Islam Agama Keamanan



Member Bloger :

Jumaat, 19 Februari 2010

Anwar Semakin Jelas Menjadi Tali Barut Penjajah :

Permainan Belakang Anwar Dengan Australia Untuk Campurtangan Kes Liwatnya :

Anwar Dan Michael Danby Pada Bulan Disember.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, bantahan 50 MP Australia yang diketahui oleh Michael Danby, ahli Parlimen berbangsa Yahudi yang memperjuangkan hak gay dan lesbian adalah sebahagain dari grand design Anwar untuk memberi tekanan kepada Kerajaan Malaysia supaya gugurkan kes liwatnya.

Anwar membuat kenyataan tadi bahawa campurtangan Australia adalah untuk menegakkan demokrasi. Bodoh sekali kata-katanya itu. Apabila negara lain masuk campur dan menentukan proses kerajaan dan mahkamah dan institusi negara ini bermakna kita tidak lagi demokratik tapi telah dijajah.

Anwar adalah pengkhianat moden alaf baru yang membawa masuk penjajah ini setelah 52 tahun kita merdeka. Rangkaian Anwar di Australia diuruskan oleh bekas Pengarah Abrar yang lari ke Australia, Dr Rahim Mohd Ghouse. Rahim Ghouse adalah bekas Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang semasa zaman Zahid Hamidi.
Anwar yang mengarahkan Rahim Ghouse untuk bertemu dengan Michael Danby, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Luar Senat Australia pada Februari 8hb 2010. Tujuannya adalah untuk mendesak mendapatkan sokongan Menteri negara itu untuk menekan kerajaan supaya gugurkan kes liwatnya.
Anwar juga mengarahkan Rahim Ghouse untuk menjadi penyambung maklumat perbicaraan dengan Mark Trowell (kanan) dan Tom Percy (bawah kiri) yang merupakan Australian Queen Council sebagai pemerhati perbicaraan.

Usaha-usaha ini yang telah mendapatkan 50 ahli Parlimen mereka menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Malaysia di Canberra. Yang bodohnya adalah ahli-ahli Parlimen tersebut menuntut Kerajaan Malaysia mengarahkan Mahkamah Malaysia menghentikan perbicaraan kes Liwat Anwar.

Ini mustahil dilakukan kerana kerajaan tidak boleh campurtangan dalam urusan Mahkamah kerana itu dinamakan separation of power. Adalah bercanggah dengan prinsip demokrasi untuk eksekutif masuk campur dan tiada hak bagi sesebuah negara asing untuk masuk campur dalam urusan kerajaan dan urusan Mahkamah negara asing.

Reaksi yang ditunjukkan oleh penunjuk perasaan benar-benar memalukan pihak kerajaan dan pihak High Commission sendiri memperakui Australia tidak boleh masuk campur dalam hal dalaman Kerajaan Malaysia dan Mahkamah Malaysia.

Maka John Kerry yang merupakan Pengerusi Foreign Relation di Senate US hanya menuntut proses keadilan dijalan dengan rapidan adil.Malangnya Anwar telah salahgunakan sikap liberal Mahkamah kepadanya untuk melengah-lengahkan perbicaraan dengan pelbagai alasan remeh (petty) dan mengarut (frivolous). Wisma Putra perlu lakukan sesuatu dan pertingkatkan usaha untuk difahami oleh negara-negara luar.

http://theunspinners.blogspot.com/

Sejarah membuktikan bahawa orang yang suka meminta bantuan dari negara luar ini amat merbahaya kepada sesebuah negara. Lihatlah apa yang telah berlaku kepada negara Iraq sebagai contoh depan mata kita semua. Jika Allah izinkan Anwar berkuasa, kebarangkalian besar bahawa perkara yang bakal dilakukannya ialah memberikan 'sesuatu' kepada negara berkenaan samaada kerana terhutang budi atau sebab dah janji sesuatu masa minta tolong dulu. Zaman sekarang orang takkan support free2, pasti mengharapkan balasan. Sebenarnya rakyat semakin membuka mata melihat gelagat Anwar ni, yang senang sangat nak dibaca pergerakannya. Malah, kita perlu few steps ahead of him aje utk counter dia.

Oleh itu, bagi rakyat Malaysia yang menyokong negara asing mencampuri urusan dalaman negara adalah pengkhianat dan mereka tidak ubah seperti Kaum Syi'ah di Iraq yang membawa masuk tentera Amerika untuk menggulingkan Sadam Hussein (yang memihak Kaum Sunni Iraq).


Sumber : http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=9129 setelah dikemaskinikan ejaan dan gaya bahasanya.

Tiada ulasan: