Islam Agama Keamanan



Member Bloger :

Khamis, 31 Disember 2009

Nik Aziz Desak UMNO Keluar BN, Sertai PAS/PR :

KUALA LUMPUR, 29 Dis: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kelmarin meminta Umno keluar dari BN dan bersama-sama PAS dalam Pakatan Rakyat sekiranya jujur dan benar-benar mahu memperjuangkan hak rakyat.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian sebagai mengulas aksi sekumpulan pemuda mendesak PAS Selangor supaya keluar dari Pakatan Rakyat negeri Ahad lalu. Jelasnya, mereka yang terbabit dipercayai sebagai ahli atau penyokong Umno. "Kalau Umno boleh minta PAS keluar daripada Pakatan (Rakyat), maka saya minta daripada Umno (supaya) keluar dari BN untuk bersama dengan PAS," jelas Nik Aziz seperti yang dilaporkan suatu akhbar tempatan.

Beliau berkta, teknik menjadi dalang mengganggu PAS tersebut merupakan amalan kebiasaan Umno sejak PAS mula memerintah Kelantan dua dekad lalu lagi." Didalangi itu, perkara biasa bagi golongan sekular ini (Umno)," jelasnya." Sebenarnya orang PAS ini dah masak dah (menjadi dalang Umno)...sejak tahun 1991 lagi, macam-macam perkara dibuat." Ujarnya, Umno diminta menggugurkan dasar kebangsaan dan bersedia menerima Islam sebagai dasar parti, sekiranya jujur mahu bersama-sama perjuangan Islam yang dibawa PAS.


Tambahnya lagi, Umno juga seharusnya bersedia menerima parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang lain kerana PAS sekarang komited bersama-sama Pakatan Rakyat demi menumbangkan kerajaan yang zalim secara demokratik. Beliau yang sebelum ini disebut-sebut sebagai 'Pemimpin Spiritual' dalam Pakatan Rakyat turut berpandangan Pakatan Rakyat lebih memenuhi semangat 1Malaysia, berbanding BN." Ia (Pakatan Rakyat) lebih bersemangat 1Malaysia daripada apa yang ada (BN) sekarang ini," sinisnya.


*****@@@@@@@@@@*****


PAS mengajak/mendesak UMNO menyertai Pakatan Rapuh, seolah-olah mengigau di siang hari.
Malah, PAS meminta UMNO menggugurkan Dasar Kebangsaan dan menerima Islam sebagai dasar parti. Adakah dalam Pakatan Rapuh (DAP dan PKR) menerima Islam sebagai dasar parti mereka. Sudah pasti jawapannya tidak. Jika tidak percaya, kajilah dasar parti DAP dan PKR. Mereka tidak meletakkan Islam sebagai dasar parti mereka.


Kita mestilah berfikir dengan bijak, adakah Pakatan Rapuh lebih baik berbanding Kerajaan BN ? Kajilah apa yang dilakukan oleh Kerajaan DAP di P.Pinang? Rasanya, DAP boleh dikatakan sebagai kerajaan zalim di P.Pinang. Adakah DAP membela nasib umat Islam di sana? Bagi Kerajaan PAS di Kelantan pula, tidak zalimkah kerana tidak menyediakan peluang pekerjaan di negeri mereka sendiri ??? Sehinggakan rakyat Kelantan terpaksa merempat meminta belas kasihan kerajaan negeri lain memberikan pekerjaan untuk membantu meningkatkan sosio-ekonomi Kelantan. Begitu juga Kerajaan PAS Kedah lebih kurang sama dengan Kelantan.


Manakala Kerajaan PKR Selangor, pun zalim juga. Kerajaan Selangor adalah antara kerajaan negeri yang terkaya di Malaysia dan kehebatan pembangunannya. Tetapi, apabila ditadbir oleh PKR, Selangor kini di era kemunduran. Jalanraya pun semakin banyak yang berlubang-lubang dan tidak elok.


Kesemuanya ini berlaku kerana Pakatan Rapuh sudah terbiasa dengan kerja-kerja ceramah politik untuk menumbangkan kerajaan UMNO/BN. Mereka masih mentah dalam urusan pentadbiran mega. Sepatutnya, rakyat Malaysia semakin matang dan cerdik menilai, parti mana yang mahir mentadbir negeri dan negara. Parti mana yang pandai buat kerja. Parti mana yang pandai berkokok sahaja. PRU13 sahajalah yang menentukan rakyat semakin matang atau semakin jahil otaknya.


Wallahu a'lam...

Tiada ulasan: