Islam Agama Keamanan

Member Bloger :

Selasa, 26 Januari 2010

Sex Luar Tabi'ie : Satu Persoalan Menuntut Direnungkan :

LIWAT! Suatu persoalan yang asing lagi menjijikkan bagi membicarakannya. Namun, biarpun ianya terlalu asing dalam masyarakat Melayu terutamanya dalam masyarakat yang beragama Islam namun persoalannya menuntut kita untuk merenungkan dan memikirkan apakah penyakit ini sudah menular atau menjadi barah dalam budaya tamadun masyarakat kita.

Liwat dalam bahasa sopan, ianya membawa maksud hubungan antara sesama jenis yang bertentangan dengan adab tamadun manusia atau melanggar adab tabi'e manusia. Menurut dalam bahasa sainsnya, hubungan kelamin yang tidak menuruti sex sejagat yang sah dalam ketamdunan dan tatasusila serta ketertiban fitrah manusia.

Dalam hal ini, Islam amat melarang keras terhadap umatnya yang melakukan perbuatan ini. Ini terbukti sebagaimana yang dijelaskan dalam Al-Quran iaitu kisah zaman Nabi Lut di mana perbuatan itu telah dimurkai Allah s.w.t. sehingga seluruh umat Nabi Lut ketika itu ditimpa bala bencana akibat perbuatan yang menjijikkan ini.

Allah amat murka dan malah Nabi Muhammad s.a.w. juga dalam hadisnya tidak akan mengaku kita sebagai umatnya. Sekiranya kita terlibat dengan perbuatan terkutuk ini. Ini jelas kerana perbuatan ini amat bertentangan dengan amalan tamadun dan tatsusila kemanusiaan dan perbuatan itu juga mirip memiliki kepada ciri-ciri kehaiwanan. Namun begitu, tabiat haiwan juga tidak pernah berlaku dalam sejarahnya untuk melakukan hubungan sejenis sesamanya. Sedangkan manusia mempunyai anugerah akal untuk membezakan pasangannya. Jika begitu, dimanakah letaknya martabat manusia speasis ini ? Sudah pasti haiwan lebih mulia berbanding golongan manusia speasis ini yang jelas tidak bermoral.

Persoalannya mengapa perkara ini boleh terjadi? Apakah manusia sudah hilang nilai dan ciri-ciri kemanusiaan? Atau apakah manusia sudah kehilangan akal budi yang boleh membezakan antara kebenaran, kesesatan dan kebatilan?

Atau apakah ini menandakan tamadun manusia hampir runtuh dan gelap di mana sejarah keruntuhan dan kemusnahan zaman Nabi Lut akan berulang lagi? Atau umat akhir zaman ini cuba mencabar amaran Allah dan memandang remeh pengakuan Nabi untuk menerima sebagai umatnya?

Sememangnya sukar untuk memberikan jawapannya. Mengapa penyakit ini boleh terjadi? Adakah perbuatan ini berlaku berleluasa disebabkan ianya satu penyakit yang tidak boleh dielakkan ? Atau adakah perbuatan ini berpunca dari persekitaran alam, pengaruh budaya dan menuruti semata-mata nafsu serakah yang sedia tumbuh dalam diri seseorang itu.

Jawapannya barangkali menurut teori sainsnya mungkin perbuatan itu terdorong oleh kehendak sex gila yang dikatakan abnormal atau super-extra terbit dari jiwa seseorang itu. Atau akibat daripada ketandusan kaum wanita, seperti alam banduan, kelasi dan lain lain keadaan yang setara dengannya.

Islam hanya membenarkan sex secara sah sahaja, iaitu di antara isteri (perempuan) dan suami (lelaki). Kita juga tahu setiap aktiviti sex bermula dari keinginan yang memberahikan yang akan meningkatkan keinginan kedua-dua pihak yang berlainan jantina. Oleh itu, aktiviti kelamin tidak akan berlaku jika alat kelamin lelaki tidak berfungsi.

Tertanya-tanya difikiran kita, lelaki yang bagaimana boleh memberahikan lelaki lain? Atau pun lelaki yang bagaimana dapat menimbulkan keinginan lelaki lain untuk melakukan sex dan meliwatinya. Ramai yang berpendapat lelaki yang lemah lembut yang (sifat tabi'enya macam perempuan) atau pun pondan sahaja yang melakukan kerja terkutuk ini. Namun, tidak mustahil bagi si peliwat ini, yang biasa melakukannya akan melakukannya terhadap isterinya. Segalanya pasti kebarangkalian akan berlaku. Hanya perempuan yang menjadi isterinya sahaja yang mengetahui tabiat suaminya.

Kembalilah kepangkal jalan agar kita semua tidak ditimpa bala dari Allah s.w.t. sebagaimana yang berlaku kepada umat Nabi Lut a.s. Na'uzubillahi min zalik.. wALLAHu a'lam.

Tiada ulasan: