Islam Agama Keamanan



Member Bloger :

Sabtu, 1 Mei 2010

13 MEI 1969 SEBAGAI PENGAJARAN :

Dalam beberapa hari sahaja lagi, peristiwa 13 Mei 1969 akan mengambit kenangan silam. Tragedi berdarah dalam rusuhan kaum yang berlaku adalah kemuncak masalah perpaduan di Malaysia pada ketika itu. Tragedi tersebut telah mengakibatkan ramai yang kehilangan nyawa serta harta benda. Sejarah menjelaskan bahawa peristiwa hitam dalam sejarah negara Malaysia yang berlaku pada ketika itu mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihanraya Umum 1969.

ISU PERKAUMAN DALAM PILIHANRAYA 1969 :
Pra-pilihanraya 1969, parti-parti politik seperti GERAKAN dan DAP telah memainkan isu perkauman dengan lantang. Lee Kuan Yew pada ketika itu telah melaungkan slogan "Malayan Malaya". Apatah lagi ketika kempen Pilihanraya 1969, calon-calon dari kalangan parti pembangkang telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaiatan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal tersebut telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka rakyat pada ketika itu.
Manakala Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) pada ketika itu telah gagal memperolehi majoriti 2/3 di PARLIMEN walaupun berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan.
Terjadinya peristiwa berdarah dalam tragedi 13 Mei 1969 adalah rentetan dari provokasi pihak pembangkang yang dimulakan sejak malam 10 Mei 1969 untuk meraikan kemenangan mereka. Penyokong-penyokong Parti DAP telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mereka mengadakan perarakan dijalan-jalanraya sekitar Kuala Lumpur. ia berlarutan sehingga ke 13 Mei 969, apabila sekumpulan orang Melayu yang sudah hilang sabar mengambil tindakan balas.
Dikatakan bahawa kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi, sambil melaungkan slogan. Apatah lagi pada ketika itu yang berfahaman bahawa penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu (menyingkir) orang-orang Melayu ke laut. Sesungguhnya, bagi masyarakat Melayu menganggap bahawa penyapu adalah lambang negatif yang bermakna sial. Ada juga yang mengatakan bahawa mereka mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.
Perarakan Kematian Cina.

Akibat daripada rusuhan maut tersebut menyebabkan berlakunya kesesakan jalanraya. Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan setelah mendapat kebenaran polis. namun perarakan kematian tersebut telah bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihanraya menghina orang Melayu.
Walaupun Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan telah memohon maaf pada hari Selasa 13 Mei 1969, di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Namun, Yeoh yang menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur untuk memohon maaf telah terlambat.
Ini kerana orang Melayu (UMNO) telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa berdarah ini. Sebenarnya, perarakan ini tidak dirancang. Oleh sebab itulah berlakunya pertembungan di antara kedua-dua pihak akibat perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak.


bersambung....

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Perkara yg sangat penting utk disampaikan pada generasi muda sekarang !