengan orang Islam dalam politik UMNO dikatakan haram dan halal menjadi balaci DAP yang terang-terang menolak Islam!
Dulu Nik Aziz ada memberitahu, “Kalau di zaman Nabi dahulu baginda pernah dihalang oleh orang Quraisy daripada memasuki Kota Makkah, maka kini saya (Nik Aziz) dihalang daripada niat untuk mengerjakan haji di tanah suci itu oleh Quraisy Malaysia.

KALAU Nik Aziz setaraf Nabi (jauh panggang dari api), Lim Kit Siang menjadi Saidina Abu Bakar, sahabat paling rapat yang dijamin syurga oleh PAS (konon-kononnya).
Jangan setarafkan status Nabi dengan kedudukan Nik Aziz sebab perjuangan mereka tidak sama, ibarat membandingkan kecantikan di raut wajah muka dengan selipar yang dipakai di tapak kaki atau jauh bulan dari bumi. Manakala orang Quraisy yang menghalang Nabi memasuki Mekah tidak sama dengan orang yang anti-Rasuah.

Kita semua kena ingat..Sekiranya wang berkenaan bukan dikatakan rasuah, jadi apa kategori wang tajaan yang boleh Nik Aziz jelaskan kepada kita semua!

Adakah ia sebagai Sedekah! atau dipanggil Wang Royalti Projek!


Tambahan lagi, yang membatalkan niat untuk menunaikan ibadah haji bukannya kerana Tabung Haji atau SPRM sebagai penyebab, sebaliknya Nik Aziz sendiri. Beliau boleh menggunakan wangnya untuk menampung perbelanjaan sekiranya berniat hendak menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Jangan salahkan orang lain pula. Itulah propaganda halus yang tidak boleh kita bezakan dan perlu diperjelaskan dengan sejelas-jelasnya. Lagipun Nik Aziz bukannya tidak pernah mengerjakan ibadah haji untuk dirinya. Entah sudah berapa kali dia sudah mengerjakannya. Apalah salahnya jika memang wujud sponser tersebut sehingga RM65,000.00 diberikan kepada rakyat Kelantan yang tidak berkemampuan mengerjakan ibadah haji. Ada juga faedahnya membantu rakyat. Ini tidak..

Perlu diingat, jikalau Nik Aziz tidak pergi menunaikan ibadah haji tahun ini, orang tetap akan sanjunginya sebagai Tok Guru dan tetap menjadi Musyidur Am PAS. Mencarut, menghina, mengaibkan dan memburukkan orang Islam terutamanya pemimpin dan ahli UMNO.., Nik Aziz masih tetap dan berpencen digelar Tok Guru, jadi apa yang perlu dirisaukan? Melainkan Nik Aziz menyerah borang keahlian menjadi ahli UMNO, orang PAS akan kata Nik Aziz Ulama Sesat atau Ulama Pelacur atau Pelacur Ulama sebagaimana ‘dibrandkan’ kepada Mufti Perak, Datuk Harussani.

Adapun wang sebanyak RM65,000.00 yang diterima oleh Nik Aziz, bagi tujuan membiayai hajinya selama dua minggu di sana bolehlah disedekahkan kepada rumah anak yatim atau diletak di tabung-tabung di dalam masjid atau membeli lembu untuk dikorbankan. Sekurang-kurangnya rakyat Kelantan dapat merasai secebis daging hasil sedekah dari Nik Aziz sebelum dia bersara menjadi Menteri Besar.

Wallahu a'lam..

JAMPI BOLEH MENJADI SYIRIK; BERGANTUNG KEPADA IKTIKAD :

APAKAH pandangan Islam terhadap jampi? Sejauh Manakah al-Quran dan hadis berperanan merawat penyakit. Adakah penggunaan jampi membawa kepada syirik.
Jampi atau ruqyah dalam bahasa Arab merujuk bacaan Tertentu untuk sesuatu tujuan, biasanya rawatan.
Ia terbahagi kepada dua jenis ada yang dibenar sama atau yang dilarang syarak. Bagi muslim, tidak diragui kaedah rawatan bersumberkan al-Quran dan apa yang dianjurkan Nabi SAW Suatu yang terbaik penawar untuk menjadi sempurna. Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Israk ayat ke-82 bermaksud: "Dan Kami Turunkan dengan beransur-ansur daripada al-Quran ayat-ayat suci Ubat yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) al-Quran tidak Menambahkan orang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan Kerugian jua. " Menurut Ibnu Katsir dalam tafsirnya, ayat ini merujuk Al-Quran yang secara keseluruhannya BERTINDAK Sebagai Ubat Penyembuh terhadap orang beriman.

Menurut Ibnul Qayyim dalam Zaadul Ma'ad, kajian ayat-ayat al-Quran menunjukkan kepada kita secara prinsipnya Islam mengajar tatacara kehidupan yang sihat dan jauh daripada penyakit. Ayat suci Al-Quran secara dasarnya menganjurkan kepada penjagaan tiga perkara iaitu:
1. Menjaga Kesihatan.
2. Memelihara diri daripada perkara yang memudaratkan Kesihatan.
3. Merawat diri daripada penyakit.
Demikian juga dengan ru'ya Syar'iyyah pengubatan (disyariatkan jampi) yang berpandukan kepada hadis sahih yang diamalkan Nabi SAW ialah Ubat yang Mujarab. Apabila ayat dan doa yang diajarkan Nabi SAW adab dan syarat khusus untuk perjalanan dinas yang ditunjukkan Islam, Ia memberikan kesan maksimum. Nabi SAW bersabda dalam hadis sahih maksudnya: "Tiada yang dapat Mencegah takdir kecuali doa dan tiada yang dapat Memberikan tambahan pada umur melainkan kebaikan." (Riwayat Ahmad, al-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Namun, kita harus Memahami apa yang diamalkan sama juga ada bacaan ayat al-Quran, Zikir atau doa yang tidak diharapkan memberi kesan jika ada kesilapan pada salah satu PIHAK. Dalam perkataan lain, keberkesanan hanya berlaku apabila kedua-dua PIHAK iaitu orang yang merawat dan pesakit Memenuhi syarat iaitu Kekuatan diri dan keteguhan iman kepada Allah SWT. Dia juga mesti mempunyai kedudukan Keyakinan penuh terhadap al-Quran Sebagai Penyembuh dan rahmat bagi orang beriman. Seterusnya seseorang yang Inginkan tindak balas cepat mesti menjadikan Al-Quran Amalan.
Apabila kerap membaca al-Quran, kesannya berlaku dalam masa yang singkat. Benarlah Perumpamaan yang dikemukakan Ibnul Jauzi dalam Talbis Iblis bahawa seseorang yang Sentiasa beriltizam dengan al-Quran, maka al-Quran akan berkesan dalam menangani masalahnya seperti yang rajin Pemburu Berlatih Menggunakan senjata. Senjata yang membantunya Mempertahankan diri, demikian halnya al-Quran yang dibaca Memberikan Saban hari gangguan ketahanan daripada musuh. Ibnu Tien pula dengan penambahan Memberikan menjelaskan Jika al-Qur'an dibacakan orang shalih, izin untuk Kesembuhan Allah SWT akan berlaku.
Ibnu Hajar dalam Fathul Bari Menyatakan bahawa ruqyah ulama sepakat membenarkan jampi ataupun Jika ia Memenuhi syarat berikut:
1. Jampi yang Menggunakan firman Allah, atau nama-Nya ataupun hadis Nabi SAW.
2. Ia perlu diungkapkan dengan bahasa yang jelas dan mudah difahami.
3. Hendaklah diyakini dengan sepenuhnya bahawa Allah SWT yang Memberikan Kesembuhan, bukan jampi itu.
Jadi berpandukan syarat ini, jampi tertolaklah Mantera yang dibacakan dukun atau bomoh pawang Jika beliau serta rangkap Menggunakan ayat-ayat yang kurang jelas ataupun menjurus kepada syirik perkara yang ditegah Islam. Berkaitan dengan soalan anda, jelas kepada kita menjampi perbuatan itu membawa kepada syirik atau tidak adalah bergantung kepada iktikad orang yang mengucapkannya. Ini disebabkan syirik bermaksud sesuatu yang dilakukan yang membawa menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu. Apabila seseorang itu mengucapkan sesuatu dengan Keyakinan dalam hatinya sesuatu itu mampu Memberikan manfaat ataupun mudarat, maknanya dia sudah Melakukan sesuatu perbuatan syirik kepada Allah SWT.
oleh Ustaz Zahazan Mohamed.

PR AKAN BEBASKAN SISTEM MAKLUMAT :




Oleh Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 15 Nov: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, pendekatan dan tawaran yang perlu dibuat oleh Pakatan Rakyat adalah membebaskan maklumat sepenuhnya apabila berjaya memerintah negara nanti.
Ini kerana, dengan cara inilah sistem demokrasi akan dapat berjalan dengan baik dan rakyat mendapat peluang untuk memilih dengan tepat berdasarkan maklumat di masa depan.Beliau berkata demikian dalam seminar anjuran Parti Sosialis Malaysia petang semalam.
Dalam forum itu juga, Khalid melahirkan keyakinan, sistem dua parti adalah yang terbaik untuk negara ini dalam suasana sekarang." Walaupun (dari) segi ideologi kita mungkin dari sumber yang berbeza, tapi akhirnya akan perjuang pada matlamat yang sama iaitu menggantikan Umno BN...dengan syarat perlu liberalisasi pendekatan agar sesuai dengan keperluan politik semasa."Apa yang kita nak buat sekali pun, kita perlu lihat realiti politik. Saya rasa sistem dua parti (sistem) penyelesaian terbaik di Malaysia, tidak ada retorik (dan) tidak lagi ideal. Ia lebih praktikal," jelas Khalid dalam Seminar Sosialisme 2009 anjuran Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Beliau yang juga AJK Lajnah Politik PAS Pusat berpendapat usaha meliberalisasikan pendekatan parti-parti pembangkang tersebut termasuk saling kerjasama dalam memperbetulkan semula beberapa persepsi salah rakyat terhadap perjuangan Pakatan Rakyat."Kalau nak laksana ia (sistem dua parti) secara realistik, saya sebagai ahli PAS perlu bersedia jelaskan pada Melayu (bahawa) DAP bukan cauvenis Cina dan DAP juga kena cakap pada orang Cina yang PAS ini bukan parti pelampau Islam seperti yang dipropaganda BN dalam media."

GULA-GULA BARU PAKATAN RAKYAT,
SEJAUH MANA KEBENARANNYA..?
JANGAN TUNGGU NAK PERINTAH NEGARA,
BUKTIKAN DAHULU PERLAKSANAANNYA
SETELAH MENAWAN
NEGERI SELANGOR, KEDAH DAN P.PINANG..
JANGAN CAKAP TAK SERBA BIKIN
ATAU
PAKU DULANG PAKU SERPIH...
ATAU
2 x 5
BUKTIKANLAH..

TAZKIRAH DARI AL-QUR'AN (2) :

JANGAN RASA SEGAN SILU
UNTUK BERLUMBA-LUMBA BERBUAT KEBAIKAN

TAZKIRAH DARI AL-QUR'AN (1) :

JIKA DUA GOLONGAN MU'MIN BERPERANG :
ADAKAH KITA TERGOLONG DALAM GOLONGAN TERSEBUT...?

ALLAHU AKBAR ! ! !

HANYA ISLAM,
AGAMA YANG BENAR DI SISI ALLAH SWT:
BUKTI KEBENARAN ISLAM
TERKINI DI RUSIA
Ali Menjadi Tumpuan Ramai Termasuk Pemimpin
Dan Tokoh Agama Di Dagestan.
Antara Lakaran Ayat Suci Yang Terdapat Di Anggota Badan Ali.
Ali Bersama Ibunya Madina Dan Bapanya Shamil.
KISAH BENAR :
SEORANG bayi sembilan bulan di pedalaman Kizlyar, Dagestan di selatan Russia, menjadi tumpuan ramai berikutan kemunculan lakaran petikan ayat suci al-Quran pada beberapa bahagian tubuhnya.
Kemunculan petikan ayat suci al-Quran berwarna merah jambu pada badan Ali Yakubov, bersilih ganti setiap dua kali seminggu iaitu Isnin dan malam Jumaat, yang berlaku seawal kelahirannya tetapi menjadi semakin kerap sejak beberapa minggu lalu.
Ia timbul pada beberapa bahagian badan Ali seperti di belakang, kaki, perut dan tangannya sebelum pudar, lenyap dan muncul di bahagian lain.
Antara maksud lakaran itu termasuk ‘Allah Maha Besar’ dan ‘Allah yang menciptakan semua ini.’
Kejadian pelik yang turut disiarkan di internet itu bukan hanya mencetuskan tanda tanya ramai sehinggakan ada yang sanggup bertandang ke rumahnya setiap hari, tetapi juga misteri kepada pakar perubatan Russia yang sehingga kini belum dapat merungkai fenomena berkenaan.
Keluarganya dan orang ramai menganggapnya satu keajaiban membuktikan kebesaran Allah SWT, apalagi di wilayah yang sudah lama bergelut dengan konflik berdarah antara pihak berkuasa Russia dan pemisah Islamnya, termasuk kejadian serangan bunuh diri yang mengorbankan ramai. Pakar perubatan juga menafikan lakaran itu mampu menjelma sendiri atau ditulis seseorang, ketika pihak lain yang meraguinya menganggapnya satu masalah alahan kulit. Tidak kurang pula yang menuduh ia angkara ibu bapa Ali, Shamil dan Madina yang menggunakan cecair campuran lada dan garam bagi menjadikan Ali ‘bayi ajaib.’ Apa yang pasti, setakat ini, sekurang-kurangnya 2,000 orang sehari, berpusu-pusu mengunjungi rumah Ali setiap sejak berita kejadian pelik itu tersebar, termasuklah pakar perubatan dan wartawan pertubuhan media asing yang menyaksikan sendiri lakaran ayat suci pada kulit bayi comel berkenaan. Berikutan itu, pihak berkuasa terpaksa mengawal rumah Ali bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Bagi ibunya, Madina, beliau mempunyai kisah tersendiri di sebalik fenomena yang dialami anak keduanya itu. “Ali lahir tidak cukup bulan dan disahkan pula menghidap penyakit jantung serta kulitnya yang terlalu nipis sehingga menampakkan bahagian ususnya. Doktor ketika itu meramalkan dia hanya mampu hidup dua atau tiga hari selepas dilahirkan. “Di celah kesedihan dan kebimbangan itu, kami perasan lakaran Allah pada dagunya tetapi menganggapnya satu tanda lahir. Tidak disangka pula, berkat doa kami kepada Allah SWT dan dengan kemunculan ayat suci itu, kami dikejutkan berita Ali pulih daripada semua penyakit itu. “Malah, doktor yang merawatnya juga kehairanan bagaimana penyakit yang boleh meragut nyawanya itu, mampu lenyap begitu saja. Buktinya, Ali mampu hidup sehingga ke hari ini,” kata Madina yang dipetik media tempatan dan antarabangsa. Menurut Madina, Ali lazimnya mengalami demam panas sebelum dan ketika kemunculan petikan ayat suci berkenaan. Anak kecil itu juga sering menangis selain lebam pada bahagian tertentu badan yang disusuli dengan kemunculan petikan ayat suci. Anehnya, biarpun diberi ubat, demam dialami Ali itu tidak kebah dan lazimnya hilang sendiri selepas kemunculan ayat suci berkenaan. “Kami menganggapnya satu keajaiban serta peringatan daripada Allah,” kata Madina. Pemimpin Kizlyar, Sagid Murtazaliyev, pula menyifatkan kejadian itu satu pesanan Allah SWT kepada penduduk supaya kembali mengamalkan tuntutan agama dan mengingati konflik berdarah di kawasan itu.
HANYA AGAMA ISLAM SAHAJA
YANG DAPAT MENYELAMATKAN
UMAT MANUSIA
DARI TERJERUMUS KE NERAKA.
PERCAYALAH..
JANJI ALLAH SWT ADALAH PASTI.
AGAMA LAIN SELAIN ISLAM,
TIDAK MAMPU MEMBUKTIKAN KEBENARAN AGAMA MEREKA..
FIKIRKANLAH...

BULAN ZUL-HIJJAH :

BULAN IBADAH HAJI




SEJARAH HAJI DI MALAYSIA :
Catatan awal menyatakan Sultan Mansur Shah berhasrat ke Tanah Suci tetapi mangkat sebelum dapat menunaikannya IBADAT haji di negara ini dipercayai bermula sejak kedatangan Islam ke gugusan Kepulauan Melayu pada abad ke 13. Namun, catatan sejarah yang jelas mengenai perkembangan haji di negara ini sukar diperoleh secara terperinci kerana tidak banyak maklumat mengenainya. Dipercayai orang Melayu yang berkemampuan dan terbabit dalam aktiviti pelayaran ialah kelompok terawal menunaikan haji, namun tiada catatan atau apa-apa penunjuk aras mengenainya ditemui.
Pengamal perubatan Portugis, Tom Pires mencatatkan dua pemerintah Melaka ada menyatakan hasrat ke Makkah iaitu Sultan Mansur Shah yang memerintah dari 1456-1477 Masihi atau 860-881 Hijrah dan Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-1488 Masihi/881-893 Hijrah). Namun, kedua-duanya tidak dapat meneruskan niat mereka kerana mangkat. Dalam catatan itu, Tom Pires menjelaskan kedua-dua pemerintah sudah membuat persediaan, termasuk menyediakan emas yang berganda jumlahnya dan mempersiapkan kapal untuk pelayaran menunaikan haji. Catatan Tom Pires bagaimanapun, tidak boleh dianggap sebagai rekod terawal berkaitan pelayaran masyarakat Melayu menunaikan haji ke Makkah kerana ibadah haji itu sendiri adalah satu kewajipan yang dilaksanakan umat Islam.
Catatan yang tidak kurang penting mengenai jemaah haji dari Kepulauan Melayu ialah perjalanan ilmuwan Muhammad Yusuf Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali pada 19 Masihi (13 Hijrah). Tok Kenali berasal dari Kelantan melanjutkan pengajian agama beliau di Makkah ketika berusia 18 tahun. Dicatatkan beliau mengambil masa enam bulan untuk sampai ke Makkah. Tok Kenali kemudian mengambil keputusan menetap di Makkah bagi menuntut ilmu, di samping menunaikan umrah dan haji. Beliau kemudian kembali ke Kelantan pada usia 40 tahun dan mengasaskan pusat pengajian Islam. Selain beliau, beberapa ilmuwan Islam di Kepulauan Melayu yang terkenal ialah Hamzah Fansuri yang belayar ke Makkah pada akhir abad ke 16 Masihi (10 Hijrah) dan Abdul Rauf Singkel menunaikan haji pada 1643 Masihi (1052 Hijrah). Apabila tiba abad ke 19 dan 20 Masihi, muncul bukti yang lebih banyak berkaitan aktiviti mengerjakan haji masyarakat Melayu di Malaysia. Banyak artifak, manuskrip, bahan bercetak dan gambar direkodkan orang Melayu yang pergi ke Makkah menunaikan haji.
Antara catatan yang menarik dihasilkan Munsyi Abdullah seorang terpelajar berasal dari negara ini yang menceritakan dengan teliti pelayarannya ke Tanah Suci pada 1854 Masihi (1270 Hijrah) melalui Hikayat Pelayaran Abdullah. Selepas itu ramai cendikiawan Melayu dan golongan terpelajar yang pernah ke Makkah menunaikan haji dan umrah mengabdikan pengalaman mereka dalam bentuk tulisan bagi berkongsi ilmu dengan orang lain.
Beberapa manuskrip bertulisan jawi ditemui di Kepulauan Melayu menyentuh pelbagai aspek berkaitan haji, termasuk catatan peribadi dan maklumat mengenai haji bersifat keagamaan. Cendikiawan Melayu Harun Aminurashid menulis pengembaraannya ke Makkah dengan kapal laut pada 1960 Masihi (1379 Hijrah) dalam bukunya bertajuk Chatetan ka-Tanah Suchi. Harun menceritakan perit getirnya sepanjang perjalanan dengan kapal diberi nama Anshun. Antara petikan berkenaan ialah: “susah menjadi penumpang di dalam bahagian tengah kapal...orang yang ingin menunaikan haji mestilah sabar... di sini tiada keseronokan atau kebebasan seperti kebiasaannya ketika di darat...kamu terpaksa menanggung kesusahan ini di sepanjang pelayaran pergi dan balik daripada menunaikan haji, sabar ialah satu-satunya jalan penyelesaian terbaik.”
Selain Harun, ada beberapa tulisan lain yang menceritakan keterujaan mereka menunaikan haji serta gambaran perjalanan ke Tanah Suci seperti Jaafar Jusoh Al Haj (Perihal Pemergian ke Mekah dan Madinah yang diterbitkan pada 1937 Masihi (1355 Hijrah) dan Haji Ismail Haji Ishak dalam bukunya bertajuk, Ke Mekah Mengikut Jalan Darat (1975 Masihi/ 1394 Hijrah) . Selain catatan perjalanan, ada juga ditemui penulisan jemaah haji berkisar mengenai perasaan, pandangan dan pemikiran mereka terhadap apa yang berlaku sepanjang perjalanan yang dipersembahkan dengan gaya tersendiri, termasuk karya seni seperti puisi, lukisan dan poster.
Dicatatkan seorang jemaah haji yang tidak diketahui identitinya mengubah nazam menceritakan perjalanannya dari Kedah ke Makkah. Dalam nazam tulisan jawi itu, penulis menyatakan tiga bulan dari Kedahlah dan kurang, Pelayaran kapal tatkala menyeberang, Jikalau angin dari belakang sampai ke Jeddah (laut) yang tenang...Dua malam tuan sudah di Jeddah hendak berjalan pula ke Makkah disewalah unta mana yang mudah kecil sedikit daripada gajah...” Di akhir nazam dinyatakan 120 rahmat ke atas Kaabah iaitu 60 bagi mereka yang mengerjakan tawaf, 40 bagi mereka yang bersembahyang dan 20 bagi yang melihatnya.
Sejak 1900 hingga 1969, jemaah haji negara ini hanya menggunakan kapal laut untuk ke Makkah. Mulai 1970 hingga 1976, sebilangan kecil daripada mereka menaiki kapal terbang tetapi kapal laut masih terus digunakan. Sejak 1977 kapal laut tidak lagi digunakan, sebaliknya semua jemaah haji Malaysia menaiki kapal terbang untuk ke Makkah. Pada zaman kapal laut, pelayaran dari negara ini ke Makkah mengambil masa di antara dua dan tiga bulan, selain dilihat berisiko lebih tinggi. Kebanyakan jemaah yang menaiki kapal laut pernah mengalami pelbagai pengalaman pahit, termasuk dilanda ribut taufan. Malah, ada kapal laut yang terbakar ketika dalam pelayaran di tengah samudera. Namun, semua itu dianggap sebagai dugaan dan ujian Allah. Dalam perjalanan selama berbulan-bulan ke Makkah, ada jemaah yang uzur atau meninggal dunia di atas kapal.
Bagaimanapun, rekod sebenar mengenai kematian itu sukar diperoleh.
INFO: Kapal haji Mendam Berahi (abad ke-15), Subulus Salam (1854), Antirorchus (1936), Bellophon (1936), Cyclops (1936) dan Potesilaus (1936),Agamemnon, Adratus, Atreus, Ajax, Eurubates, Glaucus, Idomeneus (1940-an), Prometheus (1950-an), Malaysia Kita, Malaysia Raya dan Kuala Lumpur (1970-an).
Peristiwa 1947, 670 jemaah haji Malaya berangkat ke Makkah melalui Singapura dan 1,326 melalui Pulau Pinang. Daripada jumlah itu, 1,729 pulang ke Malaya, manakala 200 lagi terus tinggal di Makkah; 67 meninggal dunia iaitu 31 ketika dalam pelayaran, manakala 36 di Makkah.Sebelum Perang Dunia Kedua hingga negara mencapai kemerdekaan, Singapura dan Pulau Pinang menjadi dua pelabuhan penting bagi jemaah haji Malaya.Kebanyakan jemaah sebelum merdeka dibawa ke pelabuhan dengan lori dan cara itu sering dikritik orang ramai menerusi akhbar. Satu peristiwa pernah menimpa jemaah di Pelabuhan Klang pada 8 Julai 1962 iaitu tragedi tangga patah menyebabkan 20 cedera ketika menyambut ketibaan jemaah haji di atas kapal `Kuala Lumpur'.Menjelang awal 60-an, kesulitan itu semakin reda apabila pakar ekonomi negara, Prof Diraja Ungku Aziz mengesyorkan supaya Tabung Haji diwujudkan.
Dalam memorandumnya berjudul `Pilgrims Economy Improvement Plan' kepada kerajaan, Ungku Aziz mengesyorkan penubuhan sebuah perbadanan untuk mengurus dan mengendalikan urusan umat Islam negara ini yang hendak menunaikan haji dan umrah.Tabung Haji ditubuhkan pada 1969 dan menguruskan pergi balik jemaah haji ke Makkah dengan licin dan teratur. Tradisi dan amalan menjual harta benda untuk ke Makkah hingga menyebabkan `kepapaan' selepas jemaah haji kembali ke tanah air, juga semakin pupus.
Sumber :http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Bmdua/20091108093539/Article

Jumaat, 13 November 2009

SUATU KERUGIAN BESAR...DR ASRI

DR. ASRI DISARAN AGAR


TIDAK MENGIKUT TELUNJUK MANA-MANA


PARTI POLITIK :



CONTOHILAH ULAMAK SILAM SEPERTI IMAM SYAFI'E, IMAM MALIKI, IMAM AHMAD BIN HANBAL DAN IMAM HANAFI YANG MENOLAK SEBARANG JAWATAN SERTA TIDAK MENGIKUT MANA-MANA PEMERINTAH ATAU LEBIH TEPAT MANA-MANA PARTI POLITIK JIKA MAHU MENJADI ULAMAK YANG BOLEH DIJADIKAN RUJUKAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA. JIKA DR ASRI MENYERTAI POLITIK, MAKA IANYA MENJADI SATU KERUGIAN BESAR KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DI MALAYSIA..

WALLAHU A'LAM..

SILA BACA :
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=23104&Itemid=46

Isnin, 9 November 2009

SUDAH TIBA MASANYA PKR DIBUBARKAN :

DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA
AHLI PKR MESTI MEMBUAT PILIHAN YANG TERBAIK
TINGGALKAN DAN BUBARKAN
PKR
&
KEMBALILAH KE PANGKUAN UMNO
KERANA UMNO PARTI MELAYU YANG KUKUH

JIKA ANDA PILIH PAS
JADIKANLAH PARTI PAS
SEBAGAI MATA RAKYAT, MENEGUR, MENASIHAT
SERTA MEMPERINGATKAN UMNO..
DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.


WALLAHU A'LAM

BENDERA PKR BAGAIKAN LAMBANG MATA DAJAL :


PKR BAKAL BERKUBUR KERANA :
1. PERJUANGANNYA HANYA UNTUK MEMBEBASKAN ANWAR DARI ISA.
2. KINI ANWAR SUDAH BEBAS.
3. ADAKAH PENGUNDI PKR MASIH MAHU MENYOKONG PEMIMPINNYA YANG MASIH BELUM SELESAI DENGAN PERBICARAAN KES LIWATNYA?
4. INIKAH PEMIMPIN YANG BAKAL DINOBATKAN SEBAGAI PERDANA MENTERI (SEBAGAI SIMBOL LIWAT) JIKA MENANG BESAR DALAM PRU13 AKAN DATANG ?

JAWAPANNYA SUDAH JELAS APABILA BERLAKUNYA :
200 AHLI PKR SERTAI UMNO :
PADANG BESAR 8 Nov. 2009 - Bekas Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlis, Zainurin Yahaya bersama 200 ahlinya bertindak keluar parti tersebut untuk menyertai UMNO.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Bahagian PKR Padang Besar dan ahli-ahli parti itu menyerahkan borang keahlian untuk menyertai UMNO kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu.
Zainurin berkata, selepas ini, dijangka kira-kira 1,000 lagi penyokong PKR di negeri itu akan mengambil tindakan yang sama selepas mendapati perjuangan parti tersebut terpesong daripada dasar utamanya.
"Kami mengambil langkah ini selepas menyedari perjuangan PKR tidak berfungsi seperti yang digambarkan di peringkat awal kononnya untuk membela nasib rakyat," ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Md. Isa di Kampung Sungai Siran, Santan, yang turut disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Santan, Sabry Ahmad.
Kata Zainurin, PKR Bahagian Padang Besar dijangka lumpuh kerana sebahagian besar daripada ahlinya akan menyertai UMNO pada bila-bila masa selepas mendapati UMNO lebih mementingkan akar umbi.
Beliau juga memberitahu, semua 200 bekas ahli PKR itu akan menubuhkan cawangan baru UMNO yang dikenali UMNO Cawangan Sungai Siran yang terletak di sempadan kawasan Parlimen Padang Besar dan Kangar.
"Kami akan berbincang dengan UMNO Perlis untuk membolehkan cawangan di Sungai Siran itu dimasukkan ke kawasan Parlimen Kangar dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bintong, yang mana wakil rakyatnya ialah Menteri Besar Perlis sendiri," ujarnya.
Sementara itu, Md. Isa pula mengalu-alukan kehadiran ahli PKR menyertai UMNO demi memperkuatkan lagi perjuangan dan perpaduan masyarakat Melayu.
Beliau berkata, semua sedia maklum bahawa UMNO merupakan parti yang berteraskan perjuangan Melayu demi kepentingan rakyat dan berbekalkan dasar tersebut, UMNO kekal sebagai parti teras Barisan Nasional (BN).
CADANGAN SAYA :
SO, AHLI PKR YANG LAIN BILA LAGI? OLEH ITU, SEMUA AHLI PKR CEPAT-CEPATLAH KELUAR PARTI TERSEBUT AGAR PKR CEPAT-CEPAT BERKUBUR. JIKA DAHULU ANWAR NAMPAK LEBIH ISLAMIK KETIKA BERADA DALAM UMNO, KINI TIDAK. JIKA DIA BENAR-BENAR ISLAMIK, SUDAH PASTI DIA AKAN JOIN PAS SETELAH DITENDANG KELUAR DARI UMNO. KENAPA ANWAR TIDAK MASUK PAS HINGGA SEKARANG ? SEBAB SEMUA ORANG SEDIA MAKLUM ANWAR KETIKA DALAM UMNO SUKA MEMAKI HAMUN PAS. JIKA ANWAR HENDAK KEMBALI KEPANGKUAN UMNO, PASTI SUDAH TERLAMBAT KERANA KINI ANWAR DIKENALI SEBAGAI PENGKHIANAT UMNO, DAN TAKKAN DITERIMA KEMBALI..
OLEH ITU, DEMI PERPADUAN MELAYU, BIARLAH ORANG MELAYU HANYA ADA DUA PARTI SAHAJA IAITU UMNO DAN PAS. PAS MESTI WUJUD DAN JADIKANLAH PAS SEBAGAI PARTI YANG SERING MENEGUR SERTA MENASIHATI UMNO AGAR UMNO TIDAK TERPESONG DALAM TINDAKANNYA.
DENGAN WUJUDNYA PKR SELAMA INI, IANYA ADALAH SIMBOL KELEMAHAN DAN PERPECAHAN ORANG MELAYU.
WALLAHU A'LAM..

Ahad, 8 November 2009

ANWAR DAKWA ADA PIHAK HALANG PERBICARAAN KES LIWATNYA :

KUALA LUMPUR, 8 Nov 2009 :
Penasihat Parti keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa ada pihak yang cuba menghalang perbicaraan tuduhan liwat keatasnya dari berjalan lancar.
Ianya terbukti apabila Mahkamah Rayuan kelmarin membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintah pihak pendakwa dalam kes tersebut menyerahkan bahan bukti kepada ketua pembangkang itu yang dikatakan penting untuk pembelaannya.
Anwar dalam tulisan yang disiar di blognya http://anwaribrahimblog.com memberitahu, pihak tersebut kini sedang berselindung di sebalik dolak dalih kononnya mendakwa beliaulah yang melengah-lengahkan perbicaraan tersebut."Nah sudah terang lagi bersuluh kepada kita, siapa sebenarnya yang melengah-lengahkan proses perundangan dan pembicaraan."Mengapa gentar untuk membenarkan pasukan pembela saya memeriksa bahan bukti dan rakaman video litar? "Barangkali takut muslihat jahat didedahkan; pecah tembelang membusuk dan memualkan," kenyataanya dipetik.
Dalam tulisan tersebut Anwar melahirkan harapan agar perbicaraan kes beliau itu berjalan lancar mengikut lunas perundangan.Beliau juga tidak mahu proses perundangan tersebut dihalang dan dicampurtangan pihak pemerintah."Jangan halang proses perundangan yang sebenarnya, biarkan ianya berlangsung tanpa dicampuri dan digugat pemerintah," tulisnya lagi.
Kelmarin pasukan peguam pembela Anwar sekali lagi dihalang dari mendapatkan bahan bukti setelah keputusan mahkamah rayuan didakwa menyebelahi rayuan pihak pendakwa.
Kesemua bahan bukti tersebut merupakan bahagian penting untuk pembelaan Anwar dan hak untuk mendapatkannya juga turut dijamin undang-undang. Pada 16 Julai lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan pihak pendakwa menyerahkan bahan bukti itu, termasuk rakaman video dan laporan perubatan kepada tertuduh. Pihak pendakwa juga diperintahkan supaya membenarkan peguam Anwar memeriksa rakaman CCTV yang didakwa tempat kejadian, bersama-sama dengan kenyataan Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa sebagai mangsa, dan saksi-saksi lain serta nota doktor.
Mahkamah Tinggi juga mengarahkan supaya laporan perubatan Mohd Saiful dari Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Pusrawi serta bahan bukti yang lain, yang diperlukan untuk tujuan pembelaan, diserahkan kepada Anwar.
Sumber : Nazri Abdullah
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=23126:anwar-dakwa-ada-pihak-halang-perbicaraan-kes-liwat&catid=1:utama&Itemid=50

Ulasan :
Sejauh manakah kebenaran kata-kata Anwar ni..? Nampak gaya, Anwar semakin berputar belit setelah mendapat didikan dari Tok Gurunya Karpal Singh. Siapakah yang menjadi penghalang kes liwatnya di bicarakan ?Adakah Mohd Saiful Bukhari Azlan, atau UMNO, atau AnWar sendiri ? Sebenarnya yang pasti, jawapan ada di tangan Anwar sebab mangsanya telah bersumpah laknat dan hanya Anwar yang takut.. Seperti kata pepatah Melayu; "Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah", "Nak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih". Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang benar dan doa orang yang teraniaya lebih makbul doanya.

Wallahu a'lam..





SPRM BEBAS SIASAT TERMASUK MENANTU : Nik Aziz



KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata terpulanglah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat sesiapa sahaja termasuk menantunya, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang dituduh melakukan pecah amanah. Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, sekiranya dakwaan itu benar seperti dakwaan penulis blog terhadap menantunya itu, beliau sendiri akan mengucapkan terima kasih tetapi jika perkara itu tidak benar, penulis blog terbabit akan menanggung dosa kerana membuat tuduhan melulu. "Kalau dia (penulis blog) buat perkara yang tidak ada, dia tanggung dosa, tetapi sekiranya betul saya ucapkan terima kasih.
"Sudah dua kali dah (disiasat), tidak ada apa pun, ini adalah blog-blog mainan orang yang bermasalah...dia buat (cerita) benda tidak ada (tidak benar) dia tanggung dosa," katanya kepada pemberita di rumahnya di Pulau Melaka di sini, hari ini. SPRM baru-baru ini telah menyiasat dakwaan itu dan telah ke pejabat Abdul Ariffahmi bagi menyiasat dakwaan penulis blog tersebut. Nik Aziz yang mengakui mengenali penulis blog terbabit berkata berkemungkinan ia juga didalangi oleh "orang dalam" yang menyampaikan maklumat kepada penulis blog terbabit bagi tujuan tertentu.
"Kalau dengan niat untuk mengkhianati, dia tanggung dosa dan kalau dia buat dengan niat bersih, kami lebih beringat," katanya. - Bernama
Sumber :
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Mutakhir/20091108133457/Article/index_html

PENYOKONG MUDA PAS BERPALING TADAH :

Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah

70 % AHLI MULA PERTIKAI KEWIBAWAAN KEPIMPINAN PARTI :

KUALA LUMPUR: 07 Nov. 2009 :
Sokongan golongan muda kepada Pas berpaling arah dengan mendadak selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 tahun lalu.
Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah berkata 70 peratus golongan muda yang percaya pentadbiran Pas sangat baik ketika PRU-12, kini berubah pantas.
Perubahan ketara berlaku di kalangan golongan muda berusia 21 hingga 30 tahun dan golongan pertengahan 31 hingga 40 tahun. Menurutnya, selepas PRU-12 juga kewibawaaan kepemimpin Pas dipersoalkan oleh rakyat, termasuk mereka yang sebelumnya menyokong parti itu. Dr Abu Hassan mendedahkan hasil kajiannya bertajuk "Kajian Mikro Kepercayaan Politik di Malaysia Dari Persepsi Pola Kepercayaan Untuk PRU ke 13 akan datang" pada Seminar Memperkasakan Parti di Markas Pas Taman Melewar, Gombak, dekat sini, semalam.
Kajian membabitkan 2,100 responden di negeri-negeri di utara dan Pantai Timur, tidak termasuk Sabah dan Sarawak. Hasil kajian juga mendapati golongan muda cuma mengenali lima pemimpin Pas iaitu, Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden), Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (Bekas Menteri Besar Perak), Mohamad Sabu dan Datuk Seri Azizan Abdul Razak (Menteri Besar Kedah). Beliau menjelaskan, sepanjang tempoh selepas PRU 12, keberkesanan politik dan pentadbiran pucuk pimpinan Pas mula tidak mendapat kepercayaan rakyat, Pas juga gagal menonjolkan pemimpin muda parti itu. "Strategi politik menghadapi PRU ke-13 sangat lemah.
Keberkesanan kempen dalam PRU lalu kini mula dipersoalkan dan golongan yang menentang meningkat 400 peratus," Abu Hassan berkata, kepercayaan mikro kepada Pas serta kebijaksanaan pentadbiran kini merudum. Sehubungan itu, beliau berkata, kepercayaan itu akan berubah 100 peratus menjelang PRU 13. "Sokongan media alternatif termasuk penulis blog, jurnal amat mengejutkan kerana laporan negatif meningkat 213 peratus berbanding sebelum PRU 12. Mereka mula beralih arah atau berada di atas pagar," katanya. Beliau berkata, antara isu negatif yang sering diutarakan ialah masalah kepemimpinan, ideologi, jentera, individu dan manifesto.
Mengenai persoalan adakah Pas perlu bersetuju mengenai cadangan mewujudkan satu parti gabungan Pakatan Rakyat, kajian menunjukkan 288 responden cuma bersetuju Pas kekal sebagai ahli bersekutu. "Mereka percaya Pas mampu berdiri sendiri dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat cuma sebagai ahli bersekutu, tak boleh lebih daripada itu," katanya.
Laporan Mohd Azis Ngah, Mohd Anwar Patho Rohman dan Haspaizi Md Zain

Sabtu, 7 November 2009

IBLIS & SYAITAN, MUSUH NO.1 UMAT ISLAM :

ANTARA 12 PINTU
YANG SERING DIGUNAKAN SYAITAN
UNTUK MENGHANCURKAN MANUSIA :

Untuk mencapai kecemerlangan, tipu daya syaitan perlu dikenali dan diawasi kerana syaitan merupakan musuh utama kita dan syaitan sentiasa mencari kesempatan untuk menyerang dan merosakkan manusia. Jambatan yang seringkali digunakan oleh syaitan untuk merosakkan kita ialah hati-hati kita. Syaitan mengganggu hati-hati manusia mendatangkan was-was dihati itu sehingga melahirkan manusia yang keliru, manusia yang tidak menentu cara fikir dan halatuju hidupnya sehingga natijahnya mereka terbabas dan berkemungkinan juga mereka menjadi sesat.
Justeru kita perlu mengenali dan mengawasi strategi iblis dan syaitan. Mengikut Imam Al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin. Antara pintu yang sering digunakan syaitan untuk menghancurkan manusia ialah, :
PERTAMA :
Perasaan marah - Marah ini boleh menghancurkan kita. Dari perasaan marah lahirlah sikap hendak mendera anak-anak sebagai contohnya. Dari perasaan marah kita membunuh orang lain. Dari perasaan marah kita bersengketa. Dari perasaan marah kita sesama jiran bergaduh dan begitulah seterusnya. Hasilnya keburukkan.
KEDUA :
Nafsu syahwat - Manusia adalah makhluk yang ada nafsu dan syahwat. Kita tidak boleh membuangnya. Yang perlu kita lakukan ialah mengawalnya. Tetapi syaitan akan merangsang nafsu syahwat sehingga kita tidak mampu mengawalnya dan ketika itu berlakulah pergaulan bebas. Natijahnya porak perandalah sistem sosial dalam sesebuah masyarakat.
KETIGA :
Perasaan tamak dan dengki - Bila perasaan ini menguasai insan, insan terus melupakan batasan agama. Dia sanggup memberi dan menerima rasuah kerana dikawal oleh perasaan tamak dan dengki, malah politik wang merupakan perkara lumrah bagi orang yang tamak dan dengki ini.
KEEMPAT :
Kekenyangan - Maksudnya makan terlampau banyak sehingga melahirkan kelalaian dan kealpaan. Biasanya tuan-tuan dan puan-puan, bila kita terlampau kenyang apa yang kita lakukan. Kita hendak tidur, bersandar, berehat lebih dan kesan daripada itu lahirlah lalai dan lupa kepada Allah.
KELIMA :
Kecintaan kepada hiasan dan harta benda - Islam tidak melarang kita mengambil sedikit sebanyak perhiasan. Islam tidak pernah melarang kita daripada mengambil harta benda yang kita perlukan, malah kita boleh menjadi jutawan dengan usaha yang betul. Tidak dilarang oleh agama tetapi yang dilarang ialah kecintaan yang melampau sehingga kita melupakan ibadah. Kita melupakan solat. Kita melupakan batas-batas agama demi untuk memperolehi perhiasan dan harta benda. Maka lahirlah jutawan yang tidak solat. Lahirlah hartawan yang tidak pernah mengeluarkan zakat. Lahirlah orang yang banyak perhiasan di tubuhnya dan pada ketika yang sama dia sombong dan lahirlah pembaziran dalam kehidupan. Ketika itu syaitan bertepuk tangan kerana kita tidak cinta kepada agama sebaliknya cinta kepada sesuatu yang akan berpisah daripada kita.
KEENAM :
Pergantungan kepada manusia - Bila kita bergantung kepada sesiapa, kita menjadi hamba kepada manusia. Kita berkata bila awak tidak ada hancurlah saya. Padahal sebenarnya kalau dia tidak ada, Allah ada. Maka pergantungan kepada manusia pada manusia amat berbahaya jika kita layani. Tidaklah ia bermaksud kita tidak boleh meminta bantuan kepada insan. itu bukan maksudnya. Yang dimaksudkan oleh Al-Ghazali bahawa kita akan terbabas ialah bila kita bergantung kepada manusia.
KETUJUH :
Gopoh gapah dan terburu nafsu - Sikap tergesa-gesa telah menghancurkan ramai orang. Tergesa-gesa menghukum manusia. Kamu pelacur, rupanya tersilap tetapi telah terlanjur berkata. Maka gopoh gapah dan terburu nafsu amat disukai iblis dan syaitan.
KELAPAN :
Kecintaan kepada dinar, dirham dan emas - Dalam bahasa mudah kecintaan kepada wang ringgit. Wang ringgit kita perlukan tapi kecintaan kepadanya itu yang berbahaya. Ramai orang sanggup overtime untuk dapatkan wang tapi untuk solat tak ada time. Itu bahayanya.
KESEMBILAN :
Sikap kedekut dan bakhil - Wang banyak, ada orang yang memerlukan. Ahh !!! ini wang saya. Awak malas bekerja. Awak layak menjadi midkin. Sikap inilah boleh merosakkan sebab jika tidaklah kerana doa orang miskin mungkin kita pun tidak menjadi kaya.
KESEPULUH :
Fanatik mazhab dan kelompok - Setengah orang dia bersolat di belakang imam yang bermazhab lain. Dia bermazhab Syafie, imamnya bermazhab Hanafi. Terus dia mufarakah. Dia berhenti dari solatnya sebab dia berkata imam itu bermazhab lain dengan saya. Tidakkah sikap seperti itu melahirkan pecah belah. Sebab itulah syaitan suka dengan fanatik mazhab. Tuan-tuan dan puan-puan perlu ingat. Saya tidak berkata tidak boleh bermazhab, malah saya hendak berkata kita perlu bermazhab. Imam Al-Ghazali menegur golongan yang fanatik mazhab. Bermazhab tidak mengapa. Fanatik mazhab jangan. Sebab bila kita fanatik, kita akan mengatakan semua orang lain salah kecuali kita saja yang betul. Lantas ia pintu yang disukai oleh iblis dan syaitan. KESEBELAS :
Berfikir tentang zat, sifat dan af'al Allah tanpa ilmu - Ini jelas sekali boleh menghancurkan kita tuan-tuan dan puan-puan. Orang yang berfikirkan tentang Allah tanpa ilmu memang boleh menghancurkan dirinya sendiri. Akhirnya dia akan berkata Allah itu sama dengan sifat yang baharu. Allah itu tidak adil sebab menjadikan orang itu susah, menjadikan orang ini senang tanpa dia faham rahsia-rahsia dan kebijaksanaan ilahi menetapkan sesuatu dalam keadaannya. Lantas berfikir tentang Allah tanpa ilmu adalah suatu yang disukai iblis dan Syaitan sebab dia akan merosakkan kita.
KEDUA BELAS :
Sikap suka berburuk sanka terhadap orang-orang islam - kita mudah prejudis terhadap orang lain dan ini amat berleluasa dalam masyarakat. lihatlah apa yang berlaku bila kita bercakap tentang agama. kita akan melihat dahulu samada orang itu bermazhab apa. Kita hendak prejudis tentangnya. semua ini boleh melahirkan buruk sangka dan menghancurkan ukhuwah islamiah dan persaudaraan islam. natijahnya kita akan terus bergaduh, kita akan terus berseteru walaupun peluang untuk kita berbaik-baik ada. Tetapi kita tidak mampu manafaatkan sebab mudah berburuk sangka lebih menguasai hati kita.
KESIMPULANNYA :
Oleh itu, peringatan Al-Ghazali tentang pintu-pintu yang sering digunakan syaitan untuk menghancurkan kita dapat sama-sama kita manafaatkan. Semoga insyaallah kita akan menjadi golongan yang memusuhi iblis dan syaitan. Jadikan iblis dan syaitan musuh no. 1. Untuk mengenali strategi musuh kita kena ada ilmu dan semoga ilmu yang kita sebutkan tadi dari Ihya Ulumuddin membantu kita untuk mendekatkan diri kepada Allah swt.