Islam Agama Keamanan



Member Bloger :

Isnin, 28 Disember 2009

Inikah Kebebasan Bersuara PAS Kepada Pengikutnya Di Selangor..?

Pas Selangor ambil tindakan..

SHAH ALAM 27 Dis. - Pas Selangor akan mengambil tindakan disiplin terhadap ahli parti itu yang terlibat dalam demonstrasi di sini hari ini mendesak agar Pas keluar daripada pakatan pembangkang.

Ketua Penerangannya, Roslan Shahir Mohd. Shahir berkata, tindakan tersebut bakal dikenakan jika siasatan pihaknya mendapati kumpulan penunjuk perasaan tersebut merupakan ahli Pas negeri itu. "Kita (Pas negeri) akan siasat sama ada mereka ahli Pas atau tidak. Jika mereka ahli Pas, kita akan ambil tindakan disiplin ke atas mereka. "Kita sebenarnya tidak tahu adanya perhimpunan ini dan tiada pemimpin Pas negeri yang terlibat menyokong perhimpunan ini dan sebagainya. "Namun, bagi ahli Pas tindakan seumpama ini (desak Pas keluar pakatan pembangkang) adalah menyalahi prinsip parti dan boleh dikenakan tindakan tata tertib," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan sekumpulan yang mendakwa penyokong dan pengundi Pas yang berhimpun bagi mendesak kepimpinan parti itu keluar daripada pakatan pembangkang. Desakan tersebut dibuat oleh kumpulan berkenaan yang bergerak atas nama Badan Bertindak Gerakan Kesedaran Penyokong dan Pengundi Pas Negeri Selangor (GKPPNS) di hadapan Pejabat Perhubungan Pas Selangor pada pukul 11.30 pagi ini.

Kumpulan itu mendakwa Pas dipinggirkan oleh rakannya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam pentadbiran di Selangor termasuklah beberapa isu sensitif yang tidak selari dengan perjuangan parti itu sendiri. Malah kumpulan itu menyatakan Pas sejak akhir-akhir ini dilihat sekadar boneka PKR dan DAP dalam hal melibatkan kepentingan orang Melayu dan Islam.

Tiada ulasan: