KERJASAMA PEMIMPIN, PENJAWAT AWAM; TONGGAK REALISASI AZAM DS NAJIB :
AZAM pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menjadikan 2010 sebagai tahun melaksanakan pelbagai program dan projek yang sudah dijanjikan kepada rakyat, perlu disusuli tekad sama oleh seluruh jentera kerajaan. Tidak kira sama ada pemimpin, pegawai tinggi atau kakitangan kerajaan, mereka perlu menjadikan pengumuman Najib itu sebagai azam tahun baru mereka juga.
Walaupun tugas melunaskan janji itu memang menjadi kewajipan setiap pemimpin dan kakitangan kerajaan, tiada salahnya mereka memperbaharui iltizam berbuat demikian. Soal sama ada pendirian peribadi mereka sejajar dengan aspirasi kerajaan atau tidak, harus diketepikan. Seperti mana Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) adalah akujanji ketelusan kerajaan terhadap usaha membela nasib rakyat, kakitangan kerajaan juga sudah membuat ikrar sama ketika memulakan tugas mereka.
Lebih daripada itu, mereka harus sedar komitmen kerajaan berbuat demikian ialah demi kepentingan seluruh rakyat, tanpa mengira anutan politik. Peringatan Najib bahawa seluruh jentera kerajaan perlu menjuruskan usaha melaksanakan agenda pembangunan kerana rakyat akan meneliti sejauh mana keberkesanannya adalah isyarat jelas untuk semua pihak yang terbabit dalam pentadbirannya bingkas memikul tanggungjawab yang sudah diamanahkan. Semua peringkat pemimpin dan kakitangan kerajaan harus insaf bahawa kerjasama mereka adalah tonggak kepada usaha merealisasikan komitmen itu.
Pada peringkat rakyat pula, keazaman kerajaan itu juga perlu disahut dengan kesungguhan untuk turut memainkan peranan membantu kelancaran pelaksanaan pelbagai inisiatif untuk kebaikan mereka. Realiti yang tidak boleh diketepikan ialah akan wujud kekangan untuk sebarang projek dijayakan. Menanganinya memerlukan kesedaran, keinsafan, keterbukaan dan pengorbanan demi memastikan manfaat yang dihasratkan dinikmati kelompok anggota masyarakat lebih besar. Seperti mana kerajaan sedia berkorban dengan menjayakan projek tanpa mengambil kira latar belakang bangsa, kaum, agama atau politik, setiap kita juga harus sanggup melakukan yang sama dengan mengetepikan kepentingan peribadi demi memastikan seluruh masyarakat dapat menikmati kemakmuran.
Pada masa sama, mereka juga harus lebih proaktif dengan turut menggembleng tenaga dan sumber menjayakan projek dilaksanakan. Penyaluran maklumat atau maklum balas oleh rakyat berhubung sesuatu projek yang sudah atau akan dilaksanakan juga harus bersifat lebih objektif. Ia mesti berpaksikan kepentingan rakyat secara menyeluruh dan dikecualikan daripada sebarang niat lain. Kita yakin, jika semua pihak sedia memainkan peranan mereka sebaiknya, 2010 akan menjadi tahun yang cukup bermakna dari segi meningkatkan kesejahteraan rakyat.
============$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$==============
MARI KITA HAYATI DAN MENJADIKAN "MINDA KELAS PERTAMA" YANG KIAN DILUPAKAN :
Untuk mempersiapkan diri kita didalam organisasi dan misi negara, pembangunan modal insan yang bermutu tinggi menjadi salah satu keperluan. Maka, pembangunan modal insan perlu kepada ‘Minda Kelas Pertama’. Apakah yanag dimaksudkan kelas minda pertama itu?‘Minda Kelas Pertama’ secara mudah difahami sebagai ciri-ciri modal insan yang mampu memenuhi keperluan pembangunan individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.
Ciri-ciri tersebut merangkumi aspek penguasaan ilmu yang tinggi, sikap proaktif, kekayaan moraliti, budaya menyumbang untuk kepentingan bersama dan pembangunan yang bersifat holistik.
Inilah yang boleh dilabelkan sebagai agenda pembangunan tamadun dengan acuan imej tersendiri. Jauhkan diri kita dari sikap kelas minda ketiga ia itu malas bekerja, suka berlengah (procrastination), membuang masa, tiada berhemat, kerja sambil lewa, tidak bersemangat dan leka dan sebagainya.Sebagai penjawat awam di jabatan kerajaan ciri ciri minda ini perlu ada didamana memerlukan komitmen daripada setiap peringkat lapisaan organsisi.
Bagi merealisasikan misi ini ia perlu dimulakan dengan azam yang kuat bagi memulakan pembudayaan agenda ini.Kita tidak hanya memandang pembangunan fizikal semata-mata sebagai ukuran kemajuan sesebuah organisasi tetapi disertai dengan kekayaan mentaliti. Selain itu, kekayaan moral adalah penting yang meliputi aspek akhlak mulia, nilai murni, budi bahasa, integriti, beretika dan beriltizam tinggi.Marilah bersama sama memantapkan diri dengan azam baru dan kesediaan diri untuk menmpersiapakan diri kita kearah minda kelas pertama.
wALLAHu a'lam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan