AYAHANDA TUN DR MAHATHIR
MENGENAI
PINDAAN PERLEMBAGAAN UMNO 2009
Tun Dr Mahathir Mohamad
mengingatkan anggota Umno
agar mengubah sikap sekiranya mahu
pindaan perlembagaan parti
yang bakal dibuat pada perhimpunan agung parti
minggu ini mencapai matlamatnya.
Bekas presiden Umno itu berkata
ini kerana pindaan perlembagaan semata-mata
tidak menjamin penyelesaian masalah.
"Saya (semasa menjawat presiden parti)
buat dua pindaan.
Tiap kali saya buat, saya yakin penuh
bahawa pindaan itu
akan menyelesaikan masalah."
Tetapi (jika) kita buat pindaan
tapi kalau sikap ahli-ahli
tak sesuai dengan pindaan itu,
dia tak berjayalah,"
katanya kepada pemberita
apabila diminta mengulas
mengenai cadangan pindaan perlembagaan
yang akan dibuat
pada Perhimpunan Agung Khas Umno
Khamis ini.
Tun Dr Mahathir yang diiringi isteri
Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali
sebelum itu menghadiri majlis pelancaran
Buku Amanat Presiden Umno
yang disempurnakan
Timbalan Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Antara lain pindaan yang bakal dibuat
ialah pemansuhan sistem kuota bagi pencalonan
dan
membenarkan lebih ramai perwakilan akar umbi
terlibat dalam pemilihan parti.
Ditanya sama ada perwakilan akar umbi Umno
mempunyai kriteria yang perlu
dalam memilih pemimpin berkebolehan,
Tun Dr Mahathir
yang juga bekas perdana menteri berkata
ia terpulang kepada kaedah
perwakilan itu dipilih."
Apakah mereka dipilih kerana jawatan,
atau kerana intelek
atau kerana mereka semua sudah dewasa.
Ini semua kena ambil kira," katanya.
- BERNAMA -
ITU PANDANGAN AYAHANDA TUN.
BAGAIMANA PULA PANDANGAN ANDA ?
KINI, UMNO SEDANG BERUSAHA KERAS
UNTUK BERUBAH.
BAGAIMANA PULA PARTI POLITIK YANG LAIN ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan