Islam Agama Keamanan



Member Bloger :

Ahad, 8 November 2009

PENYOKONG MUDA PAS BERPALING TADAH :

Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah

70 % AHLI MULA PERTIKAI KEWIBAWAAN KEPIMPINAN PARTI :

KUALA LUMPUR: 07 Nov. 2009 :
Sokongan golongan muda kepada Pas berpaling arah dengan mendadak selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 tahun lalu.
Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah berkata 70 peratus golongan muda yang percaya pentadbiran Pas sangat baik ketika PRU-12, kini berubah pantas.
Perubahan ketara berlaku di kalangan golongan muda berusia 21 hingga 30 tahun dan golongan pertengahan 31 hingga 40 tahun. Menurutnya, selepas PRU-12 juga kewibawaaan kepemimpin Pas dipersoalkan oleh rakyat, termasuk mereka yang sebelumnya menyokong parti itu. Dr Abu Hassan mendedahkan hasil kajiannya bertajuk "Kajian Mikro Kepercayaan Politik di Malaysia Dari Persepsi Pola Kepercayaan Untuk PRU ke 13 akan datang" pada Seminar Memperkasakan Parti di Markas Pas Taman Melewar, Gombak, dekat sini, semalam.
Kajian membabitkan 2,100 responden di negeri-negeri di utara dan Pantai Timur, tidak termasuk Sabah dan Sarawak. Hasil kajian juga mendapati golongan muda cuma mengenali lima pemimpin Pas iaitu, Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden), Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (Bekas Menteri Besar Perak), Mohamad Sabu dan Datuk Seri Azizan Abdul Razak (Menteri Besar Kedah). Beliau menjelaskan, sepanjang tempoh selepas PRU 12, keberkesanan politik dan pentadbiran pucuk pimpinan Pas mula tidak mendapat kepercayaan rakyat, Pas juga gagal menonjolkan pemimpin muda parti itu. "Strategi politik menghadapi PRU ke-13 sangat lemah.
Keberkesanan kempen dalam PRU lalu kini mula dipersoalkan dan golongan yang menentang meningkat 400 peratus," Abu Hassan berkata, kepercayaan mikro kepada Pas serta kebijaksanaan pentadbiran kini merudum. Sehubungan itu, beliau berkata, kepercayaan itu akan berubah 100 peratus menjelang PRU 13. "Sokongan media alternatif termasuk penulis blog, jurnal amat mengejutkan kerana laporan negatif meningkat 213 peratus berbanding sebelum PRU 12. Mereka mula beralih arah atau berada di atas pagar," katanya. Beliau berkata, antara isu negatif yang sering diutarakan ialah masalah kepemimpinan, ideologi, jentera, individu dan manifesto.
Mengenai persoalan adakah Pas perlu bersetuju mengenai cadangan mewujudkan satu parti gabungan Pakatan Rakyat, kajian menunjukkan 288 responden cuma bersetuju Pas kekal sebagai ahli bersekutu. "Mereka percaya Pas mampu berdiri sendiri dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat cuma sebagai ahli bersekutu, tak boleh lebih daripada itu," katanya.
Laporan Mohd Azis Ngah, Mohd Anwar Patho Rohman dan Haspaizi Md Zain

Tiada ulasan: