Islam Agama Keamanan



Member Bloger :

Rabu, 18 November 2009

BERTEMANKAN MUNAFIK DAN ANTI ISLAM MENURUT PANDANGAN ISLAM :

Apakah hukum jika kita bersekutu dengan orang munafik ?
Bagaimana sikap kita (umat Islam) terhadap teman yang bukan muslim?

Dalam surah An Nisaa' Ayat 138 - 140, Allah s.w.t. berfirman :

بَشِّرِ الْمُنَافِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا ﴿١٣٨﴾الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاء مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ أَيَبْتَغُونَ عِندَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ العِزَّةَ لِلّهِ جَمِيعًا ﴿١٣٩﴾وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ ﴾الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا ﴿١٤٠
Maksudnya : "Khabarkanlah kepada orang-orang munafik bahawa mereka akan mendapat siksaan yang pedih (iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka Sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah. Dan sungguh Allah telah menurunkan kekuatan kepada kamu di dalam Al Quran bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), Maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki perbicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Neraka Jahannam".
(QS. An Nisaa : 138 – 140)

Ibnu Katsir mengatakan bahawa makna dari firman Allah s.w.t. بَشِّرِ الْمُنَافِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا “Khabarkanlah kepada orang-orang munafik bahwa mereka akan mendapat siksaan yang pedih” iaitu bahawa orang-orang munafik yang memiliki sifat : beriman kemudian kafir maka hati mereka tertutup kemudian Allah menyifatkan bahawa mereka adalah orang-orang yang menjadikan orang-orang kafir sebagai pelindung dengan meninggalkan orang-orang beriman, ertinya bahawa mereka (orang-orang munafik) pada hakikatnya bersama mereka (orang-orang kafir), memberikan kesetiaan dan kasih sayangnya kepada mereka lalu jika bertemu dengan mereka maka orang-orang munafik itu mengatakan, "Sesungguhnya kami bersama kalian, sesungguhnya kami hanya mengolok-olok orang-orang beriman dengan penampilan kami yang seolah-olah bersama dengan mereka".

Hari ini di dalam politik Malaysia semakin ramai golongan munafik telah muncul untuk membina pengaruh politik, golongan parti di dalam DAP dan PKR yang seringkali ingin memperlekehkan Islam pun sekarang ini demi meraih kuasa politik sanggup menunjukkan mereka ini berdamping dengan Islam dengan niat untuk meraih sokongan, semuanya kerana ingin merebut hati umat Islam (Sokongan Bangsa Melayu).

Orang bukan Islam ini sebenarnya jika tidak mendapat sokongan dari orang Islam sendiri mereka tidak akan berani untuk mempersoalkan Islam dengan kekuatan yang mereka ada, tetapi malangnya apabila wujudnya watak seperti Anwar Ibrahim di kalangan umat Islam.
Akhirnya ia menyebabkan satu persatu institusi Islam di Malaysia dipersoalkan, dari tindakan Islam disamakan dengan keganasan, pendakwah Islam dihina, bilangan masjid di Malaysia dipersoalkan hinggalah kedudukkan Islam di sudut perlembagaan pun dipertikaikan.

Hari ini kita melihat Parti Islam (PAS) pun sanggup bersekongkol dengan DAP, kata Tuan Guru Haji Hadi Awang : " Kita berkawan dengan DAP kerana kita tidak wala' dengan DAP, kita hanya berkawan untuk menjatuhkan musuh yang sama".

Asalnya hanya berkawan dengan DAP dan PKR dalam pakatan untuk menumbangkan BN/UMNO dalam PRU12. Namun setelah berakhir Konvesyen Pakatan Rakyat di Shah Alam baru-baru ini, kini PAS sudah menjadi tunjang dan berada di dalam Pakatan Rakyat. Maknanya PAS pun sudah tentu akan mula wala' dengan apa sahaja kandungan yang wujud di dalam Pakatan Rakyat.

Oleh itu, apa sahaja yang terkeluar dari mulut pemimpin DAP ia akan melambangkan mulut suara PAS, kerana mereka berada di dalam satu gabung. Apa sahaja yang terkeluar dari mulut PAS, ia juga adalah suara DAP. PAS mengatakan mereka menjalinkan ikatan dengan DAP dan PKR kerana mereka ingin berdakwah kepada anggota bukan Islam di dalam parti tersebut.
Adakah semudah itu umat Islam boleh percaya kepada Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, Tian Chua ataupun Elizabeth Wong untuk menerima Islam???!!! Kerana orang-orang inilah yang ingin menyokong IFC dan memperjuangkan hak kesamaan dan kebebasan suatu pemikiran yang jauh menyimpang dari apa yang diperjuangkan oleh agama Islam.

Islam sendiri ada peraturan yang ditetapkan di dalam Al-Quran untuk diikuti oleh umatnya. Oleh itu, bagaimanakah Anwar dan pemimpin Islam di dalam Pakatan Rakyat boleh menyokong apa jua yang akan dikatakan oleh pimpinan yang mempunyai lidah tidak bertulang itu.

Mursyidul Am PAS juga seringkali mengatakan dalam Islam tiada hak istimewa, benarkah begitu??? Sedangkan di zaman Khulafa' Ar-Rashidin, orang Parsi telah diberi hak istimewa di negara mereka kerana bimbang tanah-tanah di Parsi akan dibeli oleh orang Arab yang ingin mencari kekayaan di benua Parsi.

Tindakan Menteri Besar Kelantan itu, menyokong DAP dalam isu hak keistimewaan ini dilihat lebih kepada permainan politik untuk mengekalkan kuasa. Sedangkan Islam sendiri membela hak penduduk asal di atas nama keadilan.

Oleh yang demikian, wajarkah umat Islam memberikan sokongan kepada tindakan yang dilakukan oleh Mursyidul Am PAS itu dalam tempoh sekarang, sekiranya ia merugikan umat Islam.

Sesungguhnya Allah s.w.t. menegaskan jangan memberikan wala’ (kesetiaan) dan kecintaan kepada orang bukan mukmin, berdasarkan firman-Nya : "Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin".
(QS. Ali Imran : 28)
Firman Allah s.w.t. lagi : "Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, Sekalipun orang-orang itu orang tua, atau anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka".
(QS. Al Mujadalah : 22)
Namun begitu, sekirannya Allah juga menyarankan kita agar melindungi orang bukan Islam sekiranya orang bukan Islam itu tidak ingin memerangi Islam. Dalam konteks Malaysia hari ini, di antara DAP dan MCA tentu kita dapat mengagak golongan mana yang selalu mempertikaikan dan menyerang kedudukan Islam. Anda sendiri boleh menilainya. Sudah pasti DAPlah seringkali anti Islam, sama ada dari segi percakapan dan perbuatan mereka berbanding MCA yang lebih bertoleransi bersama Islam (UMNO) dalam BN.
Firman Allah s.w.t. : "Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil".
(QS. Al Mumtahanah : 8)

Tiada ulasan: