Islam Agama Keamanan



Member Bloger :

Ahad, 10 Januari 2010

KAFARAH AHLI POLITIK : NIZAR DITAHAN DI HOSPITAL RAJA PEREMPUAN BAINUN :

" MALANG TIDAK BERBAU "




IPOH, 7 Jan: Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sedang ditahan di Wad 8C Hospital Raja Perempuan Bainun setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya di hadapan Hotel Cassuarina, Ipoh.

Menurut pembantu peribadinya, Amran Harun : Semasa kejadian, Kereta Toyota Camry yang sedang dipandu Nizar sendiri cuba mengelak sebuah kereta yang keluar daripada persimpangan di Jalan Raja Dr Nazrin Shah telah terbabas lalu melanggar pembahagi jalan. Difahamkan Nizar dikatakan dalam perjalanan ke sebuah klinik gigi kerana ada temujanji pada pagi tersebut.

Katanya, Ahli Parlimen Bukit Gantang itu hanya mengalami luka-luka di bahagian siku kanan walaupun kenderaannya rosak teruk.

Sementara itu, Berita Harian online melaporkan Nizar cedera selepas kereta dipandunya terbalik dengan empat tayar ke atas akibat kemalangan jalan raya di Ipoh pada 9.30 pagi tersebut dan telah mendapat rawatan di Hospital Ipoh (Bukan Hospital PR).
############$$$$$$$$$$$$$$$$$$##############

Terkejut apabila akhbar melaporkan bekas MB Perak. Ingatkan bekas MB yang mana. Rupanya MB Pakatan Rakyat. Takziah diucapkan.. Diberitakan...Nizar accident dekat dengan bangunan UMNO pulak tu...Jalan Raja Dr. Nazrin Shah...macam dah kena balik doa bala yang die orang nak buat kat orang lain...Cakap banyak pun tak guna...Fikir-fikirkanlah... Mungkin ini adalah kafarah daripada ALLAH.. Mungkin juga, Sultan Perak masih power daulatnya. Kira kena dolat la si Nizar tu.. So, berhati-hatilah kita di jalan raya dan ingatlah orang yang tersayang kerana "malang tidak berbau".

Tiada ulasan: