Islam Agama Keamanan



Member Bloger :

Sabtu, 10 April 2010

Peringatan Rasulullah s.a.w. : Siapakah Yang Bankrap Di Akhirat ???

Suatu hari dalam sebuah majlis, Rasulullah s.a.w. bertanya kepada para sahabat : "tahukah kalian, siapakah orang yang dinamakan bankrap ?" Para sahabat yang hidup di tengah masyarakat pedagang itu menjawab, "orang yang bankrap itu menurut fahaman kami adalah orang yang kehilangan harta dan seluruh hak miliknya". "Bukan" jawab nabi s.a.w. : "orang yang bankrap itu adalah orang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala daripada puasanya, pahala zakatnya, dan hajinya. Namun ketika pahala-pahala tersebut ditimbang, datanglah orang-orang yang mengadu ; "Ya Allah, dahulu orang ini pernah mendakwa aku berbuat sesuatu padahal aku tidak pernah melakukannya".
Kemudian Allah menyuruh orang yang pernah mendakwa secara palsu itu untuk membayar orang yang di dakwa itu dengan sebahagian pahalanya.
Kemudian datang orang lain lagi yang mengadu, "Ya Allah, hakku pernah diambil orang ini dengan cara yang batil". Maka, Allah menyuruh orang itu untuk membayar dengan pahala amal solehnya kepada orang yang mengadu itu; sehingga akhirnya seluruh pahala solat, puasa, zakat dan hajinya itu habis digunakan untuk membayar orang-orang yang pernah dirampas haknya, dizaliminya, dan dituduh dengan alasan/bukti palsu.
Ketika semua pahala ibadahnya telah habis, masih datang orang untuk mengadu tanggungjawabnya di hadapan Allah. Maka Allah memutuskan agar kejahatan orang yang mengadu itu dipindahkan kepada orang ini.
Mengakhiri penjelasan ini, Rasulullah s.a.w. bersabda : "Itulah orang yang bankrap pada hari kiamat nanti, iaitu orang yang rajin beribadah tetapi tidak memiliki akhlak yang baik, merampas hak orang lain, dan menyakiti hati mereka".

Sabtu, 3 April 2010

Apco Worldwide - Satu Lagi Pembohongan Anwar :

KUALA LUMPUR 1 April - Cubaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengaitkan kerajaan dengan Israel melalui surat perjanjian syarikat perunding antarabangsa, Apco Worldwide (Apco) mendedahkan satu lagi penipuan besar Ketua Pembangkang itu.

Ini kerana, adalah sesuatu yang pelik apabila surat Apco (GDI International) yang didakwa Anwar dihantar oleh syarikat itu kepada Kerajaan Israel bertarikh 23 Disember 1991 menggunakan kepala surat Kerajaan Israel.
Lazimnya, kepala surat sesebuah kerajaan hanya boleh digunakan jika surat itu dihantar oleh kerajaan tersebut kepada pihak lain dan bukannya daripada sebuah syarikat swasta kepada sesebuah kerajaan.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim ketika diminta mengulas mengenai 'senario pelik' itu berkata, beliau tidak hairan dengan apa yang berlaku kerana mendakwa Anwar memang seorang kaki putar belit.
"Saya secara peribadi tidak lagi percaya apa yang Anwar cakap. Nama-nama Yahudi yang dia sebut itu semuanya individu yang dia kenal.

"Jadi apa nak pelik dengan penggunaan kepala surat sebuah kerajaan asing kerana Anwar memang seorang yang terkenal dengan kehebatan putar belit," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.

Penggunaan kepala surat kerajaan Israel itu dikesan selepas Anwar memuat turun surat yang didakwa sebagai perjanjian antara kerajaan Israel dengan GDI International dalam blognya http://anwaribrahimblog.com semalam.

Selain surat perjanjian tersebut, Anwar turut memuat turun dua lagi surat perjanjian setuju terima dan surat perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan Apco.

Mengulas lanjut, Zahrain berkata, isu tentang Israel yang cuba dikaitkan oleh Anwar tidak timbul sebenarnya kerana Apco adalah syarikat antarabangsa yang diakui antara terbaik dalam industri perundingan.

"Apa yang Anwar kata ini tidak boleh pakai, dia sengaja nak pusing isu bagi menunjukkan kepada rakyat kononnya kerajaan kita adalah barua Israel," jelasnya.
"Saya pelik juga tetapi penipuan boleh berlaku dalam apa keadaan pun sekarang," ujarnya. - Utusan

Khamis, 1 April 2010

PAS Tiada Calon Mursyidul Am PAS - Nik Aziz Kekal :

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini dilantik semula sebagai Mursyidul Am PAS untuk sesi 2010-15.
Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat kedua majlis syura ulamanya di pejabat agung PAS, di ibu negara pagi ini.
Pelantikan itu sekali gus menutup ruang spekulasi berhubung kedudukan tokoh popular PAS itu yang melanda sejak minggu lalu apabila kedudukannya bergantung kepada sokongan 16 lagi anggota majlis tersebut.
Spekulasi tercetus minggu lalu apabila majlis syura ulamanya tidak membuat sebarang pelantikan terhadap pengerusi dan timbalannya, sebaliknya hanya melantik lima anggota tambahan.
Majlis tersebut mempunyai 17 anggota - masing-masing empat wakil daripada jawatankuasa pusat dan dewan ulama, dua orang daripada dewan Pemuda dan Muslimat serta empat lagi anggota tambahan.
Sementara itu, dalam mesyuarat hari ini juga, Datuk Dr Haron Din turut dilantik semula sebagai timbalan mursyidul am bagi membantu tugas-tugas Nik Aziz sebagai pengerusi majlis tertinggi dalam parti.
Hormati keputusan, Nik Aziz terima.
Turut dilantik sebagai anggota tambahan: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak, Pesuruhjaya PAS Perlis Hashim Jasin dan bekas timbalan presiden Hassan Syukri.
Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang ketika ditemui pemberita di parlimen mengesahkan pelantikan Nik Aziz dan Dr Haron selama lima tahun.
Tambahnya, Nik Abdul Aziz sebelum ini yang menyatakan kegembiraan sekiranya tidak dilantik semula, bertindak demikian dengan "moral yang tinggi."

Ditanya mengenai pertimbangan anggota majlis berkenaan terhadap tahap kesihatan Nik Abdul Aziz, Abdul Hadi berkata menteri besar Kelantan itu dilihat masih mampu menjalankan tugas-tugasnya.
Sementara itu, walaupun membayangkan enggan dilantik semula sebagai pemimpin nombor satu dalam PAS, Nik Aziz hari ini dijangka mengumumkan kesediaannya memikul semula tanggungjawab dengan segera.
Menurut setiausaha politiknya Wan Nik Wan Yussof, satu kenyataan akhbar berhubung perkara itu akan dikeluarkan lewat petang ini. “Beliau terima. Tetapi (bertugas) macam dulu juga, kalau sakit tidak dapatlah hadir ke mesyuarat,” katanya kepada Malaysiakini tengah hari ini. “Penerimaan tersebut dibuat bagi menghormati keputusan majlis syura ulama. Berdasarkan pengalamannya juga, beliau wajar dilantik semula.”

KENALI APRIL FOOLS (1 APRIL) :

UMAT ISLAM
HARAM MENYAMBUT
"APRIL FOOLS DAY".
Pada setiap tanggal 1 April, ada sahaja orang (terutama anak-anak muda) yang merayakan hari tersebut dengan membuat pelbagai kejutan atau sesuatu aneh yang di luar jangkaan. April Fools Day, demikian orang Barat menyebut hari tanggal 1 April. Namun, tahukah anda jika perayaan tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah pembantaian tentera Salib terhadap kaum Muslim Sepanyol yang memang didahului dengan upaya penipuan? Inilah sejarahnya yang disalin kembali sebahagiannya dari buku
‘Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Halloween: So What?’
(Rizki Ridyasmara, Pustaka Alkautsar, 2005)
Sejarah April Fool :
Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April™s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.
Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.
Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.
Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.
Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.
Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.
Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan demikian pujuk tentera Salib.
Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.
Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.
Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.
Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai "The Aprils Fool Day".
Bagi umat Islam, April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.
April Fool Merupakan Perayaan Pembantaian Umat Islam, Tidak Layak DirayakanUmat Islam sangat tidak boleh merayakan "The April Fool Day" kerana kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati peristiwa pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi.Ir.H.Asmara Dharma, seorang cendekiawan muslim dari Indonesia menuturkan di dalam tulisannya; Ramai di antara umat Islam yang merayakan April Fool tanpa mengetahui dasar dan asal muasal peristiwa tersebut.
Ia menjelaskan, perayaan April Fool itu didasarkan atas peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentera Salib terhadap negara Sepanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada Mac 1487 Masihi.Kota-kota Islam di Sepanyol seperti Zaragoza dan Leon di wilayah Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisbon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai kota pelabuhan berjaya dikuasai tentera Salib.
Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Sepanyol dengan kapal yang disiapkan di pelabuhan Granada. Tentera Salib itu menjanjikan keselamatan dan membolehkan umat Islam menaiki kapal jika mereka meninggalkan Sepanyol dan tidak membawa sebarang persenjataan mereka.
Namun, ketika ribuan umat Islam sudah berkumpul di pelabuhan, kapal yang tadinya berlabuh di pelabuhan segera dibakar dan kaum muslim dibantai dengan kejam sehingga air laut menjadi merah kerana darah. Peristiwa pembantaian dan pengingkaran janji tersebut terjadi pada 1 April 1487 Masehi dan dikenang sebagai “The April Fool Day.”
Selanjutnya, Dharma menjelaskan, peristiwa The April Fool Day itu dipopularkan dengan œrita-cerita yang mempersendakan, menipu dan memperbodohkan orang lain tetapi bernuansa gembira.“Ritual tersebut disyaratkan agar orang-orang yang dipersendakan tidak boleh berasa marah atau membalas” katanya.