Islam Agama Keamanan



Member Bloger :

Rabu, 27 Januari 2010

Islam Masih Dijajah Kerana Palestin Masih Dijajah :

Kehadiran topik mengenai Bani Israel di dalam al-Quran merupakan persoalan pertarungan antara kebenaran dan kebatilan. Persoalan itu berterusan hingga kini sehinggalah Allah menentukan tokoh atau golongan yang akan memperjuangkan permasalahan Palestin sehingga Palestin kembali ke pangkuan negara Islam seperti kembalinya menerusi tangan Umar al-Faruq dan Salahuddin al-Ayubi. Inilah janji Rasulullah yang benar. Perjuangan akan datang berpihak kepada kaum yang tertindas yang benar-benar ikhlas kepada Allah s.w.t., tidak sama sekali untuk golongan yang pengecut dan dayus. Ketika itu setiap pokok dan batu akan memberitahu: "Wahai pejuang Muslim, ini dia si bedebah Yahudi sedang bersembunyi di belakang aku", kecuali sejenis pokok sahaja yang dikenali sebagai pohon gharqad.

Persoalan ini secara langsung menyentuh persoalan ibadat. Setiap Muslim berikrar sekurang-kurangnya 17 kali setiap hari di hadapan Allah dengan menyebut ‘ghoiril maghdhu bi ‘alaihim wa ladhallin'' (bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang yang sesat). Yang pertama dimaksudkan dalam ayat itu ialah kaum Yahudi manakala golongan yang kedua pula ialah Nasrani.

Apakah sebenarnya yang dikehendaki oleh kaum dayus itu sehingga mereka mengharapkan agar kaum Muslimin membelakangkan al-Quran?
Jawapan ini telah dijelaskan kepada kita oleh al-Quran dengan maksudnya:
"Dan sama sekali kaum Yahudi dan Nasrani tidak akan senang dengan kamu melainkan setelah kamu mengikut agama mereka".

Nah, itulah ketegasan al-Quran memberikan panduan kepada penganutnya. Tetapi malangnya pemimpin boneka mereka yang pernah menziarahi Tel Aviv melarang orang Islam membaca ayat-ayat yang menyentuh kaum Yahudi. Merekalah sebenarnya pelopor keamanan yang palsu.
Suatu ketika dahulu mereka telah menjual Palestin melalui Perjanjian Kem David.
Dimanakah wira yang pernah mengangkat ranting zaitun dan melaungkan perjuangan bersenjata menentang ancaman Zionis?
Dimanakah pahlawan yang menyeru kepada pembebasan bumi Isra' dan Mi'raj daripada tangan Yahudi? Dimanakah hero yang menyeru untuk kemerdekaan qiblat pertama dan tanah haram ketiga, Baitul Maqdis?
Bagaimanakah dengan peristiwa tragis Dir Yassin, Sabra dan Shatela serta al-Karamah dan kini di Gaza mereka membunuh dengan terang-terangan.
Apakah semua peristiwa itu berlalu begitu sahaja tanpa sebarang pengajaran?
Sekiranya peristiwa yang menyayat hati itu telah dilupai atau sengaja dilupai oleh pengkhianat masakan umat Islam yang ikhlas dengan perjuangannya boleh melupakannya. Sama sekali tidak.
Ingatan kita masih lagi segar dengan peristiwa kebangkitan umat yang bangun menentang Perjanjian Balfore. Menteri Luar Inggeris telah menyatakan keazamannya untuk membantu menegakkan negara Yahudi di bumi Palestin diikuti rancangan menakluki Palestin.
Rancangan yang diakui oleh perikatan bangsa-bangsa Barat itu memperkukuhkan Perjanjian Balfore.
Bangsa Arab dan umat Islam seluruhnya sebulat suara mengangkat jari dan bertanya : Siapakah si Balfore yang berhak memberi dan menyerahkan bumi Palestin kepada bangsa Yahudi terkutuk itu sehingga menjadi satu ungkapan umum bahawa ‘orang yang tiada kena mengena memberi sesuatu yang bukan miliknya kepada orang yang tidak berhak'. Ini adalah drama palsu yang dilakonkan di dalam kepalsuan.

Kaum Muslimin seluruhnya telah menanggung derita akibat bencana yang menimpa mereka. Di sinilah bermula titik hitam dalam sejarah umat Islam. Selepas itu Amerika Syarikat pula menangani masalah Yahudi manakala Troman dan Roosevelt pula meneruskan tugas Inggeris dalam menerajui konspirasi Zionis antara bangsa ke atas umat Islam.
Bantuan datang mencurah-curah kepada Yahudi manakala hak bangsa Palestin di bumi sendiri diabai dan dibelakangkan. Selepas itu penghijrahan Yahudi ke bumi Palestin dibuka dengan seluas-luasnya, kumpulan demi kumpulan. Program yang penuh perencanaan itu menyusul satu demi satu dengan kemas dan terjamin.

Pada 1948, satu angkatan bersenjata Islam telah dibentuk bagi membebaskan bumi Isra' dan Mi'raj daripada cengkaman Yahudi. Penubuhan itu mendapat sokongan negara Arab dan Islam lain apabila tenaga sukarelawan datang mencurah-curah. Sewaktu pertempuran sengit antara kedua-dua pihak itu, berlaku pakatan jahat dan pengkhianatan ke atas tentera Islam itu.
Jenayah Yahudi tidak berlaku secara terang-terangan di mata dunia.
Dalam satu tragedi yang ngeri mereka melakukan penyembelihan beramai-ramai ke atas wanita dan kanak-kanak. Angkara durjana itu bertujuan menghalau bangsa Arab dari bumi Palestin dan membolehkan Yahudi menguasai sepenuhnya bumi Palestin.

Ancaman pakatan jahat itu berjalan lancar. Apabila Inggeris mengisytiharkan penarikan diri daripada jajahannya Palestin, maka golongan Yahudi di Tel Aviv terus mengisytiharkan pembentukan negara Israel. Beberapa minit sahaja selepas pengisytiharan pembentukan negara Israel itu, Presiden Amerika Syarikat, Troman mengisytiharkan pengiktirafan kepada Kerajaan Yahudi. Di Moscow pula, kerajaan pimpinan Stalin turut mengumumkan pengiktirafan yang sama ke atas KerajaanYahudi itu.

Begitulah hari-hari berlalu. Rencana konspirasi terus berjalan daripada satu babak kepada satu babak dengan penuh kejayaan sehingga meningkat kepada tercetusnya serangan tiga serangkai, Inggeris-Perancis-Israel ke atas Mesir, Peperangan Ramadan, kunjungan Presiden Sadat ke Tel Aviv, Kem David dan kekecohan di Jerico.

Perjanjian Balfore dengan tegasnya menyatakan: "Sesungguhnya Raja Britain melihat penubuhan Kerajaan Yahudi di Palestin dengan penuh simpati. Baginda Raja akan memberi penuh perhatian dan sokongan padu kepada pencapaian matlamat ini."

Britain telah berjanji kepada Yahudi dan melaksanakan janji itu dengan melayani segala hasrat Israel, bermula daripada pengiktirafan hinggalah kepada sokongan dan bantuan. Pada masa yang sama Britain menaburkan seribu janji palsu kepada bangsa Arab dan umat Islam serta memberikan jaminan dusta bagaikan fatamorgana. Sidahaga menyangka itulah air. Namun apabila dia menghampirinya ternyata kosong belaka dan tiada menemui apa-apa. Mereka tertipu dan terus memberikan pengharapan kepada Inggeris dan Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat sama seperti saudaranya, Inggeris, juga menaburkan janji-janji kosong yang menjanjikan kemusnahan, kehancuran, malah penyerahan dan penghapusan sepenuhnya etnik serta identiti Arab di bumi Palestin, bumi Islam itu. Orang yang mengiktiraf Kerajaan Israel dua minit selepas pengisytiharannya, juga adalah orang yang sama merancang dan menyusun permainan politik kotor dengan berselindung di sebalik istilah proses perdamaian.

Apakah pelopor perdamaian (kononnya) ini belum sedar daripada kesesatan mereka?
Tidakkah mereka boleh kembali kepada kitab yang dengan jelas menyebut dan memberi peringatan kepada mereka?
Firman Allah s.w.t. :
"Demi sesungguhnya engkau mendapati manusia yang sangat memusuhi orang-orang yang beriman ialah orang Yahudi dan Musyrik". (Surah Al-Madiah : Ayat 82)

Apakah mereka akan terus dengan kesesatan mereka itu sehingga Allah menggantikan tempat mereka dengan satu kaum yang lain?
"Dan jika kamu berpaling tadah, maka Allah akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain daripada kamu dan kaum itu tidak seperti kamu".


Selasa, 26 Januari 2010

Misteri Yakjuj & Makjuj :

Manusia Terpenjara Antara Dua Gunung
Ribuan Tahun Akan Muncul
Apabila Dunia Hampir Kiamat.
Tahukah anda bahawa disebalik pembangunan dan kemodenan di seluruh pelusuk dunia pada hari ini, masih terdapat satu kawasan rahsia di muka bumi ini yang menyimpan ribuan makhluk misteri.
Disebalik pembinaan kota besar hasil kemajuan pembangunan dan kemodenan yang melanda hampir seluruh pelusuk dunia hari ini, masih ada kawasan rahsia di muka bumi ini yang menyimpan ribuan makhluk misteri. Hingga kini, penerokaan demi penerokaan di seluruh kawasan bumi masih belum menemui wilayah asing itu sekali gus menyebabkan kewujudan makhluk tersebut tidak dapat dikenal pasti oleh pengkaji atau manusia umumnya.
Bagaimanapun, kewujudan makhluk itu adalah benar lagi sahih dan suatu harti nanti, mereka akan muncul juga di hadapan manusia. Akan tetapi, ketika makhluk itu muncul, sudah terlambat untuk manusia berbuat apa-apa. Tiada lagi kajian mengenai sejarah kewujudan atau penyelidikan sains dilakukan terhadap makhluk itu seperti penemuan artifak atau spesis baru ketika ini kerana waktu munculnya makhluk yang dikenali Yakjuj dan Makjuj itu, dunia sudah terlalu hampir dengan kiamat!
Sejak dikurung ribuan tahun dahulu, kewujudan dan lokasi ‘pusat tahanan’ Yakjuj dan Makjuj masih menjadi misteri kepada kita sehingga ke hari ini. Bagaimanapun, kewujudan dua makhluk itu adalah pasti, lantaran ia dinyatakan dalam al-Qur'an serta tergolong dalam perkara ghaib yang wajib diimani manusia khususnya umat Islam menerusi tanda besar berlakunya kiamat.
Hasil pembelajaran dan pembacaan ketika menuntut di universiti dahulu, Yakjuj dan Makjuj bukanlah berupa haiwan atau spesis lain sebaliknya ia adalah manusia yang berasal daripada keturunan Nabi Adam a.s. Berpandukan keterangan sebuah hadis, bangsa Yakjuj dan Makjuj berasal daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh a.s. iaitu Yafis yang berkembang melewati masa sehinggalah Zulkarnain membina tembok bagi menghalang mereka keluar daripada lokasi mereka.

Cerita mengenai sejarah Yakjuj dan Makjuj tertera di dalam al-Qur'an menerusi surah al-Kahfi, ayat ke 92 hingga 98.
Allah s.w.t. berfirman menerusi ayat surah al-Kahfi ayat 92 hingga ayat 98 yang bermaksud :

“ Kemudian dia (Zulkarnain) menempuh suatu jalan (yang lain lagi) [92]. Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua-dua gunung itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan [93]. Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?[94]

Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan peralatan), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka [95]. Berilah aku potongan-potongan besi. Hingga apabila besi itu sudah sama rata dengan kedua-dua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain : ‘Tiuplah (api itu). Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti api), dia pun berkata: Berilah aku tembaga (yang mendidih) akan aku tuangkan ke atas besi panas itu [96].

Maka mereka tidak dapat mendakinya dan mereka tidak dapat melubanginya [97]. Zulkarnain berkata : Ini (dinding) adalah rahmat daripada Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku (kiamat), Dia akan menjadikannya hancur luluh dan janji Tuhanku itu adalah benar ” [98].


Manakala kebangkitan Yakjuj dan Makjuj telah dinyatakan dalam surah al-Anbiya’, ayat 96 dan 97 sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

“Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj ; dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi [96]. Dan sudah dekatlah kedatangan janji yang benar (kiamat) maka tiba-tiba terbelahlah mata orang kafir. (Mereka berkata) : Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim” [97].

Adapun selain daripada rujukan dua surah al-Quran di atas, terdapat banyak hadis yang kuat bagi menjelaskan Yakjuj dan Makjuj. Walau bagaimanapun, terdapat juga perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai ciri-ciri bangsa Yakjuj dan Makjuj yang tidak diterangkan secara terperinci berdasarkan nas-nas al-Qur'an atau Hadis.

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, beliau menerangkan ciri fizikal Yakjuj dan Makjuj yang antara lain bermuka bulat dan kulit kekuningan seperti wajah kebanyakan penduduk Asia tengah. Pendapat lain menambah bahawa Yakjuj dan Makjuj berkemungkinan berasal daripada bangsa Tartar dan Mongul manakala lokasi tahanan mereka adalah kawasan pergunungan luas Caucasus.

Para ulama' juga cenderung dengan mengatakan Yakjuj dan Makjuj berasal dan dikurung di benua Asia Tengah berdasarkan tafsiran ayat ke 90 dari surah al-Khafi yang menyebutkan Zulkarnain sampai ‘di tempat terbit matahari’ iaitu timur dunia.

Kebanyakan ulama' ramai yang menyatakan bangsa Yakjuj dan Makjuj masih wujud sehingga kini tetapi dipisahkan daripada dunia manusia oleh Allah s.w.t. menerusi tembuk yang dibina oleh Zulkarnain sebagaimana yang dijelaskan dalam al-Qur'an. Namun, tugas bangsa Yakjuj dan Makjuj setiap hari sejak ribuan tahun lalu adalah mengorek tembok tersebut untuk keluar ke dunia manusia dari penjara yang telah dibina oleh Zulkarnain tetapi Allah masih menghalang mereka dengan kembali meneguhkan benteng berkenaan sehinggalah hampir hari kiamat. Allah akan mengizinkan tembok itu runtuh dan Yakjuj dan Makjuj bebas ke dunia manusia apabila hampirnya kiamat dan peristiwa itu menjadi satu daripada 10 tanda besar kiamat. Terdapat juga riwayat yang menjelaskan bahawa selagi dunia ini masih dilaungkan azan, Yakjuj dan Makjuj tidak mampu keluar dari penjaranya sehinggalah dunia ini tiada lagi orang yang melaungkan azan.

Yakjuj dan Makjuj juga muncul selepas kematian Dajal yang dibunuh Nabi Isa a.s. dan bangsa itu akan mendatangkan kerosakan besar di muka bumi. Kekuatan mereka dikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga tiada siapa yang mampu menewaskan bangsa Yakjuj dan Makjuj tersebut.

Sesungguhnya, ketika era zaman Nabi Isa a.s. setelah diturunkan ke bumi, Nabi Isa a.s. akan memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung di pergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj. Baginda a.s. kemudian berdoa kepada Allah s.w.t. dan Allah membinasakan mereka dengan mengutuskan seekor burung besar untuk mengangkut dan membersihkan mayat itu daripada bumi.

Berdasarkan dalil kewujudan Yakjuj dan Makjuj, kita seharusnya yakin untuk mempertahankan akidah Islam dan tidak bertangguh memohon keampunan dan keredaan Allah s.w.t. kerana mereka yang masih lalai adalah golongan yang diterangkan dalam surah an-Anbiyaa’ di atas seperti firmanNya : “(Mereka berkata) : Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim”.

wALLAHu a'lam..




PERCAYALAH. KITAB INJIL / BIBLE TELAH DISELEWENGKAN ISI KANDUNGANNYA :

AYAT-AYAT SUCI AL-QUR'AN YANG DITURUNKAN SECARA BERPERINGKAT KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W.
ADALAH
UNTUK MEMPERBETULKAN AQIDAH MANUSIA SEJAK DAHULU LAGI
KHUSUSNYA
UNTUK MEPERBETULKAN KITAB-KITAB NABI-NABI TERDAHULU
IAITU
KITAB NABI DAUD-ZABUR,
NABI MUSA-TAURAT
& NABI ISA-INJIL (BIBLE)
YANG TELAH DISELEWENGKAN
OLEH AHLI AGAMA MEREKA.




Umat kristian telah mula mencampuri hal ehwal agama Islam dengan mengunakan istilah-istilah khusus yang diguna pakai dalam ajaran Islam. Umat Islam selama ini masih menghormati agama kristian dengan tidak mencampuri urusan mereka. Saya kira sudah sampai masanya umat Islam memperjelaskan tentang penyelewengan ajaran kitab Injil oleh pengganut kristian.



Umat Islam wajib beriman dengan Nabi Isa a.s. sebagai RasululLah (Utusan Allah) dan umat Islam wajib beriman dengan Kitab Injil (yang asal). Mana boleh kita terima Nabi Isa a.s. sebagai Tuhan. Ini merupakan penyelewengan aqidah sebenar yang sepatutnya kita tentang.



Mereka telah menyebarkan ajaran yang sesat lagi menyesatkan. Dalam masa yang sama mereka cuba untuk menggunakan istilah-istilah yang murni dan suci untuk diselewengkan supaya umat manusia (khususnya umat Islam generasi akan datang) keliru.

Sex Luar Tabi'ie : Satu Persoalan Menuntut Direnungkan :

LIWAT! Suatu persoalan yang asing lagi menjijikkan bagi membicarakannya. Namun, biarpun ianya terlalu asing dalam masyarakat Melayu terutamanya dalam masyarakat yang beragama Islam namun persoalannya menuntut kita untuk merenungkan dan memikirkan apakah penyakit ini sudah menular atau menjadi barah dalam budaya tamadun masyarakat kita.

Liwat dalam bahasa sopan, ianya membawa maksud hubungan antara sesama jenis yang bertentangan dengan adab tamadun manusia atau melanggar adab tabi'e manusia. Menurut dalam bahasa sainsnya, hubungan kelamin yang tidak menuruti sex sejagat yang sah dalam ketamdunan dan tatasusila serta ketertiban fitrah manusia.

Dalam hal ini, Islam amat melarang keras terhadap umatnya yang melakukan perbuatan ini. Ini terbukti sebagaimana yang dijelaskan dalam Al-Quran iaitu kisah zaman Nabi Lut di mana perbuatan itu telah dimurkai Allah s.w.t. sehingga seluruh umat Nabi Lut ketika itu ditimpa bala bencana akibat perbuatan yang menjijikkan ini.

Allah amat murka dan malah Nabi Muhammad s.a.w. juga dalam hadisnya tidak akan mengaku kita sebagai umatnya. Sekiranya kita terlibat dengan perbuatan terkutuk ini. Ini jelas kerana perbuatan ini amat bertentangan dengan amalan tamadun dan tatsusila kemanusiaan dan perbuatan itu juga mirip memiliki kepada ciri-ciri kehaiwanan. Namun begitu, tabiat haiwan juga tidak pernah berlaku dalam sejarahnya untuk melakukan hubungan sejenis sesamanya. Sedangkan manusia mempunyai anugerah akal untuk membezakan pasangannya. Jika begitu, dimanakah letaknya martabat manusia speasis ini ? Sudah pasti haiwan lebih mulia berbanding golongan manusia speasis ini yang jelas tidak bermoral.

Persoalannya mengapa perkara ini boleh terjadi? Apakah manusia sudah hilang nilai dan ciri-ciri kemanusiaan? Atau apakah manusia sudah kehilangan akal budi yang boleh membezakan antara kebenaran, kesesatan dan kebatilan?

Atau apakah ini menandakan tamadun manusia hampir runtuh dan gelap di mana sejarah keruntuhan dan kemusnahan zaman Nabi Lut akan berulang lagi? Atau umat akhir zaman ini cuba mencabar amaran Allah dan memandang remeh pengakuan Nabi untuk menerima sebagai umatnya?

Sememangnya sukar untuk memberikan jawapannya. Mengapa penyakit ini boleh terjadi? Adakah perbuatan ini berlaku berleluasa disebabkan ianya satu penyakit yang tidak boleh dielakkan ? Atau adakah perbuatan ini berpunca dari persekitaran alam, pengaruh budaya dan menuruti semata-mata nafsu serakah yang sedia tumbuh dalam diri seseorang itu.

Jawapannya barangkali menurut teori sainsnya mungkin perbuatan itu terdorong oleh kehendak sex gila yang dikatakan abnormal atau super-extra terbit dari jiwa seseorang itu. Atau akibat daripada ketandusan kaum wanita, seperti alam banduan, kelasi dan lain lain keadaan yang setara dengannya.

Islam hanya membenarkan sex secara sah sahaja, iaitu di antara isteri (perempuan) dan suami (lelaki). Kita juga tahu setiap aktiviti sex bermula dari keinginan yang memberahikan yang akan meningkatkan keinginan kedua-dua pihak yang berlainan jantina. Oleh itu, aktiviti kelamin tidak akan berlaku jika alat kelamin lelaki tidak berfungsi.

Tertanya-tanya difikiran kita, lelaki yang bagaimana boleh memberahikan lelaki lain? Atau pun lelaki yang bagaimana dapat menimbulkan keinginan lelaki lain untuk melakukan sex dan meliwatinya. Ramai yang berpendapat lelaki yang lemah lembut yang (sifat tabi'enya macam perempuan) atau pun pondan sahaja yang melakukan kerja terkutuk ini. Namun, tidak mustahil bagi si peliwat ini, yang biasa melakukannya akan melakukannya terhadap isterinya. Segalanya pasti kebarangkalian akan berlaku. Hanya perempuan yang menjadi isterinya sahaja yang mengetahui tabiat suaminya.

Kembalilah kepangkal jalan agar kita semua tidak ditimpa bala dari Allah s.w.t. sebagaimana yang berlaku kepada umat Nabi Lut a.s. Na'uzubillahi min zalik.. wALLAHu a'lam.

Doa Yang Kurang Mendapat Perhatian : (Doa Apabila Membalikkan Diri Pada Waktu Malam Ketika Tidur) :

Maksudnya :
Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Kuasa, Tuhan langit dan bumi serta segala yang berada di antara keduanya, Yang Maha Kuasa lagi Maha Pengampun.

- SELAMAT BERDOA & BERAMAL -

Isnin, 25 Januari 2010

Kenali Ulamak Terkemuka Dunia : (Syeikh Ali Goma'a) :

Syeikh Ali Goma'a adalah Mufti Besar Republik Arab Mesir. Beliau merupakan penguasa Sunni kedua tertinggi di Mesir selepas Syeikh Tantawi dan adalah salah seorang daripada ulama terkemuka di dunia. Sebelum dilantik menjadi Mufti, beliau adalah seorang profesor undang-undang di Universiti Al Azhar. Syeikh Ali bertanggungjawab mengendalikan Dar Al-Ifta' Al-Masriyyah, iaitu sebuah lembaga kajian hukum Islam yang terkemuka, di bawah Jabatan Kehakiman Mesir, yang mana bertanggungjawab untuk meluluskan peraturan-peraturan rasmi agama. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai beliau sila lawati AliGomaa.net.

Ahad, 24 Januari 2010

US DOLAR : LAMBANG MATA DAJJAL :



LAMBANG MATA DAJJAL ZIONIS YANG TERDAPAT DI WANG KERTAS DOLAR AMERIKA YANG BERMATLAMAT UNTUK MENAKLUKI SELURUH DUNIA


Penjajahan Belanda yang merupakan lanjutan proses memalapkan syiar Islam di seluruh dunia yang didalangi puak Yahudi Zionis dan rangkaian mereka. Usaha bangsa ini tidak pernah berputus asa bercita-cita mahu menakluki dunia, kononnya untuk memenuhi amanah Bani Israel sebagai bangsa "Pilihan Tuhan".

Maka dengan itu, dalam grand design atau rangka-kerja Zionis, bumi Islam mesti ditundukkan ke bawah telunjuk dan hala-tuju yang mereka inginkan. Melalui tangan-tangan ghaib mereka yang berjaya menyatukan kuasa-kuasa Barat untuk menjajah kerajaan-kerajaan Islam seluruh dunia, Yahudi Zionis telah memaksa empayar Uthmaniyah yang menaungi ummah sejak abad ke 16 supaya melutut apabila kalah dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918).

Akibatnya, wilayah selatan yang meliputi Jerusalem sehingga ke timur-laut pesisir Laut Merah juga sebahagian bekas empayar Parsi termasuk kerajaan purba Mesopotamia telah dibahagi-bahagikan di antara pihak yang menang untuk menerbitkan negara-negara Palestin, Trans-Jordan dan Iraq (di bawah Inggeris) dan Syria (Peranchis).

Keadaan ini bakal mewujudkan Israel sebagai Negara Haram yang diwujudkan 1948 Masihi untuk meliputi Jerusalem. Wilayah rebutan Islam, Kristian dan Yahudi itu sebenarnya adalah ‘keratan’ tanah Palestin yang diperolehi daripada Inggeris sebagai ‘hasil’ Perang Dunia Pertama. Rancangan untuk mewujudkan negara Yahudi boleh dibuktikan melalui Perisytiharan Balfour 1917 Masihi.

Perisytiharan oleh Setiausaha Luar British Arthur James Balfour itu berbunyi: " His Majesty’s Government view with favour the establishment in Palestine of a national home for the Jewish people, and will use their best endeavours to facilitate the achievement of this object, it being clearly understood that nothing shall be done which may prejudice the civil and religious rights of existing non-Jewish communities in Palestine, or the rights and political status enjoyed by Jews in any other country ". Maksudnya: " Kerajaan Yang Maha Mulia Raja (Raja British) melihat dengan anggapan baik penubuhan di Palestin sebuah tanah-air untuk orang-orang Yahudi, dan akan berikhtiar sebaik mungkin untuk memudahkan pencapaiannya, sambil memahami dengan nyata bahawa tidak ada apa-apa yang akan dilakukan yang boleh merugikan hak awam dan beragama masyarakat bukan Yahudi yang wujud di Palestin, atau hak dan status politik orang-orang Yahudi di negara-negara lain ".

Lihat. Bahasanya begitu ‘lembut’ diplomatik menunjukkan simpati terhadap segolongan manusia yang ‘memerlukan tanah-air’ sendiri serta azam Inggeris membantu mencapai matlamat ini. Fikirkan… Ketika perisytiharan dibuat, wilayah Palestin masih berada di dalam kekuasaan keSultanan Turki Uthmaniyah tetapi sudah ada pihak berani membuat azam sebegini. Bukankan ini bermakna penubuhan Israel sudah lama dirancang dengan penuh keyakinan? Bukankah ini menunjukkan wujud sebuah grand-design atau rancangan menyeluruh jangka panjang yang akan membawa kepada penubuhan negara haram Yahudi itu nanti?

Atas saranan Presiden Amerika Woodrow Wilson, sebuah pertubuhan negara-negara bersatu peringkat dunia dipanggil The League of Nations telah diwujudkan sejurus selepas Perang Dunia Pertama tamat 1918 Masihi. Pada 1922 Masihi, ia merangkumi lebih 50 buah negara lalu memberi laluan kepada pihak British atau Inggeris dengan mandat yang besar untuk mentadbir Palestin sehingga 1947 Masihi.

Mereka yang mengkaji lebih mendalam mesti tahu pertubuhan ini dianggotai banyak negara Eropah yang telah diperkudakan sebagai the international bankers, para peminjam wang Yahudi yang menguasai ekonomi dunia di sebalik tabir. Ia adalah lanjutan hasil-kerja perbincangan Kongress Zionis Sedunia pertama 1897 Masihi yang dipelopori seorang Yahudi dari Austria, Theodore Herzl, orang yang juga dikenali sebagai bapa Zionisma moden.

BAHAYA YAHUDI KEPADA UMAT ISLAM & MANUSIA :

JANGAN BIARKAN DIRI ANDA

TERUS TERTIPU DENGAN TIPU-DAYA

YAHUDI LAKNATULLAH






Benarkah akan berlakunya Perang Dunia Ketiga dalam masa terdekat ini ? Wallahu a'lam.. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Sesungguhnya, akal manusia tidak mampu mengatasi ilmu Allah mengenai perkara-perkara yang bakal berlaku. Namun, bagi Allah, tiada kemustahilan bagi-Nya untuk memastikan sesuatu itu berlaku walaupun mustahil bagi kita yang merupakan insan yang lemah lagi kerdil.


Mungkin kita masih terkejar-kejar harta dan wang ringgit demi untuk menampung angan-angan memiliki bunglow besar yang harganya berjuta dolar sebelum tahun 2020 atau memikirkan yuran universiti untuk anak-anak kita nanti yang mungkin akan melambung-lambung naik harganya nanti berdasarkan kadar inflasi dan kenaikan harga barangan serta khidmat sekarang?


Pernahkah kita fikirkan ada kemungkinan apa yang diangan-angankan itu tidak akan wujud lagi kerana perubahan ketara dunia yang mungkin akan terjadi tanpa disangka-sangka? Untuk memahami hakikat sebenar di sebalik semua ini, eloklah jika kita ambil tahu sedikit tentang perancangan Yahudi Zionis yang telah dirancang sejak zaman berzaman untuk menakluki dunia.


Dahulu, orang Yahudi adalah satu golongan manusia yang paling tidak disukai dan tidak boleh dipercayai di Eropah. Ini kerana sejarah beribu-ribu tahun membuktikan mereka sebagai sebuah bangsa yang suka mengambil keuntungan yang berlebihan, pandai "menyembelih" ketika berniaga, banyak tipu helahnya, bangsa yang janjinya tidak boleh dipakai dan gemar mengamalkan riba. Sedangkan semua agama termasuk Kristian, malah agama Yahudi asalnya yang dibawa Nabi Musa a.s. sendiri mengharamkan riba kerana diketahui kesan penindasannya terhadap masyarakat umum. Oleh kerana itulah pujangga Inggeris tersohor, William Shakespear menulis cerita teater The Merchant of Venice yang ada menyebut watak Shylock, seorang peminjam wang (contoh industri perbankan awal) Yahudi yang sengaja ingin menganiaya seseorang dalam memberi pinjaman wang kepada orang itu. Sehingga orang itu diminta untuk membayar dengan a pound of flesh, satu paun daging dari badannya sendiri jika tidak berjaya memulangkan pinjamannya dalam tempoh waktu yang ditetapkan.


Terdapat juga cerita-cerita lama Inggeris seperti Robin Hood dan Ivanhoe menyebut bagaimana orang Yahudi tidak dipercayai masyarakat lama England. Maka pecahan Bani Israel ini walaupun kaya-raya dari hasil perniagaan mereka yang berasaskan riba, tidak dihormati masyarakat lama Eropah apa lagi untuk diterima dikalangan bangsawan yang masing-masing diketahui dengan jelas asal-usul keturunan dan kemuliaan mereka. Ini kerana masyarakat dahulukala termasuklah orang Eropah sendiri tidak memandang tinggi kekayaan materialistik semata-mata. Ia mesti disertakan dengan akhlak yang mulia, akhlak bangsawan atau nobility, akhlak orang-orang yang mulia, ada sifat kesatriaan ataupun chivalry, suka menolong damsel in distress, orang-orang yang di dalam kesusahan, lagi bersifat jujur dan berani.


Masyarakat dahulukala masih tahu memandang tinggi akhlak mulia walaupun orang itu bukan kaya-raya. Ketinggian dan kemuliaan sesuatu bangsa boleh dikenali melalui budi pekertinya yang luhur, sedangkan orang-orang Yahudi ini mengharapkan agar diri mereka pula dihormati dan disanjung tinggi melalui kekayaan harta-benda yang dimiliki mereka. Begitulah cara orang buruk akhlak untuk mendapatkan perhatian masyarakat, dengan memperagakan kekayaan dan "membeli" jiwa manusia.


Menyedari bahawa kekayaan sahaja tidak cukup untuk meraih pengaruh dan kekuasaan, orang-orang Yahudi inipun mula merancang jalan untuk menyusup masuk ke pusat-pusat pemerintahan, yang paling utama istana raja. Sasaran utama mereka yang mula-mula sekali adalah para bangsawan, kerabat diraja dan raja-raja yang bodoh, mereka yang berasal dari keturunan yang mulia tetapi tidak beramanah dengan zat dan darah istimewa yang mengalir di dalam tubuh mereka, leka bersuka-ria sehingga berhutang keliling pinggang menyebabkan mereka terhutang budi lalu terikat dengan para peminjam wang yang rata-rata berbangsa Yahudi. Melalui bangsawan yang bodoh inilah, beberapa orang Yahudi dapat menempatkan diri mereka ke dalam istana malah menjadi ahli golongan bangsawan pula, lalu memainkan peranan dalam hal ehwal negara, bermula dengan bidang kewangan yang merupakan ‘kepakaran’ mereka turun-temurun.


Salah satunya, dengan cara memberikan nasihat-nasihat yang mulanya nampak baik supaya dipercayai raja sebelum mengemukakan cadangan berniat buruk tetapi kelihatan murni yang semakin menjurus ke arah mencetuskan kemarahan rakyat seperti terus-menerus menaikkan cukai, kononnya untuk memenuhi keperluan perbelanjaan kerajaan. Maka itu tercetuslah peristiwa Magna Carta yang membuka jalan kepada pengwujudan Parlimen yang membenarkan orang kebanyakan iaitu mereka yang bukan dari golongan diraja ataupun bangsawan sejati untuk mula memegang tampuk kekuasaan, kononnya sebagai wakil masyarakat setempat dan suara hati rakyat.


Walaupun sejarah rasmi mencatatkan, konsep Parlimen telah wujud lama sebelum itu, selepas Britain ditakluk golongan Norman dari tanah besar Eropah tahun 1066, dahulu ia sekadar sebuah majlis penasihat raja yang terdiri daripada golongan bangsawan berdarah raja, serta wakil-wakil tertinggi gereja. Malah ketika itu sudah wujud orang Yahudi buruk akhlak yang dianggap ‘bangsawan’ kerana berjaya ‘membeli’ pangkat kedudukan. Kehidupan mereka pada ketika itu setakat para peniaga biasa yang memiliki tanah yang luas dengan beribu-ribu pekerja.


Oleh kerana itulah, bangsa Yahudi mulai sedar bahawa bukan mudah untuk mendapatkan kekuasaan diperingkat tertinggi kerana golongan bangsawan sejati yang mempunyai susur-galur keturunan yang boleh dibuktikan kepimpinan keluarganya secara turun-temurun masih dipandang mulia dan tinggi. Masih mengatasi golongan ‘bangsawan’ palsu, Yahudi-yahudi yang berjaya membeli gelaran-gelaran bangsawan dan "kehormatan" serta sokongan daripada rakyat biasa yang kebanyakannya bekerja di ladang dengan harta kekayaan dan tipu-daya keji.


Dipertengahan abad ke 14, Sistem Parlimen dicipta dengan dua pecahan iaitu House of Lords untuk para bangsawan sejati dan House of Commons untuk wakil rakyat golongan kebanyakan. Sebenarnya para "bangsawan-bangsawan" palsu, "bangsawan-bangsawan" mata duitan yang merupakan pemilik hartanah luas ataupun land barons yang kononnya mewakili suara rakyat yang kebanyakannya bekerja dengan mereka atau di sekitar tanah-tanah luas milik mereka.


Walaupun House of Lords dahulukala lebih berkuasa kerana mewakili istana dan raja, sekurang-kurangnya sudah ada jalan yang diterima melalui prinsip kesaksamaan (konon) untuk membolehkan mereka yang buruk akhlak naik ke persada kekuasaan. Melalui House of Commonslah Yahudi dapat memasuki arena kekuasaan negara kerana pintunya sudah luas terbuka. Setelah berjaya mendapat kekuasaan dan pengaruh yang cukup, mereka mula mencari jalan untuk mencengkam House of Lords pula.


Ketika itu ramai lagi orang Yahudi telah menjadi kaya-raya dan dibenarkan memiliki tanah yang luas, juga akibat polisi raja-raja bodoh yang tidak menyedari ancaman serta rancangan licik mereka untuk menentukan hala-tuju pemerintahan negara nanti. Malah ada yang mendirikan rumah-rumah bertaraf istana dengan beratus-ratus malah beribu-ribu pekerja seolah-olah mereka betul-betul berasal daripada golongan bangsawan sejati. Ramai juga yang berjaya mendapat ‘kehormatan’ apabila berkahwin dengan wanita-wanita kerabat diraja selalunya kerana bapa atau ahli keluarga lelaki wanita itu yang tergolong dalam bangsawan sejati memerlukan duit, mungkin kerana banyak berhutang, terlalu banyak bersuka-ria sehingga akhirnya terhutang budi kepada Yahudi.


Inilah satu marriage of convenience, perkahwinan untuk kesenangan dua pihak yang bukan berdasarkan rasa cinta, kasih-sayang dan saling hormat-menghormati tetapi untuk win-win situation, ‘kemenangan’ kedua-dua pihak. Si Yahudi yang memiliki banyak duit mendapat nama dan prestij kebangsawanan sejati sedangkan bangsawan yang telah menjatuhkan maruah mereka kerana terlalu menurut nafsu pula memerlukan duit. Sementara itu, Yahudi-yahudi yang datuk-nenek moyang mereka telah terlebih dahulu mendapat tempat dikalangan lingkungan istana dan bangsawan sejati mula mendapat legitimasi ataupun pengiktirafan ramai yang hampir menyamakan kedudukan mereka dengan golongan bangsawan sejati yang memang berdarah raja. Ini kerana mereka adalah tuan tanah, anak kepada tuan tanah yang bapanya adalah tuan tanah dan datuknya juga tuan tanah. Sudah ada bukti ‘kepimpinan’ dalam keluarga.


Bermula dari sinilah, ada yang mula mendapat gelaran Lord, sebagai tuan tanah yang berpengaruh turun-temurun lalu berjaya menjadi ahli House of Lords. Setelah berjaya memegang kedua-dua cabang Parlimen ini, mereka mula mengusul dan mewartakan undang-undang dan perlembagaan yang sedikit demi sedikit menghakis kekuasaan raja, kononnya atas nama demokrasi suara hati rakyat untuk kepentingan sejagat. Dalam sedar tidak sedar, kekuasaan mutlak raja dan istana akhirnya dapat dihadkan kepada beberapa perkara tertentu sahaja seperti adat-istiadat dan agama untuk mewujudkan apa yang dikenali sebagai institusi raja berperlembagaan.


Apabila raja yang berperanan sebagai pelindung agama Kristian, agama yang seperti Islam juga mengharamkan riba sudah tinggal bayang-bayang, maka barulah puak Yahudi dapat menguasai kewangan negara secara menyeluruh melalui penubuhan Bank of England di mana segala urusniaga kerajaan berada di dalam kawalan dan penyeliaan mereka. Sejak itu, ribapun mula berakar umbi menjadi budaya Barat yang tidak mampu disanggah oleh mana-mana pihak lagi. Ketika itu, House of Lords juga telah hilang bisanya kerana pengaruh golongan bangsawan sudah jatuh, tinggal sedikit kuasa, harta dan nama sebagai lambang ‘ketinggian’ mereka. Sebaliknya House of Commons yang membenarkan lebih banyak manusia buruk akhlak memasuki bidang kepimpinanlah yang jauh lebih berkuasa, boleh menentukan hala dan arah tuju pemerintahan negara sampailah sekarang.


Cara yang hampir sama juga digunakan untuk menguasai Amerika Syarikat kerana negara itu asalnya diasaskan oleh the founding father atau pemimpin-pemimpin terawal mereka mengikut prinsip-prinsip dan ideal kemanusiaan yang tinggi, salah satunya pengwujudan suasana ekonomi bebas dan perniagaan tanpa riba. Tetapi akhirnya riba dan sistem bank ciptaan Yahudi bermaharajalela juga dengan kejayaan mereka mencipta Federal Reserve iaitu bank pusat Amerika.

INILAH ANTARA KEJAYAAN MEREKA (YAHUDI). BAGAIMANA PULA NEGARA KITA ? MAMPUKAH YAHUDI MENGUASAI NEGARA KITA ? BERWASPADALAH KITA.. APA YANG PASTI, MEREKA TETAP MERANCANG MENJATUHKAN ISLAM. SESUNGGUHNYA, ALLAH S.W.T. TELAH MEMBERI PERINGATAN KEPADA KITA DI DALAM AL-QUR'AN SEBAGAIMANA BERIKUT :
Firman Allah s.w.t. :
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu sehingga engkau menurut agama mereka. Katakanlah, "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya pengetahuan kepadamu, maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah sesuatupun yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu."
(Surah al-Baqarah : Ayat 120)

"Never will the Jews nor the Christians be pleased with you (O Muhammad (sallallaahu `alayhi wa sallam)) till you follow their religion.
Say: "Verily, the Guidance of Allah (i.e. Islamic Monotheism) that is the (only) Guidance.
And if you (O Muhammad (sallallaahu `alayhi wa sallam))
were to follow their (Jews and Christians)
desires after what you have received of Knowledge (i.e. the Qur'an), then you would have against Allah neither any Wali (protector or guardian) nor any helper".
wALLAHu a'lam.

UMNO KELANTAN TIDAK MENGAMBIL KESEMPATAN KEMELUT PAS :

BACHOK: Umno Kelantan tidak akan mengambil kesempatan terhadap pelbagai kemelut yang sedang dihadapi pentadbiran kerajaan negeri, sebaliknya menyerahkan kepada rakyat menilai sendiri kesan buruk baiknya kepada mereka pada masa akan datang. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata isu pelantikan menantu menteri besar dalam Perbadanan Menteri Besar (PMBK), Bazar Tok Guru dan cah keting meletakkan pentadbiran kerajaan negeri semakin bercelaru. "Kita tidak mahu dituduh yang bukan-bukan malah sekarang ini pun telah ada tomahan kononnya ia berpunca daripada angkara Umno walaupun kita tidak buat apa-apa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya kenapa Umno Kelantan tidak mahu mengambil kesempatan terhadap isu-isu itu yang dianggap oleh sesetengah pihak satu peluang terbaik untuk melemahkan Pas bagi menjamin kemenangan pada pilihan raya umum akan datang. Malah kata sesetengah pihak Umno sengaja memberi peluang kepada Pas menyerangnya dengan isu royalti minyak dengan merentang kain pemidang dan majlis ceramah di setiap jajahan di Kelantan. Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, isu bayaran pampasan sebanyak RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan seperti mana yang diputuskan mahkamah menyebabkan kedudukan kerajaan negeri semakin tertekan dan kehilangan punca.

Katanya, rakyat kini mula mempersoalkan kewibawaan pimpinan PAS yang selama ini mendakwa mereka lebih cekap mentadbir, telus dan tanpa kroni. "Apa yang dibuat oleh Umno sekarang dan akan datang akan terus berusaha mengubah keadaan itu supaya Kelantan mencapai kemajuan yang seimbang sebagaimana yang dinikmati oleh rakyat negeri lain," katanya. Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Bachok berkata, bagi merealisasikan hakikat itu rakyat Kelantan tiada pilihan lain selain memberi peluang kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negeri itu. - Bernama

SERUAN KEPADA MASYARAKAT BUKAN ISLAM - MARILAH MENYEMBAH TUHAN YANG SATU IAITU ALLAH S.W.T. :

Firman Allah s.w.t. :

Katakanlah (Wahai Muhammad) : "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah Yang bersamaan antara Kami Dengan kamu, Iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian Yang lain untuk dijadikan orang-orang Yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka Katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu Bahawa Sesungguhnya Kami adalah orang-orang Islam". (Ali 'Imran : 64)

Doa ketika bangun dari tidur : Bukti Kita Bersyukur Kepada Allah :

Maksudnya:
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.


Maksudnya:
Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya kekuasaan dan bagiNya pujian dan Dia berkuasa atas setiap sesuatu . Maha Suci Allah, Segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan upaya melainkan degan keizinan Allah. Ya Allah ampunilah daku.
- SELAMAT BERDOA DAN BERAMAL -

Doa Masuk & Keluar Tandas Yang Sering Dilupakan :

Maksudnya : "Dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina".
Maksudnya : "Aku memohon keampunan daripadaMu".
- SELAMAT BERDOA DAN BERAMAL -

Sabtu, 23 Januari 2010

PERMASYHURAN TUNKU IBRAHIM :

DAULAT TUANKU !!!

CATATAN BARU DALAM

SEJARAH KESULTANAN JOHOR

TUNKU IBRAHIM membaca watikah pemasyhuran baginda sebagai Sultan Johor ke-5 di Istana Besar, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU : 23 Januari 2010

Pemangku Raja Johor, Tunku Ibrahim Ismail, 52, dimashyurkan sebagai Sultan Johor yang kelima hari ini. Istiadat pemashyuran baginda diadakan di tangga Istana Besar, di sini pukul 1.08 petang. Watikah pemasyhuran Sultan Ibrahim Ismail dibacakan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.
Menurut Abdul Ghani, Sultan Ibrahim telah menandatangani watikah pemashyuran sebagai Sultan Johor di hadapan Jumaah Majlis Diraja Johor dan kaum kerabat Diraja Johor di Bilik Singahsana, Istana Besar, Johor Bahru.

‘‘Ketahuilah olehmu sekalian rakyat negeri kita daripada bangsa keturunan Melayu dan lain-lain keturunan dan ketahuilah juga olehmu sekalian yang berkenaan dengan negeri dan jajahan tanah air kita bahawa mengikut Fasal 8 Bagi Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor tahun 1895 kita. Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj telah menaiki tahta kerajaan.

‘‘Dan telah mengangkat sumpah di dalam Bilik Singgahsana di Istana Besar Johor Bahru pada pukul 10.15 pagi pada 7 Safar 1431 bersamaan dengan 23 Januari 2010 di hadapan jumaah pangkuan negeri menjadi Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri dalam jajahan Johor dan segala daerah takluknya bagi menggantikan Seri Paduka Ayahanda kita, Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail bertarikh di Istana Besar Johor Bahru pada 23 Januari 2010 dengan titah perintah Datuk Abdul Ghani bin Othman, Menteri Besar Johor,” katanya Abdul Ghani.

Pemashyuran itu dilangsungkan sebelum jenazah ayahanda baginda, Almarhum Sultan Iskandar dibawa ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini untuk istiadat pemakaman.
Sebaik sahaja selesai pembacaan watikah itu, Penasihat Majlis Agama Islam, Datuk Nooh Gadut membacakan doa kira-kira pukul 1.12 petang.

Selesai bacaan doa, kedengaran laungan ‘Daulat Tuanku’ sebanyak tiga kali dilafazkan oleh rakyat dan para hadirin. Ia diikuti dengan Majlis Perangkatan jenazah Almarhum Sultan Ibrahim dari Dewan Istana Besar menggunakan sebuah pedati dengan ditarik oleh Pasukan Istiadat dan Pegawai Badan Istiadat istana menuju ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah yang terletak kira-kira tiga kilometer. Pedati yang membawa jenazah Almarhum itu turut dinaiki oleh Tunku Bendahara Johor, Tunku Abdul Majid Idris Sultan Iskandar dan Raja Muda Johor, Tunku Ismail Ibrahim. Sultan Ibrahim Ismail bersama kaum kerabat lain berjalan kaki mengiring jenazah ke makam berkenaan sambil diiringi dengan tembakan meriam sebanyak 77 das, bersamaan dengan usia Almarhum.





Selain itu, kerabat-kerabat diraja dari negeri lain dan tetamu kehormat turut menuju ke Makam Diraja berkenaan. Hampir kesemua raja dan sultan di negara ini serta kaum kerabat mereka hadir pada majlis berkenaan yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isteri masing-masing.
Sultan Ibrahim Ismail menggantikan ayahanda baginda yang mangkat semalam pada usia 77 tahun setelah memerintah negeri ini hampir tiga dekad bermula 11 Mei 1981.

Petang semalam baginda dilantik sebagai Pemangku Raja oleh Jumaah Majlis Diraja Johor setelah menerima laporan kegeringan Sultan Iskandar daripada tiga pakar perubatan di Hospital Pakar Johor, di sini bahawa ayahanda baginda tidak dapat melakukan kerja-kerja raja.
Namun, Sultan Iskandar disahkan mangkat pukul 7.15 malam.
Sultan Ibrahim Ismail yang diputerakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah (HSA) merupakan putera sulung Almarhum Sultan Iskandar.

Baginda yang berjiwa rakyat telah dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor di Istana Besar Johor Bahru pada 3 Julai 1985. Hasil perkongsian hidup dengan Raja Zarith Sofiah Ibni Almarhum Sultan Idris Shah, pasangan diraja itu dikurniakan enam cahaya mata, lima putera dan seorang puteri iaitu Tunku Ismail Ibrahim, Tunku Aminah, Tunku Idris, Tunku Abdul Jalil, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Abu Bakar. Sultan Ibrahim Ismail mula mendapat pendidikan asas di Taman Didikan Kanak-kanak Tuanku Ampuan Mariam, Johor Bahru sebelum memulakan pelajaran formal di Sekolah Temenggong Abdul Rahman (1) Johor Bahru.

Baginda kemudiannya melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar School di Australia mulai 1968 hingga 1970. Sultan Ibrahim Ismail juga pernah mendapat pendidikan di Maktab Sultan Abu Bakar (English College Johor Bahru) dari 1971-1975. Baginda turut menerima pendidikan agama di Sekolah Agama Bukit Zaharah dan Sekolah Agama Air Molek Johor Bahru.
Setelah tamat persekolahan, Sultan Ibrahim Ismail telah dihantar ke Pusat Latihan Tentera Darat (Pulada), Kota Tinggi selama tiga bulan untuk menerima latihan asas ketenteraan.
Kemudian baginda ke Fort Benning, Georgia, Amerika Syarikat untuk latihan ketenteraan (Airborne dan Infantery Offices Basic Course) dan kemudian menyambung latihan di Fort Bragg, Amerika Syarikat.

Baginda turut menjalani latihan penerbangan helikopter di Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kluang dan seterusnya ke Fort Wracker, Amerika Syarikat untuk menjalani latihan lanjutan di Advanced Helicopter Flying‘s School dan menerima anugerah ‘sayap’ penerbangan.
Selain itu, baginda juga pernah melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang dan diplomasi dari Universiti Tuftf, Amerika Syarikat. Dalam bidang sukan, Sultan Ibrahim Ismail gemar bermain polo dan menunggang motosikal berkuasa tinggi serta sinonim dengan program Kembara Mahkota Johor yang melawat ke seluruh pelosok negeri ini.

RAKYAT JELATA TURUT MERASA SEDIH :



22 JANUARI 2010 : KEMANGKATAN AL-MARHUM SULTAN ISKANDAR : AL-FATIHAH :

7 HARI BERKABUNG...AL-FATIHAH..

SELEMPANG MERAH ingin merakamkan ucapan takziah kepada KDYMM Sultan Johor dan kerabat Diraja Johor di atas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada hari Jumaat 22 Januari 2010.

SELEMPANG MERAH mendoakan semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan roh baginda Almarhum Sultan Iskandar bersama orang-orang yang soleh.

Jenazah Sultan Iskandar dibawa ke Istana Besar
dari
Hospital Pakar Puteri, semalam.
RAKYAT BERKABUNG 7 HARI.
SEMUA MAJLIS RASMI NEGERI DIBATAL.
PERMASYHURAN SULTAN BARU HARI INI.
JOHOR BAHRU : 23 hb. Januari 2010 :
Sultan Johor, Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, yang memerintah Johor hampir tiga dekad, mangkat pada jam 7.15 malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri di sini kerana gering. Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di Pejabat Kerajaan Negeri, Bukit Timbalan, kira-kira jam 11.30 malam tadi.

Baginda yang meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 putera dan puteri, akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, kira-kira jam 2 petang ini. Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada jam 11.30 pagi Jumaat, 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984, baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan. Terdahulu, di Istana Besar di sini, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad, mengumumkan pelantikan Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail sebagai Pemangku Raja.

Pelantikan itu dibuat mengikut Fasal 9(1)(b) dan 9(2) Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895. Abdul Ghani pada sidang akhbarnya, berkata pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor pada jam 1 tengah hari di Istana Besar sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar. Beliau turut mengumumkan hari ini cuti umum untuk seluruh negeri Johor dan semua majlis rasmi termasuk hiburan serta keramaian dibatalkan, manakala tempoh berkabung ialah selama tujuh hari dengan semua bendera negeri dikibarkan separuh tiang bermula jam 6 pagi hingga 6 petang. Abdul Ghani berkata, baginda dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan kira-kira jam 5 petang kelmarin dan mangkat pada jam 7.15 malam tadi.

Katanya, manakala Istiadat pemakaman Diraja akan bermula pada jam 9 pagi ini di Dewan Besar Istana Besar di sini, dengan orang ramai boleh menziarahi jenazah sehingga jam 10.30 pagi. Menteri Besar berkata, mulai 11 pagi hingga 12 tengah hari pula adalah penghormatan terakhir untuk orang kenamaan dan kerabat Diraja. Beliau berkata, jenazah Almarhum akan dibawa dari Istana Besar pada jam 1.30 tengah hari sebelum disembahyangkan di Makam Diraja, Bukit Mahmoodiah pada 2 petang. Abdul Ghani yang baru pulang dari mengikuti lawatan Perdana Menteri di India, berkata semua masjid dan surau dikehendaki mengadakan majlis tahlil selama tujuh hari se lepas istiadat pemakaman jenazah. "Tempoh berkabung bagi kerabat Diraja ialah 40 hari manakala rakyat biasa selama tujuh hari," katanya. Peraturan berkabung bagi lelaki Melayu ialah bersongkok lilit putih dua inci manakala bagi bangsa lain ialah kain hitam lebar tiga inci di lengan kiri. "Bagi upacara pemakaman, lelaki Melayu berbaju Melayu teluk belanga serba hitam dan lilitan kain putih di songkok hitam dan bagi lelaki bukan Melayu, sut hitam bertali leher dan kain hitam tiga inci di lengan kiri," katanya.

Jumaat, 22 Januari 2010

Surau Di Muar Kena Bakar : Angkara Siapa ?






Dua surau di Muar menjadi sasaran dibakar awal pagi ini – sebuah daripadanya rosak teruk. Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengesahkan kedua-dua kejadian itu.

Kebakaran pertama berlaku di Surau Silaturahim di Jalan Ismail Omar manakala yang kedua di Surau Parit Beting di Jalan Sallehyang jaraknya kira-kira dua kilometer. Menurut Jalaluddin punca kebakaran di kedua-dua surau itu masih dalam siasatan dan dianggarkan setiap satu surau tersebut mengalami kerugian kira-kira RM300.

Ketika dihubungi Malaysiakini, timbalan ketua polis Muar, Lee Choon Guan berkata, kejadian pertama berlaku di Kampung Sabok Awor itu berlaku pada kira-kira jam 3 pagi manakala surau kedua menjadi sasaran kira-kira 46 minit kemudian.

Katanya, surau kedua itu rosak teruk dengan permaidani, pintu dan tingkapnya terbakar. Menurutnya, di surau pertama, hanya tirainya terbakar dan cermin tingkap pecah.Imam surau Kampung Sabak Awor, Haji Deris Sehan, 63, memberitahu bahawa penyerangnya menggunakan minyak tanah untuk membakar tirai itu.Katanya, seorang penduduk yang menyaksikan kejadian itu, terus menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, ACP Mohd Nasir Ramli berkata kebakaran di surau pertama itu disedari oleh tiga orang yang sedang menaiki sebuah kereta ketika lalu di lokasi kejadian. Menurutnya, apabila ternampak kebakaran tersebut, mereka memberhentikan kereta dan bergegas masuk untuk memadamkannya.Mengenai sama ada ia satu bentuk serangan ke atas surau tersebut, beliau berkata, pihak polis masih menyiasat.

Sementara kebakaran yang melibatkan pintu masuk ruang solat Surau Parit Beting, pula disedari pada pukul 11 pagi apabila seorang ustazah yang datang untuk mengajar agama di surau tersebut, sebelum membuat laporan polis pada jam 1.30 tengah hari tadi. Sejak 8 Januari lalu, beberapa tempat ibadat- sebahagian besarnya gereja – menjadi sasaran serangan bom api dan perbuatan vandalisme. Ia dipercayai berikutan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang mengetepikan larangan kerajaan ke atas bukan Islam daripada menggunakan perkataan Allah sebagai terjemahan bagi perkataan "God".

Ekoran itu, mahkamah berkenaan memutuskan bahawa mingguan Katholik, Herald, boleh menggunakan perkataan Allah dalam versi bahasa Malaysianya. Bagaimanapun, keputusan itu ditangguhkan sementara menunggu selesai rayuan oleh kerajaaan terhadapnya. Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata beliau telah dimaklumkan mengenai insiden oleh ADUN DAP Bentayan, Gwee Tong Hing. “Kita tidak tahu sama ada insiden itu ada sebarang kaitan dengan kes serangan ke atas beberapa tempat ibadat sebelum ini. “Tetapi ia pastinya akan meningkatkan lagi keresahan di kalangan rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Lim berkata, DAP mengutuk keras sebarang perbuatan seumpama itu yang menurutnya jelas bertujuan untuk mencetuskan rasa syak wasangska antara masyarat berbilang kaum dan agama di negara ini.

“Kita menggesa pihak polis supaya mempertingkatkan lagi siasatan dan mekanisme pemantauan untuk membawa mereka yang bertanggungjawab melakukannya, ke muka pengadilan, dan bagi mengelak insiden yang sama daripada berulang, demi memelihara kehidupan harmoni di kalangan rakyat kita,” katanya.

http://www.malaysiakini.com/news/122461
Bakar surau kerja orang tidak siuman - Idris

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 22 Jan: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menganggap mereka yang membakar Surau Silaturrahim dan Surau Kampung Parit Beting pagi semalam sebagai orang yang gila dan tidak siuman.

Orang yang waras akan datang ke surau itu untuk beribadat. Jika bukan Islam, mereka juga tidak akan bertindak sedemikian kecuali sudah hilang pertimbangan sebagai manusia yang normal.
Demikian kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataannya.Menurut Idris, Allah pasti akan menghukum sesiapa sahaja yang cuba memusnahkan rumahNya (Masjid-Surau) sebagaimana yang terkandung dalam Sural Al-Fil ayat1-5 ;"Tidakkah engkau lihat bagaimana Tuhan bertindak terhadap Tentera- tentera Bergajah? Tidakkah Ia jadikan rancangan jahat mereka (berakhir) dengan kesesatan (kegagalan)? Dan Allah telah melepaskan ke atas mereka burung-burung yang terbang berpasukan-pasukan. Sambil melontar ke atas mereka batu-batu yang pejal. Lalu Allah menjadikan mereka (binasa) seperti daun-daun yang dimakan ulat." Jika Allah tidak menghukumnya di dunia, Allah telah menyediakan janjiNya untuk menghukum mereka yang melakukan dosa tersebut diakhirat. “Dan engkau akan melihat pada hari itu orang yang berdosa terikat dengan belenggu-belenggu. Pakaian mereka daripada qatiran (bahan logam) yang panas, dan muka mereka ditutup dengan api neraka. Kerana Allah akan memberi balasan kepada setiap diri menurut apa yang dia usahakan. Sesungguhnya Allah amat cepat membuat hitungannya". Surah Ibrahim ayat 49-51)
Sehubungan itu, katanya, PAS mengingatkan agar pihak-pihak yang cuba menimbulkan provokasi dengan membakar rumah-rumah ibadat supaya menghentikan perbuatan bodoh mereka itu. Mereka sepatutnya berusaha untuk hidup dengan aman tanpa menyusahkan orang lain.
PAS, menurutnya, mahu kes ini disiasat segera oleh pihak polis dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke Mahkamah. PAS juga mengesa supaya jentera Penerangan dan Dakwah bersama Lajnah Perpaduan Nasional mengiatkan ceramah penerangan bersama rakyat serta dialog bagi memberikan penjelasan berhubung isu nama Allah serta memperkukuhkan semangat muhibbah kalangan rakyat pelbagai kaum.

Komen : Pihak pemimpin dan pihak berkuasa mesti menangani isu ini dengan bijaksana agar 13 Mei tidak berlaku lagi. Bagi kami seluruh umat Islam amat sensetif dengan isu ini. Semangat Slempang Merah masih membara bagi orang Melayu Islam.

Pewaris Kesultanan Johor :


TENGKU Mahkota Johor,
Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar
dilantik sebagai Pemangku Raja mulai hari ini.
Pengumuman dibuat Setiausaha Jemaah Majlis Diraja Johor,
Datuk Abdul Rahim Ramli,
berikutan kegeringan Sultan Johor,
Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail.
JOHOR BAHRU: Jumaah Majlis Diraja Johor sebentar tadi melantik Tengku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar, sebagai Pemangku Raja mulai hari ini. Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, berkata pelantikan itu berikutan kegeringan Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail. "Jumaah Majlis Diraja Johor memaklumkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar, Sultan Yang di-Pertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Takzim telah dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri Johor Bahru pada 22 Januari 2010 kerana kegeringan.

"Dengan itu, Jemaah Majlis Diraja Johor membuat keputusan di bawah pasal 9 (1)(B) dan 9 (2) Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1995. "Setelah menerima laporan kesihatan daripada pakar-pakar perubatan, bersetuju melantik Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar, Tengku Mahkota Johor sebagai Pemangku Raja pada hari ini, 22 Januari 2010 bagi menjalankan tugas raja semasa kegeringan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar. "Rakyat diminta berdoa supaya keadaan baginda sembuh sebagaimana sedia kala," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Tunku Ibrahim Pewaris Takhta Berjiwa Rakyat
KUALA LUMPUR: Tunku Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar yang dilantik sebagai Pemangku Raja Johor hari ini, adalah seorang pewaris takhta yang mempunyai banyak keistimewaan. Mewarisi sifat prihatin ayahanda baginda, putera sulung Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, itu bukan hanya mempunyai latar belakang akademik dan pencapaian membanggakan tetapi baginda juga cukup disenangi kerana keperibadian yang menawan hati rakyat. Mesra disapa sebagai TMJ (Tengku Mahkota Johor), Tunku Ibrahim, 51, cukup sinonim dengan Program Kembara Mahkota Johor, aktiviti berteraskan kerja-kerja sosial yang diilhamkan baginda sejak 2001.

Konvoi motosikal berkuasa tinggi itu yang dijadikan acara tahunan, membawa baginda dan rombongan pengiringnya terdiri daripada Menteri Besar dan pegawai negeri lain ke semua lapan daerah di Johor yang menyaksikan Tunku Ibrahim dan rombongan melaksanakan pelbagai projek kebajikan sepanjang laluan konvoi. Sikap prihatin dan kesungguhan baginda untuk turun padang bagi melihat sendiri kehidupan dan menyelami susah senang masyarakat membina kredibiliti baginda sebagai pewaris takhta yang mesra rakyat. Semasa kembara pertamanya pada 2001, Tunku Ibrahim tidak kekok untuk mendokong dan mendodoikan seorang bayi yang terlentuk di bahu baginda.

Ketika melawat Kampung Temiang di Muar, baginda sempat menjamah ubi rebus yang menjadi makanan rakyat dengan begitu berselera serta memuji pembuat sambal ubi rebus, iaitu seorang nenek yang terharu dengan pujian Tunku Mahkota Johor. Kesungguhan baginda untuk merasai kehidupan seharian rakyat jelata di situ jelas terserlah apabila pada satu ketika baginda meneguk air tebu dalam bungkusan plastik yang dihulurkan oleh seorang penduduk. Tidak bersendirian, aktiviti turun padang itu memecah tembok pemisah antara istana Johor dan rakyat apabila Tunku Ibrahim turut membabitkan isteri, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, dan putera-puteri baginda dalam ekspedisi itu. Tunku Ibrahim yang menikahi Raja Zarith Sofiah pada 1982 dikurniakan lima putera dan satu puteri, iaitu Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar, Tunku Amina, Tunku Idris, Tunku Abdul Jalil, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Iman.

Diputerakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu, putera sulung daripada 10 adik-beradik itu dilantik sebagai pewaris takhta Negeri Johor apabila ditabalkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981. Baginda pernah dilantik sebagai Pemangku Raja pada 25 April 1984 semasa Sultan Iskandar dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelapan. Tunku Ibrahim menerima pendidikan awal di Sekolah Temenggong Abdul Rahman Satu, Johor, dan kemudian belajar di Trinity Grammar School, Australia, pada 1968 hingga 1970 sebelum meneruskan pelajaran menengah di Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB). Pewaris takhta itu menerima pendidikan agama di Sekolah Agama Bukit Zaharah dan Sekolah Agama Air Molek, Johor Baharu. Setelah tamat pengajian peringkat menengah, Tunku Mahkota dihantar oleh ayahanda baginda ke Pusat Latihan Darat (Pulada), Kota Tinggi untuk menerima latihan asas ketenteraan selama tiga bulan. Bagi melengkapkan lagi pengetahuan baginda dalam asas ketenteraan, Tunku Ibrahim yang segak itu dihantar ke Fort Bening, Georgia, Amerika Syarikat untuk mengikuti Kursus Asas Pegawai-Pegawai Infantri dan Udara. Baginda kemudiannya mengikuti latihan lanjut ketenteraan dalam Kursus Pegawai-Pegawai Pasukan Khas di Fort Bragg, Amerika. Sekembalinya baginda ke tanah air, Tunku Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Komander, Angkatan Tentera Johor. Baginda menghadiri kursus latihan helikopter di Pangkalan Tentera Kluang dan menerima sayap selain menamatkan tugas latihan selama dua bulan dalam Tentera Laut Diraja Malaysia. Tunku Ibrahim juga sangat berminat dalam bidang sukan, khususnya polo yang telah membawa baginda menyertai kejohanan sehingga ke peringkat antarabangsa, termasuk Singapura, Manila dan Brunei. Turut menjadi kegemaran baginda ialah sukan tenis, luncur layar, menembak dan memandu kereta. - Bernama