Islam Agama Keamanan



Member Bloger :

Khamis, 5 November 2009

IMPIAN ROYALTI MENJADI WANG IHSAN

IKUTILAH JEJAK LANGKAH TERENGGANU,
JIKA IMPIKAN ROYALTI MINYAK:
KOTA BHARU, 5 Nov: Kerajaan negeri akan melantik peguam bagi membuat kajian mungkin membatal hak carigali kepada Petronas yang ditandatangani pada 1975 sekiranya tuntutan royalti minyak tidak dipatuhi kerajaan pusat.
Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, penal peguam terbabit akan membuat kajian terperinci berhubung tindakan yang perlu diambil berikutan royalti ditukar kepada wang ehsan. Selain itu, kerajaan negeri juga mungkin mengambil tindakan mahkamah di luar negara termasuk perintah injunksi menghentikan pengeluaran di kawasan pembangunan bersama Malaysia-Thailand (JDA) kawasan pengurusan komersial Malaysia-Vietnam (CAA). Ini kerana CAA dan JDA adalah entiti yang melibatkan antarabangsa dan operator mereka juga ialah syarikat yang berdaftar di luar negara,? ujarnya selepas mesyuarat Exco Rabu lalu.
Di persidangan parlimen hari yang sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberitahu wang ehsan akan diberi kepada rakyat Kelantan dan bukan royalti sebagaimana dituntut kerajaan negeri. Husam berkata, kemungkinan juga kerajaan negeri akan mendapat perintah injuksi pengeluaran sementara kepada operator pengeluaran sama ada di CAA dan JDA di mahkamah di luar Malaysia. Bagaimanapun ia tertakluk kepada persetujuan panel guaman yang bakal dilantik nanti.
Walau bagaimanapun kata beliau usaha perbincangan dengan kerajaan pusat tetap diteruskan dari semasa ke semasa bagi mendapatkan hak royalti. Katanya juga pembayaran royalti kepada Terengganu, Sabah dan Sarawak dibuat walaupun pelantar cari gali berada di luar tiga batu nautika.
Persoalannya sekarang, kenapa Sabah, Sarawak dan Terengganu dibayar royalti sedangkan kedudukannya lebih daripada tiga batu nautika berbanding Kelantan hanya tiga batu nautika? ujarnya. Pada masa yang sama Husam turut melahirkan bimbangan jika kerajaan pusat tidak menyalurkan wang berkenaan kepada kerajaan negeri sebaliknya melalui agensinya. Beliau yakin pembangunan tidak akan dapat dinikmati dengan baik rakyat di negeri ini seperti yang berlaku di Terengganu, biar pun negeri itu sudah 20 tahun mendapat royalti minyak.
Ini kerana negeri itu masih tersenarai antara negeri yang mempunyai bilangan penduduk miskin paling ramai di negara ini? ujarnya. Tuntutan royalti sebanyak RM1 bilion yang dibuat kerajaan Kelantan sebelum ini berdasar laporan Jabatan Statistik yang mendedahkan negeri ini tersenarai sebagai negeri pengeluar minyak.

CADANGAN KEPADA HUSAM :
PAS keluarlah dari Pakatan Haram dan sertailah UMNO/BN. Pasti Kelantan akan semakin maju setelah memiliki royalti tersebut. Percaya dan yakinlah, DAP dan PKR tidak akan membela agama Islam dan Bangsa Melayu.

Najib Umum Pemberian Wang Ihsan
Untuk Kelantan Mulai 2010
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Kelantan akan menerima wang ihsan daripada kerajaan pusat hasil pengeluaran minyak di luar pesisir negeri itu mulai tahun hadapan, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada hari Rabu.
Perdana Menteri berkata sama seperti Terengganu, pembayaran wang ihsan itu diberi setelah kerajaan pusat mengambil kira keperluan untuk membangunkan Kelantan serta meningkatkan kesejahteraan hidup penduduknya selaras dengan arus pembangunan negara."Bagi memastikan agihan wang ihsan itu dibuat dan dinikmati secara langsung oleh rakyat Kelantan, peruntukan tersebut akan disalurkan dalam bentuk projek pembangunan dan program membasmi kemisminan dan akan disalurkan terus oleh kerajaan (pusat) setelah berbincang dengan kerajaan negeri," katanya di Dewan Rakyat.
Najib berkata demikian bagi menjawab sekali gus soalan-soalan yang dibangkitkan oleh beberapa Anggota Parlimen dari Kelantan sebelum ini berhubung tuntutan royalti minyak bagi negeri itu.Perdana Menteri berkata kerajaan Persekutuan telah meneliti isu royalti petroleum oleh kerajaan Kelantan secara mendalam termasuk dari sudut perundangan berkaitan kuasa kerajaan serta pengurusan hasil petroleum negara."Dari segi perundangan Kelantan tiada hak untuk membuat tuntutan begitu juga Terengganu," katanya.
Najib berkata berdasarkan undang-undang, Kelantan dan Terengganu hanya berhak menuntut wang royalti sekiranya terdapat sumber petroleum yang dihasilkan dalam perairan negeri berkenaan.Perairan negeri ditakrifkan sebagai terletak tidak melebihi tiga batu nautika yang diukur dari tikas air surut atau pesisir pantai negeri tersebut, katanya.
Pada masa ini tidak ada pengeluaran petroleum dalam kawasan perairan Kelantan dan Terengganu. Jadi dari segi perundangan kerajaan negeri Kelantan tidak ada hak untuk menuntut royalti petroleum, begitu juga Terengganu.
Najib berkata meskipun peruntukan perundangan itu jelas, kerajaan Persekutuan sebelum ini telah memperuntukkan wang ihsan kepada Terengganu dengan mengambil kira keluaran petroleum di luar perairan negeri itu selain berdasarkan pembangunan dan pendapatan rakyat.
Kerajaan pusat memberi wang ihsan kepada Terengganu mulai 2000 yang dianggarkan RM1 bilion setahun selepas Pas mengambil alih pentadbiran negeri itu pada pilihan raya umum 1999."Kerajaan persekutuan komited untuk memberi pertimbangan adil dan saksama kepada semua negeri dan atas dasar itu Kelantan juga wajar diberi pertimbangan yang sama," kata Najib.
Menurut Perdana Menteri, berdasarkan maklumat Petronas, pada masa ini hanya terdapat satu medan petroleum, yang dikenali sebagai Medan Bumi Kelantan yang mengeluarkan hasil, tetapi ianya terletak di luar perairan Kelantan.Selepas jawapan Najib, Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) bangun dan berkata bahawa Kelantan bukan "peminta sedekah" sambil terus menuntut royalti minyak untuk Kelantan.Najib kemudian menyifatkan kenyataan anggota Parlimen Pas itu sebagai sengaja mempolitikkan isu pemberian royalti."Hendak politikkan isu ini...tak habis-habis politik dia. Saya tidak tahu Yang Di-Pertua apa yang penting...kita sediakan dana ini untuk memberikan manfaat kepada rakyat Kelantan, sama prinsipnya seperti Terengganu," katanya.
Suasana persidangan menjadi tegang dengan beberapa wakil pembangkang termasuk Salahuddin, Khalid Samad (Pas-Shah Alam) dan Dr Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) bangun menuntut penjelasan mengenai perbezaan antara royalti minyak dan wang ihsan yang diberikan.Cubaan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) untuk meredakan keadaan dengan mengutarakan soalan tambahan tidak berjaya menyebabkan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan semua Anggota Parlimen duduk atau menghadapi tindakan keluar dewan."Yang Berhormat...kalau perdana menteri, menteri tidak datang, Yang Berhormat mahu mereka datang. Tetapi bila mereka datang menjawab soalan Yang Berhormat tidak mahu dengar. Yang Berhormat syok cerita sendiri," katanya sebelum meminta Najib meneruskan jawapan beliau.Menjawab soalan Siti Zailah Mohd Yusoff (Pas-Rantau Panjang), Perdana Menteri berkata bahawa sebelum ini wang ihsan itu tidak diberikan kerana berdasarkan peruntukan undang-undang Kelantan tiada hak untuk menerimanya.
"Ini melibatkan kawasan pertindihan...sekarang ini Petronas sahkan ada blok yang boleh dipertimbangkan, sebab itu kita timbang selain untuk pastikan rakyat Kelantan mendapat manfaat," katanya.Anggota-anggota Parlimen pembangkang kemudian terus mengemukakan pelbagai soalan kepada Perdana Menteri sehingga menuntut Pandikar Amin menghentikannya dengan meminta Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) mengutarakan soalan kedua dalam Aturan Urusan Mesyuarat Rabu.-- BERNAMA

Satu Malaysia Satu Mufti :

SHAHIDAN CADANG HANYA SATU JAWATAN MUFTI DI MALAYSIA :
KANGAR: 05 Nov. 2009 - Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, mencadangkan hanya satu jawatan mufti diwujudkan di negara ini bagi mengelakkan pertikaian dan perselisihan pendapat sesama mereka. Katanya, pada masa ini, setiap negeri mempunyai mufti dan perbezaan pandangan di kalangan mufti-mufti akan menimbulkan keresahan rakyat kerana isu agama adalah sensitif. "Perkara ini perlu dikemukakan kepada Majlis Raja-Raja untuk dibincangkan pada mesyuarat akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini, hari ini selepas membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) berhubung kenyataan Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zain AlGhari mengenai bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Zamihan baru-baru ini mendedahkan, berdasarkan pemeriksaannya, bidang pengkhususan Dr Mohd Asri membabitkan Bahasa Arab dan Sastera dan pendedahan itu disifatkan Shahidan sesuatu perkara yang mengaibkan. Shahidan juga berharap peraturan baru diwujudkan berhubung pelantikan mufti termasuk memastikan mereka mempunyai pendidikan bertaraf doktor falsafah (PhD) dan hafal Al-Quran selain mahir dalam hal ehwal syariah.
Sementara itu, Shahidan berkata, laporan kepada Jaips dibuat bagi membersihkan nama baik kerajaan negeri Perlis yang telah melantik Dr Mohd Asri sebagai Mufti Perlis sebelum ini. Pengarah Jaips, Malek Hussin yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam Perlis (Maips) berkata, laporan Shahidan itu akan dikaji dan dipanjangkan ke peringkat Maips termasuk menyembah maklum kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua Maips. Mengiringi Shahidan membuat laporan itu ialah bekas Pengarah Jaips, Md Sadik Ismail.
Semalam, Shahidan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tambun Tulang membuat laporan di Balai Polis Kangar berhubung kenyataan Zamihan, selain memorandum oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung isu Dr Mohd Asri. - Bernama
Ulasan Selempang Merah :
Mufti bagi setiap negeri di Malaysia telah wujud sekian lama semenjak Kesultanan Melayu menerima dan menganut agama Islam. Mufti memainkan peranan penting dalam Kesultanan Melayu untuk memberi pandangan dan teguran kepada pemerintah. Ianya wujud sejak zaman Kerajaan Bani Umaiyyah lagi.
Dalam menjaga keharmonian dan perpaduan umat Islam, sememangnya amat wajar jika di negara kita hanya ada seorang mufti. Namun begitu, kita mesti menghormati hak istimewa Sultan-Sultan atau Raja-Raja Melayu dalam negara kita yang menjadi lambang kepada Ketua Agama bagi setiap negeri. Jika jawatan Mufti bagi setiap negeri telah dimansuhkan, ianya juga boleh mengundang masalah yang lain dan ianya perlu dikaji dengan lebih terperinci lagi.
Bagi pandangan saya, sepatutnya setiap kenyataan Mufti bagi setiap negeri perlulah mengadakan muzakarah terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan yang boleh menyebabkan kecelaruan penerimaan masyarakat yang kebanyakkannya jahil tentang hukum ahkam permasaalahan agama. Bagi saya, Jabatan Mufti perlu diwujudkan dalam negara kita bagi menyelaraskan pandangan-pandangan atau fatwa yang bakal dikeluarkan. Oleh itu, Mufti bagi setiap negeri akan merujuk kepada Ketua Mufti Malaysia. Manakala kenyataan fatwa hanya boleh diumumkan oleh Ketua Mufti. Adapun Majlis Fatwa yang ada sekarang kurang memainkan peranan yang penting. Adalah lebih munasabah jika Kerajaan melantik seorang yang benar-benar layak iaitu individu yang tidak menyebelahi mana-mana politik untuk menjawat sebagai Ketua Mufti Malaysia yang sebaris dengan jawatan Menteri Kabinet.
Walau bagaiamanapun, bagi golongan awam (yang bukan ahli agama) perlu diingat bahawa perbezaan pandangan bagi setiap mufti mempunyai hujjah atau dalil yang berpandukan al-Qur'an dan al-Hadis. Dalam hal ini, perkara yang perlu dinilai ialah hujjah siapa yang lebih kukuh atau kuat. Contohnya; hujjah dengan menggunakan ayat alQur'an adalah lebih kuat berbanding al-Hadis. Namun, tanpa sokongan hadis, maka hujjah seseorang itu akan menjadi lemah. Adapun dalam hadis pula terdapat peringkat-peringkat tertentu dalam membuktikan kekuatan kebenaran hadis itu sendiri. Sebagai contoh, terdapat hadis yang martabatnya Hadis Soheh, Hadis Mursal, Hadis Dho'ef, Hadis Maudu' dan sebagainya.
Bagi golongan yang mengkaji dan mendalami agama, sudah pasti mereka ini mahir dalam menentukan hujjah siapa yang paling kukuh dan kuat berdasarkan sumber-sumber rujukan yang muktabar (yang diakui kesahehannya). Seseorang ahli agama belum tentu hebat jika dia kurang membaca dan mengkaji. Walaupun jika kita ada segulung Ijazah Syari'ah, belum tentu membuktikan kehebatannya jika ilmunya tidak ditambah dan diperkembangkan lagi. Sebab itu kebanyakkan Ulamak Silam, merasakan diri mereka semakin jahil dalam ilmu agama setelah bertahun-tahun lamanya mendalami ilmu Islam. Semakin lama semakin tawadduk (merendah diri).
Sebab itu dalam satu riwayat yang ma'aruf menjelaskan bahawa Imam Syafi'e r.a. bersembahyang dengan mengikut kaedah mazhab gurunya iaitu Mazhab Maliki ketika menjadi imam dalam solat di negara yang berfahaman Mazhab Maliki sebagai tanda hormatnya kepada tok gurunya Imam Malik r.a.. Begitu juga pengorbanan Imam Ahmad bin Hanbal r.h. yang tegas walaupun disebat dengan cemeti dan dipenjara, namun beliau tetap mempertahankan pendapatnya bahawa al-Qur'an itu Qadim dan akhirnya dipersetujui oleh umat Islam sehingga ke hari ini.
Peranan golongan agama hari ini mestilah berani dalam membetulkan permasaalahan yang berlaku dalam masyarakat Islam hari ini. Dari segi akidah, kita semua (penganut agama Islam di Malaysia), adalah berfahaman Ahli Sunnah Wal-Jama'ah. Manakala maksud Ahli Sunnah Wal-Jama'ah ialah golongan yang berpegang teguh dengan al-Qur'an, Sunnah Rasulullah s.a.w., dan perkara yang dibawa oleh para sahabat, serta menentang perkara-perkara bida'ah.
Wallahu a'lam..

Isnin, 2 November 2009

BENARKAH DR ASRI JADI OBJEK KEPENTINGAN POLITIK ?


Baru semalam bekas Mufti Perlis, Dr Mohd. Asri Zainul Abdin yang kecewa terhadap tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Dan semalam juga beliau ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana didakwa mengamalkan fahaman Wahabi kepada pengikutnya.

Bagaimanapun, beliau sudah dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 1.10 pagi tadi. Benarkah JIAS tidak berani dakwa Dr Asri? Banyak pihak mempertikaikan penahaan berkenaan dan bekas Yang DiPertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Dasuki Ahmad, menyifatkan penahanan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Mohd Asri Zainul Abidin sebagai ‘agenda tersembunyi’ pihak yang mempunyai kepentingan peribadi dalam isu tersebut".

Tangkapan yang dibuat ini semacam ada ‘agenda tersembunyi’ bagi kepentingan peribadi dan kepentingan kelompok tertentu kerana ianya dilakukan ketika Perdana Menteri bercadang melantiknya sebagai Yang DiPertua YADIM". Apakah penceramah-penceramah agama yang bergerak dari rumah ke rumah, meletakkan semua aktiviti agama yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak betul belaka itu mempunyai tauliah?", katanya.

Dr Asri ditahan pada pukul 9 malam apabila sekumpulan anggota JAIS memasuki sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika ketika Dr Asri memberikan ceramah kepada lebih 300 pengikut. Bagaimanapun suasana menjadi kecoh apabila sekumpulan lelaki yang berada di dalam banglo berkenaan cuba menghalang penguat kuasa JAIS untuk menahan Mohd Asri.

Pihak polis yang memantau operasi berkenaan hanya menjadi perantara kerana tidak mempunyai waran tangkap. Turut sama berada dalam banglo berkenaan yang juga sedang mengikuti ceramah oleh Mohd Asri ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Saari Sungib. Selepas dibebaskan, Dr Asri dikehendaki hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada pukul 9 pagi esok untuk merakamkan keterangan.

Dr Asri sendiri hari ini menolak sebab penahanannya ialah atas dakwaan beliau merupakan pengikut Wahabi. Kata Dr Asri: "Dia (anggota JAIS) tak sebut pun perkara itu (Wahabi) kepada saya, dia kata saya mengajar tanpa tauliah, dia tak kata isu itu. Isu yang dia kata ialah kerana saya tidak ada tauliah... itu sahaja", katanya dalam satu sidang media selepas dibebaskan hari ini. Cuma pertanyaan ialah apakah kehadiran dua ADUN pembangkang itu secara kebetulan atau sebaliknya.

Siapakah yang menganjurkan ceramah berkenaan sebenarnya? Saya tidak hairan kalau Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak turut mengikuti perkembangan ini kerana seperti dilaporkan, mengatakan Najib ada mempelawa Dr Asri menyertai YADIM. Perdana Menteri mempunyai hak untuk mempersoalkan apakah motif di sebalik penahanan bekas Mufti Perlis itu. Ini kerana menurut Najib, Dr Asri adalah seseorang penceramah agama yang jujur dan semua ceramahnya disokong oleh bukti dan dalil yang sahih dari Al-Quran dan As-Sunnah.

Pendapat Najib ini bertentangan dengan memorandum yang disokong oleh 13 NGO Islam yang berpendapat Dr Asri terpengaruh dengan pandangan dan pendekatan ulamak tertentu juga seringkali bertentangan pandangan dengan para ulamak dan Mufti-Mufti negeri lain. Dalam berhadapan dengan perbezaan pendapat ini, Dr Asri dikatakan telah mengambil pendekatan berkonfrantasi secara terbuka tanpa menitik beratkan soal adab dan kemaslahatan umat Islam keseluruhannya.

Malah, sikap Dr Asri turut didedahkan melalui memorandum itu apabila mengatakan ketika menjawat jawatan Mufti Kerajaan Negeri Perlis beliau kerapkali membelakangkan pandangan Jawatankuasa Mufti peringkat Kebangsaan dan sentiasa lari dari berdialog secara tertutup dan beradab, sebaliknya mencari populariti di media.

Dr Asri juga dikatakan mendakwa dirinya dan pengikut-pengikutnya sebagai ahlu-sunnah tetapi mereka menolak dan tidak mengiktiraf kebanyakan ulamak dan umat Islam lain yang di luar dari lingkungan pengikutnya. Bekas Mufti Perlis itu juga dikatakan tidak mengkitiraf iktikad ahli sunnah wal jamaah dari mazhab-mazhab fiqh seperti Mazhab Shafie, Hanafi, Maliki dan Hanbali bahkan dalam keadaan tertentu menolak hadith yang diriwayat oleh Imam Bukhari.

Berikutan itu pendekatan Dr Asri dan pengikutnya dikatakan telah mencetuskan berbagai perbalahan di kalangan umat Islam apabila mengkritik berbagai amalan umat Islam di Malaysia kononnya ia tidak mengikut sunnah seperti amalan membaca Yaa Sin pada malam Juma’at, amalan bertalqin, tahlil, doa selamat, solat hajat, wirid selepas solat. Beliau juga dikatakan mencerca ulamak besar seperti Imam Nawawi dan Imam Ghazali yang tidak perlu disebut kehebatan dan keilmuan mereka.

Bahkan akibat dan malapetaka yang bakal timbul dari pendekatannya ini amatlah besar sebagaimana yang sedang berlaku di beberapa buah negara Islam. Malapetaka ini sewajarnya dibendung dan bukan disemarakkan lagi. Jelas sekali bagi Najib, beliau hairan dan tidak tahu apakah motif disebalik penahanan Dr Asri ini. Najib berpendapat, kejadian ini dilakukan oleh jabatan agama negeri dan ia tiada kaitan dengan kerajaan pusat.

Soalnya ialah kenapakah Dr Asri dijadikan objek untuk politik pihak-pihak tertentu?

Wallahu a'lam..

APABILA PEMBANGKANG BERKUASA :



BEKAS Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin (tengah) hadir bersama penyokongnya di Mahkamah Syariah Gombak Timur, pagi tadi, untuk didakwa selepas ditahan kerana mengajar tanpa tauliah di sebuah banglo Hulu Klang, malam tadi.



DR MOHD ASRI dibawa untuk siasatan selepas ditahan di sebuah banglo di Taman Sri Ukay, Hulu Klang, malam tadi.





BEKAS MUFTI PERLIS DIDAKWA MENGAJAR TANPA TAULIAH :


KUALA LUMPUR : 01 November 2009.

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tengah malam tadi kerana disyaki mengajar tanpa tauliah. Beliau ditahan di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika memberikan ceramah kepada lebih 100 pengikut.

Apabila pasukan JAIS memasuki premis berkenaan sekumpulan lelaki cuba menghalang anggota penguat kuasa menahannya. Turut berada dalam banglo berkenaan ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Saari Sungib yang turut mempertikaikan kesahihan tindakan Jais untuk menahan Dr Mohd Asri. Anggota Jais dikatakan memasuki banglo berkenaan kira-kira jam 9 malam dan kelihatan membawa Dr Mohd Asri keluar pada jam 12.10 ke Balai Polis Hulu Klang.


Polis yang memantau operasi turut berdepan masalah kerana tidak mempunyai waran tangkap dan hanya menjadi perantara bagi urusan membawa Dr Mohd Asri dan beberapa pengikutnya ke balai polis untuk diambil keterangan. Turut mengiringi beliau ke balai polis ialah Zuraida, Saari dan beberapa pengikutnya menaiki kenderaan Jais. Menurut sumber, Jais menyiasat kegiatan Dr Mohd Asri sejak beberapa bulan lalu kerana dipercayai cuba menghidupkan fahaman yang berlawanan dengan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam kelompok tertentu, terutama kumpulan elit dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sejak beberapa tahun kebelakangan ini di sekitar Selangor. Sebelum ini beliau dikaitkan dengan fahaman Wahabi. Fahaman itu diperkenalkan Muhammad bin Abdul Wahab pada abad ke-18 di Semenanjung Arab. Muhammad dilahirkan pada 1703 di Najd.


Antara ajaran Wahabi ialah menolak doa qunut, amalan membaca Yasin, bertahlil di kuburan dan zikir selepas sembahyang yang menjadi amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ajaran itu dikatakan menimbulkan keraguan serta kontroversi sehingga menyebabkan ia dikatakan punca perpecahan umat Islam di negara ini. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jawatankuasa Penyelarasan Penyelidikan Islam Kebangsaan (Jappis) dan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan difahamkan menolak serta menyekat ajaran itu disebarkan di negara ini. Ia tidak bersesuaian dengan pendekatan Islam di negara ini dan dikhuatiri akan menggugat perpaduan umat.


Sumber : BERITA HARIAN 02-11-2009.


ULASAN PENULIS :

Apabila pembangkang berkuasa di Selangor, Bekas Mufti Perlis di tangkap malam tadi dengan alasan mengajar tanpa tauliyah JAIS/Kerajaan Selangor (PKR).

Pada pandangan saya, penangkapan ini ada hubung kaitnya dengan politik pembangkang. Dr. Asri mempunyai pengaruh yang kuat di dalam masyarakat Malaysia hari ini. Saya mengenali beliau (Dr. Asri) ketika menuntut di Jordan walaupun berlainan universiti. Ketika saya menjejakkan ke Jordan, beliau berada di tahun akhir. Saya mengenali beliau dari segi kehebatan beliau berceramah/berpidato mengenai hukum ahkam. Untuk makluman umum, beliau sebenarnya dicemburui oleh golongan agama yang khususnya dari pihak pembangkang. Ini kerana Dr. Asri, dalam perjuangannya menegakkan Syiar Islam tanpa menyebelahi mana-mana parti politik.
Pembaca blog saya yang budiman. Saya yakin, jika Dr. Asri menyebelahi Parti Pembangkang (Pakatan Rakyat), sudah pasti namanya di julang bagaikan munculnya Imam Mahadi yang dinanti-nantikan. Lihatlah bagaimana pembangkang (khususnya PAS) menjulang nama Ustaz Rock PAS (Ust. Akhil Hayy) yang bebas berceramah di sana sini. Inilah gambaran perjuangan pembangkang terhadap Islam. Sesiapa yang sealiran dengan mereka akan dipuja dan diagongkan. Jika tidak, mereka akan dicaci, dicela dan dihina.

Sepanjang pemerhatian saya dalam mengikuti perkembangan ceramah-ceramah dan kuliyah-kuliyah agama beliau, kesemua huraian yang dikemukakan oleh beliau padat denga nas al-Qur'an dan Hadis-Hadis Soheh. Memang kami (pelajar Pengajian Islam) di Jordan di ajar dengan Fekah Empat Mazhab (Mazhab Syafi'e, Mazhab Maliki, Mazhab Hanbali dan Mazhab Hanafi). Manakala dari segia ilmu Usuluddin, kami mengkaji fahaman Ahli Sunnah Waljama'ah iaitu Fahaman Asya'irah (Yang Diguna Pakai Hampir Keseluruhan Rakyat Malaysia), dan Fahaman Salafi.
Walau bagaimanapun, sama ada Fahaman Asya'irah, Salafi atau Wahabi, kesemua fahaman ini masih berada di bawah Aliran Ahli Sunnah Wal-Jama'ah. Jika mana-mana Kerajaan BN/ Pembangkang hendak memerangi ajaran yang sesat atau menyeleweng ialah Ajaran Sesat Ayah Pin seperti yang dilakukan oleh Kerajaan BN Terengganu, Ajaran Al-Arqam seperti tindakan yang dilakukan diera Zaman Tun Mahathir, Ajaran Nabi-Nabi Palsu, Ajaran Syia'h (kerana pelancong dan pelajar Iran semakin ramai yang datang ke Malaysia) dan Tarekat-Tarekat yang sesat.
Inilah kehebatan pembangkang apabila berkuasa dan dapat menguasai JAKIM, JAIS dan Jabatan Agama Islam di bawah negeri-negeri Jajahan Pembangkang. Beginilah fahaman mereka dalam menangani isu Islam.
Jika kita bandingkan dengan pemerintahan Kerajaan UMNO/BN yang memang tidak dapat dinafikan jika terdapat kelemahan seperti soal isu Hudud, Memperkasakan Mahkamah Syari'ah yang sepatutnya lebih tinggi darjatnya berbanding Mahkamah Sivil, namun pada pandangan saya, Kerajaan UMNO/BN lebih matang menagani isu ini. Jika diikutkan cara Kerajaan Pembangkang ini, sudah lama penceramah-penceramah PAS sudah ditangkap oleh penguatkuasa tempatan negeri-negeri Kerajaan BN. Mereka mana ada tauliyah bila berceramah. Nik Aziz, Haji Hadi dan ramai lagi, mereka mana ada tauliyah dari Jabatan Agama Islam setiap negeri. Wahai Kerajaan Pembangkang... Fikirlah terlebih dahulu sebelum bertindak. Jika tidak, inilah petanda Pakatan Haram akan tumbang dalam PRU13 nanti.
Kenapa JAIS tidak menangkap Anuwar Ibrahim dalam isu Liwatnya..? Minta Anuwar sumpah laknat cepat-cepat agar umat Islam tidak berpecah sama ada menyokong Liwat Anuwar atau tidak menyokong Anuwar.. Fikirkanlah wahai pembangkang...
Kini JAIS atau mana-mana Jabatan Agama Islam di bawah Jajahan Pembangkang atau Pertubuhan Islam, Astro, dan TV9 telah dikuasai oleh PRO Pembangkang. Mereka tidak berani masuk ke RTM sebab Kerajaan sudah menghidu mereka. Oleh itu, Kerajaan UMNO/BN mesti memantau pergerakkan mereka.
Harapan saya kepada Dr. Mohd. Asri, jangan patah semangat dan teruskan perjuangan untuk memartabatkan syi'ar Islam di negara kita.
Wallahu a'lam..

Ahad, 1 November 2009

UMAT ISLAM WAJIB MEMELIHARA IMEJ ISLAM :






Penting memelihara nama baik Islam :

Kerasulan baginda Nabi Muhammad s.a.w. yang dipilih khusus oleh Allah SWT sebagai Nabi dan Rasul terakhir, adalah untuk membawa agama yang benar daripada Allah serta memelihara nama baiknya daripada tercemar. Justeru baginda melakukan yang terbaik bagi memastikan kesinambungan nama baik Islam terus berada pada tahap dan keadaan yang sempurna.

Dalam Sirah baginda, jelas menunjukkan bahawa baginda sedaya upaya menjernihkan Islam daripada angkara keceluparan mulut, tindakan atau perbuatan yang boleh merudumkan nama baik Islam seperti tidak berakhlak mulia di hadapan bukan Islam, sedangkan ketika bersama sesama Islam baginda berbuat baik dengan mereka. Baginda tidak memakai pakaian yang boleh menjatuhkan imejnya bukan sahaja sebagai seorang Nabi, tetapi sebagai seorang Muslim yang mempratikkan Islam.

Contoh mengenainya terlalu banyak berdasarkan Sirah baginda mendaulatkan Islam selama 23 tahun yang tercatat dalam sejarah tamadun Islam. Ia dapat dilihat bagaimana baginda menunjukkan sikap positif terhadap semua bangsa manusia, tidak kira sama ada mereka golongan sahabatnya, bukan Islam atau musuh-musuh Islam yang terkenal pada masa itu dengan golongan 'munafiqin' atau 'Zindiq' yang berpura-pura menerima Islam di hadapan Rasulullah s.a.w.

Jabir bin Abdullah antara sahabat Nabi yang banyak meriwayatkan hadis pernah berkata: "Ketika baginda membahagikan harta rampasan perang (ghanimah) bani Hawazin di kalangan orang ramai di Jaaranah, maka seorang lelaki daripada bani Tamim bangun lalu berkata: 'Wahai Rasulullah! Bahagikan ghanimah itu dengan adil', maka baginda s.a.w. pun memarahinya sambil menegaskan; jika Muhammad tidak berlaku adil, maka siapa yang lebih adil daripada aku? Jika aku tidak berlaku adil sudah tentu ramai orang termasuk engkau juga tidak mendapat keadilan sewajarnya, mereka semua akan rugi".

Saiydina Umar bin al-Khattab pun bangun lalu berkata:
"Wahai Rasulullah! Biarkan aku saja yang membunuh lelaki ini? Nabi bersabda: 'Aku berlindung daripada Allah supaya tidak akan ada umat yang akan berkata bahawa Muhammad membunuh sahabatnya', Rasulullah pun menambah: "Sesungguhnya lelaki berkenaan dan sahabatku juga adalah mereka yang membaca al-Quran, cuma mungkin tidak memahaminya dengan baik."
- Hadis sohih riwayat Imam Ahmad dan Imam Bukhari

Dalam satu peristiwa lain, satu daripada para sahabat ada menyaksikan beberapa individu di Madinah melakukan perbuatan sumbang, iaitu memburuk-burukkan nama baik negara yang ditadbir oleh baginda Rasulullah s.a.w. yang dikenali dengan pentadbiran berasaskan 'Piagam yang adil' atau Piagam Madinah. Maka baginda memanggil para pembesar sahabat yang menjawat jawatan menteri dan penasihat negara, supaya bertindak ke atas mereka dengan pelaksanaan undang-undang (ta'zir) yang setimpal dengan perbuatan mereka, akan tetapi baginda berpesan supaya mengelak daripada cemuhan manusia yang mungkin akan berkata bahawa Muhammad membunuh para sahabatnya.

Begitu juga dalam mengukuhkan hubungan dengan para pembesar negara-negara dunia ketika itu, terdapat daripada mereka yang bukan Islam, baginda amat menitik-beratkan pendekatan 'Robbaniyyah/ketuhanan' ketika berurusan dengan mereka. Perkara ini ditegaskan Allah menerusi ayat 58 surah al-Anfal yang bermaksud:
"Dan jika engkau mengetahui adanya perbuatan khianat dari sesuatu kaum (yang mengikat perjanjian setia denganmu) maka campakkanlah (perjanjian itu) kepada mereka dengan cara terus terang dan adil. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang khianat".

Demikian juga dengan para sahabat baginda Rasulullah s.a.w., di mana setiap individu daripada mereka amat mementingkan penjagaan nama baik agama Islam, sehingga tidak terdapat seorang pun daripada mereka melakukan tindakan, perbuatan atau keceluparan mulut mereka yang boleh merosakkan nama baik, sama ada dari sudut penmapilan diri, hubungan sesama manusia, mentadbir negara, dalam peperangan, semuanya dilakukan berdasarkan ajaran baginda Rasulullah s.a.w. agar Islam sentiasa dipandang mulia.

Adakah umat hari ini menjaga nama baik Islam?

Islam bukanlah hak untuk orang-orang terdahulu daripada kita semata-mata, atau untuk sesuatu bangsa tertentu, atau parti tertentu, tetapi ia adalah hak mutlak kepada semua mereka yang beragama Islam tanpa mengira asal-usul keturunan, kedudukan, pangkat, jantina atau warganegara. Justeru setiap individu Muslim baik lelaki atau perempuan bertanggungjawab untuk memelihara dengan semaksimum mungkin.

Persoalannya di sini, benarkah kita selaku umat Islam yang ditinggalkan Nabi Muhammad s.a.w. sejak 14 abad lalu menuruti jejak langkah yang ditunjukkan oleh baginda kepada kita, yang paling penting kita menunjukkan segala pusaka ilmu yang diwariskan kepada kita dapat dibuktikan dengan sebaik-baiknya.

Itulah yang dikehendaki oleh Islam daripada kita, namun terdapat individu yang menconteng arang ke arah Islam dengan melakukan tindakan, perbuatan, perkataan yang berbaur penghinaan terhadap Islam, sekali gus merosakkan nama baik Islam pada mata bukan Islam.

Ia dapat dilihat bagaimana umat Islam hari tidak menjaga Islam hingga sanggup terlibat dalam memberi dan menerima rasuah, lebih buruk lagi istilah itu digantikan dengan politik wang. Ada yang terlibat dengan pembunuhan kejam hingga meletupkan jasad mangsa bagi menghilangkan bahan bukti, tidak kurang juga yang merompak, merogol lalu membakar mangsanya, meragut, menderhaka terhadap kedua-dua ibu bapa hingga sanggup membawa kes ibu kandung ke mahkamah dan banyak lagi.

Tidakkah mereka terfikr bahawa tindakan bodoh mereka itu sebenarnya telah mengaibkan Islam pada mata bukan Islam, apakah mereka (non-Muslim) terdorong untuk menerima dan memeluk Islam jika melihat tindak-tanduk umat Islam yang boleh dianggap sebagai tidak bertamadun.

Apakah penglibatan remaja-remaja dalam program-program realiti hari ini mencerminkan mereka sebagai orang Islam Sejati? Dalam hiburan program televisyen masa kini, terlalu banyak yang mendedahkan percampuran bebas peserta lelaki dan wanita dalam sebuah banglo yang mendapat tunjuk ajar daripada guru-guru yang bebas bersalam antara satu sama lain, berpeluk seolah-olah macam saudara kandung sendiri. Apakah penampilan mereka itu direstui baginda Rasulullah s.a.w. apatah lagi ia berlangsung pada bulan 'Maulidur Rasul' dan 'Bulan Dakwah' peringkat kebangsaan.

Dan banyak lagi perbuatan, tindakan, perkataan umat hari ini yang tidak selari dengan ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Kesemua itu berlaku akibat membelakangkan pendekatan baginda Rasulullah s.a.w. menerusi Sirahnya yang tidak lagi dianggap penting oleh umat hari ini. Sama-samalah kita fikirkan, kerana setiap diri akan dipersoalkan di hadapan Allah s.w.t. pada hari Kiamat kelak.

KELEBIHAN DOA NABI YUNUS A.S. :

Maksudnya :

"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah, melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim".

(Surah Al-Anbiyak : Ayat 87)

Doa Nabi Allah Yunus a.s. ketika di dalam perut ikan Nun. Ibnu sunni meriwayatkan Rasulullah s.a.w telah menerangkan bahawa : "Barangsiapa yang membaca kalimah ini, orang itu akan dilapangkan Allah s.w.t. dari segala kesempitan". Kalimah itu ialah doa yang diucapkan oleh nabi Allah Yunus a.s. ketika di dalam perut ikan Nun.


Menurut riwayat, nabi Allah Yunus a.s. telah dicampakkan ke laut setelah diundi beberapa kali, tatkala kapal yang dinaiki oleh baginda hampir karam. Allah memerintahkan kepada ikan Nun untuk menelannya. Keadaan di dalam perut ikan Nun itu sungguh tidak selesa dan baginda berharap agar Allah mengeluarkan baginda dari perut ikan tersebut.

Allah telah mengilhamkan Nabi Allah Yunus a.s. untuk membaca doa tersebut. Dan apabila Nabi Allah Yunus a.s. membaca doa tersebut, baginda terasa lapang dan tenang. Akhirnya Nabi Allah Yunus a.s. terselamat apabila dimuntahkan kembali oleh ikan Nun dan baginda terdampar di tepi pantai serta diselamatkan oleh orang lain. Jadi, jikalau kita rasa susah hati dan menghadapi kesusahan serta kepayahan, maka bacalah doa ini.

Disamping itu kita jangan lupa berdoa dan mengharapkan pertolongan Allah s.w.t.. Zikir ini juga dapat mengukuhkan iman dan menimbulkan keinsafan di dalam diri kita. Tatkala kita membacanya patut kita hayati sungguh-sungguh bahawa kita telah menzalimi diri kita.

Oleh itu kita hendaklah bertaubat daripada segala dosa, samada kecil atau besar, yang disedari atau tidak, terhadap manusia atau dosa terhadap Allah s.w.t.. Mudah-mudahan Allah s.w.t. mengampunkan segala dosa kita dan melapangkan segala kesempitan kita. Setiap muslim berdoa dengan ayat ini akan diperkenankan doanya.(HR Tirmizi)

"TAHAJJUD" DARI PERPEKSTIF PERUBATAN :

Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari,biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sabagai solatulail (sembahyang di tengah malam). Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a. tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan. Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini.

TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD :
Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis,seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja. Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian - tidur ayam dan tidur lelap. Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja.
Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selam tiga jam.Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur. Apabila seseorang athlit hendak memasuki suatu pertandingan lumba lari dia akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula. Dengan demikian dia ada harapan untuk memungut pingat emas. Demikian jugalah kita mesti melatih diri kita tidur mengikut peraturan.
Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur, mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk ( drowsiness ) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu. Tidur Tao, Confucious dan Sikh. Dalam perhatian penulis, mereka juga mengadakan amalan pada tengah malam seperti 'berzikir' dan membaca kitab suci agama mereka. Untuk mengelak dari rasa mengantuk, mereka berlatih tidur hanya lebih kurang tiga jam atau empat jam sehari malah ada yang kurang dari itu. Antara agama yang dimaksudkan itu ialah agama Buddha, Kristian,Tao, Confusies dan Sikh.

PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT :
BARAT Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang. Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab : " The woods are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep." Maksudnya " Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan dahulu sebelum saya tidur".
"The heights by great men reached and kept were not attained by sudden fight. But while their companions sleep were toiling upwards in the night." - Longfellow Maksudnya " Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati serta merta tetapi mereka bekerja keras sehingga larut malam pada waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur. " Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka.
Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur. Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan. Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah Maha Mengetahui.
Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dan gerak otot itu sangat penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidak merasa nikmat oksigen ini.

RAHSIA PERGERAKAN OTOT DALAM SOLAT :
Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat.Secara kasar, pada mula kita berdiri tegak ( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat - kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan. Ketika ruku' dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar ( parallel to the ground ) sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin.
Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki.dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan. Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawahan lain-lain otot lagi.
Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk - pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain. Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita.
Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam. Abdullah Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya : " Zikir yang termulia ialah LA ILAHA ILLALLAH dan doa yang terbaik ialah istighfar".
Sekian.

KEKELIRUAN TERHADAP JIHAD :



TERDAPAT banyak kekeliruan di kalangan umat Islam tentang pengertian jihad. Kekeliruan pertama ialah tentang makna jihad itu sendiri yang sering dimengertikan sebagai peperangan mengangkat senjata yang membawa kepada pertumpahan darah dan pembunuhan. Yang kedua ialah tentang golongan yang menjadi sasaran jihad atau golongan yang harus diperangi itu.

Ketika berlaku krisis Perang Teluk yang melibatkan dua buah negara Islam iaitu Iraq dan Kuwait, maka kedua-dua belah pihak mendakwa bahawa masing-masing sedang berjihad. Kedua-dua belah pihak mendakwa bahawa mangsa peperangan mereka yang gugur dalam peperangan itu adalah gugur syahid, kerana kedua-duanya sedang berperang jihad.

Peperangan yang dikatakan perang jihad ini sebenarnya tidak menepati makna jihad yang dimaksudkan dalam agama, dan sasaran yang diperangi itu juga bukanlah merupakan sasaran jihad yang sebenarnya seperti yang dituntut oleh agama.

Oleh itu perkara pertama yang seharusnya difahami tentang pengertian jihad ini ialah maksud dan tuntutan jihad serta siapakah atau apakah objek yang seharusnya diperangi dalam menegakkan jihad ini menurut ajaran agama Islam yang suci.

Sejarah perjuangan Rasulullah s.a.w dari permulaan baginda dibangkitkan menjadi Rasul untuk menegakkan agama Allah s.w.t yang suci di kalangan umat manusia sehinggalah baginda berjaya mengembang dan menegakkan Islam dengan amat kuat sekali sehingga ke hari kiamat nanti, adalah penuh dengan catatan sejarah dan pengajaran yang dapat dijadikan panduan yang amat baik dalam memahami pengertian jihad dan matlamatnya.

Rasulullah s.a.w pada peringkat awal perutusannya di Mekah tidak mempunyai kekuatan yang cukup untuk menentang kekuatan golongan musuhnya dalam pelbagai bidang, khususnya kekuatan fizikal dan mental para pengikut baginda yang amat terhad bilangannya. Oleh itu, jihad baginda pada peringkat awal ini ialah melalui pengajaran baginda bagi menguatkan akidah dan pendidikan bagi meningkatkan rohani dan semangat serta keyakinan diri di kalangan penganut Islam itu sendiri.

Jihad baginda pada peringkat seterusnya ialah kesanggupan baginda dan para sahabat setianya untuk berkorban meninggalkan segala kesenangan dan keselesaan hidup di tanah tumpah darah di Mekah berpindah ke Madinah. Baginda berhijrah ke Madinah dengan segala susah payahnya, adalah satu perintah Allah s.w.t sebagai satu strategi yang penting dan bersejarah dalam perkembangan agama Allah s.w.t dalam fasa barunya, dan dalam mendidik ummah agar dapat mempertingkatkan daya juang mereka dari segi rohani, mental dan fizikal.

Akhirnya setelah baginda mempunyai persiapan yang lengkap dan kekuatan yang dapat menandingi kekuatan musuh serta struktur negara yang kukuh, maka baginda diizinkan berperang menentang pencerobohan dan pengkhianatan para penentangnya yang sengaja melakukan langkah-langkah provokasi bagi menghancurkan agama dan umat Islam. Dalam konteks ini Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

"Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi (kaum Muslimin), kerana sesungguhnya mereka telah dianiayai. Dan sesungguhnya Allah benar-benar berkuasa menolong mereka itu, (iaitu) orang-orang yang diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata: Tuhan kami hanyalah Allah".
(Al-Haj, ayat 39-40).

Maka ketika inilah baginda memasuki medan jihad yang merupakan peperangan suci untuk mempertahankan agama dan diri daripada musuh-musuh yang sememangnya ingin menghancurkan agama dan umatnya.

Jika kita lihat sejarah perjuangan baginda, ternyata bahawa jihad baginda sepanjang perutusannya ialah untuk menentang kejahilan, kemiskinan, hawa nafsu, sifat bongkak, munafik dan sebagainya. Jihad baginda bermula dengan wahyu pertama yang menekankan tentang tulis dan baca. Ini merupakan lambang peningkatan ilmu pengetahuan dan kebudayaan manusia yang tinggi sebagai makhluk yang bertamadun. Kemudian berjihad menghapuskan kemiskinan dan kepapaan yang dialami oleh orang miskin dan anak yatim, seterusnya berjihad dalam bidang pengajaran dan pendidikan bagi mendidik jiwa manusia supaya kuat dan dinamik dari segi rohani, badani dan aklinya.

Inilah jihad dan perjuangan Rasulullah s.a.w yang memenuhi hidupnya, iaitu mempertingkatkan kehidupan umat dan mutu agama dalam semua bidang, termasuk mempertingkatkan akhlak dan moral manusia dengan contoh teladan baginda yang amat mulia tutur kata dan tingkah lakunya.

Pengertian jihad inilah yang seharusnya difahami dan direalisasikan oleh angkatan umat Islam kini, terutamanya dalam menghadapi arus globalisasi dan penindasan baru yang amat kuat melanda masyarakat dan negara-negara Islam sekarang. Kita kini seolah-olah berada pada pusingan pertama ketika baginda Rasulullah s.a.w memulakan perjuangan di Mekah, iaitu yang menuntut jihad untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan, jihad untuk menghapuskan kemunduran dan kemiskinan, jihad untuk mendidik dan mengajar umat supaya menjadi umat yang dinamik, kuat mental dan fizikalnya.

Tetapi sayangnya pengertian jihad yang sering difahami oleh masyarakat kita, ditambah pula oleh kempen pihak media Barat yang sengaja ingin mencemarkan nama baik Islam ialah jihad yang dihadkan kepada perang sabil atau holy war iaitu berperang dengan menggunakan senjata yang melibatkan pembunuhan dan kekerasan, sedangkan jihad dalam pengertian lain tidak lagi dianggap jihad, dan tidak lagi menjadi cara perjuangan umat kita.

Dalam keadaan inilah timbulnya gejala-gejala yang tidak sihat dalam masyarakat Islam, terutamanya ketika umat Islam akan berperang jihad sesama Islam seperti yang berlaku di Teluk. Dan akhir-akhir ini berlaku di antara umat Islam yang berlainan mazhab dan ideologi politiknya, termasuk jihad yang dilancarkan oleh penyokong seorang ketua negara terhadap golongan yang menentang ketua negara mereka, sedangkan kedua-dua golongan itu adalah terdiri dari sesama Islam, yang mengucap dua kalimah syahadah dan berdoa serta menunaikan sembahyang yang sama, dengan bacaan dan kiblat yang sama. Dalam mempertahankan seorang yang mereka puja maka masing-masing akan bertindak secara kekerasan terhadap golongan lain, dan perbuatan ini mereka namakan jihad.

Bagi saya jihad yang perlu kita laksanakan dalam masyarakat moden ini haruslah mempunyai strategi bagi memperkuatkan ilmu pengetahuan, kekuatan ekonomi dan fizikal umat, dan daya tahan yang kukuh untuk menghadapi segala macam cabaran dan permusuhan yang kita hadapi.
Para belia dan pelajar kita seharusnya melipatgandakan usaha dan kerja mereka berjihad untuk mempertingkatkan pencapaian dan mutu ilmu pengetahuan agar dapat bersaing dan mengatasi golongan lain secara sihat. Kemelut kemasukan ke institusi pengajian tinggi yang melanda masyarakat Islam kini seharusnya menjadi pendorong untuk kita terus berjihad dalam erti kata yang sebenar, iaitu mencapai kecemerlangan dalam segala disiplin ilmu pengetahuan.

Ketika itu barulah kita dapat berbangga bahawa kita telah menghayati semangat jihad yang sebenar yang dituntut agama, bukan jihad dalam bentuk serangan sesama sendiri, sama ada menggunakan senjata atau lidah yang tidak bertulang.

wALLAHu a'lam..

FAEDAH MENUNDUKKAN PANDANGAN :


Imam Ibnul Qayyim Al-jauziyyah telah menulis beberapa faedah menundukkan pandangan dalam kitabnya berjudul Raudhatul Muhibbun wa Nuzhatul Mustaqin. Tercantum pula dalam kitab Fiqh An-Nadhr karangan Al-Mundziri. Berikut adalah beberapa faedah menundukkan pandangan yang dipetik dari kitab-kitab tersebut :
  • Menundukan pandangan bererti menunaikan perintah Allah swt. Tiada manusia yang bahagia di dunia dan akhirat kecuali dengan menunaikan perintah Allah swt.
  • Menundukkan pandangan akan menguatkan hati dan membahagiakannya. Sebagaimana halnya membiarkan pandangan menjadi liar akan melemahkan hati dan membuatnya gelisah.
  • Menundukkan pandangan membuatkan hati selalu bermesraan dengan Allah swt. Sebaliknya, membiarkan pandangan menjadi liar akan memporak-perandakan hati dan fikiran.
  • Menundukkan pandangan akan melepaskan hati dari tawanan syahwat. Sebagaimana kerap dikatakan, "Orang yang tertawan oleh pandangan matanya, maka itulah sebenarnya tawanan".
  • Menundukkan pandangan akan membentengi seseorang itu dari pintu syaitan.
  • Menundukkan pandangan akan mengosongkan hati dari berbagai kemaksiatan.
Wahai kaum muslimin & muslimat, tundukkanlah pandangan matamu. Sedarilah bahawa membiarkan pandangan mata menjadi liar merupakan pintu pertama pembuka jalan yang kelak akan merosakkan tirai kehormatanmu. Ini syariat dan perintah Allah swt.

Sabtu, 31 Oktober 2009

KELAB UMNO LUAR NEGARA (KULN) :

AHLI KULN SEMAKIN BERTAMBAH :

SYABAS & TAHNIAH kepada semua Kelab UMNO Luar Negara seluruh dunia kerana berusaha menambah keahlian kelab masing-masing dari semasa ke semasa. Sehingga kini keseluruhan ahlinya telah mencecah hampir 20,000 orang.


Berikut adalah antara Kelab UMNO yang mempunyai bilangan keahlian tertinggi :-
KULN Bandung - 542 ahli

KULN Ukraine - 308 ahli
KULN Moscow - 293 ahli


Pemandangan pintu masuk Pejabat Pentadbiran Kelab UMNO di aras 5, Ibu Pejabat UMNO, PWTC, Kuala Lumpur.


Pemandangan dalam Pejabat Pentadbiran Kelab UMNO di aras 5, Ibu Pejabat UMNO,
PWTC, Kuala Lumpur.

Sejarah Penubuhan Kelab UMNO Luar Negara berdasarkan simpanan badan sejarah Arkib UMNO, Kelab UMNO Luar Negara pertama kali dikesan penubuhannya ialah pada 1956 di New York, Amerika Syarikat.
Tujuan penubuhan Kelab ini adalah bertumpu menyatukan masyarakat Melayu dan para pelajar yang bermastautin di sana. Bagaimanapun sejarah penubuhan Kelab UMNO yang terawal didokumentasikan dengan terperinci dikenalpasti mula bergerak aktif secara sistematik di United Kingdom pada 1968.
Pada 1970 pula, beberapa Kelab UMNO mula ditubuhkan dengan tujuannya menyatukan masyarakat Melayu serta pelajar yang ramai melanjutkan pelajaran atau bertugas di sana ketika itu. Dari sini, Kelab-Kelab UMNO Luar Negara mula bertambah pula ke negara-negara lain dengan matlamat dan tujuan sebagai pusat tumpuan pelajar serta masyarakat Melayu.
Berikutan bilangan pelajar dan masyarakat Melayu yang terus meningkat melanjutkan pelajaran atau bertugas di luar negara; UMNO telah memberikan tanggungjawab seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk memantaunya di bawah Jawatankuasa Hal Ehwal Khas Pelajar Luar Negara.
Pada mulanya Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Tan Sri Megat Junid Megat Ayob. Selepas itu, pula disandang oleh Datuk Mohd Shafie Haji Apdal. Daripada 32 Kelab sehingga Februari 2003, Kelab UMNO kini mencapai jumlah 42 kelab yang meliputi 14 negara di seluruh dunia serta lebih 4,000 ahli. Malahan banyak lagi Kelab UMNO telah membuat permohonan penubuhan khususnya di Eropah seperti di Jerman, Perancis, Switzerland dan di mana sahaja adanya ramai pelajar Melayu sejak kebelakangan ini. Ia jelas satu perkembangan mantap keyakinan umat Melayu terhadap UMNO bukan sahaja dalam negara tetapi juga mereka yang berada di luar negera.
Kelab UMNO Luar Negara terus melangkah ke hadapan dengan kini mampu membuka Sekretariatnya sendiri untuk menguruskan kegiatan Kelab-Kelab UMNO di seluruh dunia yang berpejabat di Suite 3.2, Aras 5 Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur. Ia juga kini telah di bentuk mengikut zon-zonnya tersendiri untuk membolehkan pengawasan dan penyaluran maklumat yang berkesan serta bersepadu.

Senarai KULN 2009 :

BPN United Kingdom
Kelab UMNO London
Kelab UMNO Nottingham
Kelab UMNO Southampton
Kelab UMNO Glasgow
Kelab UMNO Hull
Kelab UMNO Oxford
Kelab UMNO Wellington
Kelab UMNO Christchurch
Kelab UMNO Auckland
Kelab UMNO Otago
Kelab UMNO Melbourne
Kelab UMNO New South Wales
Kelab UMNO New York - New Jersey
Kelab UMNO NY-Connecticut
Kelab UMNO Kursk
Kelab UMNO Moscow
Kelab UMNO Volgograd
Kelab UMNO Nizhny Novgorod
Kelab UMNO Kanada
Kelab UMNO Dublin
Kelab UMNO Jakarta
Kelab UMNO Bandung
Kelab UMNO Makassar
Kelab UMNO Pekanbaru
Kelab UMNO Yogyakarta
Kelab UMNO Iskandariah
Kelab UMNO Kaherah
Kelab UMNO Jordan
Kelab UMNO Jerman
Kelab UMNO Jepun
Kelab UMNO France
Kelab UMNO Ukraine
Kelab UMNO Pakistan
Kelab UMNO Korea

Dipetik dari : http://www.kelab-umno.com/index.php?option=com_content&view=article&id=51&Itemid=3

Antara Perhatian & Cadangan :
1. Kebajikan Ahli Kelab mestilah dibela dan diperkasakan oleh UMNO Pusat.
2. UMNO Pusat sewajarnya memperuntukkan bantuan pelajaran kepada ahli yang mempunyai masalah kewangan untuk membiayai kos sara hidup dan pembayaran yuran pengajian di luar negara.
3. Kerajaan/UMNO sewajarnya memberikan ruang yang seluas-luasnya atau keutamaan kepada Ahli KULN yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka untuk mengisi kekosongan jawatan di semua Kementerian. Ini kerana sepanjang pemerhatian saya, pelajar-pelajar yang pro pembangkang ketika berada di luar negara dan masih menjadi pembangkang setelah kembali ke tanah air mudah mendapat ruang dalam semua kementerian, khususnya Kementerian Pelajaran. Mereka inilah yang telah menikam kerajaan dari belakang dan mereka telah di didik untuk menyuntik perasaan bencikan UMNO dan BN. Mereka jugalah yang telah menyuntik rakan sekerja untuk membenci kerajaan.
4. Ketika proses temuduga, kadangkala penemuduga adalah pembangkang tegar (walaupun dari segi luaran nampak pro kerajaan) yang menyebabkan ahli kelab terpinggir contohnya apa yang telah terjadi dalam temuduga KPLI. Kerajaan/UMNO mestilah memastikan dan menyediakan sijil akuan kepada ahli kelab yang boleh digunakan ketika proses temuduga. Maka, kebajikan ahli akan terbela ketika temuduga.
5. Alumni Kelab UMNO Luar Negara mesti lebih aktif berbanding sekarang. Alumni KULN mesti mengumpulkan semua bekas2 ahli khususnya bekas pengerusi kelab. Dengan adanya maklumat data yg lebih lengkap dan sentiasa dikemaskini, saya yakin ianya boleh membantu kerajaan untuk memastikan tiada lagi kes tikam dari belakang. Bekas ahli KULN lah yang paling wajar menjadi mata-mata kepada UMNO.
6. Begitu juga bekas-bekas/mantan-mantan Pengerusi KULN hendaklah di jemput ke Perhimpunan Agung UMNO dengan tujuan untuk memurnikan semula hubungan yg sedia terjalin dgn lebih erat dan lebih mantap. Perhimpunan Agung UMNO juga boleh dijadikan sebagai MAjlis Keluarga UMNO dan Majlis Keluarga Alumni KULN.
7. Kebanyakkan Ahli Majlis Tertinggi KULN yang telah kembali pulang ke tanah air tidak mendapat tempat dalam Parti UMNO, sama ada di peringkat cawangan dan sebagainya. Saya pun kurang pasti apa yang kurang pada kami.
8. Begitu juga, kebanyakkan bekas ahli KULN bergerak membantu UMNO secara berseorangan dan penyamaran apabila berada dalam setiap kementerian kerana terikat dengan etika pegawai kerajaan. Khususnya dalam kelas profesional kerana menjadi kesalahan berat jika terlibat dengan sebarang parti politik, walaupun parti Kerajaan/UMNO/BN yang memerintah.
9. Antara maklumat terkumpul yang saya perolehi, kebanyakkan majikan dalam setiap kementerian kini, lebih ramai yang pro pembangkang. Khususnya di Kementerian Pelajaran.
Akhir kata, kesemuanya yang saya nyatakan di atas adalah hasil pengamatan saya mengenai nasib kami, bekas-bekas ahli KULN. Oleh itu, UMNO mesti melakukan sesuatu yang lebih drastik.
Walau bagaimanapun, saya mewakili semua bekas ahli KULN akan berjuang dengan penuh keikhlasan demi agama, bangsa dan negara.

Wallahu a'lam.

KPP & PR - PAS BERUBAH ?

Ada dua isu politik menarik yang perlu diberi perhatian hari ini :
Pertama :
Usaha terkini PAS menaik tarafkan Kelab Penyokong PAS ( KPP ) yang menghimpunkan masyarakat bukan Islam yang menyokong perjuangan PAS yang ditubuhkan sekitar lima tahun lalu menjadi sebuah sayap parti secara rasmi. Perkembangan terbaru kini seakan mengesahkan bahawa PAS telah betul – betul bersedia menerima perubahan besar dalam struktur dan binaan partinya. Mungkin kerana ianya tampak akan memberikan impak yang agak besar, maka ia telah mengambil masa yang agak lama untuk diputuskan.

Kedua :
Usaha menjadikan Pakatan Rakyat ( PR ) sebagai sebuah pakatan politik berdaftar sebagaimana BN. Cadangan ini menerima reaksi positif daripada pelbagai pihak termasuk daripada kalangan golongan ulamak dalam PAS yang sering dilihat lambat atau lebih tepat, terlalu berhati – hati. Walaupun cadangan ini masih baru berbanding cadangan menjadikan KPP sebagai sayap rasmi PAS, kesan positifnya pasti akan menjadi pemangkin kepada usaha – usaha seterusnya untuk menjadikannya sebuah kenyataan.

Beberapa kesan yang akan melonjakkan PAS sebagai sebuah parti politik Islam yang berjaya insya'Allah, hari ini dan akan datang.

1) Membuka lembaran lebih luas untuk PAS melumati fiqh kedudukan non muslim di dalam sebuah masyarakat Islam yang terlaksana di dalamnya nilai – nilai murni dan sejati Islam. Anda sedang melihat bagaimana langkah pertama, iaitu menjadikan KPP sebagai sebahagian binaan PAS telah agak memakan masa. Ia berpunca daripada perbincangan hukum yang diteroka secara lebih mendalam berbanding sebelumnya. Mungkin langkah – langkah seterusnya akan berjalan lebih laju dan meyakinkan. Ini memaksa para bijak pandai dan sarjana Islam untuk bertungkus lumus memecahkan isu – isu tertunda yang mesti disegerakan jawabannya. Ini baik untuk kemajuan Islam dalam negara.

2) Memecahkan tembok yang memisahkan PAS daripada masyarakat non muslim. BN membina tembok ini atas dua perkara. Pertama, mengelakkan PAS daripada mendapat tempat di kalangan masyarakat non muslim, seterusnya meminggirkan PAS daripada arus perdana. Kedua, tradisi politik perkauman dalam BN dan negara telah menjadikan PAS yang memperjuangkan Islam dan tanpa identiti kaum gagal mendapat tempat di hati non muslim. Dengan wujudnya sayap non muslim di dalam tubuh PAS tidak lama lagi, tembok pemisah yang telah mula runtuh secara perlahan melalui ‘engagement’ dengan non muslim semenjak dulu lagi akan segera ranap dan mencetuskan fenomena politik baru yang semakin menarik dan menguntungkan rakyat Malaysia.

3) Meruntuhkan ideologi kebangsaan dan perkauman yang menerasi kemerdekaan dan demokrasi negara secara lebih berkesan. BN dengan kekuatannya sebagai penguasa negara telah berjaya menanam ideologi salah ini sehingga menjadi darah daging yang sukar dibuang daripada jiwa rakyat dan negara. Usaha PAS memahamkan rakyat, samada Islam atau bukan Islam bahawa ideologi tersebut akan merosakkan negara tampak begitu sukar, bahkan PAS pula dituduh punca perpecahan.

Dengan wujudnya sayap rasmi non muslim dalam parti PAS, ia sudah pasti akan menjadi senjata utuh untuk menolak sistem politik warisan penjajah barat tersebut, lalu sistem yang lebih adil akan mula dibentuk. Penerimaan kaum non muslim terhadap Islam dan sistemnya adalah jawaban dan jaminan benarnya seruan rakyat ke arah sistem hidup yang lebih adil dan saksama dilaksanakan di dalam negara kita yang berwajah majmuk. Runtuhnya ideologi kebangsaan bermaksud runtuhnya UMNO dan sekutunya.

4) Gerakan dakwah Islamiyah menjadi lebih terbuka dan berkesan. Salah satu faktor utama yang melambatkan suara dakwah Islam adalah wujudnya sekatan yang menghalang manusia mendengar dan memahami Islam daripada sumbernya yang sebenar dan asli. Justeru agama menyifatkan sekatan itu sebagai sebahagian daripada ‘fitnah’ yang lebih besar dan dahsyat daripada membunuh. Manusia tanpa iman adalah mati. Sayap non muslim dalam PAS bukan bererti non muslim dimestikan masuk usrah dan mendengar sebagaimana ahli PAS mendengar Islam, tetapi ia bererti tiada lagi halangan untuk mereka mendengar, memahami, bahkan menerima Islam sebagai cara hidup di dunia ini. Maka wujudlah suasana yang segar di dalam penyebaran Islam di dalam negara. Tiada paksaan daripada PAS dan tiada sekatan daripada BN.

5) PAS bukan lagi dianggap milik orang Melayu. PAS adalah milik semua kaum yang menerima Islam sebagai cara hidup, samada mereka menganutinya sebagai ugama atau tidak. Persepsi bahawa PAS adalah milik Melayu begitu sukar dihilangkan walaupun PAS telah lama menerima keahlian daripada semua kaum atas sifatnya sebagai parti agama, bukan kaum. Tetapi oleh kerana PAS masih tidak membuka keahliaannya kepada bukan Islam, maka persepsi PAS adalah Melayu terus kekal sehingga begitu sukar untuk dinafikan walaupun setelah terbentuknya Kelab Penyokong PAS ( KPP ) yang telah menerima semua keahlian tanpa mengira kaum, agama dan warna. Dengan terbentuknya sayap bukan Islam dalam PAS, ia dengan sendirinya mengubah persepsi masyarakat negara yang berbilang kaum terhadap PAS. PAS akan lebih mudah didekati dan difahami.

6) Membuktikan keadilan, keterbukaan dan kesejagatan Islam. Ia adalah tiga ’aset’ penting bagi sesebuah parti politik untuk bertapak di dalam dunia demokrasi liberal hari ini. Dengan persembahan dan penayangan Islam yang lemah dalam kehidupan, PAS sentiasa berdepan dengan cabaran membuktikan keadilan, keterbukaan dan kesejagatannya untuk memimpin negara. Selagi pembuktian praktikal kekal lemah, selama itulah PAS berada di dalam igauan cabaran tersebut. Pembentukan Pakatan Rakyat yang berdaftar dan penerimaan sayap bukan Islam untuk menjadi sebahagian binaan parti PAS pasti menjadi bukti yang kukuh dan cukup signifikan terhadap keterbukaan dan kesejagatan PAS yang akan menarik sokongan seluruh lapisan rakyat kepada PAS.

7) PAS diterima sebagai parti perpaduan. Isu utama negara kita adalah perpaduan kaum. Perpaduan rakyat yang majmuk adalah faktor besar kesejahteraan ekonomi negara. Justeru parti – parti politik negara terdesak sekali untuk membuktikan diri masing – masing sebagai peneraju perpaduan negara. Walaupun PAS telah banyak membuktikan dalam sejarah dan politik semasa bahawa mereka adalah sebuah parti yang menyeru kepada perpaduan kaum, kelahiran sayap bukan Islam sebagai organ penting parti dan gabungan parti PAS dalam Pakatan politik berdaftar pastinya mempunyai impak yang terlalu besar ke arah penerimaan seluruh rakyat terhadap wibawa dan kesungguhan PAS memperteguhkan perpduan kaum. PAS akan dilihat paling mampu memberi jaminan keselamatan dan perpaduan.
Memudahkan usaha menyelesaikan pergeseran di dalam Pakatan Rakyat. Ia adalah keuntungan semasa yang terlalu dibutuhkan. Sesuatu pergeseran dalam apa jua bentuk memerlukan medium perdamaian yang berwibawa yang boleh mencetuskan sikap saling mempercayai dan toleransi di antara kumpulan yag bertelagah. Samada pembentukan Pakatan Rakyat yang berdaftar atau pun sayap rasmi bukan Islam dalam PAS, kedua – duanya pasti menjadi pemudah cara yang akan membantu merapatkan jurang di antara parti – parti pakatan pembangkang ke arah merealisasikan kemenangan yang diimpikan.

9) Melenyapkan ketakutan terhadap tuduhan kaitan PAS dengan kumpulan pengganas. PAS pernah dicop sebagai agen dan dikaitkan dengan rangkaian keganasan antarabangsa. Walaupun ianya terbukti salah dan bersifat tuduhan liar, tetapi sifat PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang mempunyai rangkaian antarabangsa yang sesetengahnya dikaitkan dengan keganasan seperti HAMAS menjadikan PAS terus berdepan kemungkinan dicop sekali lagi sebagai pengganas. Wujudnya keahlian dan sayap bukan Islam dalam PAS akan menjadi benteng utama menolak dakwaan yang tidak berasas itu. Apatah jika PAS mempunyai wakil bukan Islamnya di parlimen nanti.

10) Idea dan sumbangan PAS kepada negara menjadi lebih gagah. Tidak dapat dinafikan betapa besarnya peranan bukan Islam di dalam memajukan negara terutama di dalam bidang ekonomi, politik, pembangunan dan lain – lain. Walaupun sering dinafikan peranannya, parti politik pembangkang sering menyumbang idea dan pendapat yang akhirnya diterima pakai oleh pemerintah dan negara. Wujudnya sumbangan, buah fikiran dan kepakaran yang baru dan bernas daripada orang – orang Cina, India dan lain – lain bangsa di dalam PAS pasti akan menaikkan imej PAS di mata rakyat sebagai parti yang sentiasa bersedia menghadapi cabaran daripada semua sudut.

11) Jaringan antara bangsa PAS menjadi lebih luas. Jika sebelum ini PAS hanya dikenali dan diraikan oleh gerakan dan parti Islam di peringkat antara bangsa dan oleh negara – negara Islam sahaja, maka kewujudan sayap bukan Islam di dalam PAS pastinya akan melebar luaskan jaringan antarabangsanya kepada parti – parti dan negara – negara bukan Islam juga. Ini akan membuka laluan lebih besar kepada PAS untuk memainkan peranan politik yang penting di peringkat antara bangsa.

12) PAS layak menerajui negara. Inilah impian semua parti politik. Yang paling bagus dan meyakinkan, itulah yang paling layak menerajui negara.
Cabaran politik baru yang diharungi dengan berani oleh PAS hari ini sudah pasti akan memberikan kesan positif ke arah PAS yang lebih ideal dan diterima. Walau bagaimana pun, kesan – kesan positif di atas hanyalah akan diperolehi jika persekitarannya juga adalah positif. Justeru PAS mestilah juga memugar dan memelihara persekitarannya yang baik dan kondusif. Jika sebaliknya, paling tidak, kita gagal memetik buah yang diimpikan. Saya akan menukilkan beberapa cabaran yang perlu dilepasi di dalam tulisan akan datang, insya Allah.
*****************
Persoalan :
1. Bersediakah kita (UMNO/BN) menghadapi kenyataan ini jika benar-benar terjadi ?
2. Sejauh manakah kejayaan UMNO/BN menanganinya ?