Islam Agama Keamanan



Member Bloger :

Rabu, 7 Oktober 2009

PESTA MENGUMPAT & MEMFITNAH KEMBALI LAGI... KINI SEMAKIN HANGAT DI BAGAN PINANG.



















INGATLAH SAUDARA MUSLIMKU !!!
DOSA MENGUMPAT HANYA BOLEH DIAMPUN OLEH MANGSA...

MENGUMPAT

ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.

Rasullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya bermaksud :
"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatuperkara yang dibencinya".
(Hadis Riwayat Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasukapabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ianya disamakan seperti memakan daging saudara seagama.

Manusia waras tidak sanggup memakan dagingmanusia, inikan pula daging saudara sendiri.
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
"Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" .
(Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.
Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain.
Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

Sabda Rasulullah S.A.W. :
"Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum berimandengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" .
(Hadis riwayatAbu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :
"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".
Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili,
di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia.
Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya".
Maka Allah menjawab :
"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".
Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat,
maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat.

Inilah dikatakan orang muflis di akhirat nanti.
Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya.
Oleh itu perbanyakkanlah BERISTIGHFAR dan BERZIKIR MENGINGATI ALLAH supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

4 ulasan:

amirhamzah64/ 64أمير حمزه berkata...

Yang serban dan jubah menyapu lantai tu tak tahu ke atau buat-buat tak tau. Orang dah kemaruk kuasa apa dia peduli....?

Selempang Merah berkata...

Biasalah Bro Amir..
Nama pun ahli politik..
Sebab tu Rasulullah s.a.w. tidak tentukan pakaian khas bagi orang Islam untuk menutup aurat. Sebabnya baginda tahu dah keadaan umatnya di akhir zaman.. Ramai berpakaian jubah dan serban, tapi tetap pergi ke rumah pelacuran dan tarian gelek. Itulah gelagat tok syekh di negara arab. Paling dahsyat tasbih di tangan sebagai alat tarian. Itu gelagat pak arab yang dah tak ingat Allah di timur tengah. Tapi di negara kita, walaupun berserban, berjubah dan tasbih sentiasa di tangan.. tak tahu malu melanggar perintah Allah jangan memfitnah, memaki hamun, mencari kesalahan orang lain, membuka keaiban orang dan banyak lagi.. Tapi bagi mereka, itu adalah wajib bagi ahli politik yang cerdik. Yang penting menang pilihanraya. Kalau menang bertambah projek kumpul harta. Walhasil balik asal. Selama ni mengata orang umno.. Last-last 2x5 je.. apek berak pun dia tolong chebokkan.. Segalanya Mungkin kot..

amirhamzah64/ 64أمير حمزه berkata...

Baru kena dengan semangat Kiyai Salleh......Selempang Merah.

Selempang Merah berkata...

Terima kasih bro..