Islam Agama Keamanan



Member Bloger :

Sabtu, 10 Oktober 2009

SUATU PERSOALAN...

ADA PERSAMAANKAH ANTARA MEREKA
DALAM SEMANGAT PERPADUAN?
Dari Abu Hurairah, ia berkata;
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Janganlah kamu saling dengki-mendengki,
Janganlah kamu saling tipu-menipu,
Janganlah kamu saling benci-membenci,
Janganlah kamu saling belakang-membelakangi
(musuh-memusuhi)
Janganlah kamu menjual
setengah kamu atas jualan yang lain,
dan jadilah kamu seorang hamba Allah yang bersaudara.
Seorang Islam itu adalah saudara orang Islam yang lain,
tidak boleh ia menganiayai, dan tidak boleh membohonginya,
dan tidak boleh menghinanya.
Taqwa itu di sini, sambil ia (Rasulullah s.a.w.)
menunjukkan ke dadanya tiga kali.
Cukuplah kejahatan seseorang itu ia menghina saudaranya yang lain ".
(Riwayat Bukhari)



DULU ...
TINGGINYA SEMANGAT MEREKA BERSATU-PADU
DIAMBANG KEMERDEKAAN..
SEMUA ORANG MENENTANG PENJAJAH ..
MEREKA BOLEH BERSATU UNTUK MERDEKA ..
TIDAK MENGIRA KAUM ATAUPUN AGAMA ...
ASALNYA MEREKA ADALAH PENDANTANG,
UMAT MELAYU & PERIBUMI TETAP MENERIMA MEREKA
UNTUK HIDUP BERSAMA
SEBAGAI RAKYAT NEGARA INI YANG MERDEKA...


SEKARANG ...
MEREKA BOLEH BERSATU UNTUK BERPECAH-BELAH ...
SIAPAKAH YANG PALING BERUNTUNG DI ANTARA MEREKA ...?
SIAPAKAH YANG AMAT MERASAI KEISTIMEWAANNYA
SEMAKIN TERHAKIS ...?


Ini Hanya Satu Pandangan Sahaja...
Rupa Macam Ada Seiras ...
Pegangan Agama Memang Banyak Perbezaan ...
(Islam, Kristian, Budha, Hindu, Komunis, Dan Lain-Lain).
Matlamat:
"Dulu Lain, Sekarang Sama"
(Untuk Menumbangkan Kerajaan BN-UMNO).
Dulu Perjuangan Parti PAS
Menjadikan Malaysia Sebagai Kerajaan Islam
Yang Mengamalkan Undang-Undang Jenayah Islam (HUDUD),
Mereka Mengharamkan Agar Tidak Bersekongkol Dengan Orang Kafir,
Tidak Menyokong Komunis (Chin Ping)
SEKARANG?

Dulu Perjuangan PKR
Mahukan Anwar Ibrahim Dibebaskan Dari Tahanan ISA,
SEKARANG?

DULU, KINI dan SELAMANYA ..
DAP Tetap Teguh Memperjuangkan Malaysia Malaysia,
Tidak Setuju Dengan Keistimewaan Melayu,
Menentang Keras Malaysia Sebagai Negara Islam,
Berhasrat Membawa Pulang Chin Peng
Dan
Menolak 1001% Perlaksanaan Hudud
(Undang-Undang Jenayah Islam).
SEKARANG?


Dulu, Kini Dan Selamanya,
MCA Adalah Anti Komunis,
Boleh Terima Keistimewaan Melayu & Penduduk Peribumi,
Mahukan Kedudukan, Kebajikan Dan Bisnes Mereka Di Jamin ..
SEKARANG?

Dulu MIC Masih Di Ladang2 Getah,
Tukang Buat Jalanraya, Landasan Keretapi Dan Sebagainya.
Anti Komunis,
Boleh Terima Keistimewaan Melayu Dan Penduduk Peribumi.
Matlamat Dari Dulu Hingga Sekarang ..
Mahukan Kedudukan, Kebajikan Mereka Di Bela ...
SEKARANG?

Dulu UMNO Adalah Sebuah Parti Melayu Yang Kuat ..
Pada Awal Hendak Mencapai Kemerdekaan ..
Perjuangannya Jelas Sebagaimana Yang Kita Sedia Maklum.
Semua Orang Melayu Bersatu Dalam UMNO
Tidak Kira Siapa Pun Di Bawah UMNO ..
Dulu, Pemimpinnya Terdiri Daripada
Golongan Yang Pernah Berkhidmat Dengan BRITISH,
Wartawan, Para Pendidik, Golongan Agama Dan Para Ulamak.
Tiada Seorang Pun Dikalangan Mereka Yang Gila Memikirkan Projek..
SEKARANG?

MENGAPA SEMUA INI TERJADI !

LUPAKAH KITA,
MENGAPA KERAJAAN MELAYU MELAKA
JATUH TERSUNGKUR KE TANGAN PORTUGIS ?
MAKA BERMULALAH ERA PENJAJAHAN BARAT ..

KERAJAAN OTHMANIYAH,
IRAQ DAN BANYAK LAGI NEGARA ISLAM
YANG DIGULINGKAN OLEH ORANG ISLAM SENDIRI!
AKIBAT TIPU DAYA DAN STRATEGI MUSUH ISLAM..

SIAPAKAH DALANG UTAMA KESEMUANYA INI !

ADAKAH YAHUDI, ATAU ...!!!
APAKAH KESAN YANG BERLAKU KEPADA MEREKA SELEPAS ITU ?!!!

INILAH SATU TEKTIK BARU PENJAJAHAN MASA KINI.
MUSUH ISLAM SEDAR BAHAWA MEREKA BOLEH MENJAJAH
SEMULA NEGARA-NEGARA ISLAM DENGAN CARA
MEMECAH-BELAHKAN PERPADUAN UMAT ISLAM.
TIDAK MUSTAHIL KITA BAKAL KEMBALI DI JAJAH,
JIKA MASIH BERTERUSAN BERTELAGAH SESAMA SENDIRI.
HAYATILAH hadis DI BAWAH INI: --

Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata;

"Telah menasihati kami oleh Rasulullah s.a.w.
akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami
dan menitiskan air mata.
Ketika kami mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah!
Seolah-olah, ini adalah nasihat yang terakhir sekali
maka berilah pesanan kepada kami. "

Lalu baginda pun bersabda;
"Aku berwasiat akan kamu supaya
Sentiasa bertakwa kepada Allah dan
Mendengar serta taat (kepada pemimpin)
Sekalipun yang memiMpin kamu itu hanya seorang hamba.
Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu,
Pasti ia akan Melihat perselisihan yang banyak.
Maka hendaklah kamu berpegang teguh
dengan sunnahku dan
sunnah para
Khulafa Ar -Rasyidin Al -Mahdiyin
(Khalifah-khalifah yang Mengetahui kebenaran
dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar)
dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham
dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan,
kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat. "
(Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

KETERANGAN: --

Hadis di atas mengandungi pesanan-pesanan
yang sangat berharga
daripada Rasulullah s.a.w. bagi umatnya,
terutama bila mereka berhadapan
dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau
dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita
hadapi sekarang ini.
Oleh itu sesiapa yang mahu selamat
maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar
yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.
dalam hadis, iaitu:

Pertama:
Hendaklah ia sentiasa takwa kepada Allah
dalam apa jua keadaan
dengan mengerjakan segala perintah Allah
dan menjauhi segala laranganNya.

Kedua:
Mentaati perintah pihak yang menguruskan
hal ehwal kaum muslimin
walaupun seandainya mereka terdiri daripada
golongan hamba,
selama mereka berpegang dengan
Al-Quran dan sunnah Nabi,
dan sunnah-sunnah Khulafa 'Ar-Rasyidin,
kerana patuh kepada penguasa
yang mempunyai sifat-sifat ini
bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi.


Ketiga:
Berpegang teguh kepada sunnah Nabi s.a.w.
dan sunnah para Khulafa 'Ar-Rasyidin
(Abu Bakar, Umar, Osman dan Ali r.a.)
yang mana mereka telah mendapat
petunjuk daripada Allah S.W.T.,
iaitu berpegang kepada fahaman dan sebuah
amalan ahli sunnah waljamaah
yang mana hanya penganut fahaman ini sahajalah
yang mendapat jaminan selamat
daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga
pada hari kiamat nanti.
Keempat:
Menjauhi perkara-perkara bid'ah dholalah,
iaitu apa jua fahaman
dan sebuah amalan yang ditambah dalam ibadah
kepada agama Islam yang sempurna ini,
pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari Al-Qur'an dan Hadis.
Sekiranya ada asal atau dalil,
maka tidaklah perkara-perkara yang baru itu dikatakan bid'ah
menurut pengertian syarak (bukan bid'ah dholalah)
tetapi hanya dinamakan bid'ah
menurut pengertian loghat
atau bahasa sahaja (iaitu bid'ah hasanah).

Tiada ulasan: