Islam Agama Keamanan



Member Bloger :

Sabtu, 31 Oktober 2009

LEMBAGA DISIPLIN PAS BERSIDANG ESOK :

Harakahdaily Fri Oct 30, 09 3:36:49 pm MYT

KUALA LUMPUR, 30 Okt: Lembaga Disiplin PAS akan bersidang buat pertama kalinya mulai esok jam 10.30 pagi selepas mendapat Arahan Segera menyelesaikan Beberapa Isu Dalaman PAS, kata ketuanya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Namun, dimaklumkan bahawa, tidak akan ada sebarang sidang media atau kenyataan media berkaitan dengan hal ini sehinggalah keputusan diserahkan kepada Jawatankuasa Pusat, katanya. "Kami akan bermesyuarat esok dan akan melihat dokumen-dokumen yang ada sebelum membuat apa-apa tindakan lanjut," kata Tuan Ibrahim kepada Harakahdaily.

Lembaga ini, katanya, mempunyai lima anggota termasuk beliau. Mereka terdiri dari peguam, tokoh agama dan anggota veteran PAS. "Namun saya tidak bercadang untuk mendedahkan nama mereka," kata Tuan Ibrahim.

Lembaga Disiplin PAS telah diarahkan bersidang segera bagi menyiasat beberapa dakwaan kepada PAS Selangor. Arahan ini dibuat oleh Mesyuarat Khas Jawatankuasa PAS Pusat baru-baru ini. Ia dimaklumkan kepada media oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang medianya kira-kira jam 1.00 pagi 29 Oktober semalam. Selain Lembaga Disiplin diminta bersidang segera, PAS juga akan mengadakan satu seminar khas yang bakal disertai lebih 1,000 pemimpin parti di semua peringkat 7 November nanti. Ia akan diadakan di Dewan Datuk Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar. Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub diamanahkan untuk menguruskan seminar ini. Turut diputuskan dalam mesyuarat khas itu adalah, isu kerajaan perpaduan telah ditutup dan tidak akan dibicarakan lagi.

Menurut Tuan Ibrahim, beliau telah menerima beberapa dokumen yang disampaikan kepada beliau. "Ada yang sampai melalui Setiausaha Agung. Dan ada yang disampaikan kepada saya melalui presiden sendiri," katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, lembaga ini akan meneliti segala dokumen itu apakah ia bertentangan dengan didiplin parti atau ia hanya ijtihad peribadi individu berkenaan sahaja.
Dari situ, katanya, lembaga ini akan membuat cadangan kepada Jawatankuasa PAS Pusat apakah bentuk tindakan yang akan diambil.
*******************************
Cadangan Penulis Agar PAS Bincang Sekali Berkenaan :
1. Hukum Bergabung Dengan Musuh Islam Untuk Menjatuhkan Kerajaan Islam Malaysia.
2. Hukum PAS Membenarkan Musyrikin Malaysia Mempermain-mainkan Ayat Suci Al-Qur'an Dalam Kempen Politik.
3. Hukum Pemimpin PAS Yang Sudah Mensyirikkan Allah Dalam Upacara Keagamaan Mereka.
4. PAS Mesti Keluar Dari Pakatan Rakyat Yang Telah Menyesatkan Hala Tuju PAS Dari Landasan Perjuangan Yang Benar.
5. Perjuangan PAS Kini Terlalu Jauh Perbezaannya Ketika Era Allahyarham Datuk Fadzil Noor.
6. Adakah PAS Rela DAP Atau PKR Yang Memerintah Dan Bukannya PAS Yang Memerintah Negeri/Negara ?
7. Kembalikan Semula Sifat Persaudaraan Sesama Islam Dengan UMNO Berbanding Tidur Sebantal Dengan Musuh Islam Yang Terang-Terang Anti Islam.
8. PAS Mesti Keluar Dari Pakatan Rakyat Agar Perjuangan PAS Menjadi Tulin.
9. Buat Kajian Kebaikkan Dan Keburukkan Bergabung Dalam Pakatan Rakyat Berbanding Bergabung Dengan UMNO.
Wallahu A'lam..

4 ulasan:

C L J berkata...

Tambahan Perkara yang patut dibincangkan:

1. Antara UMNO, DAP dan PKR parti mana lebih Islamik dan lebih layak untuk bekerjasama dengan Pas.

2. Benarkah Pas memperjuangkan dasar Kerajan Islam untuk pemerintahan negeri dan negara.

Tanpa Nama berkata...

salam selempang merah..

PAS lebih suka berkawan dgn musuh Islam dari berkawan dgn org Islam (UMNO).. sebab mereka (PAS) suka mengKAFIRkan UMNO..

Inikah perjuangan Islam Sejati.. tui.. UMNO+PAS=NOPAS hehe... UMNO+MCA+MIC=BN.. tapi kalau PAS+PKR+DAP=???.. Pakatan Rakyat..? Tak tahu malu.., mcm lh 100% rakyat berpakat sokong dia org.. Boleh belah la Pakatan Haram..!! huhu..

Selempang Merah berkata...

Salam Che Leh Jangok...

Saya yakin, sebenarnya rakyat (org Islam Malaysia) sedia maklum bahawa UMNO lah parti yang paling layak untuk bekerjasama dengan PAS kerana ada ciri persamaan perjuangan untuk Islam. PAS pun sampai sekarang tidak berkemampuan untuk laksanakan HUDUD di KELANTAN & KEDAH, apatah lagi setelah bergabung dengan DAP & PKR yang terang-terang tolak HUDUD. Mungkin inilah mimpi PAS di siang hari.
Wallahu a'lam..

Selempang Merah berkata...

Salam Tanpa Nama..

Memang itulah yang PAS inginkan.. sebab Nik Aziz pun tak kisah berkawan dengan syaitan berbanding berkawan dengan UMNO.
Wallahu a'lam..