Islam Agama Keamanan



Member Bloger :

Sabtu, 10 April 2010

Peringatan Rasulullah s.a.w. : Siapakah Yang Bankrap Di Akhirat ???

Suatu hari dalam sebuah majlis, Rasulullah s.a.w. bertanya kepada para sahabat : "tahukah kalian, siapakah orang yang dinamakan bankrap ?" Para sahabat yang hidup di tengah masyarakat pedagang itu menjawab, "orang yang bankrap itu menurut fahaman kami adalah orang yang kehilangan harta dan seluruh hak miliknya". "Bukan" jawab nabi s.a.w. : "orang yang bankrap itu adalah orang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala daripada puasanya, pahala zakatnya, dan hajinya. Namun ketika pahala-pahala tersebut ditimbang, datanglah orang-orang yang mengadu ; "Ya Allah, dahulu orang ini pernah mendakwa aku berbuat sesuatu padahal aku tidak pernah melakukannya".
Kemudian Allah menyuruh orang yang pernah mendakwa secara palsu itu untuk membayar orang yang di dakwa itu dengan sebahagian pahalanya.
Kemudian datang orang lain lagi yang mengadu, "Ya Allah, hakku pernah diambil orang ini dengan cara yang batil". Maka, Allah menyuruh orang itu untuk membayar dengan pahala amal solehnya kepada orang yang mengadu itu; sehingga akhirnya seluruh pahala solat, puasa, zakat dan hajinya itu habis digunakan untuk membayar orang-orang yang pernah dirampas haknya, dizaliminya, dan dituduh dengan alasan/bukti palsu.
Ketika semua pahala ibadahnya telah habis, masih datang orang untuk mengadu tanggungjawabnya di hadapan Allah. Maka Allah memutuskan agar kejahatan orang yang mengadu itu dipindahkan kepada orang ini.
Mengakhiri penjelasan ini, Rasulullah s.a.w. bersabda : "Itulah orang yang bankrap pada hari kiamat nanti, iaitu orang yang rajin beribadah tetapi tidak memiliki akhlak yang baik, merampas hak orang lain, dan menyakiti hati mereka".

Sabtu, 3 April 2010

Apco Worldwide - Satu Lagi Pembohongan Anwar :

KUALA LUMPUR 1 April - Cubaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengaitkan kerajaan dengan Israel melalui surat perjanjian syarikat perunding antarabangsa, Apco Worldwide (Apco) mendedahkan satu lagi penipuan besar Ketua Pembangkang itu.

Ini kerana, adalah sesuatu yang pelik apabila surat Apco (GDI International) yang didakwa Anwar dihantar oleh syarikat itu kepada Kerajaan Israel bertarikh 23 Disember 1991 menggunakan kepala surat Kerajaan Israel.
Lazimnya, kepala surat sesebuah kerajaan hanya boleh digunakan jika surat itu dihantar oleh kerajaan tersebut kepada pihak lain dan bukannya daripada sebuah syarikat swasta kepada sesebuah kerajaan.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim ketika diminta mengulas mengenai 'senario pelik' itu berkata, beliau tidak hairan dengan apa yang berlaku kerana mendakwa Anwar memang seorang kaki putar belit.
"Saya secara peribadi tidak lagi percaya apa yang Anwar cakap. Nama-nama Yahudi yang dia sebut itu semuanya individu yang dia kenal.

"Jadi apa nak pelik dengan penggunaan kepala surat sebuah kerajaan asing kerana Anwar memang seorang yang terkenal dengan kehebatan putar belit," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.

Penggunaan kepala surat kerajaan Israel itu dikesan selepas Anwar memuat turun surat yang didakwa sebagai perjanjian antara kerajaan Israel dengan GDI International dalam blognya http://anwaribrahimblog.com semalam.

Selain surat perjanjian tersebut, Anwar turut memuat turun dua lagi surat perjanjian setuju terima dan surat perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan Apco.

Mengulas lanjut, Zahrain berkata, isu tentang Israel yang cuba dikaitkan oleh Anwar tidak timbul sebenarnya kerana Apco adalah syarikat antarabangsa yang diakui antara terbaik dalam industri perundingan.

"Apa yang Anwar kata ini tidak boleh pakai, dia sengaja nak pusing isu bagi menunjukkan kepada rakyat kononnya kerajaan kita adalah barua Israel," jelasnya.
"Saya pelik juga tetapi penipuan boleh berlaku dalam apa keadaan pun sekarang," ujarnya. - Utusan

Khamis, 1 April 2010

PAS Tiada Calon Mursyidul Am PAS - Nik Aziz Kekal :

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini dilantik semula sebagai Mursyidul Am PAS untuk sesi 2010-15.
Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat kedua majlis syura ulamanya di pejabat agung PAS, di ibu negara pagi ini.
Pelantikan itu sekali gus menutup ruang spekulasi berhubung kedudukan tokoh popular PAS itu yang melanda sejak minggu lalu apabila kedudukannya bergantung kepada sokongan 16 lagi anggota majlis tersebut.
Spekulasi tercetus minggu lalu apabila majlis syura ulamanya tidak membuat sebarang pelantikan terhadap pengerusi dan timbalannya, sebaliknya hanya melantik lima anggota tambahan.
Majlis tersebut mempunyai 17 anggota - masing-masing empat wakil daripada jawatankuasa pusat dan dewan ulama, dua orang daripada dewan Pemuda dan Muslimat serta empat lagi anggota tambahan.
Sementara itu, dalam mesyuarat hari ini juga, Datuk Dr Haron Din turut dilantik semula sebagai timbalan mursyidul am bagi membantu tugas-tugas Nik Aziz sebagai pengerusi majlis tertinggi dalam parti.
Hormati keputusan, Nik Aziz terima.
Turut dilantik sebagai anggota tambahan: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak, Pesuruhjaya PAS Perlis Hashim Jasin dan bekas timbalan presiden Hassan Syukri.
Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang ketika ditemui pemberita di parlimen mengesahkan pelantikan Nik Aziz dan Dr Haron selama lima tahun.
Tambahnya, Nik Abdul Aziz sebelum ini yang menyatakan kegembiraan sekiranya tidak dilantik semula, bertindak demikian dengan "moral yang tinggi."

Ditanya mengenai pertimbangan anggota majlis berkenaan terhadap tahap kesihatan Nik Abdul Aziz, Abdul Hadi berkata menteri besar Kelantan itu dilihat masih mampu menjalankan tugas-tugasnya.
Sementara itu, walaupun membayangkan enggan dilantik semula sebagai pemimpin nombor satu dalam PAS, Nik Aziz hari ini dijangka mengumumkan kesediaannya memikul semula tanggungjawab dengan segera.
Menurut setiausaha politiknya Wan Nik Wan Yussof, satu kenyataan akhbar berhubung perkara itu akan dikeluarkan lewat petang ini. “Beliau terima. Tetapi (bertugas) macam dulu juga, kalau sakit tidak dapatlah hadir ke mesyuarat,” katanya kepada Malaysiakini tengah hari ini. “Penerimaan tersebut dibuat bagi menghormati keputusan majlis syura ulama. Berdasarkan pengalamannya juga, beliau wajar dilantik semula.”

KENALI APRIL FOOLS (1 APRIL) :

UMAT ISLAM
HARAM MENYAMBUT
"APRIL FOOLS DAY".
Pada setiap tanggal 1 April, ada sahaja orang (terutama anak-anak muda) yang merayakan hari tersebut dengan membuat pelbagai kejutan atau sesuatu aneh yang di luar jangkaan. April Fools Day, demikian orang Barat menyebut hari tanggal 1 April. Namun, tahukah anda jika perayaan tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah pembantaian tentera Salib terhadap kaum Muslim Sepanyol yang memang didahului dengan upaya penipuan? Inilah sejarahnya yang disalin kembali sebahagiannya dari buku
‘Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Halloween: So What?’
(Rizki Ridyasmara, Pustaka Alkautsar, 2005)
Sejarah April Fool :
Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April™s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.
Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.
Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.
Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.
Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.
Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.
Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan demikian pujuk tentera Salib.
Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.
Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.
Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.
Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai "The Aprils Fool Day".
Bagi umat Islam, April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.
April Fool Merupakan Perayaan Pembantaian Umat Islam, Tidak Layak DirayakanUmat Islam sangat tidak boleh merayakan "The April Fool Day" kerana kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati peristiwa pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi.Ir.H.Asmara Dharma, seorang cendekiawan muslim dari Indonesia menuturkan di dalam tulisannya; Ramai di antara umat Islam yang merayakan April Fool tanpa mengetahui dasar dan asal muasal peristiwa tersebut.
Ia menjelaskan, perayaan April Fool itu didasarkan atas peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentera Salib terhadap negara Sepanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada Mac 1487 Masihi.Kota-kota Islam di Sepanyol seperti Zaragoza dan Leon di wilayah Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisbon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai kota pelabuhan berjaya dikuasai tentera Salib.
Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Sepanyol dengan kapal yang disiapkan di pelabuhan Granada. Tentera Salib itu menjanjikan keselamatan dan membolehkan umat Islam menaiki kapal jika mereka meninggalkan Sepanyol dan tidak membawa sebarang persenjataan mereka.
Namun, ketika ribuan umat Islam sudah berkumpul di pelabuhan, kapal yang tadinya berlabuh di pelabuhan segera dibakar dan kaum muslim dibantai dengan kejam sehingga air laut menjadi merah kerana darah. Peristiwa pembantaian dan pengingkaran janji tersebut terjadi pada 1 April 1487 Masehi dan dikenang sebagai “The April Fool Day.”
Selanjutnya, Dharma menjelaskan, peristiwa The April Fool Day itu dipopularkan dengan œrita-cerita yang mempersendakan, menipu dan memperbodohkan orang lain tetapi bernuansa gembira.“Ritual tersebut disyaratkan agar orang-orang yang dipersendakan tidak boleh berasa marah atau membalas” katanya.

Ahad, 28 Mac 2010

KAJIAN TERKINI DARI AUSTRALIA - ROKOK :

Rokok mungkin mengandungi darah BABI, kata seorang ahli akademik Australia dengan satu amaran bahawa pihak kumpulan agama akan melihat pendedahan ini sebagai satu perkara yang menjijikan.
Prof Simon Chapman, seorang professor bidang kesihatan awam di University of Sydney melaporkan bahawa sekumpulan pengkaji Belanda mengenalpasti bahawa sebanyak 185 produk industri mengguna Babi - termasuk penggunaan hemoglobin BABI di dalam penapis pada sebatang rokok.
Prof Chapman berkata, para pengkaji itu ditawarkan untuk mengkaji dunia rahsia pengeluar rokok yang mana ia akan meningkatkan perhatian oleh para penganut Islam dan Yahudi yang mengamalkan ajaran agama.
Kedua-dua agama Islam dan Yahudi melarang dan mengharamkan penggunaan BABI.
"Saya merasakan bahawa kumpulan Muslim dan yahudi akan merasa jijik dengan penemuan bahawa produk babgi mungkin terkandung di dalam produk rokok" kata Prof Chapman.
"Komuniti Yahudi dan Islam mengambil perkara ini sebagai satu perkara yang amat serius seperti mana kumpulan vegetarians.
"Namun yang menjadi satu masalah besar ialah kerana industri tembakau tidak diwajibkan untuk mengumumkan dan mendedahkan kandungan yang mereka gunakan di dalam produk rokok. Mereka berkata bahawa business dan perniagaan mereka adalah rahsia".
Setakat ini, para pengkaji Belanda telah menemui hemoglobin BABI (sejenis protien darah) telah di gunakan di dalam pembuatan rokok bertujuan untuk membuatkan penapis rokok lebih berkesan untuk memerangkap bahan kimia berbahaya sebelum bahan kimia itu memasuki paru-paru perokok.
Sekurang-kurangnya satu produk rokok yang terjual di Greece telah disahkan mengandungi haemoglobin BABI, kata Prof Chapman.
Kata Prof Chapman lagi, "Jika ada seorang perokok dan seorang yang beragama Islam atau Yahudi, maka anda sukar untuk mendapat kepastian sama ada rokok bebas daripada mengandungi sumber BABI kerana tiada cara untuk mendapat kepastian itu.
AAP telah menghubungi pejabat British American Tobacco Australia di Sydney. Namun kata jurucakap syarikat berkenaan, syarikat berkenaan akan memberi komen mengenai pendedahan ahli akademik Australia walaupun ia tidak perlu diberi perhatian segera.
-------------------------------------------------------------
CIGARETTES may contain traces of pigs' blood, an Australian academic says with a warning that religious groups could find its undisclosed presence "very offensive".
University of Sydney Professor in Public Health Simon Chapman points to recent Dutch research which identified 185 different industrial uses of a pig - including the use of its haemoglobin in cigarette filters.
Prof Chapman said the research offered an insight into the otherwise secretive world of cigarette manufacture, and it was likely to raise concerns for devout Muslims and Jews.
Religious texts at the core of both of these faiths specifically ban the consumption of pork.
"I think that there would be some particularly devout groups who would find the idea that there were pig products in cigarettes to be very offensive," Prof Chapman said today.
The Jewish community certainly takes these matters extremely seriously and the Islamic community certainly do as well, as would many vegetarians.
"It just puts into hard relief the problem that the tobacco industry is not required to declare the ingredients of cigarettes ... they say 'that's our business' and a trade secret."
The Dutch research found pig haemoglobin - a blood protein - was being used to make cigarette filters more effective at trapping harmful chemicals before they could enter a smoker's lungs.
Prof Chapman said while tobacco companies had moved voluntarily list the contents of their products on their websites, they also noted undisclosed "processing aids ... that are not significantly present in, and do not functionally affect, the finished product".
This catch-all term hid from public view an array of chemicals and other substances used in the making of tobacco products, he said.
At least one cigarette brand sold in Greece was confirmed as using pig haemoglobin in its processes, Prof Chapman said, and the status of smokes sold was unknown.
"If you're a smoker and you're of Islamic or Jewish faith then you'd probably would want to know and there is no way of finding out," Prof Chapman said.
The Sydney office of British American Tobacco Australia was contacted by AAP.
A spokeswoman said a comment would be provided although it was not immediately available.




Ahad, 21 Mac 2010

ISU MAKANAN HALAL : KAKI KATAK DALAM MEE GORENG :

KAKI KATAK DALAM MEE GORENG.

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN

KUALA LUMPUR 19 Mac – Sanggupkah anda menikmati hidangan mi goreng berlaukkan kaki katak seperti insiden yang menimpa seorang pelajar lelaki ketika dia sedang menjamu selera bersama ahli keluarganya di sebuah kopitiam di Bukit Tinggi, Klang baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam pada 11 Mac lalu, Aliff Shanaz, 23, terkejut apabila mendapati terdapat kaki katak dalam menu mi goreng yang dinikmatinya selepas tiga kali dia menyuap hidangan itu. Sejurus selepas kejadian itu, dia terus mengadu kepada juruwang di kopitiam berkenaan yang kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada pengurus kedai makan tersebut.

Katanya, beberapa pekerja kopitiam berkenaan telah mengambil gambar kaki katak dalam hidangan mi goreng itu selepas dia bertegas tidak akan memulangkan hidangan tersebut. “Pengurus itu cuba pujuk saya dengan berjanji untuk menggantikan menu lain dan tidak mengenakan bayaran ke atas hidangan tersebut. “Saya rasa tidak berpuas hati kerana pengurus tersebut gagal memberi penjelasan bagaimana kaki katak berkenaan boleh dimasukkan dalam menu makanan yang saya pesan. “Malah, saya turut meminta pengurus itu menandatangani laporan yang telah saya buat untuk tindakan selanjutnya, bagaimanapun dia menolak dengan alasan arahan daripada pihak atasan,” katanya di sini hari ini.


Aliff kemudian turut mengambil gambar hidangan itu sebelum dibungkus dan dibawa pulang sebagai bahan bukti. Berikutan insiden itu, dia membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Jabatan Agama Islam Selangor serta satu laporan polis di Balai Polis Klang pada 14 Mac lalu.

Pelajar tersebut turut membuat satu aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada petang semalam.Katanya, tindakan itu dibuat kerana dia tidak mahu insiden yang sama menimpa umat Islam lain supaya berhati-hati sekiranya berkunjung ke kopitiam.


Dalam pada itu, Setiausaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johan memberitahu, pihaknya menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan sijil halal yang digantung di kedai-kedai kopitiam.“Pihak kami berharap kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha-pengusaha kopitiam yang masih berdegil memohon sijil halal bagi makanan dan minuman untuk dijual di premis mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


PRINSIP KEJAYAAN "5 P" :

5 PRINSIP KEJAYAAN YANG HARUS KITA MILIKI :


Ramai orang ingin berjaya termasuk saya dan termasuk anda juga. Kejayaan adalah milik semua kerana kita dilahirkan dalam satu dunia yang sama iaitu PLANET BUMI. Kita bukan dilahirkan di planet yang berlainan dan juga bukan dilahirkan di dunia yang berbeza. Yang berbeza hanyalah daerah kelahiran dalam kawasan bumi yang berbeza dengan latar belakang kehidupan yang berbeza. Itu sahaja! Yang lain semuanya sama.

KITA ADALAH MAKHLUK MANUSIA
CIPTAAN ALLAH YANG MAHA ESA
yang membekalkan kita dengan AKAL dan FIKIRAN untuk menjalani kehidupan di atas muka bumi ciptaanNYA untuk kita jelajahi serta terokai apa sahaja khazanah bumi mengikut pertimbangan akal fikiran yang diberikan kepada kita.

5 PRINSIP KEJAYAAN YANG KITA HARUS MILIKI.
Terdapat banyak prinsip kejayaan yang boleh kita jadikan panduan dan pegangan. Tetapi untuk kali ini, saya senaraikan 5 prinsip kejayaan yang harus kita semua milikinya. Insyaallah KEJAYAAN akan menjadi MILIK KITA jika kita mempunyai 5 prinsip ini. 5 prinsip itu adalah :






Semoga kita diberi minda yang POSITIF dalam melakukan apa jua kerja atau perniagaan dan insyaAllah KEJAYAAN akan menjadi milik kita dalam tempoh yang terdekat ini. Ingatlah... JANGAN SESEKALI KITA BERPUTUS ASA. Bersabarlah atas dugaan, ujian, halangan, rintangan yang kita tempuhi dengan KETABAHAN dan KECEKALAN di hati. Lakukan yang TERBAIK serta BERDOA dan BERTAWAKKAL kepada Allah s.w.t.

Sabtu, 20 Mac 2010

Boikot Hanya Tinggal Laungan Boikot :

Sejauhmanakah kejayaan umat Islam dalam usaha memboikot keluaran Yahudi dan Sekutu kuatnya Amerika & Britain?
Yang nyata, kita masih membelinya. Khususnya para perokok. Tak percaya, tanya diri sendiri?
Nabil pun akan menjawab : "Lu fikirlah sendiri....".
Palestain tetap ditindas oleh Yahudi sehingga bila?
Umat Islam di Malaysia pun masih berpecah belah.
Malah di seluruh dunia, umat Islam masih berpecah belah walaupun dapat disatukan hanya ketika musim ibadah haji.
Jika umat Islam tidak bersatu di bawah panji-panji Islam dengan selogan kalimah "La ila ha illallah-Muhammadar rasulullah", selagi itulah Palestain terus ditindas.

Perbezaan Amalan Tauhid Dengan Syirik Dalam Kehidupan :



Dari album: "Wall Photos" oleh Ameer Abd Aziz

The Story Remains The Same In Palestain :

Ya Allah, kami berlindung dengan kalimah-kalimahmu ya Allah yang sempurna daripada setiap musuh dan kecelakaan, juga daripada setiap syaitan yang tercela. Kami belindung kepada Allah yang esa lagi mulia, daripada setiap musuh dan orang yang hasad , juga daripada syaitan yang derhaka. Dengan nama Allah yang maha pemurah terhadap hambanya dengan firmanNya “Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia itu dalam keadaan sebaik-baik kejadian”.
Aaminn..

Jumaat, 19 Mac 2010

Apa Yang Tersirat Pada Dolar Amerika :

Fikir-fikirkan...wahau saudara seIslamku...

Konspirasi Dajal Di Seluruh Dunia :




PKR Masih Mengekalkan Simbul Mata Dibenderanya. Adakah ini ada hubung kaitnya dengan konspirasi Dajal ?

Khamis, 18 Mac 2010

Ayat Kursi :


FIRMAN Allah bermaksud: "Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Keupayaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa yang di hadapan dan di belakang mereka dan mereka tidak mengetahui apa pun daripada ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara kedua-duanya dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar" (al-Baqarah: 255).


Ayat ini dikenali sebagai ayat Kursi, ayat yang paling agung dalam al-Quran, malah ia disebut sebagai penghulu bagi seluruh ayat al-Quran. Dari segi sejarahnya, ia diturunkan pada waktu malam. Pada ketika itu juga Nabi memanggil Zaid selaku penulis wahyu untuk menulisnya. Dalam ayat yang pendek ini sebenarnya terkumpul sifat utama bagi Allah iaitu ketuhanan, keesaan, hidup, ilmu, memiliki kerajaan, kekuasaan dan kehendak. Sesudah menegaskan mengenai keesaan-Nya, disusuli pula dengan menyebut dua sifat-Nya yang lain, iaitu hidup dan terus menerus mengurus makhluk-Nya. Dengan demikian, manusia akan merasa aman dalam hidup serta tenang perasaannya kerana meyakini bahawa dia di dalam tangan Tuhan yang hidup, yang terus menerus mengurus serta mengawal jaga keadaan hamba-Nya. Allah, Dia-lah Tuhan yang tunggal bagi segala makhluk.


Oleh itu, tiada yang berhak disembah dalam kehidupan ini melainkan Dia. Segala apa yang ada di langit dan bumi adalah hamba dan milik-Nya. Semuanya tunduk di bawah kehendak dan kuasa-Nya, seperti firman Allah bermaksud: "Tidak seorang pun di langit dan bumi, kecuali akan datang kepada Tuhan Yang Maha Pemurah selaku seorang hamba. Sesungguhnya Allah menentukan jumlah mereka dan menghitung mereka dengan hitungan yang teliti. Dan setiap mereka akan datang kepada Allah pada hari kiamat dengan sendiri-sendiri" (Maryam: 93-95).


Di antara tanda keagungan dan kebesaran Allah bahawa tiada seorang pun yang berani memberi pertolongan kepada seorang lain di sisi-Nya tanpa izin-Nya. Firman Allah bermaksud: "Ketika datang hari itu, tidak seorang pun berbicara, melainkan dengan izin-Nya; maka di antara mereka ada yang celaka dan ada yang berbahagia" (Hud: 105).


Ilmu Allah amat luas, meliputi segala makhluk ciptaan-Nya, baik yang dahulu, sekarang dan akan datang, bahkan Allah mengetahui segala urusan dunia dan akhirat. Allah juga amat luas kerajaan dan kekuasaan-Nya, langit dan bumi seluruhnya di dalam genggaman-Nya. Itulah ayat yang mengandungi kaedah pembentukan keimanan terhadap Allah. Dari sinilah terbina hala tuju pengabdian seseorang hanya kepada Allah.


Dengan demikian, tidaklah seorang manusia melainkan menjadi hamba, hanya kepada Allah, tidaklah dia menjuruskan pengabdiannya melainkan kepada Allah dan tidaklah dia menyerahkan ketaatannya melainkan kepada Allah. Selain itu, ayat ini mempunyai beberapa kelebihan yang tidak ada pada ayat lain.


Daripada kedudukannya dalam al-Quran, sabda nabi ketika ditanya oleh Abu Zar: "Ayat manakah yang diturunkan kepadamu yang paling agung?" Jawab baginda: "Ia adalah ayat Kursi" (riwayat Imam Ahmad, al-Nasai, al-Hakim dan al-Baihaqi). Daripada sudut keberkatannya di dunia, sabda Rasulullah: "Bacalah ayat Kursi kerana sesungguhnya ia mengawal jaga kamu, zuriat dan rumah tangga kamu sehingga bilik kecil di sekeliling rumahmu."


Dari segi keberkatannya dalam menghalau syaitan, sabda Rasulullah: "Di dalam surah al-Baqarah, ada satu ayat yang menjadi penghulu bagi ayat al-Quran, tidak dibacanya dalam rumah yang ada di dalamnya syaitan melainkan keluar ia daripadanya, itulah ayat Kursi" (riwayat al-Hakim).


Sabda Rasulullah: "Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas setiap solat fardu, Allah akan memberikannya hati orang yang bersyukur, amalan orang yang membenarkan Allah, pahala nabi-nabi, melimpahkan rahmat-Nya dan tidak menghalangnya daripada masuk syurga melainkan kematian yang akan memasukkannya" (riwayat al-Nasai).

Isnin, 15 Mac 2010

Bersyukurlah Pada Allah SWT Atas Segala Nikmat Yang Dikurniakan :



Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (ar-Rahmaan : 25)
Bagaimana cara bersyukur kepada Allah Suhanahu wa Ta'ala?
Caranya ialah dengan mentaati segala perintahNya dan menjauhi segala yang dilarangNya......
Ini memerlukan jihad terhadap nafsu.
Kuatkah kita menentang hawa nafsu yang mengajak kepada mungkar dan maksiat?


Sabtu, 13 Mac 2010

Yakjuj dan Makjuj Dari Bangsa Yahudi :

Gambaran Yang Dilakarkan Oleh Yahudi Mengenai Kejayaan Yakjuj dan Makjuj Keluar Dari Penjaranya :


wALLAHu a'lam.

Rabu, 10 Mac 2010

Syeikhul Azhar Dr. Muhamamad Sayyid Thantawi Meninggal Dunia :

Dunia Islam Kehilangan Seorang Tokoh Ulamak Tersohor Dunia :

Al-Fatihah.

Kebanyakan sahabat al-Marhum terperanjat kerana tidak menyangka bahawa beliau akan meninggal dunia. Walau bagaimanapun mereka tetap yakin bahawa ianya adalah ketentuan ilahi jua. Ini kerana sebelum berangkat al-Marhum berangkat ke Arab Saudi, al-Marhum kelihatan sihat dan tiada tanda-tanda kurang sihat atau sebagainya.

Syeikhul Azhar iaitu Syeikh Sayyid Dr. Muhammad Sayyid Thantawi, meninggal dunia akibat serangan jantung pada hari Rabu (10/3/2010), ketika kunjungannya ke Arab Saudi. Sebagaimana yang dijelaskan oleh salah seorang pegawai di al-Azhar yang telah dirujuk dalam beberapa media Timur Tengah. Abdullah el-Naggar, seorang sahabat terdekat Syeikh mengatakan kepada media Mesir, kematian itu suatu kejutan bagi ahli keluarga dan sahabat dekatnya. Dia mengatakan, sebelum berangkat ke Arab Saudi, Syeikh tampak dalam "kesihatan yang sangat baik."



Tanthawi adalah pimpinan lembaga ulamak, Majma' ul-Buhuts al-Ismiyyah di bawah Yayasan Al-Azhar. Majma' ul-Buhuts al-Islamiyyah, merupakan salah satu lembaga fatwa Islam yang sering dijadikan rujukan masalah hukum-ahkam.

Seorang sahabat Thantawi, Ashraf Hassan, mengatakan kepada Reuters, bahawa Mohamed Wasel, wakil Thantawi diharapkan akan menggantikan sementara dan mengambil alih kepimpinan Al-Azhar sehingga perlantikan rasmi pengganti yang baru.

Tahun 2008 lalu, media Israel sempat mengheret Sayyid Thantawi, dengan isu panas disebabkan al-Marhum bersalaman dengan mantan Perdana Menteri Israel Simon Perez.


Namun dalam keterangannya, Pejabat Syeikhul Azhar menyatakan bahawa hal tersebut adalah sekadar berjabat-tangan atau bersalaman biasa sebagaimana lazimnya. Thantawi juga bersalaman dengan Perez tanpa adanya motif tertentu, ujarnya.


Sebelum ini, al-Marhum Syeikh juga sempat menjadi perhatian dunia, ketika melarang penggunaan penutup wajah (jilbab/niqob) untuk pelajar di kawasan Al-Azhar.
Para murid diarahkan untuk jilbab/niqobnya selama mereka berada di sekolah. Sebagaimana diketahui, Universiti Al-Azhar merupakan salah satu pusat utama pendidikan sastra Arab dan pengajian Islam Sunni terbesar dan tertua di dunia. Universiti ini menghubungkan dengan masjid Al-Azhar di wilayah Kaherah. Sehingga kini, universiti ini menjadi tempat mahasiswa Muslim dari seluruh pelusuk dunia untuk menimba ilmu di universiti tersebut.





Sabtu, 6 Mac 2010

JANGAN JADI AHLI POLITIK BAGAIKAN "SUMPAH-SUMPAH" :


Sememangnya sudah menjadi lumrah iklim berpolitik. Adakalanya ribut petir, atau hujan panas di tengah hari, atau mendung, atau cerah dan seumpama dengannya.

Bangsa bukan Melayu tetap sama perjuangan mereka dari dulu, kini dan selamanya untuk membela bangsa pendatang mereka walaupun berlainan parti sama ada di dalam MCA, MIC, DAP, PKR dsbnya.

Orang kita bagaimana ? UMNO dari dulu, kini dan selamanya akan memperjuangkan bangsanya Melayu dan Islam.

Adapun PAS pula, perjuangannya hanya untuk Islam dan bukan kepada bangsa Melayu. Namun kini PAS telah tersasar jauh dari landasannya. Maka, boleh dikatakan sebagai Parti Ajaran Sesat dalam istilah berpolitik.

Manakala PKR lebih memperjuangkan pemimpinnya Bang NoWar yang tk habis2 dgn kes "Liwat"nya. Namun tiada kesudahan. Semakin hari PKR bakal karam bagaikan kapal Titanic yang nampak hebat pada awalnya dan akhirnya bakal karam dalam masa terdekat.

Oleh itu, mengenai isu hangat sampah-sampah politik pada hari ini..ialah; ianya memberi peringatan kepada kita atau pimpinan tertinggi UMNO khususnya mestilah menanamkan semangat jati diri kepada semua ahli UMNO. Walau bagaimana keadaan sunami yang datang melanda, semangat mempertahankan UMNO/BN mesti teguh. Jika pemimpin tertinggi tidak betul, ada caranya untuk kita memperbetulkannya. Kalau tidak boleh diperbetulkannya, kita gantikan orang lain yang lebih baik darinya. Janganlah sampai kita keluar parti. Isu permasaalahanini sejak zaman Dato' Onn Jaafar lagi krisis dalaman parti sebenarnya terlalu banyak merugikan orang Melayu dan Islam khususnya.

Apa yang saya perhatikan, jika berlaku sesuatu isu dalaman.. maka akan wujud mahu keluar parti dan masuk parti baru seolah-olah giler kuasa dengan harapan masuk parti baru boleh dapat jawatan yang lebih baik dari parti sebelumnya.

Ingatlah, perjuangan UMNO/BN bukanlah mengejar pangkat dan harta, tetapi kita mestilah ikhlas memperjuangkan nasib bangsa kita di buminya sendiri dan Islam sebagai agama yang kita anuti. Jika bukan kita yang memperjuangkannya, siapa lagi yang boleh kita harapkan ?

Mana mungkin kita mahu mengharapkan Karpal Singh, atau Lim Guan Eng, atau Lim Kit Siang atau tali barut penjajah Bang NoWar ?
Wahai bangsa ku dan yang seagama denganku. Terlalu hinakah UMNO sehingga dilabelkan dengan pelbagai tohmahan. Mulia sangatkah PKR dan PAS dalam Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh Anti Islam ? Jika kita rasa kita hebat untuk mentadbir negara, mengapakah bukan kita sahaja yang menjadi pemerintah. Adakah UMNO dari mula penubuhannya tidak memperjuangkan bangsanya dan agamanya (Islam) ? Hebat sangatkah PAS sehingga mengatakan bahawa dalam UMNO tiada lagi ustaz-ustaz yang mampu menegur pemimpinnya kerana semuanya telah menyokong PAS ? Ingatlah, nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah lari dari kaumnya kafir Quraisy sehingga diperintahkan oleh Allah s.w.t. agar berhijrah ke Madinah. Namun, baginda Rasulullah s.a.w. tetap sama dari mula sehingga akhir hayatnya untuk memperbetulkan akidah umatnya dengan cara berdakwah sehingga akhir hayatnya. Malu seribu kali malu jika kita riak, takbur, 'ujub dan seumpama dengannya sehingga mendabik dada dengan mengatakan "akulah golongan yang terbaik bersama Parti Islam (PAS) yang sekadar nama sahaja yang belum tentu ikhlas memperjuangkan Islam. Jika PAS terlalu hebat, mengapakah tidak menghantar pemimpin dan ahlinya berjuang membantu umat Islam di Palestin yang sememangnya di tindas Yahudi. Mengapakah tidak membantu rakyat Iraq apabila mereka di serang Amerika ? Janganlah anda mendabik dada hanya sekadar "Jaguh Kampung" dan bila ke gelanggang lain bagaikan "Rusa Masuk Kampung".

Oleh itu, ingatlah !!!
Tiada manusia dikalangan kita yang bertaraf maksum seperti nabi dan rasul kecuali dia tergolong sebagai golongan syiah. Oleh itu, kita tidak akan terlepas dari sebarang kesilapan walaupun dosa kecil. Walaupun kita bertaraf ulama, ustaz/ustazah dan lain-lainnya, belum tentu kita ketahui takdir akhir hayat kita. Dengan demikian, bila kita "Fikir Sesaat Adalah Lebih Baik Daripada Hidup Seribu Tahun" yang membawa kehancuran kepada agama, bangsa dan negara jika hanya semata-mata mengikut kehendak hati, rasa dan nafsu. Malah, "Janganlah Kerana Seekor Nyamuk , Habis Sekelambu Dibakarnya".

wALLAHu a'lam.

Jumaat, 5 Mac 2010

BERSYUKUR ITU LEBIH BERAT DARI BERSABAR :

Firman Allah s.w.t. di dalam sebuah Hadis Qudsi yang menyebut mengenai sifat syukur, sebagaimana mafhumnya : “Kalau Aku uji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersabar, dan kalau Aku uji kamu dengan nikmat, kamu tidak mahu bersyukur, maka nyahlah kamu dari bumi dan langit Allah ini dan pergilah cari Tuhan yang lain.”
Kalau kita perhatikan hidup manusia ini dengan teliti, kita akan dapati bahawa manusia ini sedetik pun tidak terlepas dari diuji. Manusia diuji dengan ujian kesusahan ataupun ujian nikmat yang silih berganti datangnya. Kemudian manusia dituntut supaya bersabar dalam menerima kesusahan serta bersyukur dalam menerima nikmat.
Jadi, pada hakikatnya, apa sahaja pergolakan dan perubahan yang berlaku dalam hidup manusia ini, ia hanya mempunyai dua sifat atau dua bentuk. Sama ada ia ujian kesusahan atau ujian nikmat. Atas kedua-dua bentuk ujian ini, hati kita perlu menerimanya dengan betul, iaitu bersabar apabila menerima kesusahan dan bersyukur apabila dikurniakan nikmat.
Di antara kedua-dua tuntutan ini, sekali imbas kita lihat, bersabar itu lebih susah dan lebih berat untuk dipraktikkan. Ini kerana dalam bersabar, hati manusia perlu melalui kesusahan, keresahan, tekanan dan penderitaan. Jika emosi, fikiran dan ketenangan jiwa terganggu, maka kebahagiaan hilang akan pergi meninggalkan kita. Bersyukur pula, pada sekali imbas, nampak lebih senang dan mudah kerana hati manusia berada dalam keadaan tenang dan gembira; tidak ada tekanan atau penderitaan.
Apakah ini benar?
Adakah bersyukur itu lebih mudah dari bersabar?
Kalau benar kenapa tidak ramai orang yang mampu bersyukur?
Mengapakah orang yang benar-benar bersyukur itu sedikit sekali bilangannya?
Mengapakah Allah s.w.t. ada berfirman di dalam Al Quran sebagaimana maksudnya:
"Sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur".
(Surah As-Saba’ : Ayat 13)
Bersyukur itu sebenarnya berperingkat-peringkat. Ramai orang, apabila mendapat nikmat, lantas mereka memuji Allah s.w.t. Maka, mereka pun menguucapkan ‘Alhamdulillah’. Ini adalah salah satu cara bersyukur yang biasa diucapkan oleh umat Islam. Ya, memang ramai yang boleh bersyukur dengan cara ini. Akan tetapi, kalau setakat ucapan sahaja, ia belum lagi dikira bersyukur yang sebenarnya. Kalau setakat ucapan sahaja, tetapi tuntutan-tuntutan lain dalam bersyukur itu tidak dilaksanakan, maka ditakuti ucapan ‘Alhamdulillah’ itu hanyalah untuk mempermain-mainkan atau mempersendakan Allah s.w.t. sahaja.
Ramai juga orang, apabila menerima nikmat atau diselamatkan dari bala bencana, lantas mereka memuji Allah s.w.t. dengan mengucapkan ‘Alhamdulillah’. Di samping itu hati mereka benar-benar merasakan Allahlah yang telah memberi mereka nikmat tersebut, atau Allahlah yang telah menjauhkan mereka dari bala bencana tersebut. Mereka diberi pahala kerana merasakan syukur itu di dalam hati mereka.
Adapun syukur yang sebenar ialah syukur yang diucapkan oleh lidah, yang dirasakan atau ditasdikkan di dalam hati, dan yang dilaksanakan dengan perbuatan. Di samping mengucapkan ‘Alhamdulillah’, kita hendaklah merasakan di hati bahawa Allahlah yang mengurniakan nikmat tersebut, dan ianya mestilah digunakan atau dikorbankan ke jalan Allah s.w.t. Inilah hakikat kesyukuran yang sebenarnya.
Kalau kita kaya contohnya, kekayaan itu perlu digunakan ke jalan Allah s.w.t. untuk membantu fakir miskin, untuk jihad fisabilillah dan untuk kemaslahatan umat Islam keseluruhannya. Begitulah juga dengan segala bentuk nikmat Allah yang lain. Semuanya perlu dimanfaatkan ke jalan Allah untuk mendapat keredhaan-Nya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
“Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih”.
(Surah Ibrahim : Ayat 7)
Syukur seperti inilah yang Allah s.w.t. suka dan yang Allah s.w.t. mahu. Malah, Allah s.w.t. akan tambah lagi nikmat-Nya, untuk ‘cover’ balik apa yang telah dikorbankan ke jalan Allah itu. Justeru itu, kita dapati dalam bersyukur itu ada tugas, ada kerja dan ada tanggungjawabnya iaitu kita terpaksa mengguna dan mengorbankan segala nikmat yang Allah kurniakan itu ke jalan Allah.
Nikmat Allah s.w.t. itu perlu ditadbir, diurus dan digunakan pada jalan yang betul. Amat mudah bagi manusia lupa diri dan menggunakan nikmat Allah s.w.t. itu kepada jalan yang sia-sia atau lebih berat lagi kepada jalan maksiat. Kalau ini berlaku maka nikmat itu akan bertukar menjadi bala dan mendapat laknat daripada Allah.Dalam bersabar, kita tidak ada kerja atau tanggungjawab tambahan selain dari menahan perasaan. Tidak ada bahaya menyalahgunakan nikmat kurniaan Tuhan. Apa yang perlu hanyalah menjaga dan mendidik hati supaya dapat menerima ketentuan Allah itu dan berbaik sangka dengan-Nya. Setelah itu, barulah kita faham kenapa Allah s.w.t. berfirman bahawa sedikit sekali hamba-hamba-Nya yang bersyukur kerana bersyukur itu sendiri bukanlah suatu perkara yang mudah. Fahamlah kita sekarang, bersyukur itu rupanya lebih berat dari bersabar.