Allah s.w.t. berfirman :
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (Surah al-Hujuraat : ayat 10)
Kita saling memerlukan antara satu sama lain.
Belajarlah untuk menghargai setiap sahabat yang berada disekeliling anda. Contohilah Rasulullah s.a.w. yang melayan setiap sahabatnya sebagai insan yang istimewa.
Belajarlah untuk menghargai setiap sahabat yang berada disekeliling anda. Contohilah Rasulullah s.a.w. yang melayan setiap sahabatnya sebagai insan yang istimewa.
Semoga kita tidak terus tertipu dengan permainan perasaan sendiri. Kita tidak memiliki sesiapa pun, malah sebenarnya milik Allah jualah setiap dari kita, hatta sahabat karib anda.. Jadi, istilah "dia milik saya" tidak sepatutnya timbul.. Apatah lagi jikalau anda faham erti "ukhwah fillah" itu sendiri.
Mari kita sama-sama tajdidkan niat kita. Banyakkan muhasabah diri. Barangkali selama ini kita berukhwah bukan kerana Allah. Tapi mungkin atas dasar lain. Adakah kerana :
Pperibadi ke..?
Minat yang sama ke..?
Perasaan nak memiliki ke..?
Mari, kita koreksi diri!
Akhir kalam.. Salam ukhwah buat semua. Jangan jadikan ukhwah kita penghalang untuk bergerak.
Ini kerana kita merupakan umat yang bersaudara atas nama "Islam" dan ianya adalah satu jasad yang sama. Musuh sedang menyerang kita. Apakah kita sendiri masih mahu bersengeketa dan tidak bersatu hati???
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Janganlah saling mendengki, saling menipu, saling membenci, saling memutuskan hubungan dan janganlah sebagian kamu berjual-beli atas jualan sebahagian yang lain, jadilah kalian hamba-hambaAllah yang bersaudara.
Seorang muslim itu saudara muslim yang lain, tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (tidak memberikan pertolongan kepadanya), mendustainya dan tidak boleh menghinakannya. Taqwa itu berada di sini, beliau menunjuk dadanya tiga kali.
Cukuplah seorang (muslim) dianggap (melakukan) kejahatan karena menyusahkan saudara muslimnya. Setiap muslim atas muslim lain haram darahnya, hartanya dan kehormatannya".
(HR. Muslim dan Ibnu Majah)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan