Islam Agama Keamanan



Member Bloger :

Ahad, 24 Januari 2010

UMNO KELANTAN TIDAK MENGAMBIL KESEMPATAN KEMELUT PAS :

BACHOK: Umno Kelantan tidak akan mengambil kesempatan terhadap pelbagai kemelut yang sedang dihadapi pentadbiran kerajaan negeri, sebaliknya menyerahkan kepada rakyat menilai sendiri kesan buruk baiknya kepada mereka pada masa akan datang. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata isu pelantikan menantu menteri besar dalam Perbadanan Menteri Besar (PMBK), Bazar Tok Guru dan cah keting meletakkan pentadbiran kerajaan negeri semakin bercelaru. "Kita tidak mahu dituduh yang bukan-bukan malah sekarang ini pun telah ada tomahan kononnya ia berpunca daripada angkara Umno walaupun kita tidak buat apa-apa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya kenapa Umno Kelantan tidak mahu mengambil kesempatan terhadap isu-isu itu yang dianggap oleh sesetengah pihak satu peluang terbaik untuk melemahkan Pas bagi menjamin kemenangan pada pilihan raya umum akan datang. Malah kata sesetengah pihak Umno sengaja memberi peluang kepada Pas menyerangnya dengan isu royalti minyak dengan merentang kain pemidang dan majlis ceramah di setiap jajahan di Kelantan. Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, isu bayaran pampasan sebanyak RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan seperti mana yang diputuskan mahkamah menyebabkan kedudukan kerajaan negeri semakin tertekan dan kehilangan punca.

Katanya, rakyat kini mula mempersoalkan kewibawaan pimpinan PAS yang selama ini mendakwa mereka lebih cekap mentadbir, telus dan tanpa kroni. "Apa yang dibuat oleh Umno sekarang dan akan datang akan terus berusaha mengubah keadaan itu supaya Kelantan mencapai kemajuan yang seimbang sebagaimana yang dinikmati oleh rakyat negeri lain," katanya. Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Bachok berkata, bagi merealisasikan hakikat itu rakyat Kelantan tiada pilihan lain selain memberi peluang kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negeri itu. - Bernama

1 ulasan:

zedmagel berkata...

Salam Bro selempangmerah,

Mengapa mereka tidak menggunakan kesempatan ini. Mana kepimpinan UMNO di negeri Kelantan yang cerdik dan pandai.? Jangan tere berpuak-puak sahaja sesama UMNO sendiri.