Islam Agama Keamanan



Member Bloger :

Selasa, 29 Disember 2009

KELANTAN BAKAL DITADBIR OLEH MENTERI BESAR BUKAN MELAYU :

Kelantan sedia pinda undang-undang bolehkan bukan Melayu jadi MB
KOTA BARU, Dis 28 – Kerajaan PAS Kelantan sedia meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi membolehkan orang bukan Melayu beragama Islam menjadi Mentri Besar negeri itu.
Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata bukanlah menjadi persoalan untuk meminda peruntukan dalam undang-undang berkenaan asalkan ia selari dengan kehendak Islam seperti diperkenalkan PAS sejak memerintah Kelantan pada 1990.
“Undang-undang Kelantan itu lain kerana ia dibuat pada zaman itu. Benda itu boleh diubah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ijtimak Ulama Muda Negeri Kelantan di sini hari ini.
Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya yang akan menyokong mana-mana calon bukan Melayu menjadi Mentri Besar selepas beliau asalkan orang itu beragama Islam.
Beliau berkata mengikut dasar Islam sendiri, asalkan calon berkenaan berakhlak baik dan mengamalkan ajaran Islam dengan sebenarnya, mereka layak untuk dijadikan pemimpin.
“Itu sebabnya kita jangan berpegang kepada bangsa sebaliknya berpegang kepada mereka yang mengamalkan ajaran Islam, barulah Islam itu dihormati.
“Langkah ini (melantik bukan Melayu) menjadi mentri besar sudah tentu Islam itu sendiri akan dihormati dan lebih ramai yang menjadikan Islam sebagai pegangan agama,” katanya.
Ketika menyentuh perkara yang sama dalam ucapannya, Nik Aziz berkata beliau sendiri akan mencadangkan mana-mana pemimpin bukan Melayu beragama Islam yang layak untuk menjadi penggantinya. – Bernama
Sumber :
*******************************
Jika Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan berjaya dipinda untuk melantik Mentri Besar dari kalangan bukan Melayu yang beragama Islam, pasti Melayu Kelantan sudah mula dipinggirkan PAS.
Adakah Kelantan sudah ketandusan calon Melayu Kelantan untuk menjadi Mentri Besar ?
Adakah kenyataan Nik Aziz merupakan gimik politik Kelantan ?
1001 persoalan boleh timbul dengan kenyataan ini.
Adakah Sultan Kelantan dan rakyat Kelantan bersetuju ?
PAS perlu ingat, bahawa penduduk Kelantan 99% adalah orang Melayu.
DUN Kelantan juga dikuasai oleh Melayu Kelantan dan bukan dari bangsa lain.
Jika PAS Kelantan gagal dalam usul tersebut, saya cadangkan YB Melayu DUN Kelantan mengusulkan UNDI TIDAK PERCAYA kepada Kerajaan PAS Kelantan.
Mari kita lihat keikhlasan kenyataan Nik Aziz tersebut.
MENGAPA NIK AZIZ TIDAK BERSUNGGUH-SUNGGUH MEMINDA UNDANG-UNDANG SIVIL KEPADA UNDANG-UNDANG SYARIAH ???
ADAKAH PAS SUDAH JEMU/BOSAN PERJUANGAN MEMARTABATKAN HUDUD DI KELANTAN/MALAYSIA ???
SETELAH BERGABUNG DENGAN PKR & DAP, TIADA USUL DARI PAS SECARA BERTERUSAN UNTUK MELAKSANAKAN HUDUD DI NEGARA INI. KENAPA ????
Wallahu a'lam..

Tiada ulasan: