Islam Agama Keamanan



Member Bloger :

Selasa, 17 November 2009

TAJAAN MENGERJAKAN HAJI MENURUT ISLAM :



Akhir-akhir ini, terdapat dikalangan golongan yang berkemampuan, berkedudukan tinggi, ahli politik dan sebagainya menunaikan ibadah haji menerusi tajaan. Kita perlu ingat bahawa Allah s.w.t. dan Rasul-Nya memerintahkan kita agar menunaikan ibadah haji iaitu hanya sekali dalam seumur hidup bagi yang berkemampuan.

Perlu diingat bahawa Rasulullah s.a.w. merupakan seorang Nabi dan Rasul pun hanya sekali sahaja mengejakan ibadah haji dalam hidup baginda. Dalam kes ini, kita boleh mengambil pengajaran daripada peristiwa tersebut iaitu, mengapa Rasulullah s.a.w. dalam sirahnya hanya sekali sahaja mengerjakan ibadah haji Oleh itu perkara tersirat yang boleh diambil untuk pengajaran ialah jika Rasulullah s.a.w. melakukan lebih dari sekali, sudah pasti ia akan memberati umatnya untuk melaksanakan ibadah haji ini. Sebagaimana yang kita sedia maklum, umat Islam berada di seluruh pelusuk dunia yang memerlukan perbelanjaan yang besar untuk pergi ke Mekah dalam urusan pekerjaan haji ini.

Oleh yang demikian, adalah tidak wajar bagi orang yang berkemampuan menerima wang tajaan atau sponser untuk mengerjakan ibadah haji bagi dirinya. Apatah lagi jika seseorang itu sudah bergelar haji atau sudah terlepas kewajipan mengerjakan haji bagi dirinya adalah tidak wajar.

Sebagai ahli politik atau orang yang dikenali ramai, mestilah sentiasa berwaspada ke atas tindak tanduk atau gerak gerinya yang sentiasa di pantau oleh masyarakat, khususnya para pengundi. Bagi musuh politiknya pula, kalau boleh atau diizinkan hingga ke dalam tandas pun mahu diintainya untuk mencari kelemahan seseorang itu. Sebab itulah, orang politik hendaklah sentiasa berwaspada dengan orang yang paling dekat dengannya. Ini kerana kita tidak mampu membaca apa yang terbuku di dalam hati seseorang.

Adapun bagi kes TG Nik Aziz pula, beliau sebenarnya telah menjatuhkan martabat atau sebagai seorang ulamak dan jawatannya sebagai Menteri Besar. Bagi pandangan saya berdasarkan ilmiah adalah tidak wajar bagi seorang pemimpin yang sememangnya berkemampuan mengerjakan ibadah haji bagi dirinya tanpa mengharapkan wang tajaan atau seumpama dengannya. Apatah lagi, beliau sudah beberpa kali telah mengerjakan ibadah haji sebelum ini.

Ya, memang hukumnya harus bagi seseorang yang berkemampuan untuk mengerjakan ibadah haji seberapa banyak yang dia mampu. Namun, alangkah baiknya jika seseorang itu membantu saudaranya yang lain yang tidak berkemampuan mengerjakan ibadah haji. Ianya lebih dituntut dalam Islam.

Dalam isu ini, beberapa pandangan Mufti dan tokoh agama di Malaysia bersepakat bahawa tidak boleh menunaikan haji menerusi tajaan jika terdapat unsure-unsur rasuah, menimbulkan syak wasangka dan fitnah serta tersirat niat lain. Antara pandangan Mufti dan tokoh agama Malaysia ialah :
· Penasihat Majlis Agama Islam Johor (Mantan Mufti Johor), Datuk Nooh Gadut menegaskan walaupun dibolehkan, beliau berharap semua pihak sedar bahawa langkah terbaik untuk mengerjakan haji ialah DENGAN MENGGUNAKAN wang sendiri.
· Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tiada masalah Jika seseorang itu ingin menunaikan haji menerusi wang tajaan dengan syarat ia tidak mempunyai unsur-unsur rasuah.
· Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (Yadim), Datuk Ahmad Dusuki berkata; persoalan sama ada boleh atau tidak seseorang itu dengan menunaikan haji adalah tajaan wang, niat, bergantung kepada kedua-dua belah pihak.

Komen saya ini bukan berniat menyentuh mana-mana pihak, tetapi mengikut hukum syarak boleh seseorang itu ditaja untuk mengerjakan haji dengan syarat tiada pihak yang menaja untuk kepentingan individu tertentu, terdapat unsure rasuah, tidak membawa fitnah, syak wasangka atau keraguan.

Walaupun perkara ini dibolehkan, saya berharap semua pihak mesti sedar bahawa langkah terbaik untuk mengerjakan haji ialah menggunakan wang sendiri.

Baru-baru ini timbul apabila Kontroversi Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengaku bahawa beliau menerima tajaan daripada pihak tertentu untuk menunaikan haji dengan kos RM65, 000 dan mendapat layanan bertaraf 'VVIP'. Ekoran kenyataan beliau (TG Nik Aziz), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan berhubung perkara berkenaan.

Cadangan saya kepada pihak penaja ibadah haji, kebiasaannya jika mereka menaja ahli politik, ketua jabatan dan sebagainya berkebarangkalian terdapat unsur tersirat iaitu "ada udang di sebalik batu". Lebih mudah untuk difahami ialah sebagai langkah awal dengan berbaik-baik demi mendapatkan sebarang projek. Oleh itu, sebaik-baiknya individu yang ingin ditaja untuk menunaikan haji adalah daripada kalangan orang miskin yang tidak berkemampuan untuk mengeluarkan belanja bagi mengerjakan ibadah ini. Tajaan ini sepatutnya bagi menolong orang miskin. Ia tidak boleh dilakukan bagi membantu golongan berada kerana ia tidak berfaedah, sama seperti " mencurah garam ke dalam laut ".

Sebagai kesimpulannya, rakyat seharusnya sedar (khususnya kepada penyokong PAS dan PR) Apakah tujuan penajaan ini? Jika ia tidak bermaksud baik dengan niat mencapai keuntungan keduniaan, ini sudah tentu tidak dibolehkan kerana ia bertentangan dengan tujuan sebenar Ibadat haji. Malah ditegah dengan sekeras-kerasnya dalam Islam jika ianya terdapat unsur rasuah.

Wallahu a'lam.

3 ulasan:

Arif Omar berkata...

PAS INI ADALAH TEMPAT BERKUMPULNYA ULAMA JAHAT DAN ULAMA YANG MENGHALALKAN APA SAHAJA ATAS KEPENTINGAN POLITIK MEREKA.

SALAM ZIARAH

Selempang Merah berkata...

Salam bro Arif Omar..

Terima kasih kerana melayari dan memberikan ulasan di blog ini.

Kebanyakkan ulama' PAS adalah golongan yang kecewa sebab tidak dapat memegang jawatan penting dalam UMNO. Sebab tu, parti PKR, PAS dan DAP dipenuhi golongan kecewa..

Ulamak PAS memang memalukan maruah golongan agama kerana mereka tidak beretika dan tidak menjaga imej ulama'.

Wallahu a'lam.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه berkata...

Baik tak yah ambik....zaman moden ni setiap pemberian semuanya ada makna