Islam Agama Keamanan



Member Bloger :

Khamis, 31 Disember 2009

SEPARA GERHANA BULAN UNTUK PARTI PAS & Solat Sunat Gerhana Bulan :

PARTI BULAN MENYAMBUT
ZAMAN SEPARA GERHANA BULAN :

Fenomena gerhana bulan separa dijangka berlaku esok - Jumaat 1 Januari 2010 bersamaan dengan 15 Muharam 1431 Hijriah, bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi waktu tempatan. Menurut kenyataan JAKIM hari ini, gerhana akan bermula dengan fasa penumbra pada pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pada pukul 3.24 pagi. Gerhana ini dijangka berakhir pada pukul 5.28 pagi.

Saya bukan tukang tilik apa lagi mempercayai khurafat yang boleh menyebabkan akidah saya tergelincir. Tapi secara kebetulan tahun 2010 disambut oleh parti PAS dengan pelbagai kenangan tidak manis sepanjang tahun 2009. Seolah-olah sedikit demi sedikit sepanjang 2009, gerhana bulan sudah melanda parti bulan (PAS).

Awal tahun 2009, dimulai dengan sinar cemerlang untuk PAS apabila memenangi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009 dengan majoriti lumayan yang sekaligus merampas kerusi itu dari tangan BN. Ia kemudian disusuli dengan kemenangan Pas untuk kerusi Parlimen Bukit Gantang dan DUN Penanti beberapa bulan kemudian, semuanya dengan majoriti yang amat lumayan. Tapi lepas itu Pas mengalami ujian demi ujian dari Allah. Bermula dengan isu kerajaan perpaduan, perang dingin antara dua puak dalam parti sehingga timbul cabar mencabar untuk letak jawatan, kemenangan tipis dalam PRK Manek Urai, kekalahan dalam PRK Teluk Kemang, isu amalan kronisme dalam kepimpinan tertinggi Pas dan terbaru pengunduran dua personaliti penting di pejabat Menteri Besar Kelantan.

Walaupun pihak-pihak yang didakwa bertelagah enggan mengaku mereka bertelagah, namun masih ramai yang percaya jika tiada angin mustahil pokok bergoyang. Walaupun memang benar media arus perdana memainkan peranan untuk membesar-besarkan ribut kecil dalam cawan, tapi ramai berpendapat ribut dalam cawan atau ribut dalam tangki besar adalah tetap ribut juga yang tidak boleh dipandang ringan.

Oleh itu apabila 1 Januari 2010 - permulaan tahun baru - disambut oleh gerhana separa bulan, berkemungkinan parti bulan (PAS) semakin merundum untuk menambahkan sokongan. Gerhana bulan yang berlaku di Malaysia pada awal pagi 1 Januari 2010 nanti hanya gerhana separa bukan gerhana penuh di mana bulan hilang terus di ufuk langit.

Bayangkan jika gerhana bulan penuh melanda parti bulan pada 2010, alamatnya PAS mungkin akan berpecah menjadi parti serpihan, pakatan pembangkang di bawah PR akan musnah dan mungkin gulung tikar dan BN akan tertawa besar sambil membayangkan kabinet baru yang akan ditubuhkan di negeri-negeri yang kini dikuasai oleh PR. Dan jika itu berlaku.... pemenang PRU ke-13 sudah boleh dijangka!

Justeru selain bersolat sunat gerhana pada 1 Januari 2010, kepimpinan PAS sudah pasti akan merenung kembali antara kepentingan diri sendiri, kepentingan keluarga, kepentingan parti dan kepentingan rakyat terbanyak yang masih mengharapkan perubahan pucuk pimpinan di peringkat federal dalam PRU ke-13 menjadi kenyataan. Apapun terjadi, Qodo' dan Qadar Allah tetap akan berlaku. Manusia hanya merancang, Allah sahaja yang berkuasa menentukannya. Oleh itu, UMNO/BN mestilah bangkit mengatur strategi untuk menumbangkan PR (PAS/PKR/DAP) untuk membuktikan petanda yang Allah berikan. Apa yang penting sekali, orang UMNO jangan tidur, leka, lalai, tidak bersyukur dan terlalu berseronok menyambut tahun baru 2010. Jadilah umat yang bersyukur dengan membesarkan Ilahi sama ada dengan berzikir memuji-muji Allah, solat sunat dan amalan-amalan kebaikkan yang diredhai Allah. Jauhi maksiat dan hiburan yang melalaikan dari mengingati Allah.

Solat Gerhana Bulan & Matahari :

Solat kusuf (gerhana bulan) dan khusuf (gerhana matahari) merupakan sunnah mua’kkad. Disunatkan bagi orang muslim untuk mengerjakannya. Hal itu berdasarkan pada dalil berikut ini.

Dari Aisyah radhiyallahu ‘anha, dia bercerita bahawa pada masa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam terjadinya gerhana matahari, lalu beliau mengerjakan solat bersama para sahabah. Maka baginda berdiri dan memanjangkan waktu berdiri, lalu baginda ruku' dan memanjangkannya. Kemudian baginda berdiri dan memanjangkannya –berdiri yang kedua ini tidak selama berdiri pertama-. Setelah itu, baginda ruku' dan memanjangkan ruku', ruku'-nya ini lebih pendek dari ruku pertama. Selanjutnya, baginda sujud dan memanjangkannya. Kemudian baginda mengerjakan pada raka'at kedua seperti apa yang beliau kerjakan pada raka'at pertama. Setelah itu, baginda berbalik sedang matahari telah muncul. Lalu baginda memberikan khutbah kepada para sahabah. Baginda memanjatkan pujian dan sanjungan kepada Allah. Dan setelah itu, baginda bersabda.

Ertinya: "Sesungguhnya matahari dan bulan itu merupakan dua (tanda) dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Keduanya tidak terjadi gerhana kerana kematian seseorang dan tidak juga karena kehidupan seseorang. Oleh kerana itu, jika kalian melihat hal tersebut maka hendaklah kalian berdo’a kepada Allah, bertakbir, solat dan bersedekah”. Setelah itu, beliau bersabda : “Wahai umat Muhammad, demi Allah, tidak ada seorang yang lebih cemburu dari Allah jika hambaNya, laki-laki atau perempuan berzina. Wahai umat Muhammad, seandainya kalian mengetahui apa yang aku ketahui, niscaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis.” [Diriwayatkan oleh Asy-Syaikhani][1]

Dapat saya katakan, dari dalil yang terkandung dalam hadits di atas, bahawa perintah mengerjakan solat itu diikuti dengan perintah untuk bertakbir, berdo’a, dan bersedekah. Dan tidak ada seorangpun yang mewajibkan bersedekah, bertakbir dan berdo’a pada saat terjadi gerhana. Dengan demikian, menurut kesepakatan ijma’ bahawa perintah tersebut bersifat sunat. Demikian juga dengan perintah untuk mengerjakan solat yang diikuti dengannya.[2] Wallaahul Muwaffiq.

Sifat & Jumlah Raka'at Solat Kusuf :

Pertama: Tidak Ada Adzan Dan Iqamah Untuk Shalat Kusuf :

Para ulama' telah bersepakat untuk tidak mengumandangkan adzan dan iqomah bagi solat kusuf[3]. Dan yang disunnahkan[4] menyerukan untuknya “Ash-Shalaatu Jaami’ah”.

Yang menjadi hujah bagi hal tersebut adalah apa yang ditegaskan dari Abdullah bin Amr radhiyallahuma, dia bercerita:

“Ketika terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, diserukan: Innash Shalaata Jaami’ah.”[Diriwayatkan oleh asy-Syaikhani][5]

Kedua: Jumlah Raka’at Solat Kusuf :

Solat gerhana itu dikerjakan dua raka'at dengan dua ruku’ pada setiap raka'at. Yang menjadi dalil hal tersebut adalah hadits A'isyah radhiyallahu ‘anha yang telah kami sampaikan sebelumnya. Dan juga hadits yang diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas radhiyallahu ‘anhuma, dia bercerita:

“Pernah terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Maka baginda pun berdiri dengan waktu yang panjang sepanjang bacaan surah al-Baqarah. Kemudian beliau ruku' dengan ruku' yang cukup panjang, lalu baginda bangkit dan berdiri dalam waktu yang lama juga -tetapi lebih pendek dari berdiri pertama-. Kemudian baginda ruku' dengan ruku' yang lama– ruku' yang lebih pendek dari ruku' pertama-. Setelah itu, beliau sujud. Kemudian baginda berdiri dalam waktu yang lama –tetapi lebih pendek dari berdiri pertama. Selanjutnya, baginda ruku' dengan ruku' yang lama- ruku' yang lebih pendek dari ruku' pertama. Setelah itu, baginda sujud. Kemudian baginda berbalik, sedang matahari telah muncul. Maka baginda bersabda.

Ertinya: "Sesungguhnya matahari dan bulan itu merupakan dua dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Keduanya tidak mengalami gerhana kerana kematian seseorang dan tidak juga kerana kehidupan seseorang. Oleh kerana itu, jika kalian melihat hal tersebut, maka berdzikirlah kepada Allah.”

Para sahabah bertanya: “Wahai Rasulullah, kami melihatmu mengambil sesuatu di tempat berdirimu, kemudian kami melihatmu mundur ke belakang”.

Baginda s.a.w. bersabda : Ertinya: "Sesungguhnya aku melihat Syurga, maka aku berusaha mengambil setandan (buah-buahan). Seandainya aku berhasil meraihnya, nescaya kalian akan dapat memakannya selama dunia ini masih ada. Dan aku juga melihat Neraka, aku sama sekali tidak pernah melihat pemandangan yang lebih menyeramkan dari pemandangan hari ini. Aku melihat kebanyakan penghuninya adalah wanita.” Para sahabat bertanya, “Kerana apa, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Kerana kekufuran mereka”. Ada yang bertanya “Apakah mereka kufur kepada Allah?”.

Baginda s.a.w. menjawab : Ertinya: "Mereka kufur kepada keluarganya (suaminya), dan kufur terhadap kebaikan (tidak berterima kasih). Seandainya engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka sepanjang waktu, lalu dia melihat sesuatu (kesalahan) darimu, nescaya dia akan mengatakan: “Aku tidak pernah melihat kebaikan sedikitpun darimu.” [Diriwayatkan oleh Aasy-Syaikhani][6]

Kesimpulannya : Di dalam hadits Aisyah radhiyallahu ‘anha dan Ibnu Abbas radhiyallahu 'anhuma di atas terdapat dalil yang menunjukkan disunatkan berkhutbah dalam solat kusuf, yang disampaikan setelah solat.[7]

Ketiga: Menjaharkan Bacaan Dalam Shalat Kusuf :

Bacaan dalam solat kusuf dibaca dengan jahr (suara keras@kuat), sebagaimana yang dikerjakan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Dari A'isyah radhiyallahu ‘anha : Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjaharkan bacaannya dalam solat kusuf. Jika selesai dari bacaannya, baginda pun bertakbir dan ruku'. Dan jika dia bangkit ruku', maka baginda berucap : “Sami Allaahu liman Hamidah. Rabbana lakal hamdu”. Kemudian baginda kembali mengulang bacaan dalam solat kusuf. Empat ruku' dalam dua rakaat dan empat sujud.” [Diriwayatkan oleh asy-Syaikhani][8]

At-Tirmidizi rahimahullah mengatakan: “Para ulama telah berbeza pendapat mengenai bacaan di dalam solat kusuf. Sebagian ulama berpendapat supaya dibaca perlahan (sirr, dengan suara tidak terdengar) dalam solat kusuf pada waktu siang hari. Sebagian lainnya berpendapat supaya menjaharkan bacaan dalam solat kusuf pada siang hari. Sebagaimana halnya dengan solat ‘Idul Fithi dan 'Idul Adha serta solat Jum’at. Pendapat itulah yang dikemukakan oleh Malik, Ahmad dan Ishaq. Mereka berpendapat menjaharkan bacaan pada shalat tersebut. Asy-Syafi’i mengatakan : Bacaan tidak dibaca Jahr dalam solat sunat."[9]

Dengan ini saya katakan bahawa apa yang sesuai dengan hadits, itulah yang dijadikan sandaran.[10] Wabillahi Taufiq.

Keempat : Solat Kusuf Dikerjakan Berjama'ah Di Masjid :

Yang sunat dikerjakan pada solat kusuf adalah mengerjakannya di masjid. Hal tersebut didasarkan pada beberapa hal berikut ini.

[1] Disyariatkannya seruan di dalam solat kusuf, iaitu dengan “Ash-Shalaatu Jaami’ah”[2] Apa yang disebutkan bahawa sebahagian sahabah mengerjakan solat kusuf ini dengan berjama’ah di masjid.[11][3] Isyarat yang diberikan oleh kedua riwayat di atas dari hadits Ai'syah dan Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengerjakan solat gerhana itu secara berjama’ah di masjid.

Bahkan dalam sebuah riwayat hadits A'isyah di atas, dia bercerita, “Pada masa hidup Rasulullah pernah terjadi gerhana matahari, lalu beliau pergi ke masjid, kemudian baginda berdiri dan bertakbir, dan orang-orang pun membuat barisan di belakang beliau." [12]

Kelima: Jika Seseorang Tertinggal Mengerjakan Satu dari Dua Ruku' Dalam Satu Raka’at :

Solat kusuf ini terdiri dari dua raka'at, masing-masing raka'at terdiri dari dua ruku' dan dua sujud. Dengan demikian, secara keseluruhan, solat kusuf ini terdiri dari empat ruku' dan empat sujud di dalam dua raka'at.

Barangsiapa mendapatkan ruku' kedua dari raka'at pertama, berarti dia telah kehilangan berdiri, bacaan, dan satu ruku'. Dan berdasarkan hal tersebut, bererti dia belum mengerjakan satu dari dua raka'at solat kusuf, sehingga raka'at tersebut tidak dianggap telah dikerjakan. Berdasarkan hal tersebut, setelah imam selesai mengucapkan salam, maka hendaklah dia mengerjakan satu rakaat lagi dengan dua ruku', sebagaimana yang ditegaskan di dalam hadits-hadits shahih. Wallahu a’lam.

Yang menjadi dalil baginya adalah sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Ertinya: "Barangsiapa mengerjakan suatu amalan yang bukan atas perintah kami, maka dia akan ditolak.” [Muttaffaq ‘alaihi][13]

Dan bukan dari perintah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, solat satu raka'at saja dari solat kusuf dengan satu ruku'. Wallahu ‘alam

Solat Gerhana Bulan Sama (Caranya) Dengan Solat Gerhana Matahari :

Solat gerhana bulan dikerjakan sama seperti solat gerhana matahari. Hal tersebut didasarkan pada sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Ertinya: “Sesungguhnya matahari dan bulan itu merupakan dua (tanda) dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Keduanya tidak mengalami gerhana kerana kematian seseorang dan tidak juga kerana kehidupan seseorang. Oleh kerana itu, jika kalian melihat hal tersebut maka hendaklah kalian berdo’a kepada Allah, bertakbir, solat dan bersedekah”.[14]

Dapat saya katakan, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sudah pernah mengerjakan solat gerhana matahari dan beliau menyuruh kita untuk melakukan hal yang sama ketika terjadi gerhana bulan. Dan hal itu sudah sangat jelas lagi terang. Wallahu ‘alam

Ibnu Mundzir mengatakan: “Solat gerhana bulan dikerjakan sama seperti solat gerhana matahari.”[15]

[Disalin dari kitab Bughyatul Mutathawwi Fii Shalaatit Tathawwu, Edisi Indonesia Meneladani Shalat-Shalat Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, Penulis Muhammad bin Umar bin Salim Bazmul, Penerbit Pustaka Imam Asy-Syafi’i]

_________

Fote Note :

[1] Hadits shahih. Diriwayatkan oleh al-Baihaqi di beberapa tempat, yang diantaranya di dalam Kitaabul Kusuuf, bab Ash-Shadaqah fil Kusuuf (hadits no. 1044). Dan redaksi di atas adalah miliknya. Dan juga Muslim di dalam Kitaabul Kusuuf, bab Shalaatul Kusuuf (hadits no. 901).

[2] Lihat sekitar Dalalaatul Itqiraan, bila waktu muncul, bila muncul kelemahannya, dan bila pula keduanya sama. Badaa’iul Fawaa’id (IV/183-184)

[3] Fathul Baari (II/533) dan Masuu’atul Ijmaa (I/696)

[4]. Syarhul Umdah, karya Ibnu Daqiqil Ied (II/135-136). Dan juga kitab Fathul Baari (II/533).

[5]. Hadits shahih. Diriwayatkan oleh al-Bukhari di beberapa tempat, yang di antaranya di dalam Kitaabul Kusuuf, bab An-Nidaa bish Shalaati Jaami’ah fil Kusuuf (hadits no. 1045). Dan lafaz di atas adalah miliknya. Dan juga diriwayatkan oleh Muslim di dalam Kitaabul Kusuuf, bab Dzikrun Nidaa bi Shalaatil Kusuuf : Ash-Shalaatu Jaami’ah, (hadits no. 910). Lihat Jaami’ul Ushuul (VI/178).

[6] Hadits shahih. Diriwayatkan oleh al-Bukhari di beberapa tempat, yang diantaranya di dalam Kitaabul Kusuuf, bab Shalaatil Kusuuf Jama’atan, (hadits no. 1052), dan lafazh di atas adalah miliknya. Dan juga diriwayatkan oleh Muslim di dalam Kitaabul Kusuuf, bab Maa ‘Aradha Alan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam fii Shalaatil Kusuuf min Amril Jannah wan Naar, (hadits no. 907). Dan lihat kitab. Jaami’ul Ushuul (VI/173).

[7] Dan termasuk terjemahan al-Bukhari di dalam (Kitaabul Kusuuf, bab Khuthbatul Imam fil Kusuuf), A'isyah dan Asma radhiyallahu ‘anhuma berkata: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah berkhutbah…” Selanjutnya, dia menyebut hadits A'isyah di atas, Fathul Baari (II/533-534).

[8] Hadits shahih. Diriwayatkan oleh al-Bukhari di beberapa tempat, di antaranya di dalam Kitaabul Kusuuf, bab Al-Jahr bil Qiraa’ah fil Kusuuf, (hadits no. 1065) dan lafaz di atas adalah miliknya. Dan juga diriwayatkan oleh Muslim di dalam Kitaabul Kusuuf, bab Shalaatul Kusuuf, (hadits no. 901). Lihat Jaami’ul Ushuul (VI/156). Takhrij hadits ini telah diberikan sebelumnya, tanpa memberi isyarat kepada riwayat ini.

[9] Sunan at-Tirmidzi (II/448 –tahqiq Ahmad Syakir).

[10] Lihat ungkapan asy-Syafi’i dan dalilnya di dalam kitab Al-Umm (I/243). Juga pembahasan dalil-dalilnya serta penolakan terhadapnya di dalam kitab, Fathul Baari (II/550).

[11] Dari terjemahan al-Bukhari di dalam kitab Shahihnya, bab Shalaatul Kusuuf Jamaa’atan. Dan Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu menjadi imam untuk solat mereka di pelataran zam-zam. Ali bin Abdullah bin Abbas mengumpulkan (orang-orang). Dan Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma pun solat …”. Kemudian dengan sanadnya dia menyebut hadits Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma terdahulu.

Pendapat yang mensyari'atkan solat kusuf dengan berjama’ah adalah pendapat jumhur. Sekalipun imam tetap tidak hadir, maka sebagian mereka boleh menjadi imam atas sebagian lainnya. Lihat kitab Fathul Baari (II/539-540).

[12] Dari terjemah al-Bukhari di dalam kitab Shahihnya, bab: Shalatul Kusuuf fil Masjid. Di dalamnya disebutkan hadits A'isyah radhiyallahu ‘anha di atas dengan riwayat yang di dalamnya terdapat ucapannya: “Kemudian pada suatu pagi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menaiki kendaraan, lalu terjadilah gerhana matahari. Kemudian beliau pulang kembali pada waktu Dhuha, maka beliau pun berjalan di antara rumah-rumah isteri beliau….: (hadits no. 1056).

Di dalam kitab Fathul Baari (II/544), ketika mengomentari hadits ini, Ibnu Hajar rahimahullah mengatakan: “Tidak ada pernyataan jelas yang menyebutkan bahwa solat kusuf ini dikerjakan di masjid, tetapi hal tersebut disimpulkan dari perkataan A'isyah : “Lalu beliau berjalan di dekat rumah-rumah para isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang memang bersebelahan dengan masjid. Dan solat kusuf di masjid ini telah dinyatakan secara terang dalam sebuah riwayat Sulaiman bin Bilal, dari Yahya bin Sa’id, dari Umrah yang ada pada Muslim (saya katakan: “Hadits no. 903)

Dan lafaznya adalah seperti berikut: ”Kemudian aku keluar di antara para wanita di depan rumah isteri-isteri Nabi di masjid. Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam datang dan turun dari binatang tunggangannya hingga akhirnya sampai ke tempat shalat yang beliau mengerjakan shalat di sana”.

Saya katakan, dan yang lebih jelas dari itu adalah apa yang terdapat dalam hadits A'isyah terdahulu, yang ada pada Muslim, pada no. 901 A'isyah radhiyallahu ‘anha berkata: “Pada masa hidup Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah terjadi gerhana matahari, lalu beliau pergi ke masjid, kemudian beliau berdiri dan bertakbir, dan orang-orang pun membuat barisan di belakang beliau...”

[13] Hadits shahih. Diriwayatlkan oleh al-Bukhari sebagai kata pembuka dengan lafaz ini di dalam Kitaabul Buyuu’, bab An-Najasy, Fathul Baari (IV/355). Dan diriwayatkan secara bersambungan di dalam Kitabush Shulh, bab Idzaa Ishtalahu ‘alaa Shulhi Juurin fa Shulhu Marduud, dengan lafaz: “Barangsiapa membuat suatu hal yang baru dalam perintah kami ini, yang bukan darinya, maka dia tertolak”. Dan diriwayatkan oleh Muslim di dalam Kitaabul Uqdhiyah, bab Naqdhul Ahkaam Al-Baathilah wa Raddu Muhdatsaatil Umuur, (hadits no. 1718). Dan lihat juga kitab, Jaami’ul Ushuul (I/289).

[14] Takhrijnya sudah diberikan sebelumnya, dimana ia merupakan bahagian dari hadits A'isyah mengenai solat kusuf yang disebutkan di awal pembahasan.

[15] Al-Iqnaa, karya Ibnul Mundzir (I/124-125)

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010 Masihi & Selamat Bersolat Gerhana Bulan Sebagai Pembuka Tirai Tahun 2010 Masihi..

wALLAHu a'lam.

Tiada ulasan: