Sememangnya sudah menjadi lumrah iklim berpolitik. Adakalanya ribut petir, atau hujan panas di tengah hari, atau mendung, atau cerah dan seumpama dengannya.
Bangsa bukan Melayu tetap sama perjuangan mereka dari dulu, kini dan selamanya untuk membela bangsa pendatang mereka walaupun berlainan parti sama ada di dalam MCA, MIC, DAP, PKR dsbnya.
Orang kita bagaimana ? UMNO dari dulu, kini dan selamanya akan memperjuangkan bangsanya Melayu dan Islam.
Adapun PAS pula, perjuangannya hanya untuk Islam dan bukan kepada bangsa Melayu. Namun kini PAS telah tersasar jauh dari landasannya. Maka, boleh dikatakan sebagai Parti Ajaran Sesat dalam istilah berpolitik.
Manakala PKR lebih memperjuangkan pemimpinnya Bang NoWar yang tk habis2 dgn kes "Liwat"nya. Namun tiada kesudahan. Semakin hari PKR bakal karam bagaikan kapal Titanic yang nampak hebat pada awalnya dan akhirnya bakal karam dalam masa terdekat.
Oleh itu, mengenai isu hangat sampah-sampah politik pada hari ini..ialah; ianya memberi peringatan kepada kita atau pimpinan tertinggi UMNO khususnya mestilah menanamkan semangat jati diri kepada semua ahli UMNO. Walau bagaimana keadaan sunami yang datang melanda, semangat mempertahankan UMNO/BN mesti teguh. Jika pemimpin tertinggi tidak betul, ada caranya untuk kita memperbetulkannya. Kalau tidak boleh diperbetulkannya, kita gantikan orang lain yang lebih baik darinya. Janganlah sampai kita keluar parti. Isu permasaalahanini sejak zaman Dato' Onn Jaafar lagi krisis dalaman parti sebenarnya terlalu banyak merugikan orang Melayu dan Islam khususnya.
Apa yang saya perhatikan, jika berlaku sesuatu isu dalaman.. maka akan wujud mahu keluar parti dan masuk parti baru seolah-olah giler kuasa dengan harapan masuk parti baru boleh dapat jawatan yang lebih baik dari parti sebelumnya.
Ingatlah, perjuangan UMNO/BN bukanlah mengejar pangkat dan harta, tetapi kita mestilah ikhlas memperjuangkan nasib bangsa kita di buminya sendiri dan Islam sebagai agama yang kita anuti. Jika bukan kita yang memperjuangkannya, siapa lagi yang boleh kita harapkan ?
Mana mungkin kita mahu mengharapkan Karpal Singh, atau Lim Guan Eng, atau Lim Kit Siang atau tali barut penjajah Bang NoWar ?
Wahai bangsa ku dan yang seagama denganku. Terlalu hinakah UMNO sehingga dilabelkan dengan pelbagai tohmahan. Mulia sangatkah PKR dan PAS dalam Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh Anti Islam ? Jika kita rasa kita hebat untuk mentadbir negara, mengapakah bukan kita sahaja yang menjadi pemerintah. Adakah UMNO dari mula penubuhannya tidak memperjuangkan bangsanya dan agamanya (Islam) ? Hebat sangatkah PAS sehingga mengatakan bahawa dalam UMNO tiada lagi ustaz-ustaz yang mampu menegur pemimpinnya kerana semuanya telah menyokong PAS ? Ingatlah, nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah lari dari kaumnya kafir Quraisy sehingga diperintahkan oleh Allah s.w.t. agar berhijrah ke Madinah. Namun, baginda Rasulullah s.a.w. tetap sama dari mula sehingga akhir hayatnya untuk memperbetulkan akidah umatnya dengan cara berdakwah sehingga akhir hayatnya. Malu seribu kali malu jika kita riak, takbur, 'ujub dan seumpama dengannya sehingga mendabik dada dengan mengatakan "akulah golongan yang terbaik bersama Parti Islam (PAS) yang sekadar nama sahaja yang belum tentu ikhlas memperjuangkan Islam. Jika PAS terlalu hebat, mengapakah tidak menghantar pemimpin dan ahlinya berjuang membantu umat Islam di Palestin yang sememangnya di tindas Yahudi. Mengapakah tidak membantu rakyat Iraq apabila mereka di serang Amerika ? Janganlah anda mendabik dada hanya sekadar "Jaguh Kampung" dan bila ke gelanggang lain bagaikan "Rusa Masuk Kampung".
Oleh itu, ingatlah !!!
Tiada manusia dikalangan kita yang bertaraf maksum seperti nabi dan rasul kecuali dia tergolong sebagai golongan syiah. Oleh itu, kita tidak akan terlepas dari sebarang kesilapan walaupun dosa kecil. Walaupun kita bertaraf ulama, ustaz/ustazah dan lain-lainnya, belum tentu kita ketahui takdir akhir hayat kita. Dengan demikian, bila kita "Fikir Sesaat Adalah Lebih Baik Daripada Hidup Seribu Tahun" yang membawa kehancuran kepada agama, bangsa dan negara jika hanya semata-mata mengikut kehendak hati, rasa dan nafsu. Malah, "Janganlah Kerana Seekor Nyamuk , Habis Sekelambu Dibakarnya".
wALLAHu a'lam.
2 ulasan:
minat politik ya...
salam ijad..
ya dan berpolitik memang sebahagian daripada hidup di akhir zaman ini. malah, tiada nas al-Qur'an dan al-Hadis yang melarang umatnya berpolitik. apa yang penting, matlamat kita berpolitik adalah untuk memperbetulkan keadaan mengikut kemampuan kita berlandaskan al-Qur'an dan al-Hadis.
wALLAHu a'lam..
Catat Ulasan