Islam Agama Keamanan



Member Bloger :

Isnin, 15 Februari 2010

BERINGATLAH WAHAI MANUSIA :

Wahai Saudaraku..,
Ketuklah Pintu Hati Anda..
Kejutkan Imanmu,
Tunjukkan Ia Dengan Nur Cahaya Allah
DIA Sentiasa Menunggu Hambahambanya..

Tdak Pernah Berhenti Mengharapkan Rintihan HambaNya..
Kita Yang Masih Butakan Mata Dari Realiti Hidup..
Lebih Enak Memilih Dunia Yang Melekakan,
Dari Menggapai Cinta Allah.

Percayalah,
Tiada Sesalan Dalam MenghampiriNya..
Pada Allah, Anda Akan Temui Ketenangan,
PadaNya Anda Temui Kekuatan..
Semoga Allah Masih Bukakan Peluang Untuk Kita Terus MenghampiriNya...

Jangan Esok Lusa DIA Menjemput Kita Sebelum Roh Kita Bersedia
Untuk Soalan Mungkar Dan Nakir
Jangan Esok Lusa Dia Palingkan Hati2 Kita..
Jangan Esok Lusa DIA Tarik Kembali Rasa Cinta Ini...
Dunia Ini Memang Indah.

Namun, Tidakkah Kita Terfikir Pengakhiran Bagaimanakah Yang Mahu Dipilih?
Di Sini. Kita Hanya Sebentar.
Allah Itu Kekal Abadi..
Carilah DIA Dalam Hidup Anda....
Jangan Terus Terleka..
KasihNya Tak Bertepi, Tak Bermusim...

*******************************
“Apa sahaja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorang pun yang dapat menahannya, dan apa sahaja yang ditahan oleh Allah maka tidak seorang pun yang sanggup untuk melepaskannya sesudah itu. Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al-Fathir : Ayat 2)
*******************************************
"jika Allah menimpakan sesuatu mudharat kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghalangnya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tiada yang dapat menolak kurnia-Nya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." ( Surah Yunus : Ayat 107 )

******************************************
Jika Allah menolong kalian, maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kalian. Jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Kerana itu hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakal."
( Surah Aly-Imran : Ayat 160 )

**********************************

"Wahai manusia, ingatlah akan nikmat Allah kepada kamu, adakah pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, maka mengapa kamu berpaling (dari ketauhidan)?"
( Surah Al-Fathir : Ayat 3)

Tiada ulasan: