Islam Agama Keamanan



Member Bloger :

Ahad, 30 Mei 2010

Kabinet Bayangan Lim Kit Siang 2013 VS 2008 :

UNDI ADALAH RAHSIA
&
HUJUNG JARI ANDALAH PENENTUNYA.
ANDA SETUJU KABINET INI MENJADI KENYATAAN ???!!!!!!


Jumaat, 7 Mei 2010

ANTARA MUSUH UTAMA ORANG BERIMAN - "SYAITAN" :

-JANGAN BERKAWAN DENGAN SYAITAN-
11 PERKARA AMALAN HARIAN SYAITAN :

Allah s.w.t. telah menyuruh kita menjadikan syaitan sebagai musuh.
Firman Allah s.w.t. :
"Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu). (6:35 al-Fatir).
Boleh dikatakan bahawa semua manusia akan mengakui bahawa syaitan sebagai musuhnya. Namun, tidak ramai di antara kita yang mengetahui bagaiman cara untuk menghadapi syaitan dan di manakah ruang-ruang yang syaitan boleh masuk pada diri setiap makhluk yang bergelar manusia. Dalam ruangan ini merupakan di antara sebahagian dari ruang-ruang yang perlu tutup atau berjaga-jaga agar kita tidak diperdayakan oleh syaitan yang tidak mampu kita melihatnya selain dengan keizinan Allah s.w.t. Antaranya ialah :
1. SYAITAN BERMALAM DI DALAM HIDUNG :
Sabda baginda s.a.w. : "Apabila seseorang kamu bangun dari tidurnya hendaklah dia memasukkan dan mengeluarkan air dari hidungnya tiga kali. sesungguhnya syaitan bermalam di dalam lubang hidungnya". (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
2. SYAITAN KENCING DI DALAM TELINGA :
Apabila diberitahu kepada Nabi s.a.w. tentang seorang lelaki yang tidak bangun tahajud dan bangun ketika waktu subuh, Nabi s.a.w. bersabda : "lelaki itu telah dikencing syaitan di dua telinganya". (Hadis Sahih Bukhari & Muslim).
3. SYAITAN MASUK DALAM MULUT YANG TERBUKA KERANA MENGUAP :
"Apabila seseorang menguap, hendaklah dia menutup dengan tangannya. Sesungguhnya syaitan masuk ke dalam mulutnya yang terbuka". (Hadis Sahih Muslim).
4. SYAITAN KETAWA MELIHAT MANUSIA YANG BERKATA "AAAAAH" SEMASA MENGUAP :
Nabi s.a.w. bersabda : "Janganlah seseorang itu berkata "aaaaah" semasa menguap. Syaitan akan ketawa bila dia membuka mulut semasa menguap.
5. MEMAKI ORANG MEMBANTU SYAITAN MEROSAKKAN MANUSIA :
Seorang lelaki mencela seorang yang dikenakan hukuman sebat kerana minum arak. Nabi s.a.w. bersabda : "Jangan kamu berkata sedemikian kepada orang yang dihukum. Janganlah kamu membantu syaitan merosakkkan dia". (Hadis Sahih Bukhari).
Moralnya di sini ialah : Janganlah kita memaki atau menghina seseorang walaupun sudah jelas kesalahannya. Memaki hamun dalam apa jua keadaan adalah dilarang keras oleh Rasulullah s.a.w.
6. SYAITAN TIDAK MASUK RUMAH YANG DIBACA SURAH AL-BAQARAH :
Nabi s.a.w. bersabda : "Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kubur. Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah". (Hadis Sahih Muslim).
Pengajarannya : Bagi sesiapa yang baru masuk rumah atau rumahnya diganggu, maka digalakkan untuknya membaca surah al-Baqarah beramai-ramai.
7. SYAITAN MAKAN DARI MAKANAN YANG TIDAK DIBACAKAN BISMILLAH DAN BERMALAM PADA RUMAH YANG TIDAK DIMASUKI DENGAN BISMILLAH :
"Apabila seorang lelaki memasuki rumahnya dan menyebut nama Allah semasa masuk dan menyebut nama Allah semasa makan. Syaitan akan berkata kepada konco-konconya, [kamu tidak ada tempat bermalam dan tidak ada makan malam]. Apabila dia masuk kerumahnya tanpa menyebut nama allah, syaitan akan berkata: [kamu semua mendapat tempat bermalam]. Apabila dia tidak menyebut nama Allah semasa makan, syaitan akan berkata: [kamu mendapat makan malam dan tempat bermalam]". (Hadis Muslim).
8. MAKANAN JATUH YANG DIBIARKAN ADALAH HABUAN SYAITAN :
"Apabila jatuh sebahagian suapan makanan kamu, hendaklah kamu buang kotoran yang melekat pada makanan dan hendaklah dia makan. Jangan biarkan ia dibiarkan untuk dimakan oleh syaitan". (Hadis Muslim).
9. SYAITAN PENGGANGGU SOLAT :
Suatu hari, Amru bin al-As mengadu kepada Rasulullah s.a.w. : "Ya Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah mengganggu ku bersolat dan menimbulkan was-was dalam bacaanku". Maka Rasulullah s.a.w. pun menjawab : "Itulah syaitan yang dipanggil khinzab. Apabila engkau merasai gangguannya hendaklah engkau minta perlindungan dari Allah dan ludah ke kirimu tiga kali". Amru berkata : "Aku melakukan apa yang Rasulullah s.a.w. sarankan, lalu Allah menghilangkan segala gangguan syaitan tersebut". (Hadis Muslim).
10. MINUM BERDIRI BERSAMA SYAITAN :
Nabi s.a.w. bertanya kepada orang yang minum berdiri : "Adakah engkau suka minum bersama dengan kucing?". Dia menjawab ; "Tidak". Nabi s.a.w. bersabda : "Sesungguhnya kamu telah minum dengan makhluk yang lebih teruk dari kucing atau syaitan". (Hadis Ahmad).
11. SYAITAN SEMAKIN BESAR BILA DIMAKI :
Seorang sahabat Nabi s.a.w. telah memaki syaitan apabila tunggangannya terjatuh. Nabi s.a.w. bersabda : "Janganlah kamu berkata: "Celaka Syaitan". Kalau kamu berkata begitu, syaitan akan berasa besar diri seperti rumah dan berkata: "mendapat kekuatanku", tapi hendaklah kamu berkata: "Bismillah" (Dengan nama Allah). Apabila berkata sedemikian, syaitan akan jadi hina sehingga seperti lalat". (Hadis Abu Daud)
Ingatlah, bahawa syaitan akan cuba menyesatkan manusia selagi nyawa manusia itu dikandung badannya. Rasulullah s.a.w. bersabda : "Sesungguhnya syaitan berkata : "Demi kemuliaanmu wahai tuhan (Allah), aku (syaitan) akan sentiasa menyesatkan hamba-hamba-Mu (Allah) selagi mana nyawa berada di tubuh mereka". Tuhan (Allah) menjawab: "Demi kemuliaan dan keagungan-Ku, aku akan sentiasa mengampunkan mereka sebagaimana mereka meminta keampunan kepadaKu". (Hadis Riwayat Ahmad).

Sabtu, 1 Mei 2010

13 MEI 1969 SEBAGAI PENGAJARAN :

Dalam beberapa hari sahaja lagi, peristiwa 13 Mei 1969 akan mengambit kenangan silam. Tragedi berdarah dalam rusuhan kaum yang berlaku adalah kemuncak masalah perpaduan di Malaysia pada ketika itu. Tragedi tersebut telah mengakibatkan ramai yang kehilangan nyawa serta harta benda. Sejarah menjelaskan bahawa peristiwa hitam dalam sejarah negara Malaysia yang berlaku pada ketika itu mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihanraya Umum 1969.

ISU PERKAUMAN DALAM PILIHANRAYA 1969 :
Pra-pilihanraya 1969, parti-parti politik seperti GERAKAN dan DAP telah memainkan isu perkauman dengan lantang. Lee Kuan Yew pada ketika itu telah melaungkan slogan "Malayan Malaya". Apatah lagi ketika kempen Pilihanraya 1969, calon-calon dari kalangan parti pembangkang telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaiatan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal tersebut telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka rakyat pada ketika itu.
Manakala Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) pada ketika itu telah gagal memperolehi majoriti 2/3 di PARLIMEN walaupun berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan.
Terjadinya peristiwa berdarah dalam tragedi 13 Mei 1969 adalah rentetan dari provokasi pihak pembangkang yang dimulakan sejak malam 10 Mei 1969 untuk meraikan kemenangan mereka. Penyokong-penyokong Parti DAP telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mereka mengadakan perarakan dijalan-jalanraya sekitar Kuala Lumpur. ia berlarutan sehingga ke 13 Mei 969, apabila sekumpulan orang Melayu yang sudah hilang sabar mengambil tindakan balas.
Dikatakan bahawa kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi, sambil melaungkan slogan. Apatah lagi pada ketika itu yang berfahaman bahawa penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu (menyingkir) orang-orang Melayu ke laut. Sesungguhnya, bagi masyarakat Melayu menganggap bahawa penyapu adalah lambang negatif yang bermakna sial. Ada juga yang mengatakan bahawa mereka mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.
Perarakan Kematian Cina.

Akibat daripada rusuhan maut tersebut menyebabkan berlakunya kesesakan jalanraya. Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan setelah mendapat kebenaran polis. namun perarakan kematian tersebut telah bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihanraya menghina orang Melayu.
Walaupun Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan telah memohon maaf pada hari Selasa 13 Mei 1969, di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Namun, Yeoh yang menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur untuk memohon maaf telah terlambat.
Ini kerana orang Melayu (UMNO) telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa berdarah ini. Sebenarnya, perarakan ini tidak dirancang. Oleh sebab itulah berlakunya pertembungan di antara kedua-dua pihak akibat perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak.


bersambung....

ISYARAT RASULULLAH SAW, MANUSIA SELALU DALAM INTAIAN MAUT :

SIAPA PUN YANG MENINGGAL DUNIA SAMA DENGAN MENGALAMI "KIAMATNYA".
Sedarkah kita, berapa lama seseorang manusia akan tinggal di muka bumi ini? Atau berapakah waktu yang ditentukan seseorang manusia akan menikmati udara kehidupan di dunia yang fana' ini?? Manusia sering melupakan perkara yang satu ini. Manusia sering tidak mahu ambil tahu, sedangkan ia (maut) sentiasa menghampiri kita. Semakin hari, manusia kian buta mata dan hatinya, untuk apa ia berada di muka bumi ini. Mereka terus menerus dalam kemaksiatan. Hari ini, besok, minggu depan, bulan dan tahun ke tahun, begitu cepat beredar.
Tapi sayang.. ketika tiba masa yang pasti itu, manusia baru teringat akan apa yang ia telah lakukan kelmarin. Dialah maut, yang memutuskan segala hubungan kita dengan dunia. Yang menjadi pintu menuju kehidupan yang sebenarnya. Yang menjadi "Kiamat" bagi setiap manusia sebelum datangnya kiamat yang sebenarnya.
Allahu Akbar... Astagfirullah Rabbal Baraya....
Firman Allah s.w.t. :
"Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan." Qs. 62:8
Dalam sebuah hadis, Rasululullah s.a.w. pernah ditanya tentang kiamat. Ketika itu beliau melihat seorang anak, lalu bersabda,"Anak ini tidak akan mengalami hari tuanya sebelum kamu masing-masing didatangi Kiamatmu."
Maksudnya, "sebelum anak ini berumur lanjut, maka kamu sekalian sudah mati", kerana yang dimaksud kiamat di sini ialah habisnya ajal dan masuknya mereka ke alam akhirat.
"Kami telah menentukan kematian di antara kamu dan Kami sekali-sekali tidak akan dapat dikalahkan." Qs. 56:60
RUMUSAN KEHIDUPAN MANUSIA DALAM PERHITUNGAN AKHIRAT
86 MINIT MANUSIA DALAM KEHIDUPAN DUNIA
“Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi? ” Mereka menjawab: “kami tinggal (dibumi) sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang menghitung.” Allah s.w.t. berfirman : “Kamu tidak tinggal (dibumi) melainkan sebentar saja, kalau kamu benar-benar mengetahui”. QS.23: 112-114
Renungkanlah, perhitungan ini:
Surah As-Sajdah ayat 5 menjelaskan bahawa, satu hari kehidupan di akhirat bersamaan dengan seribu tahun kehidupan di dunia.
Jika rata-rata umur manusia adalah 60/63 tahun saja, maka kita hidup tidak lebih dari 60/6000 atau 6% hari di akhirat. Kemudian, jika kita membandingkan waktu di dunia dan di akhirat dalam satu hari itu sama iaitu selama 24 jam sehari maka kita di dunia hanya hidup selama 6% X 24 jam atau selama 144 jam di akhirat. Kalau kita lanjutkan lagi, kita misalkan 1 jam di akhirat dan di dunia, iaitu selama 60 minit saja, maka kita hidup di dunia ini hanyalah selama 144 jam X 60 minit atau selama 864 minit saja.
Betapa singkat hidup kita di dunia ini jika dibandingkan dengan kehidupan di akhirat. Hitungan itupun masih dengan menggunakan perbandingan waktu di dunia. Besar kemungkinan, waktu di akhirat dalam sehari lebih dari 24 jam dan setiap jamnya pula, mungkin lebih dari 60 minit waktu di dunia. Jika ianya sedemikian, maka waktu hidup kita di dunia semakin tambah singkat.
Maka sungguh benar firman Allah Azza Wajallah... Allah yang Maha Kekal.. Allah yang Maha Hidup.
“Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar saja, kalau kamu benar-benar mengetahui”. Qs.23:114.
Sudah siapkah kita menyambut "tamu tak diundang itu?"
Sudah siapkah kita menantikan "kiamat" yang akan menghampiri kita tanpa seorang pun yang mengetahui bila dan di mana kita mengalaminya??
"Sesungguhnya Allah, hanya pada Zat-Nya sajalah mengetahui tentang hari kiamat. Dan Dialah yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mengenal." Qs. 31:34
Wallahu 'alam bissawab.
(Gambar di atas menjelaskan seorang hamba Allah telah meninggal dunia dalam keadaan sujud. Lokasinya di dalam Masjid Nabawi, Madinah al-Munawwarah.)

KESAN RADIASI HANDPHONE KEPADA OTAK :

Team perubatan Apollo telah menyebutkan bahwa penggunaan handphone di telinga kanan akan mempengaruhi otak secara langsung, tepatnya radiasi yang dpt merosakkan dinding pertahanan otak-darah. Akibatnya, racun-racun yang tadinya ditahan oleh dinding tersebut, masuk ke otak.