Islam Agama Keamanan



Member Bloger :

Ahad, 15 November 2009

NIK AZIZ MENANGIS DAPAT "HAJI SERAMBI MEKAH ":

NIK AZIZ MENDAPAT "HAJI SERAMBI MEKAH" DI KELANTAN
JIKA NIATNYA MENGERJAKAN HAJI TAHUN INI
DENGAN DUIT SPONSER DIBATALKAN.
Dalam tahun 1999, Nik Aziz pernah menangis ketika berdoa di Stadium Kota Bharu supaya Allah melaknati Tun Dr. Mahathir.
Dalam politik, kita bukan sahaja perlu (dan wajib) petah lidah untuk berpidato memburukkan orang, musuh politik, putar belit dan menjilat sahabat sealiran, sebagaimana Anwar Ibrahim amalkan. Ahli politik juga perlu pandai berlakon menangis sebagai tanda mereka sedih untuk menarik simpati orang ramai. Selalunya orang menangis di tempat awam kerana kehilangan keluarga sebagaimana tragedi Dipang, Perak atau gempa bumi di Padang.
Kalau orang biasa macam kita menangis, orang akan kata, lelaki dayus atau lelaki manja. Jantan mana boleh menitis air mata. Macam pondan yang kita usik dengan memberitahu, kat dalam seluar ada lipas. Sepanjang menerajui Kelantan, ini merupakan ‘rasuah’ yang pertama kali diterima. Andai kata Nik Aziz adalah orang UMNO, apa kata ulama PAS! Dia akan kata, orang UMNO hendak pergi Mekah berjumpa Allah pun masih melakukan rasuah! Haji Marlboro katakan... Tapi dalam kes kali ni, jadi kes "Haji Serambi Mekah".
Nik Aziz ‘Terkandas’ Sebelum Pergi Mekah?
Nik Aziz dikatakan terpaksa membatalkan hajatnya untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Puncanya, haji Marlboro Nik Aziz tahun ini ditaja oleh orang tertentu. Kalau yang menaja itu orang biasa yang tidak ada kena mengena dengan urusan tender, isu ini mungkin tidak sehangat sekarang. Malah, kita akan mengatakan, bahawa itu adalah rezeki Nik Aziz. Masalahnya orang yang menaja hajinya tahun ini, ada ’syer’ dalam projek tertentu di Kelantan.
Apatah lagi Nik Aziz mengaku dan tidak menafikan menerima tajaan tersebut, sebab perkara ini benar berlaku. Maklumlah.. Nik Aziz tidak boleh terima, wang berkenaan digelar sebagai ‘makan suap’. Mana boleh menerima makan suap kerana ia merupakan rasuah dan haram. Kalau wang suap dianggap rasuah, maka PAS tidak terima.
Walaupun begitu, sekiranya wang berkenaan dipanggil ’suap makan’ itu tak apa. Yang haram jadi halal dan yang halal boleh jadi ‘terhalal’. Sama juga kerjasama dengan orang Islam dalam politik UMNO dikatakan haram dan halal menjadi balaci DAP yang terang-terang menolak Islam!
Dulu Nik Aziz ada memberitahu, “Kalau di zaman Nabi dahulu baginda pernah dihalang oleh orang Quraisy daripada memasuki Kota Makkah, maka kini saya (Nik Aziz) dihalang daripada niat untuk mengerjakan haji di tanah suci itu oleh Quraisy Malaysia.

KALAU Nik Aziz setaraf Nabi (jauh panggang dari api), Lim Kit Siang menjadi Saidina Abu Bakar, sahabat paling rapat yang dijamin syurga oleh PAS (konon-kononnya).
Jangan setarafkan status Nabi dengan kedudukan Nik Aziz sebab perjuangan mereka tidak sama, ibarat membandingkan kecantikan di raut wajah muka dengan selipar yang dipakai di tapak kaki atau jauh bulan dari bumi. Manakala orang Quraisy yang menghalang Nabi memasuki Mekah tidak sama dengan orang yang anti-Rasuah.

Kita semua kena ingat..Sekiranya wang berkenaan bukan dikatakan rasuah, jadi apa kategori wang tajaan yang boleh Nik Aziz jelaskan kepada kita semua!

Adakah ia sebagai Sedekah! atau dipanggil Wang Royalti Projek!


Tambahan lagi, yang membatalkan niat untuk menunaikan ibadah haji bukannya kerana Tabung Haji atau SPRM sebagai penyebab, sebaliknya Nik Aziz sendiri. Beliau boleh menggunakan wangnya untuk menampung perbelanjaan sekiranya berniat hendak menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Jangan salahkan orang lain pula. Itulah propaganda halus yang tidak boleh kita bezakan dan perlu diperjelaskan dengan sejelas-jelasnya. Lagipun Nik Aziz bukannya tidak pernah mengerjakan ibadah haji untuk dirinya. Entah sudah berapa kali dia sudah mengerjakannya. Apalah salahnya jika memang wujud sponser tersebut sehingga RM65,000.00 diberikan kepada rakyat Kelantan yang tidak berkemampuan mengerjakan ibadah haji. Ada juga faedahnya membantu rakyat. Ini tidak..

Perlu diingat, jikalau Nik Aziz tidak pergi menunaikan ibadah haji tahun ini, orang tetap akan sanjunginya sebagai Tok Guru dan tetap menjadi Musyidur Am PAS. Mencarut, menghina, mengaibkan dan memburukkan orang Islam terutamanya pemimpin dan ahli UMNO.., Nik Aziz masih tetap dan berpencen digelar Tok Guru, jadi apa yang perlu dirisaukan? Melainkan Nik Aziz menyerah borang keahlian menjadi ahli UMNO, orang PAS akan kata Nik Aziz Ulama Sesat atau Ulama Pelacur atau Pelacur Ulama sebagaimana ‘dibrandkan’ kepada Mufti Perak, Datuk Harussani.

Adapun wang sebanyak RM65,000.00 yang diterima oleh Nik Aziz, bagi tujuan membiayai hajinya selama dua minggu di sana bolehlah disedekahkan kepada rumah anak yatim atau diletak di tabung-tabung di dalam masjid atau membeli lembu untuk dikorbankan. Sekurang-kurangnya rakyat Kelantan dapat merasai secebis daging hasil sedekah dari Nik Aziz sebelum dia bersara menjadi Menteri Besar.

Wallahu a'lam..

4 ulasan:

LegendZ berkata...

salam..

smoga Allah mberikan kita smua taufiq dan hidayah..

Antara salah satu sifat khususiyyah Islam adalah 'Inqilabiah' yang bermaksud trtegaknya Islam seiiring jatuhnya Jahiliyyah..tiada kompromi walau setitis air kotoran jahiliyyah sekalipn..

"pada hari ini aku telah smpurnakan bg kamu agama kamu (islam),aku telah cukupkan nikmatku, dan aku redha Islam itu agamamu" Al-Maidah 3

Selempang Merah berkata...

salam Aizat..

ya.. semoga Allah s.w.t. memberi taufiq dan hidayah kepada kita semua..

Islam memang tidak pernah berkompromi kepada sesiapa sahaja di dunia. Walaupun manusia hanya mampu menilai diri seseorang secara zahir, tetapi ALLAH Maha Mengetahui siapakah di antara hamba-Nya yang ikhlas dan bertaqwa kepada-Nya.

Sebab itu, taqwa tidak boleh dinilai secara zahir kerana taqwa terletak pada hati seseorang..

Wallahu a'lam..

Parti Islam SeMalaysia Zon Bukit Beruntung berkata...

Salam..
tak sangka..
Ayat Quran bukan main banyak dikait.
Hadis bukan main lunak dimulut..

Nik Aziz yang ko tak tau ye ke idak rasuah tu kamu hina dan maki!
najib yang sah dayus bila biarkan bini tak tutup aurat kamu sokong!

Hinalah kamu wahai manusia yang bermain-main dengan ayat-ayat Allah!

boleh bagi satu hujah yang membolehkan Najib membiarkan isterinya membuka aurat?
tolong..

Selempang Merah berkata...

salam Parti Islam SeMalaysia Zon Bukit Beruntung..

Hal masalah Najib dgn isterinya, itu tanggungjawab dia sebagai suami, apa yang penting kita mesti menasihati mereka dgn memberi dorongan agar memerintahkan semua isteri-isteri orang Islam agar menutup aurat. Sesungguhnya Allah s.w.t. sahaja yang berkuasa mutlak untuk memberikan hidayah kepada hamba-Nya. Yang penting usaha dakwah mesti diteruskan bukan kerana politik, tetapi kerana Allah s.w.t. Itu yang mesti kita perbetulkan.

Apa yang penting, tiada manusia yang mampu terhindar dari melakukan dosa besar atau kecil, kecuali para nabi dan rasul.

Yang pastinya, tidak kira kedudukkan kita, sama ada pemerintah, atau golongan ulamak, dan sebagainya tidak terlepas daripada melakukan dosa. Dosa yang paling mudah kita perolehi sebagai umat akhir zaman ini ialah maksiat mata, kecuali jika kita buta. Kita tidak mampu membutakan mata atau memejamkan mata untuk mengelak maksiat. Mungkin boleh mengundang kemalangan maut hanya kerana memejamkan mata ketika amoi melintas di tengah jalan raya. Kecuali kita tinggal seorang diri di hutan atau di gua.

Manakala kes T.G. Nik Aziz yang perlu diperbetulkan ialah; beliau sebagai Menteri Besar tidak sewajarnya menerima duit sponser tersebut. Jika dia cerdik, sudah pasti dia menolaknya dan mengumumkan duit tersebut untuk membantu rakyat yang miskin di Kelantan. Ini kerana, TG Nik Aziz bukannya miskin, gaji Menteri Besar sudah cukup untuk menampung perbelanjaan Hajinya. Malah, anak-anaknya pun kebanyakkannnya kaya raya dan mampu untuk menanggung kos pengurusan haji bapanya.

Tapi, kenapa TG Nik Aziz tidak berbuat demikian? Sepatutnya, golongan agama Parti PAS sudah menasihatinya agar tidak bertindak melulu..

Wallahu a'lam..