Hari Santo Valentine, Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih ialah satu hari santo yang memperingati Santo Valentine pada14 Februari sebagai hari tradisi yang mana para kekasih meluahkan rasa cinta sesama sendiri dengan menghantar kad Valentine, menderma atau menghadiahkan gula-gula. Adalah satu kebiasaan juga untuk menghadiahkan bunga pada Hari Valentine. Perayaan ini dinamakan sempena dua orang lelaki yang kedua-duanya syahid Kristian Awal yang berkongsi nama Valentine. Perayaan ini kini dikaitkan dengan asmara dalam lingkungan pengaruh Geoffrey Chaucer pada Zaman Pertengahan Tinggi, apabila mekarnya tradisi cinta asmara.
Hari istimewa ini paling rapat dikaitkan dengan pertukaran surat cinta dalam bentuk "valentine." Lambang-lambang Valentine moden termasuk garis berbentuk hati dan potret Cupid bersayap. Sejak abad ke - 19, surat-surat bertulus telah banyak memberi laluan kepada kad ucapan keluaran besar-besaran.[1] Perdagangan Hari Valentine pertengahan abad ke-19 merupakan petanda akan datangnya pengkomersialan perayaan di Amerika Syarikat.[2] Persatuan Kad Ucapan A.S. menganggarkan bahawa kira-kira sebilion kad Valentine dikirim di merata dunia setiap tahun, menjadikan Hari Valentine perayaan yang kedua paling banyak pengiriman kad mengekori Krismas. Persautan ini menganggarkan bahawa kira-kira 85% semua kad Valentine dibeli oleh kaum wanita.[3]
___________________________
Rujukan :
[1] Leigh Eric Schmidt, "The Fashioning of a Modern Holiday: St. Valentine's Day, 1840-1870" Winterthur Portfolio 28.4 (Winter 1993), pp. 209-245.
[2] Leigh Eric Schmidt, "The Commercialization of the calendar: American holidays and the culture of consumption, 1870-1930" Journal of American History 78.3 (December 1991) pp 890-98.
[3] American Greeting Card Association website.
Umat Islam di setiap negara tidak dibenarkan menyambut perayaan ini kerana dipercayai akan menyerupai orang kafir menerusi perayaan berskala seni ini. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan : “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”. Kebiasaannya, pasangan yang belum berkahwin menyambut perayaan berskala seni ini akan berakhir dengan aktiviti maksiat seperti berzina, sehingga terjadinya kes melahirkan anak luar nikah, menggugurkan anak dan seumpamanya.
Jika pada pertengahan dekad 1990-an sambutan perayaan berskala seni ini bertembung dengan sambutan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri maka tahun 2010 menyaksikan perayaan ini tergugat dengan sambutan Tahun Baru Cina yang adakalanya jatuh pada bulan Februari sehingga memaksa masyarakat Cina menyambut perayaan berskala besar tersebut sebagai ganti Hari Valentine.
Santo Valentine dari Terni dan para pengikutnya. Perancis abad ke-14. Richard de Montbaston.
Juga dinamakan :
Hari Santo Valentine, Hari Memperingati Kekasih.
Diraikan oleh :
Budaya Barat dan yang dipengaruhi Barat.
Jenis :
Cultural, multinational.
Keutamaan :
Kekasih saling meluahkan rasa cinta.
Tarikh :
14 Februari.
Amalan :
Menghantar kad ucapan, hadiah dan temujanji.
Berkaitan dengan :
Malam tujuh, perayaan Cina yang bertemakan cinta. Hari Putih, perayaan serupa yang disambut di Jepun dan Korea sebulan selepas Hari Valentine.
Hari Santo Valentine, Hari Memperingati Kekasih.
Diraikan oleh :
Budaya Barat dan yang dipengaruhi Barat.
Jenis :
Cultural, multinational.
Keutamaan :
Kekasih saling meluahkan rasa cinta.
Tarikh :
14 Februari.
Amalan :
Menghantar kad ucapan, hadiah dan temujanji.
Berkaitan dengan :
Malam tujuh, perayaan Cina yang bertemakan cinta. Hari Putih, perayaan serupa yang disambut di Jepun dan Korea sebulan selepas Hari Valentine.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan