Islam Agama Keamanan



Member Bloger :

Jumaat, 22 Januari 2010

Surau Di Muar Kena Bakar : Angkara Siapa ?






Dua surau di Muar menjadi sasaran dibakar awal pagi ini – sebuah daripadanya rosak teruk. Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengesahkan kedua-dua kejadian itu.

Kebakaran pertama berlaku di Surau Silaturahim di Jalan Ismail Omar manakala yang kedua di Surau Parit Beting di Jalan Sallehyang jaraknya kira-kira dua kilometer. Menurut Jalaluddin punca kebakaran di kedua-dua surau itu masih dalam siasatan dan dianggarkan setiap satu surau tersebut mengalami kerugian kira-kira RM300.

Ketika dihubungi Malaysiakini, timbalan ketua polis Muar, Lee Choon Guan berkata, kejadian pertama berlaku di Kampung Sabok Awor itu berlaku pada kira-kira jam 3 pagi manakala surau kedua menjadi sasaran kira-kira 46 minit kemudian.

Katanya, surau kedua itu rosak teruk dengan permaidani, pintu dan tingkapnya terbakar. Menurutnya, di surau pertama, hanya tirainya terbakar dan cermin tingkap pecah.Imam surau Kampung Sabak Awor, Haji Deris Sehan, 63, memberitahu bahawa penyerangnya menggunakan minyak tanah untuk membakar tirai itu.Katanya, seorang penduduk yang menyaksikan kejadian itu, terus menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, ACP Mohd Nasir Ramli berkata kebakaran di surau pertama itu disedari oleh tiga orang yang sedang menaiki sebuah kereta ketika lalu di lokasi kejadian. Menurutnya, apabila ternampak kebakaran tersebut, mereka memberhentikan kereta dan bergegas masuk untuk memadamkannya.Mengenai sama ada ia satu bentuk serangan ke atas surau tersebut, beliau berkata, pihak polis masih menyiasat.

Sementara kebakaran yang melibatkan pintu masuk ruang solat Surau Parit Beting, pula disedari pada pukul 11 pagi apabila seorang ustazah yang datang untuk mengajar agama di surau tersebut, sebelum membuat laporan polis pada jam 1.30 tengah hari tadi. Sejak 8 Januari lalu, beberapa tempat ibadat- sebahagian besarnya gereja – menjadi sasaran serangan bom api dan perbuatan vandalisme. Ia dipercayai berikutan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang mengetepikan larangan kerajaan ke atas bukan Islam daripada menggunakan perkataan Allah sebagai terjemahan bagi perkataan "God".

Ekoran itu, mahkamah berkenaan memutuskan bahawa mingguan Katholik, Herald, boleh menggunakan perkataan Allah dalam versi bahasa Malaysianya. Bagaimanapun, keputusan itu ditangguhkan sementara menunggu selesai rayuan oleh kerajaaan terhadapnya. Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata beliau telah dimaklumkan mengenai insiden oleh ADUN DAP Bentayan, Gwee Tong Hing. “Kita tidak tahu sama ada insiden itu ada sebarang kaitan dengan kes serangan ke atas beberapa tempat ibadat sebelum ini. “Tetapi ia pastinya akan meningkatkan lagi keresahan di kalangan rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Lim berkata, DAP mengutuk keras sebarang perbuatan seumpama itu yang menurutnya jelas bertujuan untuk mencetuskan rasa syak wasangska antara masyarat berbilang kaum dan agama di negara ini.

“Kita menggesa pihak polis supaya mempertingkatkan lagi siasatan dan mekanisme pemantauan untuk membawa mereka yang bertanggungjawab melakukannya, ke muka pengadilan, dan bagi mengelak insiden yang sama daripada berulang, demi memelihara kehidupan harmoni di kalangan rakyat kita,” katanya.

http://www.malaysiakini.com/news/122461
Bakar surau kerja orang tidak siuman - Idris

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 22 Jan: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menganggap mereka yang membakar Surau Silaturrahim dan Surau Kampung Parit Beting pagi semalam sebagai orang yang gila dan tidak siuman.

Orang yang waras akan datang ke surau itu untuk beribadat. Jika bukan Islam, mereka juga tidak akan bertindak sedemikian kecuali sudah hilang pertimbangan sebagai manusia yang normal.
Demikian kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataannya.Menurut Idris, Allah pasti akan menghukum sesiapa sahaja yang cuba memusnahkan rumahNya (Masjid-Surau) sebagaimana yang terkandung dalam Sural Al-Fil ayat1-5 ;"Tidakkah engkau lihat bagaimana Tuhan bertindak terhadap Tentera- tentera Bergajah? Tidakkah Ia jadikan rancangan jahat mereka (berakhir) dengan kesesatan (kegagalan)? Dan Allah telah melepaskan ke atas mereka burung-burung yang terbang berpasukan-pasukan. Sambil melontar ke atas mereka batu-batu yang pejal. Lalu Allah menjadikan mereka (binasa) seperti daun-daun yang dimakan ulat." Jika Allah tidak menghukumnya di dunia, Allah telah menyediakan janjiNya untuk menghukum mereka yang melakukan dosa tersebut diakhirat. “Dan engkau akan melihat pada hari itu orang yang berdosa terikat dengan belenggu-belenggu. Pakaian mereka daripada qatiran (bahan logam) yang panas, dan muka mereka ditutup dengan api neraka. Kerana Allah akan memberi balasan kepada setiap diri menurut apa yang dia usahakan. Sesungguhnya Allah amat cepat membuat hitungannya". Surah Ibrahim ayat 49-51)
Sehubungan itu, katanya, PAS mengingatkan agar pihak-pihak yang cuba menimbulkan provokasi dengan membakar rumah-rumah ibadat supaya menghentikan perbuatan bodoh mereka itu. Mereka sepatutnya berusaha untuk hidup dengan aman tanpa menyusahkan orang lain.
PAS, menurutnya, mahu kes ini disiasat segera oleh pihak polis dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke Mahkamah. PAS juga mengesa supaya jentera Penerangan dan Dakwah bersama Lajnah Perpaduan Nasional mengiatkan ceramah penerangan bersama rakyat serta dialog bagi memberikan penjelasan berhubung isu nama Allah serta memperkukuhkan semangat muhibbah kalangan rakyat pelbagai kaum.

Komen : Pihak pemimpin dan pihak berkuasa mesti menangani isu ini dengan bijaksana agar 13 Mei tidak berlaku lagi. Bagi kami seluruh umat Islam amat sensetif dengan isu ini. Semangat Slempang Merah masih membara bagi orang Melayu Islam.

Tiada ulasan: