Islam Agama Keamanan



Member Bloger :

Khamis, 14 Januari 2010

TASBIH KIFARAH, AMALAN RASULULLAH S.A.W. :

Ayat skema apabila selesai sesuatu majlis ilmu, usrah, ceramah, mesyuarat dan sebagainya.

MC atau naqibah akan menutup majlis atau usrah dengan ayat2 seperti berikut:
“Kite tangguhkan majlis kite dengan tasbih kifarah dan surah al-Asr”.

Tasbih kifarah???
Apa tue?? camne nk bace??

Tasbih Kifarah. Kifarah atau kafarah bermaksud penebus. Tasbih kifarah dibaca untuk menebus segala dosa atau kesalahan yang telah kita lakukan semasa majlis ilmu dan usrah dilakukan. Agar majlis ilmu atau usrah yang kite ikuti diberkati oleh Allah.

Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud juga diriwayatkan oleh imam Hakim iaitu Abu Abdillah dalam kitab Al-Mustadrak dari riwayat Aisyah radiallahu anha dan ia mengatakan bahawa hadis ini adalah sahih isnadnya.

Maksud hadis:
Daripada Abu Barzah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda pada penghabisannya jikalau beliau s.a.w. hendaklah berdiri dari majlis yang ertinya: “Maha Suci Engkau ya Allah, dan saya mengucapkan puji-pujian pada-Mu. Saya menyaksikan bahawasanya tiada Tuhan melainkan Engkau saya mohon ampun serta bertaubat pada-Mu.” Kemudian ada seorang lelaki berkata. “Ya Rasulullah! Sesungguhnya tuan mengucapkan sesuatu ucapan yang tidak pernah tuan ucapkan sebelum ini.” Baginda bersabda: “Yang demikian itu adalah sebagai kafarah (penebus) daripada apa saja yakni kekurangan-kekurangan atau kesalahan-kesalahan yang ada di dalam majlis itu”.

Tasbih Kifarah:

سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لااله إلاانت وأستغفرك وأتوب إليك

(Subhanakallah humma wabihamdika Asyadu an la ilaha illa anta astaghfiruka waatubu illaik).

" Maha Suci engkau Ya Allahdan aku naik saksi Tiada Tuhan Melainkan Engkaudan aku memohon ampun serta taubat kepadaMu ".

SeMoGa AnDa MeNdApAt MaNfAaT.....
~selamat beramal~

Tiada ulasan: