Kejadian sama juga sering kita dengar dalam aktiviti penyeludupan melalui jalan darat, apabila yang dirampas hanyalah kenderaan dan juga barang yang dibawa, sedangkan si pembawanya berjaya meloloskan diri sambil merangka kaedah baru untuk misi seterusnya. Perokok tegar yang bergantung kepada bekalan dari seberang itu pula sentiasa mengharapkan kejayaan penyeludup kerana kegagalan membawa masuk barangan murah itu mungkin menyebabkan mereka terpaksa membeli rokok berjenama mahal harganya untuk melepaskan gian dan ketagihan mereka.
Khamis, 31 Disember 2009
UNTUK PARA PEROKOK... BERAZAMLAH UNTUK SIFAR ROKOK BERMULA TAHUN 2010 :
Kejadian sama juga sering kita dengar dalam aktiviti penyeludupan melalui jalan darat, apabila yang dirampas hanyalah kenderaan dan juga barang yang dibawa, sedangkan si pembawanya berjaya meloloskan diri sambil merangka kaedah baru untuk misi seterusnya. Perokok tegar yang bergantung kepada bekalan dari seberang itu pula sentiasa mengharapkan kejayaan penyeludup kerana kegagalan membawa masuk barangan murah itu mungkin menyebabkan mereka terpaksa membeli rokok berjenama mahal harganya untuk melepaskan gian dan ketagihan mereka.
SEPARA GERHANA BULAN UNTUK PARTI PAS & Solat Sunat Gerhana Bulan :
Fenomena gerhana bulan separa dijangka berlaku esok - Jumaat 1 Januari 2010 bersamaan dengan 15 Muharam 1431 Hijriah, bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi waktu tempatan. Menurut kenyataan JAKIM hari ini, gerhana akan bermula dengan fasa penumbra pada pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pada pukul 3.24 pagi. Gerhana ini dijangka berakhir pada pukul 5.28 pagi.
Saya bukan tukang tilik apa lagi mempercayai khurafat yang boleh menyebabkan akidah saya tergelincir. Tapi secara kebetulan tahun 2010 disambut oleh parti PAS dengan pelbagai kenangan tidak manis sepanjang tahun 2009. Seolah-olah sedikit demi sedikit sepanjang 2009, gerhana bulan sudah melanda parti bulan (PAS).
Awal tahun 2009, dimulai dengan sinar cemerlang untuk PAS apabila memenangi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009 dengan majoriti lumayan yang sekaligus merampas kerusi itu dari tangan BN. Ia kemudian disusuli dengan kemenangan Pas untuk kerusi Parlimen Bukit Gantang dan DUN Penanti beberapa bulan kemudian, semuanya dengan majoriti yang amat lumayan. Tapi lepas itu Pas mengalami ujian demi ujian dari Allah. Bermula dengan isu kerajaan perpaduan, perang dingin antara dua puak dalam parti sehingga timbul cabar mencabar untuk letak jawatan, kemenangan tipis dalam PRK Manek Urai, kekalahan dalam PRK Teluk Kemang, isu amalan kronisme dalam kepimpinan tertinggi Pas dan terbaru pengunduran dua personaliti penting di pejabat Menteri Besar Kelantan.
Walaupun pihak-pihak yang didakwa bertelagah enggan mengaku mereka bertelagah, namun masih ramai yang percaya jika tiada angin mustahil pokok bergoyang. Walaupun memang benar media arus perdana memainkan peranan untuk membesar-besarkan ribut kecil dalam cawan, tapi ramai berpendapat ribut dalam cawan atau ribut dalam tangki besar adalah tetap ribut juga yang tidak boleh dipandang ringan.
Oleh itu apabila 1 Januari 2010 - permulaan tahun baru - disambut oleh gerhana separa bulan, berkemungkinan parti bulan (PAS) semakin merundum untuk menambahkan sokongan. Gerhana bulan yang berlaku di Malaysia pada awal pagi 1 Januari 2010 nanti hanya gerhana separa bukan gerhana penuh di mana bulan hilang terus di ufuk langit.
Bayangkan jika gerhana bulan penuh melanda parti bulan pada 2010, alamatnya PAS mungkin akan berpecah menjadi parti serpihan, pakatan pembangkang di bawah PR akan musnah dan mungkin gulung tikar dan BN akan tertawa besar sambil membayangkan kabinet baru yang akan ditubuhkan di negeri-negeri yang kini dikuasai oleh PR. Dan jika itu berlaku.... pemenang PRU ke-13 sudah boleh dijangka!
Justeru selain bersolat sunat gerhana pada 1 Januari 2010, kepimpinan PAS sudah pasti akan merenung kembali antara kepentingan diri sendiri, kepentingan keluarga, kepentingan parti dan kepentingan rakyat terbanyak yang masih mengharapkan perubahan pucuk pimpinan di peringkat federal dalam PRU ke-13 menjadi kenyataan. Apapun terjadi, Qodo' dan Qadar Allah tetap akan berlaku. Manusia hanya merancang, Allah sahaja yang berkuasa menentukannya. Oleh itu, UMNO/BN mestilah bangkit mengatur strategi untuk menumbangkan PR (PAS/PKR/DAP) untuk membuktikan petanda yang Allah berikan. Apa yang penting sekali, orang UMNO jangan tidur, leka, lalai, tidak bersyukur dan terlalu berseronok menyambut tahun baru 2010. Jadilah umat yang bersyukur dengan membesarkan Ilahi sama ada dengan berzikir memuji-muji Allah, solat sunat dan amalan-amalan kebaikkan yang diredhai Allah. Jauhi maksiat dan hiburan yang melalaikan dari mengingati Allah.
Solat Gerhana Bulan & Matahari :
Solat kusuf (gerhana bulan) dan khusuf (gerhana matahari) merupakan sunnah mua’kkad. Disunatkan bagi orang muslim untuk mengerjakannya. Hal itu berdasarkan pada dalil berikut ini.
Dari Aisyah radhiyallahu ‘anha, dia bercerita bahawa pada masa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam terjadinya gerhana matahari, lalu beliau mengerjakan solat bersama para sahabah. Maka baginda berdiri dan memanjangkan waktu berdiri, lalu baginda ruku' dan memanjangkannya. Kemudian baginda berdiri dan memanjangkannya –berdiri yang kedua ini tidak selama berdiri pertama-. Setelah itu, baginda ruku' dan memanjangkan ruku', ruku'-nya ini lebih pendek dari ruku pertama. Selanjutnya, baginda sujud dan memanjangkannya. Kemudian baginda mengerjakan pada raka'at kedua seperti apa yang beliau kerjakan pada raka'at pertama. Setelah itu, baginda berbalik sedang matahari telah muncul. Lalu baginda memberikan khutbah kepada para sahabah. Baginda memanjatkan pujian dan sanjungan kepada Allah. Dan setelah itu, baginda bersabda.
Ertinya: "Sesungguhnya matahari dan bulan itu merupakan dua (tanda) dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Keduanya tidak terjadi gerhana kerana kematian seseorang dan tidak juga karena kehidupan seseorang. Oleh kerana itu, jika kalian melihat hal tersebut maka hendaklah kalian berdo’a kepada Allah, bertakbir, solat dan bersedekah”. Setelah itu, beliau bersabda : “Wahai umat Muhammad, demi Allah, tidak ada seorang yang lebih cemburu dari Allah jika hambaNya, laki-laki atau perempuan berzina. Wahai umat Muhammad, seandainya kalian mengetahui apa yang aku ketahui, niscaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis.” [Diriwayatkan oleh Asy-Syaikhani][1]
Dapat saya katakan, dari dalil yang terkandung dalam hadits di atas, bahawa perintah mengerjakan solat itu diikuti dengan perintah untuk bertakbir, berdo’a, dan bersedekah. Dan tidak ada seorangpun yang mewajibkan bersedekah, bertakbir dan berdo’a pada saat terjadi gerhana. Dengan demikian, menurut kesepakatan ijma’ bahawa perintah tersebut bersifat sunat. Demikian juga dengan perintah untuk mengerjakan solat yang diikuti dengannya.[2] Wallaahul Muwaffiq.
Sifat & Jumlah Raka'at Solat Kusuf :
Pertama: Tidak Ada Adzan Dan Iqamah Untuk Shalat Kusuf :
Para ulama' telah bersepakat untuk tidak mengumandangkan adzan dan iqomah bagi solat kusuf[3]. Dan yang disunnahkan[4] menyerukan untuknya “Ash-Shalaatu Jaami’ah”.
Yang menjadi hujah bagi hal tersebut adalah apa yang ditegaskan dari Abdullah bin Amr radhiyallahuma, dia bercerita:
“Ketika terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, diserukan: Innash Shalaata Jaami’ah.”[Diriwayatkan oleh asy-Syaikhani][5]
Kedua: Jumlah Raka’at Solat Kusuf :
Solat gerhana itu dikerjakan dua raka'at dengan dua ruku’ pada setiap raka'at. Yang menjadi dalil hal tersebut adalah hadits A'isyah radhiyallahu ‘anha yang telah kami sampaikan sebelumnya. Dan juga hadits yang diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas radhiyallahu ‘anhuma, dia bercerita:
“Pernah terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Maka baginda pun berdiri dengan waktu yang panjang sepanjang bacaan surah al-Baqarah. Kemudian beliau ruku' dengan ruku' yang cukup panjang, lalu baginda bangkit dan berdiri dalam waktu yang lama juga -tetapi lebih pendek dari berdiri pertama-. Kemudian baginda ruku' dengan ruku' yang lama– ruku' yang lebih pendek dari ruku' pertama-. Setelah itu, beliau sujud. Kemudian baginda berdiri dalam waktu yang lama –tetapi lebih pendek dari berdiri pertama. Selanjutnya, baginda ruku' dengan ruku' yang lama- ruku' yang lebih pendek dari ruku' pertama. Setelah itu, baginda sujud. Kemudian baginda berbalik, sedang matahari telah muncul. Maka baginda bersabda.
Ertinya: "Sesungguhnya matahari dan bulan itu merupakan dua dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Keduanya tidak mengalami gerhana kerana kematian seseorang dan tidak juga kerana kehidupan seseorang. Oleh kerana itu, jika kalian melihat hal tersebut, maka berdzikirlah kepada Allah.”
Para sahabah bertanya: “Wahai Rasulullah, kami melihatmu mengambil sesuatu di tempat berdirimu, kemudian kami melihatmu mundur ke belakang”.
Baginda s.a.w. bersabda : Ertinya: "Sesungguhnya aku melihat Syurga, maka aku berusaha mengambil setandan (buah-buahan). Seandainya aku berhasil meraihnya, nescaya kalian akan dapat memakannya selama dunia ini masih ada. Dan aku juga melihat Neraka, aku sama sekali tidak pernah melihat pemandangan yang lebih menyeramkan dari pemandangan hari ini. Aku melihat kebanyakan penghuninya adalah wanita.” Para sahabat bertanya, “Kerana apa, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Kerana kekufuran mereka”. Ada yang bertanya “Apakah mereka kufur kepada Allah?”.
Baginda s.a.w. menjawab : Ertinya: "Mereka kufur kepada keluarganya (suaminya), dan kufur terhadap kebaikan (tidak berterima kasih). Seandainya engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka sepanjang waktu, lalu dia melihat sesuatu (kesalahan) darimu, nescaya dia akan mengatakan: “Aku tidak pernah melihat kebaikan sedikitpun darimu.” [Diriwayatkan oleh Aasy-Syaikhani][6]
Kesimpulannya : Di dalam hadits Aisyah radhiyallahu ‘anha dan Ibnu Abbas radhiyallahu 'anhuma di atas terdapat dalil yang menunjukkan disunatkan berkhutbah dalam solat kusuf, yang disampaikan setelah solat.[7]
Ketiga: Menjaharkan Bacaan Dalam Shalat Kusuf :
Bacaan dalam solat kusuf dibaca dengan jahr (suara keras@kuat), sebagaimana yang dikerjakan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Dari A'isyah radhiyallahu ‘anha : Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjaharkan bacaannya dalam solat kusuf. Jika selesai dari bacaannya, baginda pun bertakbir dan ruku'. Dan jika dia bangkit ruku', maka baginda berucap : “Sami Allaahu liman Hamidah. Rabbana lakal hamdu”. Kemudian baginda kembali mengulang bacaan dalam solat kusuf. Empat ruku' dalam dua rakaat dan empat sujud.” [Diriwayatkan oleh asy-Syaikhani][8]
At-Tirmidizi rahimahullah mengatakan: “Para ulama telah berbeza pendapat mengenai bacaan di dalam solat kusuf. Sebagian ulama berpendapat supaya dibaca perlahan (sirr, dengan suara tidak terdengar) dalam solat kusuf pada waktu siang hari. Sebagian lainnya berpendapat supaya menjaharkan bacaan dalam solat kusuf pada siang hari. Sebagaimana halnya dengan solat ‘Idul Fithi dan 'Idul Adha serta solat Jum’at. Pendapat itulah yang dikemukakan oleh Malik, Ahmad dan Ishaq. Mereka berpendapat menjaharkan bacaan pada shalat tersebut. Asy-Syafi’i mengatakan : Bacaan tidak dibaca Jahr dalam solat sunat."[9]
Dengan ini saya katakan bahawa apa yang sesuai dengan hadits, itulah yang dijadikan sandaran.[10] Wabillahi Taufiq.
Keempat : Solat Kusuf Dikerjakan Berjama'ah Di Masjid :
Yang sunat dikerjakan pada solat kusuf adalah mengerjakannya di masjid. Hal tersebut didasarkan pada beberapa hal berikut ini.
[1] Disyariatkannya seruan di dalam solat kusuf, iaitu dengan “Ash-Shalaatu Jaami’ah”[2] Apa yang disebutkan bahawa sebahagian sahabah mengerjakan solat kusuf ini dengan berjama’ah di masjid.[11][3] Isyarat yang diberikan oleh kedua riwayat di atas dari hadits Ai'syah dan Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengerjakan solat gerhana itu secara berjama’ah di masjid.
Bahkan dalam sebuah riwayat hadits A'isyah di atas, dia bercerita, “Pada masa hidup Rasulullah pernah terjadi gerhana matahari, lalu beliau pergi ke masjid, kemudian baginda berdiri dan bertakbir, dan orang-orang pun membuat barisan di belakang beliau." [12]
Kelima: Jika Seseorang Tertinggal Mengerjakan Satu dari Dua Ruku' Dalam Satu Raka’at :
Solat kusuf ini terdiri dari dua raka'at, masing-masing raka'at terdiri dari dua ruku' dan dua sujud. Dengan demikian, secara keseluruhan, solat kusuf ini terdiri dari empat ruku' dan empat sujud di dalam dua raka'at.
Barangsiapa mendapatkan ruku' kedua dari raka'at pertama, berarti dia telah kehilangan berdiri, bacaan, dan satu ruku'. Dan berdasarkan hal tersebut, bererti dia belum mengerjakan satu dari dua raka'at solat kusuf, sehingga raka'at tersebut tidak dianggap telah dikerjakan. Berdasarkan hal tersebut, setelah imam selesai mengucapkan salam, maka hendaklah dia mengerjakan satu rakaat lagi dengan dua ruku', sebagaimana yang ditegaskan di dalam hadits-hadits shahih. Wallahu a’lam.
Yang menjadi dalil baginya adalah sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Ertinya: "Barangsiapa mengerjakan suatu amalan yang bukan atas perintah kami, maka dia akan ditolak.” [Muttaffaq ‘alaihi][13]
Dan bukan dari perintah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, solat satu raka'at saja dari solat kusuf dengan satu ruku'. Wallahu ‘alam
Solat Gerhana Bulan Sama (Caranya) Dengan Solat Gerhana Matahari :
Solat gerhana bulan dikerjakan sama seperti solat gerhana matahari. Hal tersebut didasarkan pada sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Ertinya: “Sesungguhnya matahari dan bulan itu merupakan dua (tanda) dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Keduanya tidak mengalami gerhana kerana kematian seseorang dan tidak juga kerana kehidupan seseorang. Oleh kerana itu, jika kalian melihat hal tersebut maka hendaklah kalian berdo’a kepada Allah, bertakbir, solat dan bersedekah”.[14]
Dapat saya katakan, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sudah pernah mengerjakan solat gerhana matahari dan beliau menyuruh kita untuk melakukan hal yang sama ketika terjadi gerhana bulan. Dan hal itu sudah sangat jelas lagi terang. Wallahu ‘alam
Ibnu Mundzir mengatakan: “Solat gerhana bulan dikerjakan sama seperti solat gerhana matahari.”[15]
[Disalin dari kitab Bughyatul Mutathawwi Fii Shalaatit Tathawwu, Edisi Indonesia Meneladani Shalat-Shalat Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, Penulis Muhammad bin Umar bin Salim Bazmul, Penerbit Pustaka Imam Asy-Syafi’i]
_________
Fote Note :
[1] Hadits shahih. Diriwayatkan oleh al-Baihaqi di beberapa tempat, yang diantaranya di dalam Kitaabul Kusuuf, bab Ash-Shadaqah fil Kusuuf (hadits no. 1044). Dan redaksi di atas adalah miliknya. Dan juga Muslim di dalam Kitaabul Kusuuf, bab Shalaatul Kusuuf (hadits no. 901).
[2] Lihat sekitar Dalalaatul Itqiraan, bila waktu muncul, bila muncul kelemahannya, dan bila pula keduanya sama. Badaa’iul Fawaa’id (IV/183-184)
[3] Fathul Baari (II/533) dan Masuu’atul Ijmaa (I/696)
[4]. Syarhul Umdah, karya Ibnu Daqiqil Ied (II/135-136). Dan juga kitab Fathul Baari (II/533).
[5]. Hadits shahih. Diriwayatkan oleh al-Bukhari di beberapa tempat, yang di antaranya di dalam Kitaabul Kusuuf, bab An-Nidaa bish Shalaati Jaami’ah fil Kusuuf (hadits no. 1045). Dan lafaz di atas adalah miliknya. Dan juga diriwayatkan oleh Muslim di dalam Kitaabul Kusuuf, bab Dzikrun Nidaa bi Shalaatil Kusuuf : Ash-Shalaatu Jaami’ah, (hadits no. 910). Lihat Jaami’ul Ushuul (VI/178).
[6] Hadits shahih. Diriwayatkan oleh al-Bukhari di beberapa tempat, yang diantaranya di dalam Kitaabul Kusuuf, bab Shalaatil Kusuuf Jama’atan, (hadits no. 1052), dan lafazh di atas adalah miliknya. Dan juga diriwayatkan oleh Muslim di dalam Kitaabul Kusuuf, bab Maa ‘Aradha Alan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam fii Shalaatil Kusuuf min Amril Jannah wan Naar, (hadits no. 907). Dan lihat kitab. Jaami’ul Ushuul (VI/173).
[7] Dan termasuk terjemahan al-Bukhari di dalam (Kitaabul Kusuuf, bab Khuthbatul Imam fil Kusuuf), A'isyah dan Asma radhiyallahu ‘anhuma berkata: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah berkhutbah…” Selanjutnya, dia menyebut hadits A'isyah di atas, Fathul Baari (II/533-534).
[8] Hadits shahih. Diriwayatkan oleh al-Bukhari di beberapa tempat, di antaranya di dalam Kitaabul Kusuuf, bab Al-Jahr bil Qiraa’ah fil Kusuuf, (hadits no. 1065) dan lafaz di atas adalah miliknya. Dan juga diriwayatkan oleh Muslim di dalam Kitaabul Kusuuf, bab Shalaatul Kusuuf, (hadits no. 901). Lihat Jaami’ul Ushuul (VI/156). Takhrij hadits ini telah diberikan sebelumnya, tanpa memberi isyarat kepada riwayat ini.
[9] Sunan at-Tirmidzi (II/448 –tahqiq Ahmad Syakir).
[10] Lihat ungkapan asy-Syafi’i dan dalilnya di dalam kitab Al-Umm (I/243). Juga pembahasan dalil-dalilnya serta penolakan terhadapnya di dalam kitab, Fathul Baari (II/550).
[11] Dari terjemahan al-Bukhari di dalam kitab Shahihnya, bab Shalaatul Kusuuf Jamaa’atan. Dan Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu menjadi imam untuk solat mereka di pelataran zam-zam. Ali bin Abdullah bin Abbas mengumpulkan (orang-orang). Dan Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma pun solat …”. Kemudian dengan sanadnya dia menyebut hadits Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma terdahulu.
Pendapat yang mensyari'atkan solat kusuf dengan berjama’ah adalah pendapat jumhur. Sekalipun imam tetap tidak hadir, maka sebagian mereka boleh menjadi imam atas sebagian lainnya. Lihat kitab Fathul Baari (II/539-540).
[12] Dari terjemah al-Bukhari di dalam kitab Shahihnya, bab: Shalatul Kusuuf fil Masjid. Di dalamnya disebutkan hadits A'isyah radhiyallahu ‘anha di atas dengan riwayat yang di dalamnya terdapat ucapannya: “Kemudian pada suatu pagi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menaiki kendaraan, lalu terjadilah gerhana matahari. Kemudian beliau pulang kembali pada waktu Dhuha, maka beliau pun berjalan di antara rumah-rumah isteri beliau….: (hadits no. 1056).
Di dalam kitab Fathul Baari (II/544), ketika mengomentari hadits ini, Ibnu Hajar rahimahullah mengatakan: “Tidak ada pernyataan jelas yang menyebutkan bahwa solat kusuf ini dikerjakan di masjid, tetapi hal tersebut disimpulkan dari perkataan A'isyah : “Lalu beliau berjalan di dekat rumah-rumah para isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang memang bersebelahan dengan masjid. Dan solat kusuf di masjid ini telah dinyatakan secara terang dalam sebuah riwayat Sulaiman bin Bilal, dari Yahya bin Sa’id, dari Umrah yang ada pada Muslim (saya katakan: “Hadits no. 903)
Dan lafaznya adalah seperti berikut: ”Kemudian aku keluar di antara para wanita di depan rumah isteri-isteri Nabi di masjid. Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam datang dan turun dari binatang tunggangannya hingga akhirnya sampai ke tempat shalat yang beliau mengerjakan shalat di sana”.
Saya katakan, dan yang lebih jelas dari itu adalah apa yang terdapat dalam hadits A'isyah terdahulu, yang ada pada Muslim, pada no. 901 A'isyah radhiyallahu ‘anha berkata: “Pada masa hidup Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah terjadi gerhana matahari, lalu beliau pergi ke masjid, kemudian beliau berdiri dan bertakbir, dan orang-orang pun membuat barisan di belakang beliau...”
[13] Hadits shahih. Diriwayatlkan oleh al-Bukhari sebagai kata pembuka dengan lafaz ini di dalam Kitaabul Buyuu’, bab An-Najasy, Fathul Baari (IV/355). Dan diriwayatkan secara bersambungan di dalam Kitabush Shulh, bab Idzaa Ishtalahu ‘alaa Shulhi Juurin fa Shulhu Marduud, dengan lafaz: “Barangsiapa membuat suatu hal yang baru dalam perintah kami ini, yang bukan darinya, maka dia tertolak”. Dan diriwayatkan oleh Muslim di dalam Kitaabul Uqdhiyah, bab Naqdhul Ahkaam Al-Baathilah wa Raddu Muhdatsaatil Umuur, (hadits no. 1718). Dan lihat juga kitab, Jaami’ul Ushuul (I/289).
[14] Takhrijnya sudah diberikan sebelumnya, dimana ia merupakan bahagian dari hadits A'isyah mengenai solat kusuf yang disebutkan di awal pembahasan.
[15] Al-Iqnaa, karya Ibnul Mundzir (I/124-125)
Selamat Menyambut Tahun Baru 2010 Masihi & Selamat Bersolat Gerhana Bulan Sebagai Pembuka Tirai Tahun 2010 Masihi..
wALLAHu a'lam.
JUTAAN TAHNIAH KEPADA SKUAD BOLASEPAK MALAYSIA :
SKUAD MALAYSIA BAHAM SYRIA
MALAYSIA ( 4 ) - SYRIA ( 1 )
Gol skuad negara adalah jaringan Safiq Rahim, minit ke-31, 62, Zaquan Adha Abd Radzak (m-78) dan K Gurusamy (m-90). Mengenai mutu pengadilan yang ditunjukkan pengadil Rajagobal berkata: "Saya tak mau komen mengenainya, anda boleh melihatnya sendiri." Malang menimpa nasib Zaquan Adha apabila diarah keluar padang minit ke-79 seminit selepas menjaringkan gol ketiga Malaysia apabila lambat keluar untuk digantikan dengan Syakir Ali. Zaquan tidak mampu berkata-kata dan berjalan keluar dengan wajah tergamam selepas menerima kad kuning keduanya. Mendapat iktibar daripada insiden itu, penjaga gol, Mohd Farizal Marlias berjalan keluar di belakang gawang dengan Sharbinee Allawee meluru laju untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkannya.
HARAPAN DS NAJIB UNTUK TAHUN 2010 :
KERJASAMA PEMIMPIN, PENJAWAT AWAM; TONGGAK REALISASI AZAM DS NAJIB :
Ciri-ciri tersebut merangkumi aspek penguasaan ilmu yang tinggi, sikap proaktif, kekayaan moraliti, budaya menyumbang untuk kepentingan bersama dan pembangunan yang bersifat holistik.
Inilah yang boleh dilabelkan sebagai agenda pembangunan tamadun dengan acuan imej tersendiri. Jauhkan diri kita dari sikap kelas minda ketiga ia itu malas bekerja, suka berlengah (procrastination), membuang masa, tiada berhemat, kerja sambil lewa, tidak bersemangat dan leka dan sebagainya.Sebagai penjawat awam di jabatan kerajaan ciri ciri minda ini perlu ada didamana memerlukan komitmen daripada setiap peringkat lapisaan organsisi.
Azam Tahun Baru Untuk Lelaki Bergelar Suami & Bapa :
MASIH tidak terlambat untuk berazam sempena awal Muharam yang baru melewati beberapa hari dan 2010 esok hari. Syukur ke hadrat Ilahi kerana memanjangkan usia di tahun baru bersama semangat dan keyakinan bahawa tiada yang boleh berubah melainkan jika kita berani memulakannya. Masa berlalu pantas seperti tiada apa yang sempat kita rebut walaupun di awalnya kita berazam dengan pelbagai janji untuk diri sendiri. Sedar tak sedar, setahun masa berlalu dan kita masih tidak mengenal diri.
Mujur kita masih diberi waktu untuk memperbanyakkan amal dan bakti. Bala dan musibah masih belum cukup memberi peringatan kerana kita membutakan mata dan tulikan telinga daripada mengambil pengajaran. Hakikatnya, jika tidak berani untuk berubah, tiada siapa yang boleh berhijrah. Sikap lalai dan cuai banyak memberi kerugian daripada laba yang diingini ramai. Pemimpin yang lalai daripada tanggungjawab boleh menggadaikan tanah air ke tangan asing dan menumbangkan struktur organisasi dibina dengan tonggak dan nilai murni. Sebaliknya, kuasa dan wang ringgit menjadi taruhan sehingga sanggup meminggirkan agama dan bangsa. Pemimpin yang leka juga boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan yang utuh dengan persefahaman dan tolak ansur, menghilangkan rasa hormat daripada yang dipimpin. Sifat memimpin tidak akan terbina tanpa ilmu dan akhlak, menyeru kebaikan dan mengingkari kejahatan adalah semata-mata kerana janji kepada Allah sebagai khalifah yang akan meneruskan kesinambungan 'khaira ummah'. Tetapi sekiranya pemimpin itu sendiri melakukan kerosakan di muka bumi, sudah tentulah sukar untuk membina sebuah kehidupan yang baik dan harmoni kerana maksiat dan kejahatan kepada Yang Esa hanya menjanjikan kecelakaan ke seluruh alam.
Nik Aziz Desak UMNO Keluar BN, Sertai PAS/PR :
KUALA LUMPUR, 29 Dis: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kelmarin meminta Umno keluar dari BN dan bersama-sama PAS dalam Pakatan Rakyat sekiranya jujur dan benar-benar mahu memperjuangkan hak rakyat.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian sebagai mengulas aksi sekumpulan pemuda mendesak PAS Selangor supaya keluar dari Pakatan Rakyat negeri Ahad lalu. Jelasnya, mereka yang terbabit dipercayai sebagai ahli atau penyokong Umno. "Kalau Umno boleh minta PAS keluar daripada Pakatan (Rakyat), maka saya minta daripada Umno (supaya) keluar dari BN untuk bersama dengan PAS," jelas Nik Aziz seperti yang dilaporkan suatu akhbar tempatan.
Beliau berkta, teknik menjadi dalang mengganggu PAS tersebut merupakan amalan kebiasaan Umno sejak PAS mula memerintah Kelantan dua dekad lalu lagi." Didalangi itu, perkara biasa bagi golongan sekular ini (Umno)," jelasnya." Sebenarnya orang PAS ini dah masak dah (menjadi dalang Umno)...sejak tahun 1991 lagi, macam-macam perkara dibuat." Ujarnya, Umno diminta menggugurkan dasar kebangsaan dan bersedia menerima Islam sebagai dasar parti, sekiranya jujur mahu bersama-sama perjuangan Islam yang dibawa PAS.
Tambahnya lagi, Umno juga seharusnya bersedia menerima parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang lain kerana PAS sekarang komited bersama-sama Pakatan Rakyat demi menumbangkan kerajaan yang zalim secara demokratik. Beliau yang sebelum ini disebut-sebut sebagai 'Pemimpin Spiritual' dalam Pakatan Rakyat turut berpandangan Pakatan Rakyat lebih memenuhi semangat 1Malaysia, berbanding BN." Ia (Pakatan Rakyat) lebih bersemangat 1Malaysia daripada apa yang ada (BN) sekarang ini," sinisnya.
*****@@@@@@@@@@*****
PAS mengajak/mendesak UMNO menyertai Pakatan Rapuh, seolah-olah mengigau di siang hari.
Malah, PAS meminta UMNO menggugurkan Dasar Kebangsaan dan menerima Islam sebagai dasar parti. Adakah dalam Pakatan Rapuh (DAP dan PKR) menerima Islam sebagai dasar parti mereka. Sudah pasti jawapannya tidak. Jika tidak percaya, kajilah dasar parti DAP dan PKR. Mereka tidak meletakkan Islam sebagai dasar parti mereka.
Kita mestilah berfikir dengan bijak, adakah Pakatan Rapuh lebih baik berbanding Kerajaan BN ? Kajilah apa yang dilakukan oleh Kerajaan DAP di P.Pinang? Rasanya, DAP boleh dikatakan sebagai kerajaan zalim di P.Pinang. Adakah DAP membela nasib umat Islam di sana? Bagi Kerajaan PAS di Kelantan pula, tidak zalimkah kerana tidak menyediakan peluang pekerjaan di negeri mereka sendiri ??? Sehinggakan rakyat Kelantan terpaksa merempat meminta belas kasihan kerajaan negeri lain memberikan pekerjaan untuk membantu meningkatkan sosio-ekonomi Kelantan. Begitu juga Kerajaan PAS Kedah lebih kurang sama dengan Kelantan.
Manakala Kerajaan PKR Selangor, pun zalim juga. Kerajaan Selangor adalah antara kerajaan negeri yang terkaya di Malaysia dan kehebatan pembangunannya. Tetapi, apabila ditadbir oleh PKR, Selangor kini di era kemunduran. Jalanraya pun semakin banyak yang berlubang-lubang dan tidak elok.
Kesemuanya ini berlaku kerana Pakatan Rapuh sudah terbiasa dengan kerja-kerja ceramah politik untuk menumbangkan kerajaan UMNO/BN. Mereka masih mentah dalam urusan pentadbiran mega. Sepatutnya, rakyat Malaysia semakin matang dan cerdik menilai, parti mana yang mahir mentadbir negeri dan negara. Parti mana yang pandai buat kerja. Parti mana yang pandai berkokok sahaja. PRU13 sahajalah yang menentukan rakyat semakin matang atau semakin jahil otaknya.
Wallahu a'lam...
KERAJAAN PAS KELANTAN, MEMBAZIRKAN WANG RAKYAT :
Oleh Ismail Matismailmat@bharian.com.my
· Langgar perjanjian dengan syarikat balak
· Pampasan antara terbesar bagi kes sivil
*****$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$*****
Wallahu a'lam...
Rabu, 30 Disember 2009
Kesesatan Syiah dan 10 Muharam :
Inilah antara amalan jahiliyah yang terang-terang di tegah dalam Islam yang diamalkan oleh
pengikut Syiah dengan memukul tubuh mereka dengan rantai besi yang tajam.
Setiap tahun pada tanggal 10 Muharam, dua bandar yang dianggap suci oleh penganut fahaman Syiah di Iraq iaitu Karbala dan Najaf akan menjadi tumpuan. Ini kerana di kedua-dua bandar berkenaan akan diadakan perayaan menyambut Assyura sempena 10 Muharram.
Pengikut Syiah menjadikan tarikh berkenaan sebagai hari memperingati kematian Saidina Hussein (cucu Baginda s.a.w.). Mereka akan menyambutnya dengan cara memukul badan sendiri sehingga berdarah. Berikutan itu pihak berkuasa Iraq sudah menetapkan akan mengerahkan hampir 50,000 anggota tentera dan polis bagi mengawal keamanan di kedua-dua bandar berkenaan. Ia bertujuan bagi mencegah sebarang serangan yang dikatakan melibatkan puak Sunni. Di Iraq, penentangan dan perbalahan antara dua puak Islam ini masih berterusan sehingga kini.
Perbalahan mereka dikatakan semakin memuncak apabila Saddam Hussein disingkirkan daripada jawatan Presiden melalui pencerobohan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2003. Langkah kawalan keselamatan yang ketat itu terpaksa dilakukan apabila pada Rabu lalu, dua terbunuh manakala 24 lagi cedera apabila sebutir bom meletup ketika mereka menghadiri salah satu acara sempena sambutan Assyura.
Komander tentera Iraq di Karbala, Jeneral Usma al Ghameni menyatakan, sebanyak 20,000 anggota keselamatan akan ditempatkan di bandar itu. Berikutan serangan berani mati yang kerap kali dilakukan oleh kaum wanita, Usman juga telah mengerahkan 600 anggota tentera wanita untuk bertugas. Apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa Iraq itu adalah bagi memastikan peristiwa pengeboman yang terjadi ketika sambutan Assyura di Baghdad dan Karbala pada tahun lalu tidak berulang.
Dalam kejadian berkenaan lebih 170 pengikut Syiah terkorban sehingga ia menambahkan lagi ketegangan hubungan kumpulan itu dengan puak Sunni. ''Kita juga akan memastikan helikopter membuat pengawasan daripada udara bagi menghalang sebarang serangan mortar,'' kata Usman. Bagi mengelakkan ketegangan, Komandan Polis Karbala, Al Jassim Mohammed menegaskan bahawa pihaknya tidak akan membenarkan sebarang tindakan yang dilihat berunsur politik.
Ia memandangkan mereka tidak mahu sambutan itu dijadikan medan untuk berkempen memandangkan Iraq akan mengadakan pilihan raya Parlimen pada Mac nanti.
''Kami tidak akan membenarkan gambar calon atau mana-mana pemimpin politik dipamerkan. Ini adalah acara keagamaan maka ia tidak boleh dicemari dengan unsur politik,'' katanya.
Gabenor Karbala, Amal Adin al Her pula menjangkakan lebih sejuta pengikut Syiah akan mengunjungi bandar itu mulai semalam hingga hari ini. ''Jumlah ini termasuklah 60,000 orang dari negara-negara Teluk, Iran, Pakistan,'' katanya. Menyiksa Tubuh Badan Sempena 10 Muharram.
Pandangan ulama :
Apa yang lebih menjadi perhatian kepada ulama-ulama besar ialah perbuatan pengikut Syiah yang mengadakan upacara memukul dada dan menyiksa tubuh sempena 10 Muharram bagi menangisi kematian Saidina Hussein.
Dalam Kitabnya al-Syiah Wa al-Tashih al-Sira', Baina al-Syiah Wa al-Tasyayyu', seorang ulama Musa al-Musawi menyatakan; ''Perlu kami asingkan satu pasal yang khas mengenai memukul dengan rantai besi ke atas bahu, mengetuk kepala dengan pedang dan menyiksa badan pada hari kesepuluh Muharram sebagai berkabung di atas kematian Saidina Hussein.
''Amalan yang masyhur ini sentiasa diadakan sebagai satu bahagian daripada musim-musim perayaan sempena kematian Saidina Hussein. Amalan ini berlaku di Iran, Iraq, Jordan, Syria, Pakistan, India dan sebahagian di negara Lebanon pada setiap tahun. Dengan sebab itu berlaku pertempuran darah di antara Syiah dan Ahli Sunnah di beberapa tempat di Iraq dan Pakistan menyebabkan beratus-ratus nyawa yang tidak bersalah terkorban daripada kedua-dua belah pihak yang tidak dapat tidak banyak diperkatakan.
Kesimpulannya, puak Syiah mungkin ada alasan tersendiri tetapi sebagai umat Islam, marilah kita memahami sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
''Bukanlah daripada golongan kami, orang yang menampar-nampar pipi dan mencarik-carikkan baju dan memekik-mekik seperti mana yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah''.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Selasa, 29 Disember 2009
Kerajaan Selangor Kini.., Semakin Bercelaru & Tertekan..
Sehubungan itu kata beliau, PAS perlu memeriksa sama ada mereka yang terlibat dalam demonstrasi itu ahli parti berkenaan atau tidak. Khir mendakwa demonstrasi pagi kelmarin itu sebenarnya satu bentuk publisiti kendalian PAS untuk mengingatkan anggota PR memandangkan ia tidak berupaya untuk mengutarakan pendiriannya berhubung isu-isu semasa.
Sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor mendesak parti itu keluar daripada PR negeri dengan segera. Mereka mahu PAS bertindak demikian ekoran rasa tidak puas hati terhadap pimpinan kerajaan campuran Selangor dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu sebenarnya. Ketua kumpulan itu Wan Hilman Abdul Rahim yang mengaku dirinya ahli PAS dari Bahagian Gombak menafikan dakwaan kononnya kumpulannya didalangi Umno Selangor dan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
ANTARA PERSAMAAN PAK LAH & HJ HADI :
Jika Pak Lah dilihat tokoh yang paling lemah yang Malaysia pernah miliki, HJ Hadi pula dilihat Presiden yang paling hampeh yang PAS pernah miliki. Dan maaf cakap, dua-dua tu dari satu species.. Gerhananya PAS disebabkan oleh TGHH yang telah mengkhianati partinya.
- ubat tamat tempoh (kempen PRU 2004),
- kaum Iban masih pakai cawat (selepas PRK Batang Ai),
- isu pertambahan kerusi di kawasan majoriti Melayu,
- PR belum didaftarkane) fitnah yang benarf) PAS tak memusuhi UMNO.
Kini PAS Sudah Menjadi Parti Nik Aziz Sekeluarga.
KUALA LUMPUR, Dis 29 — Di tengah-tengah kontroversi yang melanda keluarga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, salah seorang Exco kanan beliau muncul dengan kenyataan “pedas” bahawa konsep berkerajaan yang baik ialah pengasingan antara urusan keluarga dan urusan negara.
Husam berkata pengasingan itu mestilah dilaksanakan bukan sahaja dari segi undang-undang, tetapi juga dari segi moral. “Dihimpit antara kritikalnya kedudukan negara dan sedikit sebanyak gangguan dalaman yang wujud, peliharalah integriti pemimpin-pemimpin kita dengan anggota keluarga tidak merasa diri mereka adalah ‘stakeholder’ yang lebih penting dari pihak yang dipilih oleh rakyat secara yang sah,” kata beliau dalam blognya.
Pandangan itu tidak merujuk keluarga Nik Aziz secara langsung tetapi disiarkan ketika Nik Aziz dikatakan sedang membuat rombakan pentadbiran Pejabat Menteri, yang dipercayai akan diumumkan hari ini. Pandangan itu juga diluahkan ketika dua anak Nik Aziz iaitu Nik Amalina dan Nik Abduh menulis dalam blog masing-masing baru-baru ini mendakwa ada pihak dalam parti dan kerajaan yang memberikan nasihat tidak betul kepada Mursyidul Am PAS itu sehingga menyebabkannya membuat beberapa keputusan salah.
Salah satu isu yang dihadapi oleh Nik Aziz ialah kedudukan menantu Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Beliau yang merupakan suami Nik Amalina akan meninggalkan agensi ini Mac depan. Dengan mengemukakan sejarah Nabi Muhammad, Husam mengakui wujudnya keadaan-keadaan di mana anggota keluarga memberikan pandangan atau diminta pandangan dalam pelbagai isu. “Namun, keputusan akhir adalah di tangan Rasulullah dan isu-isu itu pula bukan berbentuk keuntungan kewangan atau percaturan politik keluarga tetapi lebih kepada kepentingan umum,” kata beliau yang juga ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan ini menjelaskan, apabila sampai kepada isu keuntungan kewangan, kedaulatan undang-undang dan isu pemerintahan yang lain, Rasulullah mengambil sikap menjunjung prinsip pemisahan itu mengatasi hubungan kekeluargaan. “Baginda sampai berkata, kalau anaknya sendiri didapai melakukan jenayah, hukuman sepatutnya akan dikenakan dan ia akan dilakukukan oleh baginda sendiri,” kata anak didikan Nik Aziz ini.
Husam menambah batas sedemikian perlu dipelihara ketika masyarakat sedang menanti kebangkitan yang padu tanpa kecelaruan sedangkan kecelaruan tersebut boleh dielakkan. Husam juga mengingatkan tentang keperitan yang pernah diharungi oleh PAS akibat tuduhan kronisme ketika parti itu diterajui oleh Allahyarham Tan Sri Mohd Asri Muda. “Satu masa dulu pernah digelar Parti Asri Sekeluarga — kerana pemegang beberapa jawatan tinggi ada kaitan keluarga dengan Presiden PAS waktu itu, Datuk Asri. “Serangan sedemikian ketika PAS berdepan dengan krisis politik pada waktu itu, merugikan PAS dan menjadi modal lawan yang berkesan sekali,” katanya.
Beliau juga mengemukakan kemelut yang dihadapi oleh dua bekas Perdana Menteri akibat tuduhan kronisme. “Antara isu yang sukar ditepis oleh (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) ialah penglibatan anak-anaknya dalam perniagaan. Isu ‘bailout’ syarikat kapal Mirzan oleh Petronas kekal dibangkitkan sampai ke hari ini. “Anaknya yang lain, Mokhzani akhirnya membuat pengumuman berundur dari dunia korporat apabila menjadi sasaran serangan dan digunakan sebagai bukti amalan kronisme Mahathir sekitar awal 1990an,” katanya.
Tun Abdullah Ahmad Badawi juga sangat popular sebelum isu anak dan menantunya muncul dalam kehidupan politik beliau, kata Husam. “Beliau berjaya membawa Umno dan Barisan Nasional (BN) menang paling besar dalam sejarah politik negara pada tahun 2004. “Selepas riak dan alpa dengan kemenangan besar itulah, isu penglibatan perniagaan syarikat anaknya, Scomi mula menikam politik beliau. “Ditambah dengan penglibatan ekonomi dan politik (menantunya) Khairy Jamaluddin, Abdullah akhirnya kecundang dalam masa yang sangat singkat,” kata beliau sambil mengingatkan bahawa politik Malaysia memandang serong politik keluarga sedemikian.
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/47870-husam-bangkit-mahu-pas-utamakan-kerajaan-dari-keluarga
KELANTAN BAKAL DITADBIR OLEH MENTERI BESAR BUKAN MELAYU :
KOTA BARU, Dis 28 – Kerajaan PAS Kelantan sedia meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi membolehkan orang bukan Melayu beragama Islam menjadi Mentri Besar negeri itu.
Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata bukanlah menjadi persoalan untuk meminda peruntukan dalam undang-undang berkenaan asalkan ia selari dengan kehendak Islam seperti diperkenalkan PAS sejak memerintah Kelantan pada 1990.
“Undang-undang Kelantan itu lain kerana ia dibuat pada zaman itu. Benda itu boleh diubah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ijtimak Ulama Muda Negeri Kelantan di sini hari ini.
Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya yang akan menyokong mana-mana calon bukan Melayu menjadi Mentri Besar selepas beliau asalkan orang itu beragama Islam.
Beliau berkata mengikut dasar Islam sendiri, asalkan calon berkenaan berakhlak baik dan mengamalkan ajaran Islam dengan sebenarnya, mereka layak untuk dijadikan pemimpin.
“Itu sebabnya kita jangan berpegang kepada bangsa sebaliknya berpegang kepada mereka yang mengamalkan ajaran Islam, barulah Islam itu dihormati.
“Langkah ini (melantik bukan Melayu) menjadi mentri besar sudah tentu Islam itu sendiri akan dihormati dan lebih ramai yang menjadikan Islam sebagai pegangan agama,” katanya.
Ketika menyentuh perkara yang sama dalam ucapannya, Nik Aziz berkata beliau sendiri akan mencadangkan mana-mana pemimpin bukan Melayu beragama Islam yang layak untuk menjadi penggantinya. – Bernama
Isnin, 28 Disember 2009
DAP Sudah Boleh Terima Penubuhan Negara Islam Malaysia
PETALING JAYA, Dis 28 — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa DAP kini sudah dapat menerima rancangan penubuhan sebuah negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini.
Nik Aziz berkata kesediaan pemimpin DAP membawa lambang PAS dalam Pakatan Rakyat ketika ini membuktikan mereka semakin memahami dan dapat menerima dasar perjuangan PAS. "Saya rasa bangga dan terharu dengan perubahan yang ditunjukkan kepimpinan DAP kini, yang selama ini dengan jelas membantah dasar Islam yang akan dilaksanakan oleh PAS dalam usaha melaksanakan sebuah negara Islam sekiranya berkuasa kelak. "Lo ini (sekarang) alhamdulillah semua tuduhan yang dilemparkan (DAP) terhadap hasrat PAS untuk melaksanakan dasar negara Islam itu sudah diterima oleh mereka," kata beliau dipetik Berita Harian hari ini.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dilaporkan berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Perhimpunan Kesedaran Wanita Kelantan dekat Temangan, Machang. Beliau mengakui turut memakai lambang parti DAP, Parti Keadilan Rakyat dan PAS untuk membuktikan kesetiaan dan hubungan baik yang dijalin antara mereka dalam Pakatan Rakyat ketika konvensyen sulung mereka di Shah Alam, Selangor 19 Dis lalu.
Kata beliau semua pemimpin memakai baju yang memaparkan lambang tiga parti termasuklah Pengerusi DAP Karpal Singh dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis itu tanpa dirancang. "Apa salahnya menggunakan lambang roket? Dulu DAP menentang PAS pasal hukum hudud, namun sekarang mereka sudah faham mengenai hukum hudud," katanya.
Nik Aziz berkata pemimpin DAP sepatutnya sudah lama menyedari yang penubuhan sebuah negara Islam yang dicadangkan PAS dikuatkuasakan terhadap orang Islam sahaja. Katanya selain membantah cadangan itu DAP juga pernah menuduh kerajaan PAS Kelantan di bawah pimpinannya menzalimi orang bukan Islam tetapi gagal membuktikan dakwaan itu sehingga kini.
Ketika berucap pada konvensyen itu, Nik Aziz berkata "di dada Karpal ada bulan" merujuk kepada lambang PAS bulan. Kedua-dua Nik Aziz dan Karpal buat pertama kali bertemu di satu pentas. Karpal dalam ucapannya pula berkata beliau bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz hari ini tetapi di antara Nik Aziz dan Hadi.
Inikah Kebebasan Bersuara PAS Kepada Pengikutnya Di Selangor..?
Ketua Penerangannya, Roslan Shahir Mohd. Shahir berkata, tindakan tersebut bakal dikenakan jika siasatan pihaknya mendapati kumpulan penunjuk perasaan tersebut merupakan ahli Pas negeri itu. "Kita (Pas negeri) akan siasat sama ada mereka ahli Pas atau tidak. Jika mereka ahli Pas, kita akan ambil tindakan disiplin ke atas mereka. "Kita sebenarnya tidak tahu adanya perhimpunan ini dan tiada pemimpin Pas negeri yang terlibat menyokong perhimpunan ini dan sebagainya. "Namun, bagi ahli Pas tindakan seumpama ini (desak Pas keluar pakatan pembangkang) adalah menyalahi prinsip parti dan boleh dikenakan tindakan tata tertib," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan sekumpulan yang mendakwa penyokong dan pengundi Pas yang berhimpun bagi mendesak kepimpinan parti itu keluar daripada pakatan pembangkang. Desakan tersebut dibuat oleh kumpulan berkenaan yang bergerak atas nama Badan Bertindak Gerakan Kesedaran Penyokong dan Pengundi Pas Negeri Selangor (GKPPNS) di hadapan Pejabat Perhubungan Pas Selangor pada pukul 11.30 pagi ini.
Kumpulan itu mendakwa Pas dipinggirkan oleh rakannya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam pentadbiran di Selangor termasuklah beberapa isu sensitif yang tidak selari dengan perjuangan parti itu sendiri. Malah kumpulan itu menyatakan Pas sejak akhir-akhir ini dilihat sekadar boneka PKR dan DAP dalam hal melibatkan kepentingan orang Melayu dan Islam.
PR Kian Retak Di Selangor..
SHAH ALAM, Dis 27 — Khabar angin berhubung pesanan SMS yang disebarkan sejak kelmarin terjawab pagi tadi apabila sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor mendesak parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) negeri dengan segera. Mereka mahu PAS bertindak demikian ekoran rasa tidak puas hati terhadap pimpinan kerajaan campuran Selangor dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu sebenarnya.
Ketua kumpulan itu, Wan Hilman Abdul Rahim berkata pihaknya merasakan rakan sekutu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP cuba membelakangi PAS dalam membuat keputusan walaupun parti itu turut berada dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor. Mereka dalam jumlahnya kira-kira 20 orang tidak sempat menyerahkan memorandum hari ini kerana pejabat ditutup.
Sebaliknya ia akan diserahkan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali esok pagi di pejabatnya di sini. “Kami merasakan PAS dipermainkan dan dibelakangi dalam membuat keputusan... kami tidak puas hati dengan cara kerajaan negeri Selangor menjaga rakyat, khususnya bangsa Melayu dan kepentingan Islam. “Justeru, kami mahu PAS mengkaji semula kedudukan mereka dalam pakatan rakyat di Selangor,” kata beliau kepada pemberita selepas mengadakan perhimpunan aman bersama 21 penyokong PAS bagi mendesak parti itu keluar daripada pakatan pembangkang di perkarangan pejabat perhubungan PAS Selangor dekat sini.
Laporan Harakah Daily semalam yang memetik kiriman SMS berkata perhimpunan itu akan diadakan di pekarangan pejabat Perhubungan PAS Selangor di sini hari ini.
Sempena perhimpunan itu, menurut SMS tersebut, satu memorandum akan diserahkan, yang bakal diterima sendiri oleh Hasan. “Perhimpunan mendesak PAS Selangor keluar Pakatan Rakyat. Datanglah beramai-ramai demi kepentingan Melayu...,” tulis SMS itu dipetik portal tersebut. Harakah Daily mendakwa Umno mahu mengambil peluang dari masalah dalaman yang berlaku di Selangor sekarang untuk memecahkan PAS ketika wujud spekulasi Umno-BN akan mengambil alih negeri itu bulan depan.
Sementara itu, Wan Hilman yang juga ahli PAS dari Bahagian Gombak menafikan dakwaan kononnya kumpulannya didalangi Umno Selangor dan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hasan yang merupakan Adun Gombak Setia dan Exco Kerajaan Negeri Selangor semalam memberitahu The Malaysian Insider bahawa pihaknya sama sekali tidak akan keluar PR Selangor.
Perkembangan ini berlaku ketika Hasan sedang disiasat oleh jawatankuasa disiplin PAS. Dalam pada itu, setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman ketika dihubungi The Malaysian Insider pagi tadi mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang memorandum sehingga malam tadi. “Pagi semalam kami ada majlis di Ampang yang turut dihadiri Datuk Hasan... Jika pun Datuk Hasan ada menerima memorandum sudah pasti saya tahu... hari ini pejabat PAS Selangor tutup dan kami tidak terlibat dalam perhimpunan itu,” katanya. Ketika pelbagai versi dikemukakan sejak awal semalam, maklumat pagi tadi pula menyebut memorandum sudah pun diserahkan kepada Hasan pagi semalam.
Selempang Merah Kembali Dari Pertapaan...
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada pembaca sekalian.
Kini Selempang Merah kembali semula di layar internet setelah lebih sepurnama menyepikan diri dari pertapaan. Mudah-mudahan sempena dengan tahun baru 1431 Hijrah dan 2010 Masihi ini, Selempang Merah dapat memberikan input-input yang berfaedah yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Setelah keluar dari pertapaan, terlalu banyak peristiwa yang telah berlaku di penghujung tahun 2009 ini. Selempang Merah juga tidak mahu ketinggalan menyentuh beberapa isu untuk dikongsikan bersama kepada pembaca. Walau bagaimanapun, komitmen, komentar dan sokongan pembaca semua amat diharapkan agar kita semua dapat berkongsi pandangan, teguran dan sebagainya untuk kebaikkan bersama.
Wallahu a'lam..