Islam Agama Keamanan



Member Bloger :

Sabtu, 17 Oktober 2009

Perhimpunan Agung UMNO 2009 : Ke mana hilangnya Pak Lah ?

Sepatutnya...,
Beginilah Gambaran Sokongan Padu
Dari Kedua-dua Mantan Perdana Menteri Yang Lalu
Kepada
Dato Seri Najib Tun Abdul Razak.
Ke Mana Perginya Pak Lah ?

Atau
Masih ada hubungan sulitkah
antara mereka
yang tidak kita ketahui masej perjumpaan mereka
ketika era pemerintahan Pak Lah ?

Atau
Pak Lah Masih Malu Untuk Bersemuka Dengan Tun Dr. Mahathir ?

KUALA LUMPUR, Okt 16 – Ke mana perginya Pak Lah? Majoriti perwakilan dan ahli Umno yang hadir dalam Perhimpunan Agung Umno 2009 tertanya-tanya ketidak hadiran bekas presiden dan Perdana Menteri Malaysia semasa Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan ucapan dasar yang pertama kalinya sebagai Presiden parti.

Sebelum ini, Pak Lah dan Tun Dr Mahathir Muhamad telah bersetuju untuk hadir dalam perhimpunan ini yang disifatkan kehadiran bersama dua tokoh bekas tokoh pemimpin Umno.
Bagaimanapun hanya Dr Mahathir yang hadir dalam majlis perasmian perhimpunan Agung Umno ini.

Pelbagai persoalan timbul di kalangan para perwakilan Umno berikutan ketidakhadiran bekas Presiden Umno ini. Mereka hairan memandangkan dua hari sebelum menjelang hari perhimpunan, Pak Lah sudahpun menzahirkan hasratnya untuk hadir.

“Apakah Pak Lah sakit secara tiba-tiba sehingga tidak dapat hadir ke perhimpunan ini? “ timbul persoalan dari kalangan ahli Umno yang hadiri dalam perhimpunan ini.

Bagaimanapun kalangan ahli Umno yakin ketidakhadiran Pak Lah bukan disebabkan `merajuk’ atau `kecewa’ dengan parti.

Selain itu, terdapat lagi tiga kerusi Ahli Majlis Tertinggi Umno yang kosong disifatkan juga tidak hadir dalam perhimpunan ini. Antaranya termasuklah bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique.

Namun demikian ketidakhadiran Pak Lah kurang dirasai berikutan kehadiran Dr Mahathir dan isterinya.

Kehadiran Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Hasmah Ali telah disambut dengan tepukan gemuruh dari 2300 perwakilan yang hadir. Dr Mahathir disifatkan masih mempunyai pengaruh dan `aura’ sebagai bekas pemimpin parti yang dihormati oleh ahli parti.

Dr Mahathir tidak hadir di dalam perhimpunan agung Umno ini semasa Abdullah sebagai Presiden parti berikutan `krisis’ dalaman antara kedua pemimpin ini. Dr Mahathir sengaja tidak hadir mahupun tidak dijemput oleh kepemimpinan ketika itu.

Kehadiran bekas Presiden Umno dan isteri ke Perhimpunan Agung Umno ini dianggap telah menaikan semangat juang ahli-ahli parti.

Dalam ucapan dasarnya, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kehadiran Dr Mahathir dan Dr Hasmah begitu amat bermakna memandangkan ini adalah kali pertama beliau menyampaikan ucapan sulung sebagai Presiden parti.

“Perhimpunan pada pagi ini penuh bermakna dan bertuah kerana di bawah bumbung Umno hadir mantan Presiden yang kita kasihi. Marilah kita sambut dan raikan Yang Amat Berbahagian Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah”.

“Demikianlah contoh semangat juang dalam jiwa pemimpin Umno yang tidak pernah pudar, bahkan terus mekar, terus bersedia untuk bersama-sama dalam sebuah perjuangan yang belum selesai , demi membina bangsa yang mulia dan cemerlang,” katanya.

Dalam pada itu, Najib melahirkan perasaan bersyukur kerana telah dapat mengambil ahli pucuk pimpinan parti secara rasmi pada Mac yang lalu.

“Syukur, peralihan kuasa yang tertip, lagi licin bersandarkan tradisi mulia Umno telah berlangsung dan dimungkinan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi,” katanya.

Dipetik dari - The Malaysian Insider (Samsuri Roslan).

2 ulasan:

zedmagel berkata...

Salam Bro,

Beliau ada bersama-sama perwakilan UMNO bahagian kepala batas kat belakang. Saya melihatnya dalam siara media

Selempang Merah berkata...

Salam bro zedmagel..

Alhamdulillah..
Tetapi kehadirannya amat bermakna dan lebih manis apabila dipandang, jika beliau duduk bersebelahan dengan Tun M.

Ini hanya pandangan semangat peribadi saya.. Wallahu a'lam..