Islam Agama Keamanan



Member Bloger :

Ahad, 24 Januari 2010

US DOLAR : LAMBANG MATA DAJJAL :



LAMBANG MATA DAJJAL ZIONIS YANG TERDAPAT DI WANG KERTAS DOLAR AMERIKA YANG BERMATLAMAT UNTUK MENAKLUKI SELURUH DUNIA


Penjajahan Belanda yang merupakan lanjutan proses memalapkan syiar Islam di seluruh dunia yang didalangi puak Yahudi Zionis dan rangkaian mereka. Usaha bangsa ini tidak pernah berputus asa bercita-cita mahu menakluki dunia, kononnya untuk memenuhi amanah Bani Israel sebagai bangsa "Pilihan Tuhan".

Maka dengan itu, dalam grand design atau rangka-kerja Zionis, bumi Islam mesti ditundukkan ke bawah telunjuk dan hala-tuju yang mereka inginkan. Melalui tangan-tangan ghaib mereka yang berjaya menyatukan kuasa-kuasa Barat untuk menjajah kerajaan-kerajaan Islam seluruh dunia, Yahudi Zionis telah memaksa empayar Uthmaniyah yang menaungi ummah sejak abad ke 16 supaya melutut apabila kalah dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918).

Akibatnya, wilayah selatan yang meliputi Jerusalem sehingga ke timur-laut pesisir Laut Merah juga sebahagian bekas empayar Parsi termasuk kerajaan purba Mesopotamia telah dibahagi-bahagikan di antara pihak yang menang untuk menerbitkan negara-negara Palestin, Trans-Jordan dan Iraq (di bawah Inggeris) dan Syria (Peranchis).

Keadaan ini bakal mewujudkan Israel sebagai Negara Haram yang diwujudkan 1948 Masihi untuk meliputi Jerusalem. Wilayah rebutan Islam, Kristian dan Yahudi itu sebenarnya adalah ‘keratan’ tanah Palestin yang diperolehi daripada Inggeris sebagai ‘hasil’ Perang Dunia Pertama. Rancangan untuk mewujudkan negara Yahudi boleh dibuktikan melalui Perisytiharan Balfour 1917 Masihi.

Perisytiharan oleh Setiausaha Luar British Arthur James Balfour itu berbunyi: " His Majesty’s Government view with favour the establishment in Palestine of a national home for the Jewish people, and will use their best endeavours to facilitate the achievement of this object, it being clearly understood that nothing shall be done which may prejudice the civil and religious rights of existing non-Jewish communities in Palestine, or the rights and political status enjoyed by Jews in any other country ". Maksudnya: " Kerajaan Yang Maha Mulia Raja (Raja British) melihat dengan anggapan baik penubuhan di Palestin sebuah tanah-air untuk orang-orang Yahudi, dan akan berikhtiar sebaik mungkin untuk memudahkan pencapaiannya, sambil memahami dengan nyata bahawa tidak ada apa-apa yang akan dilakukan yang boleh merugikan hak awam dan beragama masyarakat bukan Yahudi yang wujud di Palestin, atau hak dan status politik orang-orang Yahudi di negara-negara lain ".

Lihat. Bahasanya begitu ‘lembut’ diplomatik menunjukkan simpati terhadap segolongan manusia yang ‘memerlukan tanah-air’ sendiri serta azam Inggeris membantu mencapai matlamat ini. Fikirkan… Ketika perisytiharan dibuat, wilayah Palestin masih berada di dalam kekuasaan keSultanan Turki Uthmaniyah tetapi sudah ada pihak berani membuat azam sebegini. Bukankan ini bermakna penubuhan Israel sudah lama dirancang dengan penuh keyakinan? Bukankah ini menunjukkan wujud sebuah grand-design atau rancangan menyeluruh jangka panjang yang akan membawa kepada penubuhan negara haram Yahudi itu nanti?

Atas saranan Presiden Amerika Woodrow Wilson, sebuah pertubuhan negara-negara bersatu peringkat dunia dipanggil The League of Nations telah diwujudkan sejurus selepas Perang Dunia Pertama tamat 1918 Masihi. Pada 1922 Masihi, ia merangkumi lebih 50 buah negara lalu memberi laluan kepada pihak British atau Inggeris dengan mandat yang besar untuk mentadbir Palestin sehingga 1947 Masihi.

Mereka yang mengkaji lebih mendalam mesti tahu pertubuhan ini dianggotai banyak negara Eropah yang telah diperkudakan sebagai the international bankers, para peminjam wang Yahudi yang menguasai ekonomi dunia di sebalik tabir. Ia adalah lanjutan hasil-kerja perbincangan Kongress Zionis Sedunia pertama 1897 Masihi yang dipelopori seorang Yahudi dari Austria, Theodore Herzl, orang yang juga dikenali sebagai bapa Zionisma moden.

Tiada ulasan: