Islam Agama Keamanan



Member Bloger :

Selasa, 29 Disember 2009

Kerajaan Selangor Kini.., Semakin Bercelaru & Tertekan..




Khir (kanan) menafikan dakwaan penglibatan Umno dalam demonstrasi Ahad lalu.


KHIR : UMNO TIDAK DALANGI DEMO, TETAPI MAHU TUMBANGKAN PAKATAN DI PRU-13

KUALA LUMPUR, Dis 29 — Umno Selangor lebih berminat untuk mengambil alih kerajaan negeri menerusi pilihan raya umum akan datang, bukannya dengan mendalangi demonstrasi dan tunjuk perasaan yang didakwa PAS. Sehubungan itu Ketua Pembangkang Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo menyangkal dakwaan bahawa Umno negeri itu telah mendalangi demonstrasi sekumpulan pemuda yang mendesak PAS agar keluar Pakatan Rakyat (PR). “Tiada sebab untuk Umno bertindak sedemikian. “Pakatan sudah pun berada dalam keadaan kemusnahan, Umno tiada kepentingan dalam perhimpunan itu (pagi Ahad),” kata bekas menteri besar Selangor ini kepada The Malaysian Insider.

Sehubungan itu kata beliau, PAS perlu memeriksa sama ada mereka yang terlibat dalam demonstrasi itu ahli parti berkenaan atau tidak. Khir mendakwa demonstrasi pagi kelmarin itu sebenarnya satu bentuk publisiti kendalian PAS untuk mengingatkan anggota PR memandangkan ia tidak berupaya untuk mengutarakan pendiriannya berhubung isu-isu semasa.
PR kini mempunyai 35 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri yang terdiri daripada 56 kerusi. Barisan Nasional (BN) pula mempunyai 20 kerusi manakala Badrul Hisham Abdullah, bekas wakil rakyat dari PKR, bertindak sebagai anggota Bebas. Tambah Khir, kerajaan negeri pimpinan PR sudah pun memperlihatkan pelbagai masalah dan kelemahan sepanjang 22 bulan pentadbirannya. “Rakyat sudah boleh saksikan perbezaan antara dua pentadbiran, adalah lebih mudah bagi kami menunggu sehingga pilihan raya umum akan datang,” katanya. Jelas beliau sebagaimana pernah disaksikan di Terengganu, selepas satu penggal memerintah PAS hampir dibersihkan kerana rakyat dapat merasakan kelainan di bawah kerajaan yang berbeza. Semalam Dewan Pemuda PAS Selangor membuat aduan polis berhubung tindakan sekumpulan pemuda yang mendakwa mereka sebagai ahli dan penyokong PAS mendesak ia keluar PR. Setiausaha Dewan Pemuda PAS Selangor Khairul Fahmi Matsom berkata kumpulan itu, yang dianggarkan kira-kira 20 orang telah menyamar sebagai ahli dan penyokong PAS sehingga mencalar imej parti tersebut.

Sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor mendesak parti itu keluar daripada PR negeri dengan segera. Mereka mahu PAS bertindak demikian ekoran rasa tidak puas hati terhadap pimpinan kerajaan campuran Selangor dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu sebenarnya. Ketua kumpulan itu Wan Hilman Abdul Rahim yang mengaku dirinya ahli PAS dari Bahagian Gombak menafikan dakwaan kononnya kumpulannya didalangi Umno Selangor dan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sumber :
************************
Selamat Berjaya UMNO & BN Selangor..
Buktikan Bahawa Orang Selangor Sudah Menolak Pakatan Haram Tu..

Tiada ulasan: