Islam Agama Keamanan



Member Bloger :

Khamis, 31 Disember 2009

KERAJAAN PAS KELANTAN, MEMBAZIRKAN WANG RAKYAT :

Kelantan kena bayar RM800j
Oleh Ismail Matismailmat@bharian.com.my
· Langgar perjanjian dengan syarikat balak
· Pampasan antara terbesar bagi kes sivil
KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi di sini, semalam memerintahkan kerajaan Kelantan membayar pampasan lebih RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan kerana melanggar beberapa perjanjian yang dimeterai kedua-dua pihak. Pampasan yang diumumkan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Azman Hussin itu, dipercayai antara yang terbesar pernah diputuskan bagi kes saman sivil di negara ini.
Jumlah pampasan itu merangkumi lima jenis ganti rugi, termasuk RM560 juta bagi 30 peratus pemilikan syarikat itu dalam kawasan pembalakan seluas 112,000 hektar, ganti rugi khas (RM13.6 juta), bayaran gaji pekerja yang diberhentikan (RM1.74 juta), faedah lapan peratus sejak 2004 (RM240 juta) dan kos berjumlah RM200,000. Syarikat berkenaan, Timbermine Sdn Bhd, menyaman kerajaan Kelantan pada 2004 kerana menghalangnya daripada menjalankan aktiviti pembalakan di kawasan yang diluluskan. Menurut fakta kes, syarikat itu menerima konsesi pembalakan membabitkan kawasan seluas 204,000 hektar daripada Kerajaan Pas Kelantan pada 1964 sebelum keluasan itu dikurangkan kepada 112,000 hektar.
Bagaimanapun, syarikat itu mendakwa tidak dapat menjalankan aktiviti pembalakan kerana kerajaan negeri ketika itu enggan mengeluarkan permit keselamatan yang diperlukan, sedangkan konsesi itu terletak dalam kawasan keselamatan di Hulu Kelantan. Dua pihak terbabit kemudian bersetuju menandatangani satu perjanjian usaha sama membabitkan kawasan 112,000 hektar itu dengan kerajaan negeri menguasai 70 peratus, manakala Timbermine 30 peratus.
Namun, kerajaan negeri didakwa melanggar perjanjian itu apabila tidak membenarkan Timbermine menjalankan pembalakan di kawasan yang dimilikinya menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian besar. Syarikat terbabit sudah membuat pelaburan awal dengan membina beberapa kilang memproses kayu balak dan mengimport mesin yang akhirnya tidak dapat beroperasi, selain ada yang terkandas di pelabuhan. Pekerja yang diambil juga terpaksa diberhentikan selepas menunggu hampir enam tahun.
Ketika keputusan pampasan itu diumumkan, tiga wakil syarikat terbabit berada di galeri awam mahkamah berkenaan, selain dua peguam yang mewakili Timbermine dan timbalan pendakwa raya yang mewakili kerajaan negeri.

*****$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$*****
PAS dan Pakatan Rapuh bukan main memaksa Kerajaan Malaysia agar menubuhkan Suruhanjaya Bebas menyiasat Tun Mahathir Tun Abdullah kerana membazirkan wang rakyat ketika era pentadbirannya. Rupa-rupanya, Kerajaan PAS pun terlibat sama dalam membazirkan wang rakyat. Entah-entah banyak lagi kes yang belum timbul.
Namun, penyokong totok PAS akan mengatakan bahawa ini semua permainan kotor politik UMNO dan BN. Malah tetap setia menyokong TG Nik Aziz walaupun terpaksa menjilat tahinya.
Dahlah Kelantan antara negeri yang mundur di Malaysia, tapi pembaziran ini akan terus-menerus merencatkan pembangunan negeri Kelantan di tambah dengan hutang keliling pinggang Kerajaan PAS Kelantan. Ini bermakna, jika UMNO dan BN berjaya mengambil alih Kerajaan Kelantan, sudah pasti ia akan membebani Kerajaan Pusat untuk memajukan Kelantan yang dibebani hutang piutang yang belum dapat dilangsaikan oleh Kerajaan PAS Kelantan.
Jika Kerajaan PAS Kelantan tumbang selepas PRU13 nanti, sudah pasti segala pekong Kerajaan PAS Kelantan akan diketahui umum sepanjang pemerintahannya di Kelantan. Bersediakah PAS Kelantan menghadapinya jika ianya benar-benar berlaku ???

Wallahu a'lam...

Tiada ulasan: