Islam Agama Keamanan



Member Bloger :

Ahad, 14 Februari 2010

UMAT ISLAM DITEGAH MENYAMBUT HARI VALENTINE :

SAMBUTAN HARI VALENTINE

SELALUNYA BERAKHIR SEPERTI INI :

INILAH NATIJAH YANG PALING DITAKUTI

AKIBAT SAMBUTAN HARI VALENTINE

14 Februari 2010. Umat manusia khususnya yang beragama Kristian akan menyambut Hari Valentine sebagai satu perayaan bagi mereka. Malah, tidak ketinggalan juga bagi pasangan kekasih tanpa mengira latar belakang agama untuk mengambil peluang keemasan ini untuk meraikannya melalui kad-kad ucapan, sekuntum atau sejambak mawar merah, sms, email, facebook dan sebagainya bagi menzahirkan perasaan cinta serta kasih sayang mereka.
Dalam bulan Februari 2010 ini telah berlaku tiga pertembungan perayaan di Malaysia. Pada tanggal 14hb rakyat Malaysia berbangsa Cina akan menyambut Tahun Baru mereka, Kristian dengan Valentine Day dan umat Islam akan menyambut kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabi'ul Awal 1431 Hijria bersamaan 26 Februari 2010.
Malang sekali bagi umat Islam yang jahil dan tidak kukuh pegangan agamanya kerana meraikan Valentine Day yang telah diharamkan Islam sehingga kebanyakkan mereka lupa ulang tahun kelahiran junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. Bagi umat Islam yang menyambutnya tanpa rasa bersalah telah mempermain-mainkan kesucian agama Islam yang mereka anuti.
APA ITU VALENTINE ??!!
Hari Valentine lebih dikenali sebagai "Hari Kekasih" yang sedang bercinta bagi meraikan percintaan dan kasih sayang yang disambut setiap tahun pada 14 Februari.
ASAL USUL HARI VALENTINE :
Versi popular berkaitan sejarah Valentine ialah perkataan Valentine adalah sempena nama Paderi Besar Kristian zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol iaitu Saint Valentine. Beliau amat disayangi kerana berjaya menumpaskan Kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi. Kejayaan itu begitu bermakna kepada Ratu Isabella dan disambut setiap tahun pada 14 Februari 270 Masihi. Kejayaan itu begitu bermakna kepada Ratu Isabella dan disambut setiap tahun pada 14 Februari oleh rakyat Cordova dengan menamakannya "Hari Valentine".
PANDANGAN ISLAM TERHADAP HARI VALENTINE :
Panel Kajian Akidah (PKA) dan Panel Kajian Syari'ah (PKS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa amalan Menyambut Hari Valentine adalah HARAM dan bertentangan dengan ajaran Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke - 71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 telah memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut adalah mempunyai unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah serta dilarang oleh Islam.
KONSEP KASIH SAYANG DALAM ISLAM :
Kasih sayang adalah satu anugerah dan ia sangat dituntut dalam Islam. Manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk orang yang disayangi sehingga terjadi kes bunuh diri yang jelas diharamkan dalam Islam. Konsep kasih sayang sebenar dalam Islam untuk pasangan kekasih adalah menyayangi berdasarkan panduan Allah s.w.t. sebagaimana yang dijelaskan dalam al-Qur'an dan Hadis.
TEGAHAN MENYAMBUT HARI VALENTINE :
Islam melarang sambutan Hari Valentine ini kerana ia boleh menjerumuskan pasangan ke arah maksiat seperti berlakunya pergaulan bebas, zina dan hamil tanpa nikah. Malah sambutan ini juga seumpama kita meraikan kemenagan orang Kristian menewaskan Pemerintahan Islam di Cordova, Spanyol.
Oleh yang demikian, kita sebagai umat Islam agar meningkatkan lagi ilmu kefahaman kita terhadap Islam dengan sentiasa membaca buku-buku agama, berguru dengan ahli agama yang diiktiraf kelulusan atau ilmunya, mendengar ceramah-ceramah agama dan seumpama dengannya. Perbanyakkanlah bertanya dengan ahli agama agar kita tidak sesat di dunia dan di akhirat. Janganlah kerana kejahilan kita ini, menyebabkan kita mudah terpengaruh dengan keseronokkan dunia yang sudah pastinya tidak kekal abadi. Keseronokkan di dunia sebenarnya adalah bersifat semntara. Akhiratlah yang kekal abadi selamanya.
Sebenarnya, Islam tidak meletakkan hari khas untuk berkasih sayang sesama manusia. Mereka (selain Islam) hanya menunjukkan kasih sayang hanya untuk satu hari setiap tahun pada tanggal 14 Februari. Inilah bukti bahawa Islam mengharapkan umatnya agar sentiasa berkasih sayang sesama manusia mengikut landasan dan panduan Syariah Islamiah. Malah kita dituntut menyayangi saudara seIslam kita sebagaimana kita menyayangi diri kita sendiri pada setiap masa.
Sebab itulah, mereka (kufar) sentiasa membunuh, menyerang, menjajah, merampas dan melakukan kerosakkan di muka bumi ini. Lihatlah kasih sayang yang mereka laung-laungkan pada tanggal 14 Februari pada setiap tahun yang bersifat sementara iaitu hanya sehari semalam sahaja. Inilah kasih sayang yang mereka buktikan kepada dunia apabila mereka menyerang Palestain, Iraq, Afghanistan, Sudan dan Lubnan. Adakah kita menyedarinya ??? Oleh itu, kasih sayang mesti disemai pada setiap hari, barulah kita dan pasangan kita akan bahagia ke akhir hayat. Malah Islam tidak melarang kita menyayangi pasanagan yang memang sah ikatan perkahwinannya dan sudah semestinya dituntut dalam Islam.
wALLAHu a'lam..

Tiada ulasan: