Islam Agama Keamanan



Member Bloger :

Sabtu, 17 Oktober 2009

AL-FATIHAH..

MARILAH KITA SAMA-SAMA
MENGUCAPKAN TAKZIAH
DAN
MENYEDEKAHKAN AL-FATIHAH
KEPADA AYAHANDA
SAUDARA BLOGER SEPERJUANGAN KITA


Jumaat 16 Oktober 2009 bersamaan 27 Syawal 1430H.
Ayahanda saya Hj Mohamad bin Salleh telah kembali kerahmatullah jam 3.45 petang di Hospital Besar Batu Pahat akibat serangan jantung.
Ayahanda berumur 75 tahun meninggalkan bonda Hjh Zainap binti Ismail, 10 orang anak dan 16 orang cucu. Jenazahnya telah selamat disemadikan bersebelahan dengan pusara nenda Maznah bt Ahmad di Tanah Perkuburan Islam Lubok Laut, Semerah, Batu Pahat jam 7.00 malam tadi.
Sebagai anak sulong, saya adalah pengganti kepada ayahanda untuk menjaga ibu dan 9 orang adik-adik yang lain. Mudah-mudahan Allah akan memberi kekuatan kepada saya untuk menggalas tanggung jawab sebagai ketua keluarga.
Semoga Allah memberi taufik dan hidayah ke atas roh ayahanda , semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Amin.......
Amir Hamzah Batu Pahat.
P/S : Al-Fatihah..
Semoga Allahyarham bapa bro dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan golongan anbiya' was solihin.. Amin.. Smoga bro sekeluarga tabah menghadapi ketentuan ilahi..
Rakan bloger yang melayari halaman ini dijemput menyampaikan ucapan takziah kpd saudara kita di alamt yang tertera di atas.

3 ulasan:

zedmagel berkata...

Salam Takziah buat saudara Amir Hamzah dan keluarga,
Semoga Allah SWT merahmati roh Allahyarham ayahanda tersayang.

Selempang Merah berkata...

Aminn..

amirhamzah64/ 64أمير حمزه berkata...

Terima kasih banyak-banyak bro....