BLOG SIAPAKAH INI ? : MENGHINA ALLAH, ISLAM, NABI S.A.W. DAN SELURUH UMAT ISLAM !
Ribut Kalimah Allah belum selesai, tapi sedarkah kita laman yang menghina Islam muncul lagi:
Ribut Kalimah Allah belum selesai, tapi sedarkah kita laman yang menghina Islam muncul lagi:
Pada masa saya kunjunginya data kunjungan sebanyak 862,672.
Maksud Firman Allah s.w.t. :
"Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada negeri akhirat, Kami jadikan mereka memandang indah perbuatan-perbuatan mereka, maka mereka bergelimang (dalam kesesatan)".QS 27.4
"Mereka itulah orang-orang yang mendapat (di dunia) azab yang buruk dan mereka di akhirat adalah orang-orang yang paling merugikan". QS 27.5
"Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah matahari, selain Allah; dan syaitan telah menjadikan mereka memandang indah perbuatan-perbuatan mereka lalu menghalangi mereka dari jalan (Allah), sehingga mereka tidak dapat petunjuk". QS 27.24
"Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jika Tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan".QS 6.112
PESANAN KEPADA PEMBACA YANG BELUM ISLAM :
Kepada saudara pembaca yang bukan Islam, ketahuilah blog berita muslim tersebut bukanlah tempat saudara mengenali Islam, kenalilah Islam melalui sumbernya. Selepas saudara membacanya, ketahuilah ianya telah diperindahkan oleh Syaitan bertopengkan manusia. Selepas anda membacanya, carilah jawapannya dari sumber Islam – saudara pasti akan terpesona dengan keindahan Islam.
Pelajarilah al-Qur'an, dan bandingkanlah dengan kitab-kitab agama lain. Tekunilah sejarah penulisan kitab-kitab tersebut dan bandingkan dengan sejarah penulisan al-Qur'an. Tekunilah peribadai Muhammad s.a.w. dari sumber-sumber Islam, saudara pasti akan kagum dan mencintainya.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan hidayahNya kepada saudara di dalam usaha saudara mencari kebenaran.
Sepatutnya pihak berkuasa prihatin dan pantas mengambil tindakan terhadap pengendali blog ini … ianya sangat hina, sesat, lagi menyesatkan, jijik, lagi menjijikkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan