Islam Agama Keamanan



Member Bloger :

Sabtu, 21 November 2009

SPRM Boleh Lumpuh...jika bertugas ikut waktu pejabat.

Oleh ZABRY MOHAMAD
zabrymohamad.madzlan @ utusangroup. com.my

PUTRAJAYA. 20 November 2009 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin tidak mampu berperanan Sebagai sebuah badan secara Penguat kuasa dibenarkan hanya berkesan sekiranya menyoal siasat saksi dalam waktu pejabat.

Bekas Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Negeri Sembilan, Akhbar Satar berkata, mengehadkan waktu para pegawai SPRM menjalankan tugas hanya akan mengganggu proses siasatan. Ini kerana katanya, saksi berpeluang menghapuskan keterangan atau bukti dan lebih buruk lagi melarikan diri semasa penangguhan sesi soal siasat. Beliau menambah, SPRM bukan berperanan seperti jabatan pentadbiran, sebaliknya merupakan sebuah badan siasatan profesional yang memerlukan pegawainya bertugas 24 jam. "Sebagai badan penyiasat profesional, pegawai-pegawai SPRM sepatutnya dibenarkan menyoal siasat saksi secara menyeluruh sehingga selesai. "Jika siasatan ditangguh, saksi boleh lari, sorok bukti atau hapuskan keterangan dan ini akan menimbulkan banyak masalah kepada SPRM," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Berkuat kuasa semalam, Mahkamah Tinggi memutuskan SPRM tidak boleh lagi menyoal siasat saksi selepas waktu pejabat seperti diamalkan sebelum ini. Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Mohamad Ariff Md. Yusof dalam penghakiman bersejarah itu berkata, tindakan menahan seorang saksi untuk disoal siasat menjangkaui waktu pejabat adalah satu penahanan secara salah di sisi undang-undang. Mohamad Ariff memutuskan demikian ketika membenarkan semakan kehakiman oleh Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Tan Boon Wah bagi mendapatkan perisytiharan bahawa SPRM hanya boleh menyiasat saksi dalam tempoh waktu pejabat antara pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang dan bukannya selepas tempoh itu.

Akhbar yang juga Presiden Pemeriksa Penipuan Bertauliah Malaysia memberitahu, badan siasatan terkenal di dunia seperti Agensi Perisikan Pusat (CIA), Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Scotland Yard sendiri tidak pernah mengamalkan teknik siasatan mengikut waktu pejabat. "Jangan kerana satu kes ini, SPRM sudah dilabel sebagai 'teruk'. "Mungkin dalam banyak kes, ada beberapa masalah berlaku semasa soal siasat, tapi kita juga perlu berlaku adil terhadap SPRM, mereka menjalankan tugas yang telah diamanahkan," ujarnya.

Selain itu jelas beliau, sepanjang pengalaman hampir 20 tahun berkhidmat sebagai pegawai BPR, kebanyakan saksi daripada kalangan kakitangan awam akan sedaya upaya mengelak untuk disiasat semasa waktu pejabat. "Kadang-kadang mereka ini sibuk pada waktu pagi dan hanya bersedia disoal siasat pada sebelah petang. "Ada juga yang malu dan curi-curi datang ke pejabat BPR selepas waktu pejabat bagi mengelak bertembung dengan orang ramai," katanya.

Cadangan Selempang Merah :

SPRM memang sesuai bekerja lebih masa dan tidak perlu dihadkan mengikut waktu pejabat. Ini kerana gejala rasuah berlaku dalam tempoh 24 jam dan tidak mengikut waktu pejabat. Fungsi SPRM dan Polis Diraja Malaysia adalah bertujuan untuk membasmi jenayah. Oleh itu, adalah tersangat wajar agar waktu bertugas SPRM tidak mengikut waktu pejabat. Malah yang paling penting ialah SPRM MESTI BEBAS dari sebarang bentuk rasuah atau pengaruh 100%.

Wallahu a'lam..

1 ulasan:

amirhamzah64/ 64أمير حمزه berkata...

Bagi yang kerja dengan SPRM, agak lega. Kalau tidak keja macam polis juga la. Sebab kemalangan jalan raya pun 24 jam jugak.....

Ni bahana dari budak Cina yang terjun bangunan tu la.....hehehe