Dunia Islam Kehilangan Seorang Tokoh Ulamak Tersohor Dunia :
Al-Fatihah.
Kebanyakan sahabat al-Marhum terperanjat kerana tidak menyangka bahawa beliau akan meninggal dunia. Walau bagaimanapun mereka tetap yakin bahawa ianya adalah ketentuan ilahi jua. Ini kerana sebelum berangkat al-Marhum berangkat ke Arab Saudi, al-Marhum kelihatan sihat dan tiada tanda-tanda kurang sihat atau sebagainya.
Syeikhul Azhar iaitu Syeikh Sayyid Dr. Muhammad Sayyid Thantawi, meninggal dunia akibat serangan jantung pada hari Rabu (10/3/2010), ketika kunjungannya ke Arab Saudi. Sebagaimana yang dijelaskan oleh salah seorang pegawai di al-Azhar yang telah dirujuk dalam beberapa media Timur Tengah. Abdullah el-Naggar, seorang sahabat terdekat Syeikh mengatakan kepada media Mesir, kematian itu suatu kejutan bagi ahli keluarga dan sahabat dekatnya. Dia mengatakan, sebelum berangkat ke Arab Saudi, Syeikh tampak dalam "kesihatan yang sangat baik."
Tanthawi adalah pimpinan lembaga ulamak, Majma' ul-Buhuts al-Ismiyyah di bawah Yayasan Al-Azhar. Majma' ul-Buhuts al-Islamiyyah, merupakan salah satu lembaga fatwa Islam yang sering dijadikan rujukan masalah hukum-ahkam.
Seorang sahabat Thantawi, Ashraf Hassan, mengatakan kepada Reuters, bahawa Mohamed Wasel, wakil Thantawi diharapkan akan menggantikan sementara dan mengambil alih kepimpinan Al-Azhar sehingga perlantikan rasmi pengganti yang baru.
Tahun 2008 lalu, media Israel sempat mengheret Sayyid Thantawi, dengan isu panas disebabkan al-Marhum bersalaman dengan mantan Perdana Menteri Israel Simon Perez.
Namun dalam keterangannya, Pejabat Syeikhul Azhar menyatakan bahawa hal tersebut adalah sekadar berjabat-tangan atau bersalaman biasa sebagaimana lazimnya. Thantawi juga bersalaman dengan Perez tanpa adanya motif tertentu, ujarnya.
Sebelum ini, al-Marhum Syeikh juga sempat menjadi perhatian dunia, ketika melarang penggunaan penutup wajah (jilbab/niqob) untuk pelajar di kawasan Al-Azhar.
Para murid diarahkan untuk jilbab/niqobnya selama mereka berada di sekolah. Sebagaimana diketahui, Universiti Al-Azhar merupakan salah satu pusat utama pendidikan sastra Arab dan pengajian Islam Sunni terbesar dan tertua di dunia. Universiti ini menghubungkan dengan masjid Al-Azhar di wilayah Kaherah. Sehingga kini, universiti ini menjadi tempat mahasiswa Muslim dari seluruh pelusuk dunia untuk menimba ilmu di universiti tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan