Islam Agama Keamanan



Member Bloger :

Selasa, 26 Januari 2010

PERCAYALAH. KITAB INJIL / BIBLE TELAH DISELEWENGKAN ISI KANDUNGANNYA :

AYAT-AYAT SUCI AL-QUR'AN YANG DITURUNKAN SECARA BERPERINGKAT KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W.
ADALAH
UNTUK MEMPERBETULKAN AQIDAH MANUSIA SEJAK DAHULU LAGI
KHUSUSNYA
UNTUK MEPERBETULKAN KITAB-KITAB NABI-NABI TERDAHULU
IAITU
KITAB NABI DAUD-ZABUR,
NABI MUSA-TAURAT
& NABI ISA-INJIL (BIBLE)
YANG TELAH DISELEWENGKAN
OLEH AHLI AGAMA MEREKA.




Umat kristian telah mula mencampuri hal ehwal agama Islam dengan mengunakan istilah-istilah khusus yang diguna pakai dalam ajaran Islam. Umat Islam selama ini masih menghormati agama kristian dengan tidak mencampuri urusan mereka. Saya kira sudah sampai masanya umat Islam memperjelaskan tentang penyelewengan ajaran kitab Injil oleh pengganut kristian.



Umat Islam wajib beriman dengan Nabi Isa a.s. sebagai RasululLah (Utusan Allah) dan umat Islam wajib beriman dengan Kitab Injil (yang asal). Mana boleh kita terima Nabi Isa a.s. sebagai Tuhan. Ini merupakan penyelewengan aqidah sebenar yang sepatutnya kita tentang.



Mereka telah menyebarkan ajaran yang sesat lagi menyesatkan. Dalam masa yang sama mereka cuba untuk menggunakan istilah-istilah yang murni dan suci untuk diselewengkan supaya umat manusia (khususnya umat Islam generasi akan datang) keliru.

Tiada ulasan: