Islam Agama Keamanan



Member Bloger :

Selasa, 19 Januari 2010

AL-MAHADI / المهدي

Imam Mahdi :

Ada banyak hadis yang menerangkan kisah Al-Mahdi dan merupakan kewajiban kita untuk mempercayainya sesuai dengan apa yang kita terima dari Rasulullah s.a.w., tanpa menafsirkan, mentakwilkan atau menolaknya.

Al-Mahdi menurut hadis-hadis yang kita terima adalah seorang manusia yang Allah akan turunkan di akhir zaman, walaupun tidak ada riwayat yang memastikan peristiwa tersebut akan berlaku. Selain itu, dijelaskan bahawa beliau adalah merupakan ahli bait Rasulullah s.a.w.

Untuk memastikan apakah dia benar Al-Mahdi yang dimaksudkan, dan ada ciri-ciri yang telah disebutkan? Apa yang paling penting diantaranya adalah bahawa beliau akan mengisi bumi ini dengan keadilan setelah sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan kerosakan.

Di antara hadis yang menjelaskannya ialah :
Dari Ibnu Mas`ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : "Bila tidak kekal dunia ini kecuali sehari saja, maka Allah akan panjangkan hari itu hingga Dia mengutus seseorang dari aku atau dari ahli baitku, namanya sesuai dengan namaku dan nama ayahnya sesuai dengan nama ayahku. Dia akan memenuhi dunia dengan keadilan dan qisth sebagaimana dunia ini sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan al-Juur". (HR. At-Tirmizy dalam kitab Fitan dan haditsnya hasan shahih).

Dijelaskan bahawa kedatangan Al-Mahdi ini sebelum turunnya Nabi Isa a.s. yang akan memberi petunjuk kepada banyak manusia dan menegakkan hujjah Allah s.w.t.

Dari Ali bin Abi Talib r.a. ia berkata: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Al-Mahdi dari golongan kami, Ahlul Bait. Allah memperbaikinya dalam satu malam". ( (Musnad Ahmad 2/58 dan sunan Ibnu Majah 2/1367. Hadis ini ditashih oleh Al-Bani dalam Shohih Al-Jami’ Ash-Shogir 6/22)
wALLAHu a'lam..

Tiada ulasan: