Islam Agama Keamanan



Member Bloger :

Sabtu, 2 Januari 2010

TAHNIAH KHALID SAMAD !!!!!!!

POPE BENEDICT XVI
BAKAL MENABALKAN
KHALID SAMAD
SEBAGAI
Pembela Kristian Katolik
DI MALAYSIA

KHALID SAMAD MESTI BERTAUBAT.

KAMI (UMAT) ISLAM

MEMBANTAH DENGAN SEKERAS-KERASNYA

PENGGUNAAN

KALIMAH "ALLAH"

BAGI NAMA TUHAN MEREKA

(AGAMA BUKAN ISLAM).

PERINGATAN KERAS KEPADA AGAMA LAIN

DI MALAYSIA :

JANGAN BANGKITKAN KEMARAHAN KAMI.

JIKA TIDAK....BURUK PADAHNYA.

ANDA BOLEH HAYATI KUPASAN HUJAH
YANG MENOLAK PENGGUNAAN KALIMAH "ALLAH"
BAGI AGAMA LAIN UNTUK NAMA TUHAN MEREKA,
DENGAN MELAYARI LAMAN WEB BERIKUT :


HUJAH KHALID SAMAD
DI LAMAN BlOGNYA
TELAH DISELEWENGKAN
ATAU
DISALAH-TAFFSIRKAN OLEHNYA
UNTUK MENIPU UMAT ISLAM DI MALAYSIA
Khususnya Pengikut PAS.
SILA RUJUK LAMAN BLOG KHALID SAMAD DI:
KEPADA AHLI PAS :
SOKONGAN ANDA KEPADA PAS
BERERTI
ANDA MENYOKONG
PENYEBARAN AGAMA KRISTIAN
DI MALAYSIA.

Jumaat, 1 Januari 2010

TOKOH PAS DI SELANGOR SOKONG KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI :

Khalid setuju keputusan Mahkamah

SHAH ALAM, 1 Jan: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad petang tadi bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang orang-orang bukan Islam dari menggunakan perkataan 'Allah'.
Beliau yang sebelum ini dilihat lantang mempertikai usaha KDN di di Parlimen, menganggap keputusan Mahkamah semalam menepati nas al-Quran."Keputusan Mahkamah itu menepati dengan al-Quran, iaitu perkataan Allah bukan milik eksklusif umat Islam sahaja tapi semua manusia patut menyembahnya," jelas beliau selepas menyertai solat Jumaat di Surau Nur Hidayah, di sini.
Beliau turut menasihatkan KDN supaya tidak melarang sesuatu yang jelas digalakkan dalam Islam."Kalau kita (KDN) nak menghalang keputusan itu, secara tidak langsung seolah-olah menghalang apa yang digalakkan oleh Allah sendiri. "Yang membeza orang Islam dan bukan Islam bukanlah tuhan kita adalah Allah dan tuhan mereka tidak (dipanggil) Allah, tapi yang membezakannya adalah kefahaman tentang ajaran Islam itu sendiri," katanya.
Menurut beliau, keputusan mahkamah itu sekali gus mengukuhkan kefahaman orang Islam terhadap agama mereka, bukannya atas nama Islam sahaja. "Saya rasa keputusan ini (mahkamah) akan mengukuhkan lagi kefahaman Islam di kalangan orang Islam sendiri, bukan atas nama (Islam) saja," jelasnya.
Ujarnya lagi, Rasulullah s.a.w sendiri pun tidak menghalang masyarakat bukan Islam dari mengaku Allah sebagai Tuhan mereka. Sebaliknya, Nabi menerapkan kefahaman Islam kepada masyarakat bukan Islam menggunakan rasional dan dakwah; sebagaimana ditunjukkan dalam ayat 87-88 dari surah az-Zukhruf; dan ayat 63 dari surah al-Ankabut.
Tambahnya lagi, kedua-dua ayat tersebut seharusnya mendorong masyarakat Islam menjelaskan kefahaman sebenar tentang Allah dan Islam itu sendiri. Terdahulu, akhbar mingguan The Herald dihalang dari menggunakan perkataan Islam dalam penerbitan mereka. Ekoran itu, Gereja Katholik telah memohon perintah Mahkamah supaya menolak larangan yang dilakukan KDN itu.

Rujukan :
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=23955:guna-nama-allah-khalid-setuju-keputusan-mahkamah&catid=1:utama&Itemid=50


APABILA WAKIL TOKOH PAS BERSUARA
MENYEBELAHI PIHAK GEREJA,
MEMBUKTIKAN PAS TIDAK IKHLAS
MENEGAKKAN KALIMAH ALLAH
DI MUKA BUMI INI
DAN
HANYA SEMATA-MATA
UNTUK KEPENTINGAN
POLITIK MEREKA SAHAJA.
KINI :

Mengupas Hukum Menghadiahkan Pahala Bacaan Al-Qur'an Kepada Si Mati :


Menghadiahkan Pahala
Bacaan al-Qur’an
Kepada Si Mati
Menurut as-Sunnah & Ulama
Pendapat :1 -
Amalan mensedekahkan pahala bacaan al-Qur’an kepada si mati adalah tidak tsabit dari sunnah Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam.
Pendapat :2 –
Pahala bacaan al-Qur’an yang disedekahkan kepada orang yang telah mati adalah tidak sampai.
Penjelasan :
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :

أَلا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى (٣٨) وَأَنْ لَيْسَ لِلإنْسَانِ إِلا مَا سَعَى
Terjemahan :
Bahawasanya seseorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain, dan bahawasanya seorang manusia tidak mendapat selain apa yang telah diusahakannya.
(Surah an-Najm, 53: 38-39)

وَمَا عَلَّمْنَاهُ الشِّعْرَ وَمَا يَنْبَغِي لَهُ إِنْ هُوَ إِلا ذِكْرٌ وَقُرْآنٌ مُبِينٌ (٦٩) لِيُنْذِرَ مَنْ كَانَ حَيًّا
Terjemahan:
Al-Qur’an itu tidak lain hanyalah pelajaran dan kitab yang memberi penerangan. Supaya dia (Muhammad) memberi peringatan kepada orang-orang yang hidup.
(Surah Yaasiin, 36: 69-70)

كُلُّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ رَهِينَةٌ
Terjemahan :
Setiap diri bertanggungjawab ke atas apa yang telah dilakukannya.
(Surah al-Muddatsir, 74: 38)

لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ
Terjemahan :
Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.
(Surah al-Baqarah, 2: 286)

مَنْ عَمِلَ صَالِحًا فَلِنَفْسِهِ وَمَنْ أَسَاءَ فَعَلَيْهَا وَمَا رَبُّكَ بِظَلامٍ لِلْعَبِيدِ
Terjemahan :
Sesiapa yang mengerjakan amal yang soleh, maka amal tersebut adalah untuk dirinya sendiri dan sesiapa yang melakukan kejahatan (dosa), maka itu adalah atas dirinya sendiri dan tidaklah Tuhanmu menganiaya hambanya.
(Surah Fushilat, 41: 46)

وَمَا تُجْزَوْنَ إِلا مَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
Terjemahan :
Kamu tidak akan diberi balasan melainkan apa yang telah kamu usahakan.
(Surah as-Saffat, 37: 39)

مَنْ كَفَرَ فَعَلَيْهِ كُفْرُهُ وَمَنْ عَمِلَ صَالِحًا فَلأنْفُسِهِمْ يَمْهَدُونَ
Terjemahan :
Sesiapa yang kafir, maka dia sendirilah yang menanggung (akibat) kekafirannya dan sesiapa yang beramal soleh, maka amal tersebut adalah untuk diri mereka sendiri.
(Surah ar-Ruum, 30: 44)

فَالْيَوْمَ لا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا وَلا تُجْزَوْنَ إِلا مَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
Terjemahan :
Maka pada hari kiamat tiada seorang pun yang dianiaya dan tidak dibalas kepada kamu melainkan apa yang kamu telah kerjakan.
(Surah Yasin, 36: 54)
Penjelasan Para Ulama Bermazhab Syafi'e :
Berkenaan ayat 38-39 surah an-Najm,
di antaranya al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah berkata di dalam tafsirnya:
وَأَنْ لَيْسَ لِلإنْسَانِ إِلا مَا سَعَى أي: كما لا يحمل عليه وزر غيره، كذلك لا يحصل من الأجر إلا ما كسب هو لنفسه. ومن وهذه الآية الكريمة استنبط الشافعي، رحمه الله، ومن اتبعه أن القراءة لا يصل إهداء ثوابها إلى الموتى؛ لأنه ليس من عملهم ولا كسبهم؛ ولهذا لم يندب إليه رسول الله صلى الله عليه وسلم أمته ولا حثهم عليه، ولا أرشدهم إليه بنص ولا إيماء، ولم ينقل ذلك عن أحد من الصحابة، رضي الله عنهم، ولو كان خيرا لسبقونا إليه، وباب القربات يقتصر فيه على النصوص، ولا يتصرف فيه بأنواع الأقيسة والآراء
Terjemahan :
“Firman Allah (maksudnya: Dan sesungguhnya seseorang manusia itu tidak mendapat (pahala) selain daripada apa yang telah mereka usahakannya).
Di sini bermaksud:Iaitu sebagaimana seseorang itu tidak akan memikul dosa orang lain, maka begitu jugalah bahawa seseorang itu tidak akan mendapat ganjaran (pahala) melainkan dari apa yang telah dia usahakan untuk dirinya sendiri.
Dan dari ayat yang mulia ini, Imam asy-Syafi’e bersama para ulama yang mengikutinya telah mengeluarkan hukum bahawa bacaan al-Qur’an tidak akan sampai hasil sedekah pahalanya kepada orang yang telah mati.
Kerana bacaan tersebut bukan dari amal dan usaha dia sendiri.
Atas sebab itulah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam tidak pernah mensyari'atkan kepada umatnya (supaya menghadiahkan pahala bacaan al-Qur’an kepada orang yang mati) dan tidak juga pernah menyukai atau memberikan petunjuk kepada mereka sama ada dengan nash (dalil yang jelas/terang) dan tidak juga dengan isyarat serta tidak dinukilkan dari walau seorang pun sahabat (bahawa mereka pernah mengirimkan pahala bacaan al-Qur’an kepada orang yang telah mati).
Jika sekiranya amalan tersebut baik, sudah tentu para sahabat telah mendahului kita di dalam mengamalkannya.
Dan di dalam permasalahan ibadah, ianya hanya terbatas (terhenti) berdasarkan dalil dan tidak boleh dipalingkan dengan qiyas-qiyas (analogi) atau pendapat-pendapat (pemikiran) tertentu.”
Lihat: al-Hafiz Ibnu Katsir, Tafsir al-Qur’anil Azhim, 7/465.
Juga sebagaimana yang dinukilkan oleh Syaikh al-Albani di dalam Ahkamul Jana'iz, 1/174.
Syaikh al-Albani rahimahullah menjelaskan
berkenaan perkataan Ibnu Katsir di atas (katanya) :
وما ذكره ابن كثير عن الشافعي رحمه الله تعالى هو قول أكثر العلماء وجماعة من، الحنفية كما نقله الزبيدي في (شرح الاحياء) 10 / 369
Terjemahan:
Apa yang disebutkan oleh Ibnu Katsir dari asy-Syafi'e rahimahullah tersebut adalah merupakan pendapat majoriti ulama dan sekelompok pengikut mazhab Hanafi, sebagaimana yang dinukilkan oleh az-Zubaidi di dalam Kitab Syarah al-Ahyaa', 9/369.
(Lihat: Syaikh al-Albani, Ahkamul Jana'iz, 1/174)
Perkataan Imam asy-Syafi'e rahimahullah:
فأعلم رسول الله مثل ما أعلم الله من أن جناية كل امرئ عليه كما عمله له لا لغيره ولا عليه
Terjemahan :
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam telah memberitahu sebagaimana yang diberitahu oleh Allah, bahawasanya dosa setiap orang adalah untuk kecelakaan dirinya sendiri sebagaimana amalannya yang juga buat dirinya sendiri dan bukan untuk kecelakaan orang lain.
Lihat: Ikhtilaful Hadis, 1/538, (باب استقبال القبلة للغائط والبول), Maktabah Syamilah.
Imam an-Nawawi rahimahullah berkata:
وأما قراءة القرآن فالمشهور من مذهب الشافعى أنه لا يصل ثوابها إلى الميت وقال بعض أصحابه يصل ثوابها إلى الميت
Terjemahan :
“Ada pun berkenaan bacaan al-Qur’an maka yang masyhur di kalangan mazhab asy-Syafi'e bahawa tidak sampai pahala bacaan yang dikirim kepada orang yang telah mati dan sebahagian sahabat berpendapat sampai pahala bacaan kepada si Mati.”
Kemudian beliau menjelaskan lagi:
وكل هذه المذاهب ضعيفة ودليلهم القياس على الدعاء والصدقة والحج فانها تصل بالاجماع ودليل الشافعى وموافقيه قول الله تعالى وأن ليس للانسان الا ما سعى وقول النبى صلى الله عليه و سلم اذا مات بن آدم انقطع عمله الا من ثلاث صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صالح يدعو له
Terjemahan :
“Dan semua mazhab-mazhab tersebut (yang membolehkan menghadiahkan pahala kepada orang mati - Penulis) adalah jelas lemahnya, dan dalil yang mereka gunakan untuk membolehkan (amalan sedekah pahala kepada si mati) hanyalah qias yang diqiaskan dengan doa, sedekah dan haji. Maka sesungguhnya ianya tidak sampai secara ijmak (kesepakatan ulama). Dan dalil asy-Syafi’e serta mereka yang mengikutinya adalah (ayat al-Qur’an): (Sesungguhnya tidaklah ada yang diperolehi oleh setiap manusia, kecuali apa yang telah diusahakan).
“Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (iaitu):
1 - Sedekah jariah,
2 - ilmu yang bermanfaat dan
3 - anak yang soleh yang mendoakannya”.
Lihat: Imam an-Nawawi, Syarah an-Nawawi ‘ala Muslim, 1/90.
Di dalam kitab yang sama, beliau meletakkan sebuab bab bernama:
باب وصول ثواب الصدقة عن الميت إليه
Terjemahan :
Bab Sampaikah Kepada Mayat (pahala) Sedekah Yang Diberikan Atas Namanya.
Kemudian beliau menjelaskan:
والمشهور في مذهبنا أن قراءة القرآن لا يصله
Terjemahan :
Dan yang masyhur di dalam mazhab kami (Mazhab asy-Syafi'e) adalah pahala bacaan al-Qur'an itu tidak sampai pahalanya (kepada si mati).
Lihat: Imam an-Nawawi, Syarah an-Nawawi ‘ala Muslim, 7/89-90.
Imam Ibnu Hajar al-Haitami rahimahullah berkata:
الْمَيِّتُ لَا يُقْرَأُ عليه مَبْنِيٌّ على ما أَطْلَقَهُ الْمُتَقَدِّمُونَ من أَنَّ الْقِرَاءَةَ لَا تَصِلُ إلَى الْمَيِّتِ لِأَنَّ ثَوَابَهَا لِلْقَارِئِ وَالثَّوَابُ الْمُتَرَتِّبُ على عَمَلٍ لَا يُنْقَلُ عن عَامِلِ ذلك الْعَمَلِ قال تَعَالَى وَأَنْ ليس لِلْإِنْسَانِ إلَّا ما سَعَى وَوُصُولُ الدُّعَاءِ وَالصَّدَقَةِ وَرَدَ بِهِمَا النَّصُّ فَلَا يُقَاسُ عَلَيْهِمَا إذْ لَا مَجَالَ لِلْقِيَاسِ في ذلك فَاتَّجَهَ قَوْلُهُمْ أَنَّ الْمَيِّتَ
Terjemahan :
“Mayat tidak boleh dibacakan al-Qur’an ke atasnya sebagaimana keterangan yang ditetapkan oleh orang-orang terdahulu, bahawa bacaan al-Qur’an pahalanya tidak sampai kepada si Mati, lantaran pahala bacaan hanya untuk si Pembaca. Pahala amalan pula tidak boleh dipindah-pindahkan dari si pembuat berdasarkan firman Allah Ta’ala: Dan manusia tidak memperolehi pahala kecuali dari amalan yang mereka telah usahakannya sendiri.”
Lihat: Ibnu Hajar al-Haitami, al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah, 2/26.
Al-Hafiz Ibnu Katsir di dalam Tafsirnya sekali lagi:
كما لا يحمل عليه وزر غيره، كذلك لا يحصل من الأجر إلا ما كسب هو لنفسه
Terjemahan :
Sebagaimana tidak dipertanggungjawabkan dosa orang lain, begitulah juga seseorang itu tidak mendapat ganjaran melainkan apa yang telah dia kerjakan (usahakan) sendiri.
Lihat: al-Hafiz Ibnu Katsir, Tafsir al-Qur'anil Adzim, 7/465.
Juga:
أن النفوس إنما تجازى بأعمالها إن خيرًا فخير، وإن شرًا فشر، وأنه لا يحمل من خطيئة أحد على أحد
Terjemahan :
Sesungguhnya manusia itu hanya menerima balasan berdasarkan amalnya, jika baik, maka baiklah balasannya dan jika buruk, maka buruklah balasannya dan bahawasanya seseorang itu tidaklah menanggung dosa bagi seseorang yang lain.Lihat: al-Hafiz Ibnu Katsir, Tafsir al-Qur'anil Adzim,3/384.
Pendapat Para Ulama Lainnya:Imam ath-Thabari rahimahullah:
أنه لا يُجَازي عامل إلا بعمله، خيرا كان ذلك أو شرّا
Terjemahan :
Bahawasanya seseorang itu tidak menerima balasan amal, melainkan dari apa yang telah dia usahakan, sama ada amalnya yang baik atau yang buruk.
(Lihat: Muhammad B. Jarir ath-Thabari, al-Jami'ul Bayan fi Ta'wilul Qur'an, 22/546)
Juga:
لا يؤاخذ بعقوبة ذنب غير عامله، ولا يثاب على صالح عمله عامل غيره
Terjemahan :
Tidaklah disiksa seseorang itu dengan sesuatu siksaan sekiranya dia tidak mengerjakan dosa tersebut, dan tidaklah dia diberi ganjaran di atas amal soleh yang mana dia tidak mengerjakannya.
(Lihat: Muhammad B. Jarir ath-Thabari, al-Jami'ul Bayan fi Ta'wilul Qur'an, 22/547)
Di dalam Tafsir Jalalain:
فَلَيْسَ لَهُ مِنْ سَعْي غَيْره الْخَيْر شَيْء
Terjemahan :
Maka seseorang itu tidaklah mendapat apa-apa pun (pahala) dari usaha orang lain.
(Tafsir al-Jalalain, 10/334)
Imam asy-Syaukani rahimahullah:
ليس له إلاّ أجر سعيه ، وجزاء عمله ، ولا ينفع أحداً عمل أحد
Terjemahan :
Seseorang tidak akan mendapat melainkan balasan atas usahanya dan ganjaran amalan (yang dia sendiri amalkan), dia tidak memberi manfaat (pahalanya) kepada orang lain.
(Lihat: Muhammad B. 'Ali asy-Syaukani, Fathul Qodir al-Jami' Baina fani ar-Riwayah wa ad-Dirayah min 'Ulumut Tafsir, 7/78)
Syaikh 'Abdul 'Aziz B. Baz Rahimahullah:
ولكن الصواب هو القول الأول للحديث المذكور وما جاء في معناه، ولو كان إهداء التلاوة مشروعا لفعله السلف الصالح. والعبادة لا يجوز فيها القياس؛ لأنها توقيفية لا تثبت إلا بالنص من كلام الله عز وجل أو من سنة رسوله للحديث السابق وما جاء في معناه.
Terjemahan :
Adapun yang tepat adalah pandangan pertama kerana berdasarkan hadis yang disebutkan dan apa yang jelas adalah menunjukkan makna yang sama. Sekiranya menghadiahkan pahala bacaan (al-Qur'an) itu disyariatkan, sudah tentu ia dilakukan (diamalkan) oleh para salafussoleh. Sedangkan dalam perkara ibadat kita tidak wajar melakukan qiyas padanya, ini adalah kerana ia bersifat tawfiqiyyah (terhenti pada dalil). Tidak tsabit melainkan dengan nash dari kalamullah (perkataan Allah) atau sunnah rasul sebagaimana hadis yang dijelaskan pada awal tadi.
(Lihat: Web Rasmi Samahatusy Syaikh 'Abdul 'Aziz B. Baz: www.binbaz.org.sa/mat/1831)
Perkataan Syaikh Ibnu Baaz di atas berkenaan sesuatu ibadah itu adalah tawqifiyah (tidak dibuat melainkan dengan adanya dalil), sebenarnya merupakan kaedah asas yang telah digunakan dan difahami oleh para ulama dari era awal lagi.
Ini dapat kita lihat antaranya dari al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqolani rahimahullah, beliau menjelaskan:
التقرير فى العبادة إنما يؤخذ عن توقيف
Terjemahan :
Perlaksanaan di dalam ibadat adalah dengan mengikuti/mengambil dari apa yang telah ditetapkan (melalui dalil).
(Lihat: al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqolani, Kitab Fathul Bari Syarah Shohih al-Bukhari, 2/80)
Berdasarkan kesepakatan ini, maka tidaklah boleh untuk kita mereka-cipta suatu bentuk amal-amal ibadah yang lain selain dari apa yang telah terdapat di dalam Sunnah. Tidaklah wajar untuk kita mendahului perkataan Allah dan sunnah Rasul-Nya di dalam menetapkan sesuatu urusan ibadah di dalam agama.
Seorang ulama Mesir, Syaikh Muhammad B. Ahmad Abdus Salam melalui tulisannya telah membuat kesimpulan setelah mengulas secara panjang lebar berkenaan perkara ini, beliau menyatakan:Dilarang membaca ayat-ayat al-Qur'an kepada ahli kubur.
Sebuah khabar (atsar) yang diriwayatkan dari Ibnu 'Umar radhiyallahu 'anhu yang menceritakan bahawa beliau (Ibnu 'Umar) pernah berwasiat, sekiranya beliau telah meninggal dunia, supaya dibacakan Surah al-Fatihah dan beberapa ayat terakhir dari Surah al-Baqarah di atas kuburnya. (Bahawasanya) Atsar tersebut darjatnya adalah Syazd (ganjil), sanadnya tidak sahih. Dan tidak seorang pun di antara para sahabat yang mengakuinya.Begitu juga dengan riwayat-riwayat tentang membaca Surah al-Fatihah, surah al-Ikhlas, al-Falaq, an-Naas, at-Takatsur, al-Kafiruun, dan menghadiahkannya kepada ahli kubur adalah palsu. Ini adalah kerana ianya bertentangan dengan perkataan-perkataan Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam dan perbuatan para sahabatnya.
(Muhammad B. Ahmad Abdus Salam, Hukumul Qiraati lil Amwati Hal Yashilu Tsawabuha Ilaihim (Edisi Terjemahan: Hukum Membaca al-Qur'an Untuk Orang Mati Sampaikah Pahalanya Kepada Mereka?) Tahqiq Syaikh Mahmud Mahdi al-Istabuli, m/s. 43, Media Da'wah)
Selain itu, Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah turut menjelaskan:
وقد قال شيخ الاسلام ابن تيمية رحمه الله تعالى في (الاختيارات العلمية) (ص 54): ولم يكن من عادة السلف إذا صلوا تطوعا أو صاموا تطوعا أو حجوا تطوعا، أو قروؤا القرآن يهدون ثواب ذلك إلى أموات المسلمين، فلا ينبغي العدول عن طريق السلف فإنه أفضل وأكمل
Terjemahan :
Bukan merupakan kebiasaan para ulama salaf (ulama generasi awal/para sahabat), iaitu jika mereka mengerjakan puasa, solat, atau haji tathawwu', atau membaca al-Qur'an, pahalanya dihadiahkan (disedekahkan) kepada kaum Muslimin yang telah meninggal dunia. Kerana itu, tidak sewajarnya untuk menyimpang dari jalan ulama Salaf kerana mereka lebih baik dan sempurna.
(Dinukil dari: al-Albani, Ahkamul Jana'iz, 1/174)
Selain pendapat tersebut, Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah juga memiliki pendapat lain yang berlawanan dengan pendapatnya yang disebutkan di atas dan malah berlawanan dengan pegangan para salaf. Beliau menyatakan bahawa orang yang meninggal dunia itu dapat mengambil manfaat dari semua ibadah yang dilakukan oleh orang lain yang masih hidup. Namun, pendapat beliau ini hanya semata-mata berpandukan kepada qiyas (analogi) dan tidak berpijak dengan dalil yang jelas.Pendapat beliau telah pun dikritik (diberi bantahan) secara ilmiyah oleh Syaikh Muhammad Rasyid Ridha di dalam Kitabnya, Tafsir al-Manar (8/254-270). (Rujuk: al-Albani, Ahkamul Jana'iz, 1/174)
Dan perlu kita fahami bahawa, setiap pendapat dan perkataan manusia itu boleh diterima atau pun ditolak dengan dinilai berpandukan kepada dalil-dalil dari al-Qur'an dan as-Sunnah. Kecuali perkataan manusia bergelar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, maka hendaklah kita menerimanya.
Imam Abu Hanifah rahimahullah berpesan:
لا يحل لأحد أن يأخذ بقولنا ما لم يعلم من أين أخذناه
Terjemahan :
Tidak halal bagi seseorang untuk mengikuti perkataan kami sekiranya dia tidak mengetahui dari mana kami mengambil sumbernya.
(Lihat: Syaikh Soleh al-Munajjid, Fatawa Islam Su'al wa Jawab, 1/3. Syaikh al-Albani,
Sifat Solat Nabi, 1/46)
Imam Malik B. Anas rahimahullah:
إنما أنا بشر أخطئ وأصيب فانظروا في رأيي فكل ما وافق الكتاب والسنة فخذوه وكل ما لم يوافق الكتاب والسنة فاتركوه( ابن عبد البر في الجامع 2 / 32 )
Terjemahan :
Aku hanyalah seorang manusia, adakalanya salah dan adakalanya benar. Oleh sebab itu, perhatikanlah pendapatku. Apabila ianya bertepatan dengan al-Qur'an dan as-Sunnah, maka ambillah, dan apabila ianya tidak bertepatan dengan al-Qur'an dan as-Sunnah, tinggalkanlah ia. (Lihat: Ibnu 'Abdil Barr, al-Jami', 2/32. Dinukil dari: al-Albani, Sifat Solat Nabi, 1/48)
Imam asy-Syafi'e rahimahullah:
إذا وجدتم في كتابي خلاف سنة رسول الله صلى الله عليه وسلم فقولوا بسنة رسول الله صلى الله عليه وسلم ودعوا ما قلت
Terjemahan :
Apabila kamu menemui sesuatu di dalam kitabku yang berlainan dengan hadis Rasulullah, peganglah hadis Rasulullah itu dan tinggalkanlah pendapatku itu.
(Lihat: Imam an-Nawawi, al-Majmu' Syarah al-Muhazzab, 1/63)
Apa Yang Bermanfaat Untuk Orang Yang Telah Meninggal Dunia?
Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Terjemahan :
Dari Abi Hurairah (radhiyallahu 'anhu) Bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam telah bersabda: Apabila manusia itu telah meninggal dunia, maka terputuslah amalan-amalannya melainkan tiga perkara, (iaitu)
1 – Anak yang soleh yang mendoakannya,
2 – Sedekah jariyah yang pernah dilakukannya, atau
3 – Ilmunya yang dimanfaatkan.
(Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, Kitab al-Wasiyah, 8/405, no. 3084. at-Tirmidzi, Sunan at-Tirmidzi, Kitab al-Ahkam, 5/243, no. 1297)
Si mati juga mendapat ganjaran (pahala) dari hasil amal soleh yang dikerjakan oleh anak-anaknya. Ini adalah disebabkan kerana anak-anak itu termasuk ke dalam kategori usaha dan hasil kerja si mati (kedua ibu bapa).
Ini adalah berdasarkan kepada firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :
وَأَنْ لَيْسَ لِلإنْسَانِ إِلا مَا سَعَى
Terjemahan :
Dan bahawasanya seseorang manusia itu tidak mendapat (pahala) melainkan dari apa yang telah diusahakannya.
(Surah an-Najm, 53: 39)
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda :
إن أطيب ما أكل الرجل من كسبه، وإن ولده من كسبه
Terjemahan :
Sesungguhnya sebaik-baik yang dimakan oleh seseorang itu adalah makanan yang diperolehi (terhasil) dari usahanya sendiri. Sesungguhnya anak itu termasuk dari hasil usahanya.
(Hadis dari 'Aisyah. Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad Tahqiq Syaikh Shu'aib al-Arnauth, 40/34, no. 24032. Beliau menjelaskan, hadis ini hasan lighairihi. Diriwayatkan juga oleh al-Hakim, al-Mustadrak, 2/53, no. 2295 dengan dinyatakan oleh adz-Dzahabi sebagai sahih. Syaikh al-Albani di dalam Ahkamul Jana'iz menjelaskan bahawa hadis ini tidak mencapai darjat sahih. Namun hadis ini memiliki penguat. Rujuk: Ahkamul Jana'iz, 1/171)
Selain itu, ia turut diperkuatkan dengan beberapa hadis yang lain yang sahih.Maka, apa sahaja amal-amal kebaikan yang dilakukan oleh anak-anak si mati, maka si mati akan beroleh manfaat (ganjaran pahala) dari perbuatan anak-anaknya tersebut.
Amalan Agama/Ibadah Tidak Boleh Direka-reka Berdasarkan Hadis Nabi :
وَإِيَّاكُمْ وَالْأُمُورَ الْمُحْدَثَاتِ فَإِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ
Terjemahan :
Jauhilah olehmu perkara-perkara baru yang diada-adakan (dalam agama) kerana sesungguhnya setiap bid'ah (perkara yang baru yang diada-adakan di dalam agama) adalah sesat.
(Hadis Riwayat Ibnu Majah, Sunan Ibni Majah, 1/49, no. 42. Disahihkan oleh al-Albani, Shohih Sunan Ibni Majah, 1/13, no. 42. Hadis Nabi dari 'Irbadh B. Sariyah)
Perlu kita fahami bahawa setiap bentuk amal ibadah yang hendak dilaksanakan (ditegakkan), hendaklah terlebih dahulu memiliki rujukan dan sandarannya dari dalil-dalil yang sahih lagi jelas. Jika sesuatu yang dianggap ibadah itu tidak memiliki sandarannya dari dalil yang jelas, maka ia boleh dipertikaikan dari menjadi sebahagian dari juzuk agama (ibadah).
Malah, ia mungkin menjadi atau menjurus kepada bid'ah, iaitu suatu bentuk amalan yang dilaksanakan bagi tujuan meraih keredhaan Allah, namun ia tidak bertunjangkan kepada dalil yang jelas.
Disunnahkan Mendoakan Orang Yang Telah Meninggal Dunia :
Mendoakan si Mati adalah sunnah hukumnya bersandarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
وَالَّذِينَ جاءُ وْا مِنْ بَعْدِ هِمْ يَقُولونَ رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَلاِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَ بِالاِيْمَانِ
Terjemahan :
Dan orang-orang yang datang setelah mereka itu akan berkata (berdoa): Wahai Tuhan kami! Ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman (terlebih dahulu) sebelum kami. (Surah al-Hasyr, 59: 10)

رَبَّنَا اغْفِرْلِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِيْنَ يَوْمَ يَقُوْمُ الْحِسَابِ
Terjemahan: Wahai Tuhan kami! Berilah keampunan kepadaku dan kedua ibu bapaku dan seluruh orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab.
(Surah Ibrahim, 14: 41)

وَاسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِيْنَ
Terjemahan :
Dan minta ampunlah bagi dosa-dosamu dan bagi orang-orang yang beriman.
(Surah Muhammad, 47: 19)
Hadis Nabi:
دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لِأَخِيهِ بِخَيْرٍ قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ
Terjemahan :
Doa seorang Muslim untuk saudaranya dari kejauhan akan dikabulkan. Di atas kepalanya terdapat malaikat yang bertanggungjawab. Setiap kali dia mendoakan kebaikan untuk saudaranya, maka malaikat yang bertugas akan mengucapkan: Ameen dan bagimu yang seumapamnya.
(Hadis Riwayat Imam Muslim, Shohih Muslim, 13/271, Kitab Zikir dan Doa, no. 4914. Dari hadis Abu Darda' rahiyallahu 'anhu)
Syaikh al-Albani rahimahullah menjelaskan:
إن صلاة الجنازة جلها شاهد لذلك، لان غالبها دعاء للميتواستغفار له، كما تقدم بيانه
Terjemahan :
Sesungguhnya, Solat jenazah itu menjadi bukti akan perkara tersebut (mendoakan si mati) di mana sebahagian besar darinya adalah doa untuk jenazah sekaligus permohonan ampun baginya.
(Lihat: al-Albani, Ahkamul Jana'iz, 1/169)
Dibolehkah Bagi Wali/waris Untuk Membayar Hutang Puasa Si Mati
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ صِيَامٌ صَامَ عَنْهُ وَلِيُّهُ
Terjemahan :
Dari 'Aisyah radhiyallahu 'anha, bahawasnaya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda: Sesiapa yang meninggal dunia namun dia masih memiliki hutang puasa, maka walinya yang akan membayarnya.
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, 7/51, Kitab ash-Shaum (Puasa), no. 1816)
Puasa yang dimaksudkan di dalam hadis tersebut adalah merujuk kepada puasa nadzar yang tidak sempat ditunaikan. Ada pun puasa-puasa yang selainnya, maka ia tidak perlu diganti (dibayarkan).
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا: أَنَّ سَعْدَ بْنَ عُبَادَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ اسْتَفْتَى رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ إِنَّ أُمِّي مَاتَتْ وَعَلَيْهَا نَذْرٌ فَقَالَ اقْضِهِ عَنْهَا
Terjemahan :
Dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu 'anhu (beliau berkata) : Bahawasanya Sa'ad B. 'Ubadah radhiyallahu 'anhu pernah meminta pandangan (penjelasan) Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam:Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia namun beliau masih memiliki hutang puasa nadzar? Maka beliau Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda: Bayarlah untuknya.
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, 9/306, Kitab al-Washoya, no. 2555)
Syaikh al-Albani rahimahullah berkata:
وهذه الاحاديث صريحة الدلالة في مشروعية صيام الولي عن الميت صوم النذر، إلا أن الحديث الاول يدل بإطلاقه على شئ زائد على ذلك وهو أنه يصوم عنه صوم الفرض أيضا. وقد قال به الشافعية، وهو مذهب ابن حزم (7 / 2، 8) وغيرهم. وذهب إلى الأول الحنابلة، بل هو نص الامام أحمد، فقال أبو داود في (المسائل) (96): (سمعت أحمد بن حنبل قال: لا يصام عن الميت إلا في النذر). وحمل أتباعه الحديث الاول على صوم النذر، بدليل ما روت عمرة: أن أمها ماتت وعليها من رمضان فقالت لعائشة: أقضيه عنها؟ قالت: لا بل تصدقي عنها مكان كل يوم نصف صاع على كل مسكين.
Terjemahan :
Hadis-hadis tersebut secara jelas menunjukkan disyari'atkan pembayaran hutang puasa nadzar oleh wali bagi orang yang meninggal dunia. Hanya saja, hadis yang pertama dengan kemutlakkannya menunjukkan lebih dari itu, iaitu seolah-olah merujuk kepada puasa wajib yang lainnya yang menjadi hutang bagi si mati.
Pendapat seperti ini dikemukakan oleh mazhab asy-Syafi'i, mazhab Ibnu Hazm, dan yang selainnya. Dalam pada itu, para pengikut mazhab Hanbali pula lebih cenderung kepada pendapat yang pertama, bahkan ia menjadi nash Imam Ahmad, sebagaimana di dalam al-Masaa'il-nya. Abu Daud berkata: Tidak ada kewajiban membayar hutang puasa bagi seorang jenazah melainkan puasa nadzar.
Para pengikutnya menyatakan bahawa hadis tersebut merujuk kepada puasa nadzar, dengan dalil apa yang diriwayatkan oleh 'amrah bahawa ibunya telah meninggal dunia sedang dia masih berhutang puasa Ramadhan. Kemudian, dia bertanya kepada 'Aisyah: "Adakah aku perlu membayarnya?" 'Aisyah menjawab: "Tidak, tetapi bersedekahlah untuknya sebagai ganti puasa setiap harinya dengan setengah sha' bagi seorang orang miskin.
(Lihat: al-Albani, Ahkamul Jana'iz, 1/170)
Beliau menjelaskannya lagi:
وهذا قول ابن عباس وأصحابه، وهو الصحيح، لان فرض الصيام جار مجرى الصلاة، فكما لا يصلي أحد عن أحد، ولا يسلم أحد عن أحد فكذلك الصيام، وأما النذر فهو التزام في الذمة بمنزلة الدين، فيقبل قضاء الولي له كما يقضي دينه، وهذا محض الفقه
Terjemahan :
Dan yang terakhir adalah perkataan Ibnu 'Abbas dan para sahabatnya dan itulah yang sahih kerana kewajiban puasa itu berlaku seperti solat. Maksudnya, sebagaimana seseorang tidak boleh mengerjakan solat untuk orang lain, maka demkianlah juga dengan puasa wajib. Ada pun puasa nadzar, maka ia wajib dipenuhi kerana dalam soal penangguhan itu sendiri ia berkedudukan sama seperti hutang sehingga dibolehkan pembarayan qadha' puasa nadzar oleh wali si mati, sebagaimana dia wajib juga melubaskan hutang-hutangnya.
(Lihat: al-Albani, Ahkamul Jana'iz, 1/171)
Kesimpulannya :
Maka, dengan ini jelaslah bahawa amalan mensedekahkah (atau menghadiahkan) pahala bacaan al-Qur'an bukanlah dari bentuk-bentuk amalan yang diamalkan oleh para sahabat (serta para salaf) dan juga tidak memiliki petunjuk dari al-Qur'an mahu pun as-Sunnah. Ini adalah sebagaimana penjelasan yang dibawakan di atas dari para ulama bermazhab Syafi'e khususnya, dan juga yang selainnya secara umum.Perlu lebih ditekankan bahawa apa yang telah mendarah daging di dalam masyarakat umat Islam hari ini adalah berleluasanya bentuk-bentuk amalan (atau ritual-ritual tertentu) bertujuan mengirim (atau mensedekahkan) pahala bacaan-bacaan al-Qur'an kepada orang-orang yang telah mati sebenarnya langsung tidak berpijak kepada sumber agama yang benar. Contoh amalan-amalan tersebut adalah seperti amalan bertahlilan, beryasinan, dan membacakan al-Fatihah untuk sesiapa sahaja dari umat Islam yang meninggal dunia.
Wallahu a'lam...

Hukum Membaca Ayat Al-Qur'an Di Kubur :

Wasiat Ibnu 'Umar :
Membaca al-Qur'an Di Kubur???


Disebutkan oleh Ibnu Qudamah rahimahullah di dalam al-Mughni :

فَرَوَى جَمَاعَةٌ أَنَّ أَحْمَدَ نَهَى ضَرِيرًا أَنْ يَقْرَأَ عِنْدَ الْقَبْرِ ، وَقَالَ لَهُ : إنَّ الْقِرَاءَةَ عِنْدَ الْقَبْرِ بِدْعَةٌ . فَقَالَ لَهُ مُحَمَّدُ بْنُ قُدَامَةَ الْجَوْهَرِيُّ : يَا أَبَا عَبْدِ اللَّهِ : مَا تَقُولُ فِي مُبَشِّرٍ الْحَلَبِيِّ ؟ قَالَ : ثِقَةٌ . قَالَ : فَأَخْبَرَنِي مُبَشِّرٌ ، عَنْ أَبِيهِ ، أَنَّهُ أَوْصَى إذَا دُفِنَ يُقْرَأُ عِنْدَهُ بِفَاتِحَةِ الْبَقَرَةِ وَخَاتِمَتِهَا ، وَقَالَ : سَمِعْت ابْنَ عُمَرَ يُوصِي بِذَلِكَ . قَالَ أَحْمَدُ بْنُ حَنْبَلٍ : فَارْجِعْ فَقُلْ لِلرَّجُلِ يَقْرَأُ
Terjemahan :
Diriwayatkan dari ramai orang bahawasanya
Ahmad (Imam Ahmad) melarang orang buta
membaca al-Qur'an di perkuburan, dan beliau berkata :
Lalu Muhammad B. Qudamah al-Jauhari berkata:
Wahai Abu 'Abdillah (Imam Ahmad),
bagaimana pendapatmu tentang Mubasysyir al-Halabi ?
Beliau menjawab: Tsiqah (Terpercaya).
Ia berkata lagi : Mubasysyir mengkhabarkan kepadaku
dari ayahnya, bahawa beliau berwasiat
supaya setelah jenzahnya dikebumikan (dikuburkan),
supaya dibacakan al-Fatihah
dan
ayat-ayat terakhir dari surah al-Baqarah
di kuburnya, dan beliau berkata :
Aku mendengar Ibnu 'Umar mewasiatkan perkara sedemikian.
Ahmad B. Hanbal lalu berkata:
Kembalilah, dan katakan kepada orang itu supaya membacanya.
(Rujuk: Ibnu Qudamah, al-Mughni, 5/78)


Disebutkan oleh Ibnul Qayyim di dalam ar-Ruuh
(sebuah kitab yang masih menjadi perbahasan
sama ada ianya benar
tulisan Ibnul Qayyim atau pun bukan) :
قال الخلال وأخبرني الحسن بن أحمد الوراق حدثنى على بن موسى الحداد وكان صدوقا قال كنت مع أحمد بن حنبل ومحمد بن قدامة الجوهرى في جنازة فلما دفن الميت جلس رجل ضرير يقرأ عند القبر فقال له أحمد يا هذا إن القراءة عند القبر بدعة فلما خرجنا من المقابر قال محمد بن قدامة لأحمد بن حنبل يا أبا عبد الله ما تقول في مبشر الحلبي قال ثقة قال كتبت عنه شيئا قال نعم فأخبرني مبشر عن عبد الرحمن بن العلاء اللجلاج عن أبيه أنه أوصى إذا دفن أن يقرأ عند رأسه بفاتحة البقرة وخاتمتها وقال سمعت ابن عمر يوصي بذلك فقال له أحمد فارجع وقل للرجل يقرأ
Terjemahan :
Al-Khalal berkata: al-Hasan B. Ahmad al-Warraq
memberitahuku bahawa 'Ali B. Musa al-Haddad
(seorang yang Shaduq) memberitahu kami, beliau berkata :
Aku pernah bersama Ahmad B. Hanbal
dan Muhammad B. Qudamah al-Jauhari
ketika menghadiri seorang jenazah.
Setelah jenazah itu selesai dimakamkan,
ada seorang buta yang duduk
dan membaca al-Qur'an di perkuburan tersebut.
Maka Ahmad pun berkata kepadanya :
Wahai saudara, sesungguhnya
membaca al-Qur'an di perkuburan adalah bid'ah.
Setelah kami keluar dari perkuburan,
Muhammad B. Qudamah berkata kepada Ahmad B. Hanbal :
Wahai Abu 'Abdillah,
bagaimana pendapatmu tentang Mubasysyir al-Halabi?
Ahmad menjawab: Tsiqah (Terpercaya).
Beliau bertanya lagi: Adakah engkau menulis berita darinya?
Ahmad menjawab : Ya.
Maka Muhammad B. Qudamah al-Jauhari pun berkata :
Mubasysyir telah mengkhabarkan kepadaku
dari 'Abdurrahman B. Al-Ala' B. Lajlaj
dari ayahnya bahawa dia pernah berwasiat
supaya setelah jenazahnya dikebumikan (dikuburkan),
supaya dibacakan al-Fatihah
dan ayat-ayat akhir surah al-Baqarah di kepalanya,
dan beliau berkata :
Aku mendengar Ibnu 'Umar mewasiatkan perkara sedemikian.
Ahmad B. Hanbal lalu berkata :
Kembalilah, dan katakan kepada orang itu
supaya membacanya.
(Ibnul Qayyim, ar-Ruuh, 1/10)

Penjelasan :

Syaikh al-Albani rahimahullah berkata :
: الاول
إن في ثبوت هذه القصة عن أحمد نظر، لان شيخ الحلال الحسن بن أحمد الوراق لم أجد ترجمة فيما عندي الان من كتب الرجال، وكذلك شيخه علي بن موسى الحداد لم أعرفه، وإن قيل في هذا السند أنه كان صدوقا، فإن الظاهر أن القائل هو الوارق هذا، وقد عرفت حاله
Pertama :
Berkenaan penisbahan dan kebenaran kisah ini
berasal daripada Imam Ahmad masih perlu dikaji semula
kerana Syaikh al-Khallal al-Hasan B. Ahmad al-Warraq
tidak pernah aku temui biografinya
dalam manuskrip yang aku miliki sekarang ini
dari kitab-kitab berkenaan perawi hadis.
Demikian juga dengan Syaikhnya, 'Ali B. Musa al-Haddad,
juga tidak aku kenali.
Jika di dalam sanad ini beliau disebut sebagai seorang yang Shaduq,
maka secara lahiriyah yang dapat dilihat adalah
bahawa yang mengatakan adalah al-Warraq.
Kita sendiri telah mengetahui keadaannya.
: الثاني
إنه إن ثبت ذلك عنه فإنه أخص مما رواه أبو داود عنه، وينتج من الجمع بين الروايتين عنه أن مذهبه كراهة القراءة عند القبر إلا عند الدفن
Kedua :
Sekiranya perkara tersebut ditegaskan oleh Imam Ahmad,
maka perkara tersebut merupakan
riwayat yang paling khusus
dari apa-apa yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud darinya.
Dari penggabungan di antara dua riwayat
darinya menghasilkan bahawa
mazhabnya (pendapatnya) memakruhkan (membenci)
perbuatan membaca al-Qur'an di perkuburan
melainkan pada ketika pemakaman (pengkebumian).
: الثالث
أن السند بهذا الاثر لا يصح عن ابن عمر، ولو فرض ثبوته عن أحمد، وذلك لان عبد الرحمن ابن العلاء بن اللجلاج معدود في المجهولين، كما يشعر بذلك قول الذهبي في ترجمته من (الميزان): (ما روي عنه سوى مبشر هذا)، ومن طريقة رواه ابن عساكر (13 / 399 / 2) وأما توثيق ابن حيان إياه فمما لا يعتد به لما اشهر به من التساهل في التوثيق، ولذلك لم يعرج عليه الحافظ في (التقريب) حين قال في المترجم: (مقبول) يعني عند المتابعة وإلا فلين الحديث كما نص عليه في المقدمة، ومما يؤيد ما ذكرنا أن الترمذي مع تساهله في التحسين لما أخرج له حديثا آخر (2 / 128) وليس له عنده سكت عليه ولم يحسنه
Ketiga :
Penyandaran atsar ini pada Ibnu 'Umar
adalah tidak sahih
walaupun sekiranya datangnya dari Imam Ahmad telah pasti.
Kerana, 'Abdurrahman B. al-Ala' B. Lajlaj
termasuk di dalam golongan orang-orang yang tidak dikenali,
sebagaimana yang dapat di lihat dari pernyataan
adz-Dzahabi di dalam kitab biografinya, al-Mizaan :
Tidak ada yang meriwayatkan darinya
('Abdurrahman B. Al-Ala'), kecuali Mubasysyir al-Halabi.
Dari jalannya diriwayatkan oleh Ibnu 'Asakir.
Ada pun penilaian tsiqah
yang diberikan oleh Ibnu Hibban kepadanya,
ini merupakan suatu yang tidak boleh dijadikan sebagai pegangan,
ini disebabkan Ibnu Hibban yang diketahui
sikapnya yang suka secara mudah dalam meletakkan penilaian tsiqah.
Oleh kerana itu, al-Hafiz Ibnu Hajar
di dalam Kitab at-Taqrib tidak memihak kepadanya (Ibnu Hibban)
di ketika beliau (Ibnu Hajar) menjelaskan
tentang biografi 'Abdurrahman al-Ala'.
Beliau menyatakan: Maqbul, iaitu sekiranya
disertakan perawi lain dan jika tidak,
maka ia berhadis layyin,
sebagaimana yang telah disampaikan di dalam muqaddimah.
Yang memperkuatkan apa yang kami
sampaikan di atas adalah bahawa at-Tirmidzi
dengan sikapnya yang terkenal meletakkan penilaian hasan,
pada ketika beliau meriwayatkan satu hadis lain
milik 'Abdurrahman al-Ala',
yang beliau hanya memiliki satu hadis (darinya),
beliau bersikap diam dan tidak menilainya sebagai hasan.
: الرابع
أنه لو ثبت سنده كل عن ابن عمر، فهو موقوف لم يرفعه إلى النبي صلى الله عليه وسلم فلا حجة فيه أصلا
Keempat :
Sekiranya sanadnya dinisbahkan dari Ibnu 'Umar,
maka disini dapat kita fahami bahawa
riwayat ini adalah mauquf (terhenti)
dan tidak dimarfu'kan (tidak dapat disandarkan)
kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam
sehingga tidak dapat dijadikan sebagai hujjah.


ومثل هذا الاثر ما ذكره ابن القيم أيضا (ص 14): (وذكر الحلال عن الشعبي قال: كانت الانصار إذا مات لهم الميت اختلفوا إلى قبره يقرؤون القرآن). فنحن في شك من ثبوت ذلك عن الشعبي بهذا اللفظ خاصة، فقد رأيت السيوطي قد أورده في (شرح الصدور) (ص 15) بلفظ: (كانت الانصار يقرؤون عند الميت سورة البقرة). قال: (رواه ابن أبي شيبة والمروزي) أورده في (باب ما يقول الانسان في مرض الموت، وما يقرأ عنده). ثم رأيته في (المصنف) لابن أبى شيبة (4 / 74) وترجم له بقوله: (باب ما يقال عند المريض إذا حضر) ". فتبين أن في سنده مجالدا وهو ابن سعيد قال الحافظ في (التقريب): (ليس بالقوي، وقد تغيير في آخر عمره). فظهر بهذا أن الاثر ليس في القراءة عند القبر بل عند الاحتضار، ثم هو على ذلك ضعيف الاسناد

Atsar yang seumpama di atas
adalah apa yang disebutkan oleh Ibnul Qayyim
di halaman seterusnya :
Al-Khallal menyebutkan dari asy-Sya'bi,
dia bercerita : Orang-orang Anshar,
jika berlaku kematian di antara mereka,
maka mereka pulang pergi ke perkuburan untuk membaca al-Qur'an.
Mengenai atsar ini,
kami masih benar-benar ragu
mengenai kebenarannya dari asy-Sya'bi,
khususnya dengan lafaz seperti ini,
kerana aku pernah menyaksikan juga as-Suyuti
telah menyebutkannya di dalam
Kitab Syarhush Shuduur dengan lafaz :
Kaum Anshar biasa membacakan surah al-Baqarah berdekatan jenazah.
Beliau berkata :
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dan al-Mawardzi.
Atsar ini beliau sebutkan di dalam Bab :
Maa Yaquulu al-Insaan fii Maradhi al-Maut wa Maa Yuqra'u Indahu
(Apa yang diperkatakan oleh Manusia
di ketika menghadapi Maut dan apa yang dibacakan ke atasnya).


Kemudian, aku juga mendapatinya di dalam Kitab al-Mushannaf karya Ibnu Abi Syaibah. Di dalamnya tertulis biografinya melalui ucapannya Bab : Ma Yaquulu 'Inda al-Mariidh Idza Hadhara.


Dengan demikian, dapat dilihat dengan jelas bahawa di dalam sanadnya terdapat (perawi bernama) Mujalid, iaitu Ibnu Sa'id, di mana al-Hafiz (Ibnu Hajar al-'Asqalani) di dalam kitab at-Taqrib berkata :


Dia bukan seorang yang kuat (hafalan/ingatan), yang di akhir hayatnya dia mengalami nyanyuk.


Dengan demikian, jelaslah bahawa atsar ini bukanlah berkenaan bacaan al-Qur'an di perkuburan, tetapi di ketika sakaratul maut. Lebih-lebih lagi, atsar ini bersanad dhaif (lemah). (Rujuk: Syaikh al-Albani, Ahkamul Jana'iz, m/s. 192-193)


Imam al-Subki rahimahullah pula menjelaskan :


.وَاَمَّا مَا يَرْوِيْ عَنِ بْنِ عُمَرَ اَنَّهُ اُوْصِيَ بِقِرَاءَ ةِ الْفَاتِحَةِ وَخَوَاتِمَ الْبَقَرَةِ عَلَى قَبْرِهِ فَهُوَ اَثَرٌ شَاذٌ لَمْ يَصِحْ سَنَدُهُ وَلَمْ يُوَافِقهُ عَلَيْهِ اَحَدٌ مِنَ الصَّحَابَةِ.


Terjemahan : Dan apa yang telah diriwayatkan dari Ibn 'Umar bahawasanya beliau mewasiatkan agar dibacakan al-Fatihah dan ayat-ayat terakhir dari surah al-Baqarah di atas kuburnya, maka itu adalah atsar yang Syadz (ganjil) dan tidak sahih pula sanadnya. Dan tidak pernah dipersetujui (diterima) walaupun oleh seorang sahabat. (Rujuk : Tajuddin al-Subki, Takmilah Syarah al-Muhazzab, 10/429)


Seorang ulama Mesir, Syaikh Muhammad B. Ahmad Abdus Salam melalui tulisannya, beliau menyatakan :


Dilarang membaca ayat-ayat al-Qur'an kepada ahli kubur. Sebuah khabar (atsar) yang diriwayatkan dari Ibnu 'Umar radhiyallahu 'anhu yang menceritakan bahawa beliau (Ibnu 'Umar) pernah berwasiat, sekiranya beliau telah meninggal dunia, supaya dibacakan Surah al-Fatihah dan beberapa ayat terakhir dari Surah al-Baqarah di atas kuburnya. (Bahawasanya) Atsar tersebut darjatnya adalah Syazd (ganjil), sanadnya tidak sahih. Dan tidak seorang pun di antara para sahabat yang mengakuinya.


Begitu juga dengan riwayat-riwayat tentang membaca Surah al-Fatihah, surah al-Ikhlas, al-Falaq, an-Naas, at-Takatsur, al-Kafiruun, dan menghadiahkannya kepada ahli kubur adalah palsu. Ini adalah kerana ianya bertentangan dengan perkataan-perkataan Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam dan perbuatan para sahabatnya. (Rujuk: Muhammad B. Ahmad Abdus Salam, Hukumul Qiraati lil Amwati Hal Yashilu Tsawabuha Ilaihim (Edisi Terjemahan: Hukum Membaca al-Qur'an Untuk Orang Mati Sampaikah Pahalanya Kepada Mereka?) Tahqiq Syaikh Mahmud Mahdi al-Istabuli, m/s. 43, Media Da'wah)


1 – Secara Ringkas Berkenaan

Hukum Membaca al-Qur'an Di Kubur :


Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani menjelaskan :


وأما قراءة القرآن عند زيارتها، فمما لا أصل له في السنة، بل الاحاديث المذكورة في المسألة السابقة تشعر بعدم مشروعيتها، إذ لو كانت مشروعة، لفعلها رسول الله (ص) وعلمها أصحابه، لا سيما وقد سألته عائشة رضي الله عنها - وهي من أحب الناس إليه (ص) - عما تقول إذا زارت القبور؟ فعلمها السلام والدعاء.ولم يعلمها أن تقرأ الفاتحة أو غيرها من القرآن، فلو أن القراءة كانت مشروعة لما كتم ذلك عنها، كيف وتأخير البيان عن وقت الحاجة لا يجوز كما تقرر في علم الاصول، فكيف بالكتمان، ولو أنه (ص) علمهم شيئا من ذلك لنقل إلينا، فإذ لم ينقل بالسند الثابت دل على أنه لم يقع.


Terjemahan: Berkenaan perbuatan membaca al-Qur'an ketika menziarahi perkuburan, sama sekali tidak memiliki asas hukum daripada as-Sunnah, malah hadis-hadis yang disebutkan pada perbahasan terdahulu menunjukkan tidak adanya pensyari'atan perkara tersebut. Oleh sebab itu, jika bacaan al-Qur'an di perkuburan itu sememangnya disyari'atkan, sudah tentu Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam mendatangi kuburan untuk mengamalkannya dan mengajarkan kepada para sahabatnya. Lebih-lebih lagi, beliau pernah ditanya oleh 'Aisyah radhiyallahu 'anha mengenai apa yang perlu diucapkan di ketika menziarahi kubur. Kemudian beliau (Shallallahu 'alaihi wa Sallam) mengajarkan kepadanya ('Aisyah) salam dan doa, dan tidak pula mengajarkan supaya membaca al-Fatihah atau surah-surah lain dari al-Qur'an. Sekiranya bacaan al-Qur'an di kubur itu disyari'atkan, sudah tentu beliau tidak akan pernah menyembunyikan perkara tersebut dari 'Aisyah. Tidak mungkin perkara tersebut berlaku, di mana Rasulullah tidak mungkin menyembunyikan ilmu. Dan perbuatan menangguhkan sesebuah penjelasan dari waktu yang diperlukan adalah suatu yang tidak diperbolehkan berdasarkan kaedah ilmu Ushul Fiqh. Sekiranya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam mengajarkan perkara tersebut (membaca al-Qur'an di kubur), nescaya ianya akan sampai kepada kita riwayatnya. Jika tidak ada sebarang nukilan kepada kita dengan sanad yang benar dan pasti, bererti di sini menunjukkan bahawa perkara tersebut tidak pernah terjadi.

(Rujuk: al-Albani, Ahkamul Jana'iz, m/s. 191)


2 – Dalil-dalilnya :


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَأَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنْ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ


Terjemahan: Dari Abu Hurairah (radhiyallahu 'anhu): Janganlah kamu menjadikan rumah kamu sebagai perkuburan kerana sesungguhnya Syaitan akan lari dari rumah yang di dalamnya dibacakan surah al-Baqarah. (Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, 4/182, no. 1300)


عَنْ ابْنِ عُمَرَعَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صَلُّوا فِي بُيُوتِكُمْ وَلَا تَتَّخِذُوهَا قُبُورًا


Terjemahan : Dari Ibnu 'Umar (radhiyallahu 'anhu): Solatlah kamu dirumah kamu dan janganlah kamu menjadikannya sebagai perkuburan. (Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, 4/179, no. 1297)


عَنْ ابْنِ عُمَرَعَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اجْعَلُوا فِي بُيُوتِكُمْ مِنْ صَلَاتِكُمْ وَلَا تَتَّخِذُوهَا قُبُورًا


Terjemahan: Dari Ibnu 'Umar (radhiyallahu 'anhu): Laksanakanlah solat-solat kamu di rumah-rumah kamu dan janganlah kamu menjadikannya seperti perkuburan. (Hadis Riwayat al-Bukhari, 2/210, no. 414)


Imam al-Bukhari meletakkan di dalam :


بَاب : كَرَاهِيَةِ الصَّلَاةِ فِي الْمَقَابِرِ


[Bab : Dibencinya solat di perkuburan].


عَنْ أَبِي سَعِيدٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: كُلُّ الْأَرْضِ مَسْجِدٌ وَطَهُورٌ إِلَّا الْمَقْبَرَةَ وَالْحَمَّامَ


Terjemahan : Dari Abi Sa'id (al-Khudri): Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda: Bumi ini seluruhnya adalah masjid, melainkan perkuburan dan tempat mandi (bilik air/tandas). (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad. Tahqiq Syaikh Shu'aib al-Arnauth, no. 11784: Hadis ini Sahih)


عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا: عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فِي مَرَضِهِ الَّذِي مَاتَ فِيهِ لَعَنَ اللَّهُ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسْجِدًا قَالَتْ وَلَوْلَا ذَلِكَ لَأَبْرَزُوا قَبْرَهُ غَيْرَ أَنِّي أَخْشَى أَنْ يُتَّخَذَ مَسْجِدًا


Terjemahan: Dari 'Aisyah radhiyallahu 'anha beliau berkata: Berkata Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam ketika beliau dalam keadaan sakit sambil berbaring: Semoga laknat Allah ke atas orang-orang Yahudi dan Nashrani yang menjadikan perkuburan para Nabi mereka sebagai tempat beribadah. (Hadis Riwayat al-Bukhari, 5/99, no. 1244. Juga: 5/190, no. 1310)


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَأَنْ يَجْلِسَ أَحَدُكُمْ عَلَى جَمْرَةٍ فَتُحْرِقَ ثِيَابَهُ فَتَخْلُصَ إِلَى جِلْدِهِ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَجْلِسَ عَلَى قَبْرٍ

Terjemahan: Dari Abi Hurairah radhiyallahu 'anhu, beliau berkata: Bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda: Sesungguhnya jika salah seorang di antara kamu duduk di atas bara api sehingga terbakar pakaiannya lalu membusi kulitnya, sebenarnya itu adalah lebih baik baginya daripada dia duduk di atas kubur. (Hadis Riwayat Muslim, 5/93, no. 1612)


بَاب النَّهْيِ عَنْ الْجُلُوسِ عَلَى الْقَبْرِ وَالصَّلَاةِ عَلَيْهِ


Bab : Larangan duduk-duduk di atas kubur dan bersolat di atasnya.


Demikian sebahagian dari dalil-dalil yang menunjukkan bahawa perkuburan bukanlah sebagai tempat untuk beribadah, tempat bersantai, dan bukan juga sebagai tempat yang tepat untuk membaca al-Qur'an. Tetapi sebaliknya, apa yang ditunjukkan dari dalil-dalil tersebut adalah supaya kita melaksanakan aktiviti ibadah seperti solat dan membaca al-Qur'an di masjid-masjid dan di rumah.


3 – Pegangan Para Ulama

Yang Menepati Sunnah Dalam Hal Ini :


ولذلك كان مذهب جمهور السلف كأبي حنيفة ومالك وغيرهم كراهة للقراءة عند القبور، وهو قول الامام أحمد فقال أبو داود في مسائله
(سمعت أحمد سئل عن القراءة عند القبر؟ فقال: لا)


Terjemahan: Dan dari itu, yang menjadi mazhab jumhur ulama Salaf (terdahulu), seperti Abu Hanifah, Malik, dan selainnya menunjukkan makruhnya (dibenci) membaca al-Qur'an di perkuburan.


Begitu juga yang menjadi pegangan Imam Ahmad di dalam Kitab al-Masaa'il (m/s. 158) oleh Abu Daud: Aku pernah mendengar Ahmad ditanya berkenaan bacaan al-Qur'an di perkuburan, maka beliau menjawab: Tidak boleh. (Rujuk: al-Albani, Ahkamul Jana'iz, m/s. 191)


Ibnu Hajar Al-Haitami rahimahullah berkata :


الْمَيِّتُ لَا يُقْرَأُ عليه مَبْنِيٌّ على ما أَطْلَقَهُ الْمُتَقَدِّمُونَ

Terjemahan :

“Mayat tidak boleh dibacakan al-Qur’an ke atasnya sebagaimana keterangan yang ditetapkan oleh orang-orang terdahulu (mutaqoddimun).

(Rujuk: Ibnu Hajar al-Haitami, al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah, 2/26.)

Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata:
ولا يحفظ عن الشافعي نفسه في هذه المسألة كلام، وذلك لان ذلك كان عنده بدعة، وقال مالك: ما عملت أحدا يفعل ذلك، فعلم أن الصحابة، والتابعين ما كانوا يفعلونه
Terjemahan :

Dan tidak ada daripada asy-Syafi’i sendiri perkataan beliau berkenaan masalah ini, yang demikian ini menunjukkan bahawa (membaca al-Qur'an di perkuburan) menurut beliau adalah bid'ah. Imam Malik berkata: Tidak aku dapati seorang pun daripada para sahabat dan tabi’in yang melakukan perkara tersebut.

(Rujuk: Ibnu Taimiyah, Iqtidhaa ash-Shiratil Mustaqim Mukhaalafata ashabil Jahiim, m/s. 182)

والقراءة على الميت بعد موته بدعة
Terjemahan: Dan perbuatan membaca al-Qur'an disebabkan setelah kematian seseorang itu adalah bid'ah.

(Ibnu Taimiyah, al-Ikihtiyaaraat al-'Ilmiyah, m/s. 53)

Imam Ibnu Rejab al-Hanbali berkata:
قال ابن عَبْد البر : الوثن الصنم . يقول : لا تجعل قبري صنما يصلى إليه ، ويسجد نحوه ، ويعبد ، فقد اشتد غضب الله على من فعل ذلك ، وكان رسول الله ( يحذر أصحابه وسائر أمته من سوء صنيع الأمم قبلهم الذين صلوا في قبور أنبيائهم ، واتخذوها قبلة ومسجدا ، كما صنعت الوثنية بالأوثان التي كانوا يسجدون إليها ويعظمونها ، وذلك الشرك الأكبر ، وكان رسول الله ( يخبرهم بما في ذلك من سخط الله وغضبه ، وانه مما لا يرضاه ؛ خشية عليهم من امتثال طرقهم ، وكان رسول الله ( يحب مخالفة أهل الكتاب وسائر الكفار ، وكان يخاف على أمته اتباعهم ، ألا ترى إلى قوله ( على جهة التعيير والتوبيخ : ( ( لتتبعن سنن الذين كانوا قبلكم حذو النعل بالنعل ، حتى إن أحدهم لو دخل حجر ضب لدخلتموه ) )
Terjemahan: Berkata Ibnu 'Abdil Barr: al-Watsan itu maknanya patung. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Janganlah Engkau jadikan kuburku sebagai patung/berhala yang menjadi kiblat solat, tempat bersujud, juga tempat beribadah”. Dan Allah sangat murka kepada orang yang melakukan perkara tersebut. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri telah memperingatkan para sahabat dan seluruh umatnya tentang perbuatan buruk umat-umat terdahulu, kerana mereka solat menghadap perkuburan para Nabi mereka serta menjadikannya sebagai kiblat dan masjid. Sebagaimana penyembah berhala yang menjadikan berhala sebagai objek sembahan yang diagungkan. Perbuatan tersebut merupakan syirik akhbar (besar). Dan Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam telah memberitahu bahawa perbuatan tersebut mengundang kemurkaan dan kemarahan Allah Ta’ala dan Dia tidak akan pernah meredhainya. Perkara tersebut disampaikan oleh Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam disebabkan beliau bimbiang umatnya akan meniru perbuatan mereka. Dan Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam senantiasa memperingatkan umatnya agar tidak menyerupai Ahli Kitab dan orang-orang kafir. Dan beliau juga bimbang jika umatnya akan mengikuti jejak mereka. Tidakkah engkau mengetahui sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengungkapkan celaan dan kemarahan: “Sungguh kamu akan mengikuti jejak-jejak orang sebelum kamu selangkah demi selangkah; sehingga salah seorang daripada mereka masuk ke lubang biawak, nescaya kamu akan mengikutinya.”

(Rujuk: Ibnu Rejab al-Hanbali, Fathul Bari, 2/441)

Terdapat perkataan Seorang tokoh Nusantara:Allah Subhanahu wa Ta'ala menyatakan dengan tegas bahawa al-Qur’an ini menjadi peringatan untuk orang-orang yang hidup, dan ayat ini terdapat di dalam surah Yasin. Tetapi masih terdapat saudara-saudara kita membacakan surah Yasin ini di hadapan orang-orang yang mati. Subhanallah! Kejahilan apakah ini namanya? (Rujuk: Abdul Hakim B. Amir Abdat, al-Masaa-il: Masalah-Masalah Agama, jilid 1, m/s. 302)

4 – Memahami tujuan sebenar ziarah Ke Kubur:

Pertama:
انتفاع الزائر بذكر الموت والموتى، وأن مآلهم إما إلى جنة وإما إلى نار وهو الغرض الاول من الزيارة
Terjemahan: Orang yang berziarah dapat mengambil manfaat dengan mengingati kematian orang-orang yang telah meninggal dunia dan bahawasanya tempat kembali mereka hanya Syurga atau Neraka. Demikianlah tujuan pertama menziarahi kubur.

(Rujuk: al-Albani, Ahkamul Jana'iz, m/s. 188, Maktabah Syamilah)


Di antara lain, daripada hadis-hadis di atas (Sila merujuk ke artikel: Sunnah Di Dalam Persoalan Ziarah Kubur) dapat kita fahami bahawa menziarahi adalah bertujuan:
1 - Mengingati akhirat,
2 - di dalamnya terdapat 'ibrah (pelajaran), dan
3 – dapat melembutkan hati.

Kedua:
نفع الميت والاحسان إليه بالسلام عليه، والدعاء والاستغفار له، وهذا خاص بالمسلم

Terjemahan: Memberikan manfaat kepada si jenazah (si mati) sekaligus sebagai bentuk perbuatan baik kepadanya dengan memberi salam, mendoakannya, dan memohon keampunan baginya. Yang demikian itu khusus bagi Muslim sahaja.

(Rujuk: al-Albani, Ahkamul Jana'iz, m/s. 189, Maktabah Syamilah)

Demikianlah tujuan ziarah ke perkuburan. Bukannya untuk beribadah seperti solat, mengambil berkah, atau membacakan al-Qur'an.

Wallahu a'lam...

ANUWAR IBRAHIM : 2009 VS 2010 :

Selamat tinggal 2009 dan selamat datang tahun baru 2010. Kisah ragam politik tahun 2009 begitu mendebarkan, dari runtuhnya kerajaan pakatan rakyat di Perak hinggalah kepada BN hampir tewas angkara tipu muslihat Anwar dalam pengundian Bajet di Dewan Rakyat.

Kisah Anwar di sepanjang tahun 2009 juga tidak lekang dari pelbagai isu kontroversi, bermula dari tindakkannya seakan menyokong DAP menghina Sultan Perak berkaitan krisis di Perak hinggalah kepada tindakkannya hadir dan melakukan upacara sembah kepada Teoh Beng Hock yang mati terjatuh dari bangunan Plaza Masalam selepas disiasat SPRM.

Kisah Anwar dan Saiful juga banyak kali menarik perhatian umum, dari tindakan Anwar cuba menangguhkan perbicaraan kes liwat hinggalah kepada usahanya untuk mendapat bahan bukti dari pihak berkuasa.

Sesungguhnya tahun 2009 juga menampakkan Anwar semakin terdesak untuk menjaga reputasi dirinya, dengan sokongan orang Melayu dan India semakin merosot kepada dirinya dan pergolakkan dalaman parti PKR yang diterajuinya. Anwar sedaya upaya untuk mengatakan bahawa dirinya masih seperti dahulu seorang pemimpin islam dan masih berada didalam lingkungan jemaah islam.

Walaubagaimanapun jika dilihat kepada realiti beliau sebenarnya semakin banyak mendedahkan dirinya dengan menghadiri dan melibatkan diri dengan badan-badan tajaan Yahudi dan Amerika.

Antaranya ialah menghadiri Persidangan di Qatar di mana beliau berkongsi pentas bersama dengan Madeline Albright bercakap mengenai Demokrasi di dunia islam. Di Amerika pula beliau menghadiri sidang mengenai Islam dan Barat di Universiti Georgetown, program yang ditunjangi oleh Syed Hoseein Nasr tokoh pluralisme dunia Islam. Anwar telah berkongsi pendapat dengan Tony Blair bagaimana untuk mempraktikan kesamaaan agama di seluruh dunia.

Puluhan program dan forum tajaan Jabatan Luar Amerika yang disertainya menyerlahkan Anwar membawa misi khas, seolah diplomat Amerika untuk melobi demokrasi dilaksanakan di dunia Islam. Amerika kini menggunakan "Racun Demokrasi dan Kebebasan" untuk menyeludup masuk kesetiap negara yang dianggap mempunyai potensi kepada negaranya. Dari Cuba dan Vanezuala disebelah benua Amerika hinggalah ke China dan Iran di sebelahG timur.

Gula-gula demokrasi dan kebebasan dijaja pelobi-pelobi tajaan Amerika, seperti yang dilakukan oleh Anwar di dunia Islam hari ini. Di dalam kelompok bukan Melayu di Malaysia, Anwar seakan ingin menonjolkan dirinya seumpama Gus Dur di Indonesia, dengan menghadiri dan menawarkan pelbagai janji sekiranya dia dipilih sebagai pemimpin no 1 di Malaysia.

Jika dilihat susuk pelakuannya dihadapan bukan Melayu, beliau begitu ingin memperolehi gelaran Bapak Pluralisme Malaysia sama seperti gelaran Bapak Plaralisme Indonesia yang diperolehi kawan baiknya Gus Dur yang baru sahaja dijemput pencipta ke alam kekal beberapa hari lalu. Namun apabila salah satu video tersebar di dalam alam siber dia pernah mengucapkan perkataan pendatang kepada kaum bukan Melayu di Malaysia, Anwar terkedu seketika kerana rahsia yang disimpan selama ini semakin terbongkar.

Tahun 2010 baru sahaja tiba, kata Saiful Bahari mangsa liwat Anwar yang terbaru, tahun baru masihi ini merupakan tahun kebenaran. Mungkin kebenaran yang dimaksudkan Saiful itu untuk mendedahkan siapa Anwar sebenarnya. Kebenaran untuk mencungkil rahsia peribadi Anwar yang tersembunyi selama ini dan kebenaran disebalik hinaan Anwar kepada musuh politiknya.

Semoga saudara Saiful Bakhari dipermudahkan urusannya oleh Allah s.w.t., dan tabah meniti hidup sebagai mangsa cemuhan Anwar dan kuncu-kuncunya. Sesunguhnya tidak selama-lamanya kejahatan dapat memenangi pertarungan. Tiba saatnya, kejahatan itu tersembam sendiri tanpa diserang oleh pihak lain.

KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI - MENGHINA UMAT ISLAM MALAYSIA :

HADIAH ISTIMEWA
UNTUK
UMAT ISLAM
SELURUH MALAYSIA
DARI
MAHKAMAH TINGGI MALAYSIA
KERANA
MEMBENARKAN GEREJA KATOLIK
MENGGUNAKAN KALIMAH
"ALLAH"
DALAM PENERBITAN MINGGUANNYA

KUALA LUMPUR 31 Dis. – Gereja Katolik dibenarkan menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald - The Catholic Weekly setelah Mahkamah Tinggi berpendapat bahawa setiap individu mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan Allah.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Lau Bee Lan ketika membenarkan permohonan tersebut berkata, Gereja Katolik selaku pemohon mempunyai hak untuk berbuat demikian di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau, Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa menjadi satu kesalahan bagi seseorang bukan Islam untuk menggunakan perkataan Allah kepada umat Islam untuk menyebarkan agamanya.

Bagaimanapun, katanya, ia bukanlah satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan perkataan itu sesama mereka bagi tujuan agama mereka.

Hakim tersebut juga bersependapat dengan pemohon bahawa Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Islam selaku agama rasmi tidak memberi kuasa atau membenarkan Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia menghalang gereja tersebut daripada menggunakan perkataan Allah.

Penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan itu juga, menurut beliau, merupakan sebahagian daripada hak untuk bersuara sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan.

Dalam penghakiman lisannya, hakim itu menyatakan, perintah larangan yang dikeluarkan menyatakan penggunaan perkataan tersebut boleh menimbulkan kekeliruan dan salah faham di kalangan umat Islam serta menggugat ketenteraman negara.

‘‘Pihak responden dalam hujahnya bagaimanapun tidak memberikan sebarang bukti bagaimana penggunaan perkataan Allah boleh mengganggu ketenteraman awam,’’ katanya.

Sehubungan itu, beliau menyatakan, keputusan Menteri Dalam Negeri melarang penerbitan mingguan itu menggunakan perkataan ‘Allah’ adalah salah di sisi undang-undang, batal dan tidak sah.

Hakim Bee Lan memutuskan demikian dalam semakan kehakiman oleh Gereja Katolik yang difailkan melalui Ketua Paderi, Tan Sri Murphy Pakiam dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.

Gereja Katolik antara lain menuntut perisytiharan bahawa keputusan responden pada 7 Januari 2009 yang melarang penggunaan perkataan Allah dalam Herald-The Catholic Weekly adalah menyalahi undang-undang dan perkataan Allah bukan eksklusif untuk kegunaan agama Islam sahaja.

Sejurus keputusan itu diumumkan, Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaludin Md. Said meminta penjelasan sama ada ketetapan tersebut mempengaruhi permit penerbitan berkenaan bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2010.

Ini kerana, katanya, permohonan itu dibuat berdasarkan larangan terhadap permit bertarikh 1 Januari hingga 31 Disember 2009.

Peguam Porres Royan yang mewakili gereja itu sebaliknya menyatakan keputusan telah pun dikeluarkan hari ini dan terpulang kepada pihak-pihak yang terlibat untuk mentafsirkannya.

MENGAPAKAH PARTI-PARTI MELAYU ISLAM
TIDAK BERARAK
UNTUK MENUNJUKKAN
SEBARANG BANTAHAN ?????
DIMANAKAH PAS ???
YANG SELAMA INI MENGAKU SEBAGAI PARTI YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM !!!
MENGAPA MEMBISU !!!
KEMANA PERGINYA TARING PEMUDA UMNO ???
YANG SEPATUTNYA SUDAH MEMBUAT BANTAHAN DENGAN MENGEMUKAKAN MEMORANDOM KEPADA YANG DIPERTUAN AGUNG
/MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU ???
KENAPA RAJA DEMOSTRASI
DS ANWAR IBRAHIM & PKR
TIDAK BERSUARA ???!!!
KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI TELAH :
MENGHINA ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI MALAYSIA.
MENGHINA YANG DIPERTUAN AGUNG
&
RAJA-RAJA MELAYU
SEBAGAI KETUA AGAMA ISLAM
DI MALAYSIA.
MENGHINA
SELURUH UMAT ISLAM
DI MALAYSIA
YANG
LEBIH RAMAI
BERBANDING UMAT AGAMA LAIN.


KESIMPULANNYA, KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI MALAYSIA TELAH MENGHINA SELURUH UMAT ISLAM
&
MUNGKIN SELEPAS INI, GERAKAN DAKWAH AGAMA LAIN AKAN DILULUSKAN OLEH MAHKAMAH.
JANGAN MEMPERMAINKAN KALIMAH "ALLAH"...
"TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH"

JIKA SESIAPA (AGAMA LAIN) YANG MAHU MENGGUNAKANNYA (KALIMAH "ALLAH")
MARILAH MENGANUT AGAMA ISLAM YANG BENAR-BENAR DAPAT MENYELAMATKAN UMAT MANUSIA DARIPADA API NERAKA.


UMNO / KERAJAAN MALAYSIA / MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU
MESTILAH BERTINDAK SEBERAPA SEGERA MENANGANI MASALAH INI,
SEBELUM PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DIINGINI BERLAKU
KERANA ISU INI MENYENTUH SENSITIVITI UMAT ISLAM.
MENGAPA SEKIAN LAMA MALAYSIA MERDEKA,
PIHAK GEREJA TIDAK MENYENTUH PERKARA INI.
INI MEMBUKTIKAN MEREKA TELAH BERANI KERANA UMAT ISLAM KINI SUDAH BERPECAH-BELAH DAN TIDAK BERSATU-PADU LAGI.