Islam Agama Keamanan



Member Bloger :

Isnin, 28 Disember 2009

DAP Sudah Boleh Terima Penubuhan Negara Islam Malaysia


PETALING JAYA, Dis 28 — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa DAP kini sudah dapat menerima rancangan penubuhan sebuah negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini.

Nik Aziz berkata kesediaan pemimpin DAP membawa lambang PAS dalam Pakatan Rakyat ketika ini membuktikan mereka semakin memahami dan dapat menerima dasar perjuangan PAS. "Saya rasa bangga dan terharu dengan perubahan yang ditunjukkan kepimpinan DAP kini, yang selama ini dengan jelas membantah dasar Islam yang akan dilaksanakan oleh PAS dalam usaha melaksanakan sebuah negara Islam sekiranya berkuasa kelak. "Lo ini (sekarang) alhamdulillah semua tuduhan yang dilemparkan (DAP) terhadap hasrat PAS untuk melaksanakan dasar negara Islam itu sudah diterima oleh mereka," kata beliau dipetik Berita Harian hari ini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dilaporkan berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Perhimpunan Kesedaran Wanita Kelantan dekat Temangan, Machang. Beliau mengakui turut memakai lambang parti DAP, Parti Keadilan Rakyat dan PAS untuk membuktikan kesetiaan dan hubungan baik yang dijalin antara mereka dalam Pakatan Rakyat ketika konvensyen sulung mereka di Shah Alam, Selangor 19 Dis lalu.

Kata beliau semua pemimpin memakai baju yang memaparkan lambang tiga parti termasuklah Pengerusi DAP Karpal Singh dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis itu tanpa dirancang. "Apa salahnya menggunakan lambang roket? Dulu DAP menentang PAS pasal hukum hudud, namun sekarang mereka sudah faham mengenai hukum hudud," katanya.

Nik Aziz berkata pemimpin DAP sepatutnya sudah lama menyedari yang penubuhan sebuah negara Islam yang dicadangkan PAS dikuatkuasakan terhadap orang Islam sahaja. Katanya selain membantah cadangan itu DAP juga pernah menuduh kerajaan PAS Kelantan di bawah pimpinannya menzalimi orang bukan Islam tetapi gagal membuktikan dakwaan itu sehingga kini.

Ketika berucap pada konvensyen itu, Nik Aziz berkata "di dada Karpal ada bulan" merujuk kepada lambang PAS bulan. Kedua-dua Nik Aziz dan Karpal buat pertama kali bertemu di satu pentas. Karpal dalam ucapannya pula berkata beliau bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz hari ini tetapi di antara Nik Aziz dan Hadi.
*******
Sejauhmanakah kebenaran kata-kata Nik Aziz ?
Benarkah DAP boleh terima Sistem Perundangan Islam (Hududs) ?
Kenapa PAS kurang/tidak mengusulkan cadangan mengubah sistem perundangan sivil Malaysia kepada undang-undang syariah sepanjang PR setelah menguasai Parlimen ?
Atau sejauhmanakah usaha PAS untuk memartabatkan Sistem Undang-Undang Syariah Malaysia atau Negeri-Negeri Jajahan Pembangkang (Kelantan/Kedah/Selangor/P.Pinang) ?
Sejauhmanakah usaha PAS memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia tentang kebaikkan undang-undang Islam dalam ceramah-ceramah politiknya ? atau ceramah politiknya lebih tertumpu kepada fitnah, mencaci, mencela, tajasus (mencari dan mendedahkan kesalahan orang lain), mengumpat, dan sebagainya ?
Apa yang jelas dalam setiap ceramah PAS tidak menjelaskan kepada seluruh masyarakat pelbagai kaum di negara ini mengenai Undang-Undang Syariah dengan jelas.
Hanya usaha kerajaan BN melalui JAKIM dan Kementerian Pelajaran (dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, Tasawwur Islam dan Syariah Islam) ada menjelaskan kepada para pelajar dan umum untuk memberi kefahaman Perundangan Islam dengan lebih jelas.
Saya mencabar
Ahli PARLIMEN / DUN PAS
untuk mengusulkan
menggubal Undang-Undang Sivil kepada Undang-Undang Islam
di PARLIMEN / DUN dalam tahun 2010,
untuk membuktikan DAP sudah terima Malaysia Negara Islam.
Ini kerana sebelum ini, Pemimpin-Pemimpin DAP dan ahlinya secara lantang menolak HUDUD.
Jika usul ini mendapat mandat 2/3 undi (YB Islam + YB Bukan Islam) di PARLIMEN / DUN,
sudah pasti Malaysia akan melaksanakan undang-undang Allah (Syariah Islam) sejak dulu lagi.
Jika tiada sokongan 2/3 undi dari Ahli PARLIMEN / di DUN, maka ia menunujukkan masyarakat belum faham lagi tentang kehebatan undang-undang Islam.
Jika BERJAYA dalam USUL MENGGUBAL UNDANG-UNDANG SIVIL MALAYSIA kepada UNDANG-UNDANG ISLAM, sudah pasti MALAYSIA merupakan negara Islam pertama di abad ini yang berjaya menjadi Sebuah Negara Islam Yang Syumul setelah kejatuhan Empayar Othmaniah.

Tiada ulasan: