Asal-Usul Sejarah Valentine :
Tindakan mengaitkan pertengahan bulan Februari dengan cinta dan kesuburan sudah ada sejak dahulukala. Menurut tarikh kalender Athena kuno, periode antara pertengahan Januari dengan pertengahan Februari adalah bulan Gamelion, yang dipersembahkan kepada pernikahan suci Dewa Zeus dan Dewa Hera.
Di Roma kuno, 15 Februari adalah hari raya Lupercalia, sebuah perayaan Lupercus, dewa kesuburan, yang dilambangkan setengah telanjang dan berpakaian kulit kambing. Sebagai sebahagian dari ritual penyucian, para pendeta Lupercus meyembahkan korban kambing kepada sang dewa dan kemudian setelah minum anggur (arak), mereka akan berlari-lari di sepanjang jalanan kota Roma sambil membawa potongan-potongan kulit domba (nama sejenis kambing) dan menyentuh sesiapa sahaja yang mereka jumpai. Terutama wanita-wanita muda akan turut serta secara sukarela kerana mereka percaya bahawa dengan perbuatan mereka tersebut akan dikurniakan kesuburan dan akan melahirkan anak dengan mudah. Rujukan : (http://id.wikipedia.org/wiki/Hari_Valentine)
Selain itu, sejarahnya juga berkait rapat dengan fakta di bawah :
Saint Valentine is a name which is given to two of the ancient "martyrs" of the Christian Church. It was said that there were two of them, or that there was only one, who died in Rome as the result of the persecution of the Gothic leader Claudius, c. 296 CE. In 350 CE, a church was built in Rome on the site of the place where he died, to perpetuate his memory.
When the Romans embraced Christianity, they continued to celebrate the Feast of Love mentioned above, but they changed it from the pagan concept of "spiritual love" to another concept known as the "martyrs of love", represented by Saint Valentine who had advocated love and peace, for which cause he was martyred, according to their claims. It was also called the Feast of Lovers, and Saint Valentine was considered to be the patron saint of lovers.
One of their false beliefs connected with this festival was that the names of girls who had reached marriageable age would be written on small rolls of paper and placed in a dish on a table. Then the young men who wanted to get married would be called, and each of them would pick a piece of paper. He would put himself at the service of the girl whose name he had drawn for one year, so that they could find out about one another. Then they would get married, or they would repeat the same process again on the day of the festival in the following year.
The Christian clergy reacted against this tradition, which they considered to have a corrupting influence on the morals of young men and women. It was abolished in Italy, where it had been well-known, then it was revived in the eighteenth and nineteenth centuries, when in some western countries there appeared shops which sold small books called "Valentine's books", which contained love poems, from which the one who wanted to send a greeting to his sweetheart could choose. They also contained suggestions for writing love letters.
(The above quotation is excerpted, with slight modifications, from www.Islam-qa.com)
Sebagai kesimpulan berdasarkan al-Qur'an, al-Hadis dan pandangan para ulamak Islam yang muktabar, hukum Sambutan Valentine di sisi Syari'ah Islamiah ialah sebagaimana berikut :
1) Kita hanya boleh merayakan perayaan yang diiktiraf oleh Islam iaitu Aidilfitri dan Aidiladha. Sebagaimana sabda baginda Rasulullah s.a.w. :
(إن لكل قوم عيدا وإن هذا عيدنا)
Ertinya : Sesungguhnya bagi setiap kaum itu ada perayaan masing-masing, dan ini (Aidilfitri dan Aidiladha) adalah perayaan kita" ( Riwayat AL-Bukhari, 952 ; Muslim, 1892)
Oleh yang demikian, sebarang perayaan yang disambut oleh umat Islam mestilah terhad kepada dua perayaan ini sahaja iaitu (Aidilfitri dan Aidiladha) sahaja.
"Cintailah saudara se-Islam seperti kamu mencintai dirimu sendiri". (Riwayat Bukhari).
Islam sangat melarang keras untuk saling membenci dan bermusuhan, namun sangat menjunjung tinggi akan erti kasih sayang terhadap umat manusia.
Rasulullah s.a.w. bersabda : "Janganlah kamu saling membenci, dengki-mendengki, saling berpaling muka, dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Juga tidak dibolehkan seorang muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa) terhadap saudaranya lebih dari tiga hari". (Muslim).
4) Sambutan hari Valentine ini, menjadi semakin keji apabila ia menjurus kepada perlakuan maksiat, menggadaikan ‘dara' kepada kekasihnya yang bernafsu ‘syaitan' dan dengan perlakuan seks bebas yang kononnya untuk membuktikan 'ketulinan' cinta seseorang kepada kekasihnya.
5) Islam juga melarang umatnya terlibat, turut serta bersekongkol dalam majlis yang mempersendakan Islam dan sambutan tersebut benar-benar bercanggah dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Perkara ini telah dijelaskan dari firman Allah s.w.t. dalam surah an-Nisa', ayat 140 :
"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam al-Qur'an bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah, lalu diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam neraka Jahanam" ( An-Nisa : 140 )
"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka janganlah duduk pada suatu hidangan yang padanya diedarkan arak". (Riwayat Ahmad)
Maka majlis arak yang haram itu adalah sama hukumnya dengan majlis Valentine yang mana sumber, asal-usul dan cara pelaksanaannya yang terdedah kepada pelbagai jenis maksiat. Tidak harus sama sekali untuk menghadiri majlis sempena Valentine di mana-mana jua.
Persoalan : Adakah pergi shopping bersempena 'sale atau jualan murah' bagi sambutan hari Valentine juga salah?
Jawabnya : Sekadar membeli belah ianya tidak salah. Namun, kita TIDAK DIBENARKAN menyertai seseuatu PERHIMPUNAN, SAMBUTAN KHAS kerana Valentine seperti majlis Konsert, Nyanyian dan seumpama dengannya.
Bagaimanapun, hukum menjual bunga sahaja bersempena hari tersebut adalah tidak kurang juga dikategorikan sebagai jualan yang syubhah, makruh atau haram khas di hari Valentine.
Diriwayatkan, ada seorang lelaki yang memberi hadiah satu bekas arak kepada Nabi s.a.w., kemudian Nabi memberitahu bahawa arak telah diharamkan Allah. Lalu lelaki itu bertanya kepada baginda s.a.w. :
Lelaki : Bolehkah saya menjualnya ?
Nabi : Allah mengharamkan kita meminumnya dan juga mengharamkan menjualnya.
Lelaki : Bagaimana pula kalau saya hadiahkan raja kepada orang Yahudi ?
Nabi : Sesungguhnya Allah yang telah mengharamkan arak, mengharamkan juga untuk dihadiahkan kepada orang Yahudi.
Lelaki : Habis, apa yang harus saya buat?
Nabi : Tuangkan saja ia ke dalam parit air. (Al-Humaidi dalam musnadnya) .
Justeru itu, kita dapat melihat bahawa benda yang haram, maka haram juga dijualnya mahupun dihadiahkan. Dalam hal menjual bunga, ia juga boleh menjadi syubhah di hari Valentine seperti ini, kerana diketahui ianya dibeli khas untuk meraikan Valentine yang haram. Begitu juga hukum menjual anggur kepada tukang pembuat arak yang telah diketahui. Ia tidak dibenarkan dalam Islam menurut pendapat yang terkuat.
8) Para ulama juga menyatakan LARANGAN untuk saling mengirim ucapan Valentine, cinta dan kasih bersempena hari tersebut. Perlu dianggapkan hari Valentine itu tidak wujud dan ia adalah sebuah hari biasa sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan