Islam Agama Keamanan



Member Bloger :

Selasa, 12 Januari 2010

SUARA PEMBANGKANG : "SATU PAKATAN, SATU KALIMAH ALLAH" :




Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik ketika mengulas isu Mahkamah Tinggi membenarkan pengunaan kalimah ‘Allah’ dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly.
“Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama,” katanya dalam sidang media di kediamannya.
SIAPAKAH YANG BELIAU MAKSUDKAN?
Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad, di dalam blognya menyatakan sokongan terhadap keputusan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan sebuah akhbar mingguan katolik. Menurut beliau, “perkataan Allah bukan milik eksklusif umat Islam sahaja tapi semua manusia”.

Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim, di dalam beberapa sesi ceramah beliau di hadapan penganut ajaran Kristian telah terang-terangan menyokong penggunaan kalimah Allah oleh agama lain.

Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat, pula baru-baru ini mengeluarkan kenyataan menolak penggunaan kalimah Allah oleh agama lain kerana ia boleh mengelirukan. Semakin jelas bukti-bukti bahawa Nik Aziz perlu bersara segera kerana beliau kini menjadi semakin pelupa dan kerap mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan kenyataan beliau sebelumnya (bahasa kasarnya, NYANYUK).

Kenyataan rasmi PAS yang dikeluarkan semalam pula jelas menunjukkan bahawa parti tersebut lebih takut dengan reaksi penyokong bukan Islam berbanding rasa takut kepada Allah s.w.t.. PAS yang kononnya sanggup berjihad demi menegakkan negara Islam telah memilih jalan selamat…
“Penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian (Nasrani) dan Yahudi”.
PAS hanya mampu menegur secara lembut…
“Semua pihak tidak boleh menyalahgunakan perkataan Allah” .

Itulah bezanya antara parti yang berpolitik demi Islam dan parti yang sekadar memperalatkan Islam demi politik.

Kepada semua penyokong pembangkang beragama Islam yang masih cuba menegakkan benang yang basah dan menyokong pendirian sesat pemimpin mereka, hayatilah ayat Al-Quran berikut:-

“Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan. Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya”.

[Surah al-Maidah, Ayat : 73]

Inilah natijah konsep KESAMARATAAN HAK yang diperjuangkan oleh pembangkang. Agama pun hendak disamaratakan!! Bukan Islam menuntut hak dan peruntukan yang sama dalam membina rumah ibadat mereka. Duit zakat pun mereka tuntut agar diagihkan samarata untuk kegunaan semua agama. Kini mereka tuntut pula hak untuk menggunakan kalimah Allah dalam menyebarkan kepercayaan mereka. Astaghfirullah hal adzim…

Tiada ulasan: