Islam Agama Keamanan



Member Bloger :

Ahad, 11 Oktober 2009

Untuk Renungan Semua Ahli Politik..



"BEZA POLITIK KHULAFA' RASYIDIN,
BERBANDING SEKARANG.."
Bermula zaman Khulafa' Ar-Rasyidin selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. , maka berlakulah dalam sejarah Islam bermulanya sistem pemilihan calon, atau lebih dikenali dengan nama Sistem Syura atau sekarang lebih mudah difahami dengan istilah pilihanraya.
Walau bagaimanapun, suasana di zaman tersebut memang tidak dapat dinafikan terlalu banyak perbezaan yang ketara terutama dalam mencalonkan seseorang sahabat ( sahabat Rasulullah s.a.w.) untuk dilantik menjadi seorang khalifah.
Jika kita kembali mengkaji sejarah dan suasana proses untuk melantik seseorang untuk menjadi khalifah memang terlalu banyak perbezaannya ketika pemilihan tokoh-tokoh ini, iaitu
Saidina Abu Bakar r.a., Saidina Umar r.a., Saidina Osman r.a.dan Saidina Ali r.a.
Yang Pertama :
Suasana Percalonan dan Perlantikan Khalifah :-
- tidak berlaku perebutan jawatan khalifah.
- tiada suasana mengaibkan calon.
- tiada kafir-mengkafir.
-tiada beli pengundi.
- tiada beli ahli Parliman pihak lawan.
- tidak berlaku mencari kesalahan dan kelemahan calon.
- tidak membuka keaiban calon.
- tidak menceritakan keburukan calon yang telah lalu.
- tiada pulau-memulau.
- tiada pergaduhan.
- tiada mencacat-cela.
- tiada kempen-mengempen.
- tiada kutuk-mengutuk.
- tiada berhasad-dengki.
- tiada berburuk-sangka.
- tiada budaya samseng.
- tiada budaya rasuah.
- tiada budaya membeli undi.
- tiada budaya vandelisem.
- dan banyak lagi kebaikkan yang berlaku sehinggalah era zaman perlantikan Saidina Ali r.a. kerana umat Islam pada ketika itu telah semakin kuat, tanah kekuasaan semakin luas, harta negara semakin meningkat.. Maka berlakulah perebutan sehingga tertubuhnya Kerajaan Bani Umaiyyah dan Kerajaan seterusnya yang silih berganti.
Yang Kedua :
Budaya Para Sahabat Ketika Itu :-
- Keimanan mereka berpegang teguh kepada Al-Qur'an dan Al-Hadis.
- Mereka hanya menyebut jasa-jasa atau sumbangan calon mereka.
- Mereka hanya menceritakan kehebatan seseorang calon tersebut.
- Mereka hanya menyebut kebaikkan yang ada pada sifat-sifat peribadi calon.
- Sikap calon pada ketika itu yang merendah diri (tawadduk).
- Mereka hanya menjelaskan cara pemikiran dan ketokohan calon sebagai seorang pemimpin.
- Mereka yang dicalon, sanggup menolak percalonan untuk memberi laluan kepada para sahabat yang lain.
- Kebanyakkan calon tidak membangga diri setelah dicalonkan, malah mereka memperbanyakkan beristighfar dan mengnggap dirinya bukanlah yang terbaik (sifat tawadduk).
Ini kerana bagi para sahabat merasakan jika dia dipilih, ditakuti akan melakukan perkara-perkara yang tidak diredhai Allah atau tidak berlaku adil dan sebagainya.
- Sejarah juga menggambarkan bahawa para sahabat akan
menyebut al-hamdulillah jika tidak berjaya
dalam pengundian (Majlis Syura) tersebut. Ini kerana bagi mereka, calon yang tidak terpilih terlepas daripada fitnah dunia iaitu jika ia menjadi khalifah berkebarangkalian akan melakukan perkara yang dimurkai Allah atau tidak berlaku adil dan sebagainya.
Sebenarnya banyak lagi yang kita boleh rungkaikan suasana politik para sahabat nabi yang boleh dijadikan contoh teladan dalam jiwa masyarakat kita.
PERSOALAN :
Bagaimana pula perbandingan suasana Roh Islam dalam masyarakat Islam pada hari ini ?
Adakah mereka mencontohi Rasulullah s.a.w. dan para sahabat dengan sebenar-benarnya ?
Adakah dengan cara berpakaian mengikut sunnah, bahawa kita adalah yang terbaik dari kalangan yang terbaik atau sebaliknya ?
Sebab itu Rasulullah s.a.w. tidak mewajibkan atau menetapkan pakaian Islam. Yang jelas, Rasulullah s.a.w. memerintahkan kita menutup aurat dengan apa sekali jenis pakaian yang mengikut ketetapan syariat.
Ini kerana sudah pasti Rasulullah s.a.w. sudah mengetahui bahawa dikalangan umatnya sanggup berpakaian jubah, berserban dan bertasbih dengan mengunjungi ke tempat-tempat maksiat.
Inilah yang berlaku di negara Timur Tengah, lihatlah bagaimana kehidupan masyarakat di sana. Ibarat kata pepatah Melayu :
"Jauh Perjalanan, Luas Pemandangan".
Ini kerana pakaian tersebut adalah pakaian adat bagi bangsa arab.
Malah Abu Jahal dan Abu Lahab pun memakai pakaian yang sama dengan Rasulullah s.a.w..
Walau bagaimanapun, jika kita meniru atau mengikut cara pakain nabi s.a.w. ianya dikira mengikut sunnah dan mendapat pahala di sisi All s.w.t.
Wallhu A'lam.
Fikir-Fikirkanlah Wahai Saudara Se-Islam Ku
Demi Agama, Bangsa dan Negara.

2 ulasan:

bez.amin berkata...

salam...
saudara,izinkan saya untuk menyebarkan ciri-ciri politik zaman Rasulullah nukilan saudara ini.
semua umat malaysia, terutamanya melayu islam perlu dan wajib tahu mengenainya.
innallaha ma'ana..ameen...

Selempang Merah berkata...

salam hunkah zaytsev..

Saudara/i, sebenarnya memang saya izinkn sesiapa sahaja untuk menukil atau mengedit apa-apa sahaja yang perlu disalin drp maklumat yg saya nukilkan dlm blog saya ini.

Kesemuanya ini merupakan ilmu Allah dan setiap ilmu bukan hak milik saya, apatah lagi ilmu berkaitan dengan agama Islam.

Malah, Rasulullah s.a.w. yg memerintahkan kita menyampaikan apa-apa maklumat drp Rasulullah s.a.w. iaitu (بَلِغُ عَنِّي وَلَو آية) yg bermaksud : "sampaikan apa2 drp ku walau sepotong ayat".

Apatah lg, Rasulullah s.a.w. melarang kita menyembunyikan ilmu yg memang sepatutnya disampaikan kpd umum.

Walaupn saudara mengambil nukilan saya itu, ianya bukan Hadis atau ayat al-Qur'an untuk dibuat berhujjah.

Namun begitu, Rasulullah s.a.w. memerintahkan kita mengikut cara hidup para sahabat (selain berpandukan Al-Qur'an atau Al-Hadis iaitu Sunnah Rasulullah) kerana para sahabat mengikut cara hidup Rasulullah s.a.w.

Namun begitu, saya yakin dan percaya bahawa kesemuanya yg saya jelaskan dlm tajuk "beza ciri2politik zaman Khulafak Ar-Rasyidin dengan zaman kita" amat dipersetujui oleh seluruh ulamak di dunia.

Malah, ianya adalah kesimpulan drp hasil kajian saya ketika belajar dulu.

Wallahu a'lam.