Islam Agama Keamanan



Member Bloger :

Selasa, 19 Januari 2010

Turunnya Nabi Isa a.s. :

Nabi Isa a.s. :

Diantara tanda-tanda datangnya hari kiamat kubro adalah turunnya Nabi Isa a.s. Baginda akan menjadi muslimin atau sebahagian dari umat Islam untuk menghancurkan salib dan menghancurkan berhala. Baginda Nabi Isa a.s. akan meneruskan dakwah Nabi Muhammad s.a.w. dan bukannya membawa risalah baru.
Namun, turunnya Nabi Isa a.s. bukanlah sebagai nabi lagi kerana setelah diangkatnya Nabi Muhammad s.a.w. sebagai nabi terakhir, maka tidak ada lagi nabi yang turun ke bumi dengan membawa risalah dari langit.

Oleh itu, Nabi Isa a.s. kedudukannya bukan sebagai Nabi lagi. Malah baginda merupakan sebahagian dari umat Islam yang berkitabkan kitab suci Al-Quran, mengucapkan dua kalimah syahadah, solat menghadap ka’bah, puasa Ramadhan, berhaji ke Mekkah dan melaksanakan syariat Islam yang kita lakukan selama ini.

Semua keterangan tersebut dirujuk dari hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang sampai kepada kita, antara lainnya ialah :

Dari Abi Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Demi yang jiwaku di tangan-Nya, nyaris akan turun kepada kalian putera Maryam (Nabi Isa a.s.) menjadi hakim yang adil, menghancurkan salib dan membunuh babi dan memungut jizyah dan memenuhi harta… " (Hadis Riwayat Muslim dalam kitab Iman bab turunnya Isa)

Dari Jabir bin Abdillah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Akan tetap ada dari umatku yang berjuang dalam kebenaran dan berjuang terus hingga hari kiamat. Kemudian Nabi Isa bin Maryam turun. Lalu pemimpin umat Islam saat iu berkata kepada Nabi Isa : "Kemarilah dan jadilah imam dalam solat kami". Namun Nabi Isa menjawab : "Tidak, kalian menjadi peminpin di antara kalian sendiri . Sebagai bentuk pemuliaan Allah atas umat ini".

Rasulullah s.a.w. bersabda : "Nabi Isa masih tetap tinggal di bumi hingga terbunuhnya Dajjal selama 40 tahun, lalu Allah mewafatkannya dan disolatkan jenazahnya oleh umat Islam. (HR Ahmad, Abu Daud, Ibnu Hiban, Al-Hakim dan dishahihkan oleh az-Zahabi)

Untuk lebih mendalami perbahasan ini, sila rujuk dalam "Kitab An-Nihayah" karya Ibnu Katsir. Juga buku "Asyrotus-Saa’ah" (Tanda-tanda kiamat) karangan Yusuf bin Abdullah bin Yusuf Al Wabil serta "An-Nihayah Fil Fitan Wal Malahim" (fitnah dan huru hara) karya Ibnu Katsir.
wALLAHu a'lam.

Tiada ulasan: