Islam Agama Keamanan



Member Bloger :

Khamis, 4 Februari 2010

Bakal PM Pakatan Rakyat :

INILAH WAJAH BAKAL
PERDANA MENTERI MALAYSIA
pAKATAN rAKYAT
(HANYA SATU MIMPI 16 SEPTEMBER)




Masyarakat sebenarnya sudah muak dengan retorik Anwar Ibrahim. Semua orang sudah mengetahui bahawa Anwar ialah seorang manusia yang bijak mengambil kesempatan terhadap sesuatu isu.
Hayat politik Anwar pada hakikatnya adalah bergantung kepada retorik dan isu yang dimainkan oleh beliau dan strategi Anwar ini hanya dapat dipatahkan melalui kaedah rasional. Menewaskan Anwar dengan menggunakan cara yang sama. Barangkali tidak akan memberi dampak yang menyakinkan. Sebaliknya, jika kita bijak merasionalkan semua retorik-retorik Anwar, InsyaAllah rakyat akan kembali tersedar daripada sihir Anwar Ibrahim.
Menyentuh manusia yang bernama Kalimullah, ia bukanlah sesuatu yang asing di negara ini. Nama tersebut acapkali menerima kritikan pedas daripada Tun Mahathir sewaktu rejim Tun Abdullah berkuasa. Nama yang dikaitkan sebagai agen Singapura dan kenalan rapat kepada Khairy Jamaluddin ini, benar-benar mengejutkan ramai pihak. Dan kini, nama Kalimullah muncul sekali lagi dengan watak jahat sebagai manusia yang bersengkongkol dengan raja penabur fitnah.
Raja Petra, melalui laman web MalaysiaToday. Manakala Anwar pula bertindak bijak dengan mengambil kesempatan terhadap segala masalah yang sedang menimpa Raja Petra. Saya merasakan, sudah sampai masanya pihak kerajaan mengambil langkah yang proaktif. Mungkin melalui ISA dan menangkap semula Anwar Ibrahim yang jelas begitu banyak menabur fitnah kepada negara dianggap kurang bijak. Batang tubuh Anwar hanya mengundang fitnah kepada agama, bangsa dan negara. Saya yakin, tidak lama lagi Anwar akan menerima pembalasan yang setimpal dengan kerosakan yang telah dilakukannya terhadap negara ini. Oleh itu, kerajaan mengambil langkah berhemah dan adil untuk membicarakan kesnya dengan adil di mahkamah.
Doa Saiful yang dizalimi, InsyaAllah akan dimakbulkan oleh-Nya tidak beberapa lama lagi. Namun, jika Saiful menang kes ini, sudah pasti Anuwar isytiharkan reformasi sekali lagi kepada penyokongnya dan akan menuduh mahkamah zalim dan kerajaan zalim. Kata-kata inilah yang sering dikeluarkan olehnya dan penyokongnya yang tetap setia dengan pemimpin yang buruk akhlaknya. Wallahualam.

Tiada ulasan: