Islam Agama Keamanan



Member Bloger :

Isnin, 18 Januari 2010

BENARKAH MELAYU KINI SEMAKIN HARI MUDAH LUPA ???

MUNGKIN KITA (ORANG MELAYU) SUKA GUNA GULA DALAM MAKANAN DAN MINUMAN SEHINGGA TIDAK PERASAN TERMINUM ATAU TERMAKAN SEMUT. KITA JUGA GEMAR MAKIN NASI LEMAK BERLAUKKAN IKAN BILIS YANG KEBIASAANNYA TIDAK DIBUANG KEPALA DAN TAHI IKAN BILIS. DAN MUNGKIN BANYAK LAGI FAKTOR PEMAKANAN YANG MENYEBABKAN KITA MUDAH LUPA BERSESUAIAN DENGAN PENJUALAN MAKANAN RENGAN DI PASARAN.

"Orang Melayu sekarang
tidak lagi boleh
mempertahankan diri mereka sendiri;
jika mereka bertemu dan bercakap
(untuk mempertahankan diri mereka),
mereka akan dicop sebagai rasis."
- Dr. Mahathir Mohamad (Ahad, 22 Mac 2009)
Sekarang orang Melayu tidak mampu berkata negara ini negara Melayu. Kita tidak boleh menyebut negara ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Rakyat negara Jepun mampu mengatakan negara mereka, negara orang Jepun. Manakala rakyat negara Korea, mereka juga mudah untuk mengatakan negara tersebut adalah negara orang Korea. Begitu juga rakyat negara China dan India, rakyat negara mereka berbangga bahawa negara mereka dimiliki oleh mereka sendiri yang sememangnya penduduk bumiputra negara tersebut.
Bagaimana pula negara kita ? Kemanakah hilangnya negara orang Melayu ? Ya, kita akan mengatakan Malaysia adalah negara orang Melayu. Namun, adakah semua rakyat Malaysia yang berbilang bangsa akan menerimanya. Mungkin orang Cina akan tersenyum lebar kerana mereka sudah lama tahu "MELAYU SUDAH MATI" semenjak penubuhan Malaysia. Ini kerana apabila MALAYSIA diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu ialah "MALAY" bermaksud Melayu dan "SIA" bermaksud Mati. Maka, ayat yang lebih sempurna ialah "MELAYU SUDAH MATI".
Dahulu mungkin. Tetapi tidak sekarang. Sekarang Malaysia, hak orang Malaysia dan bukan hak orang Melayu. Maka, orang Melayu yang bercakap mengenainya akan diasak secukup-cukupnya oleh pihak-pihak tertentu - malah sehingga akan disaman.
Seorang rakan blogger terkenal pernah diasak 'separuh mati' oleh kumpulan apa disifatkannya sebagai cyber-troopers apabila dia cuba mempertahankan sebuah institusi Melayu. Mengapa jadi begitu? Apakah kerana ada kumpulan oportunis sudah melihat orang Melayu yang satu ketika dulu kebal, kini sudah layu?
Benarkah orang Melayu sekarang sudah gagal bersatu dan sudah mulai berpecah? Apakah orang Melayu sudah terkeliru dengan asal usul mereka sendiri, sehinggakan membuka ruang dan peluang kepada kumpulan itu untuk mengadu-domba (memporak-peranda) mereka? Secara kasar, orang Melayu sekarang sudah terdiri daripada beberapa pecahan golongan. Mereka yang dulunya majoriti, sudah menjadi minoriti. Inilah realiti senario hari ini.
wALLAHu a'lam..

Tiada ulasan: